in , ,

10 Aplikasi Berguna untuk Telefon Pintar Anda.

Wajib Muat Turun Sebelum Mengembara!

 

**Gambar sekadar hiasan dan diambil daripada Google.

 

Pile of smart phones

Rata-rata antara kita memang sentiasa bawa telefon pintar sewaktu melancong. Kegunaanya adalah untuk bergambar dan kemudian, update di media sosiall seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Snapchat. Tapi ramai yang tak tahu kegunaan telefon pintar sebenarnya bukan sahaja terhad untuk itu malah banyak lagi hidden gems yang kita sendiri patut discover untuk memudahkan perjalanan kita.

Jom tengok 10 Aplikasi berguna untuk telefon pintar anda!

  1. Peta offline

maps.me-free

Dengan keadaan internet yang tidak stable, penggunaan aplikasi MAPS.ME memang sangat hebat dan mengagumkan.  Aplikasi ini membolehkan ada untuk memuat naik peta sesebuah negara dan ianya boleh digunakan tanpa internet (cuma menggunakan GPS)

iOS                  : MAPS.ME

Android            : MAPS.ME

  1. Penukaran mata wang

Cara yang paling mudah untuk mengelakkan diri anda dikenakan caj yang berlebihan (atau membuat kesalahan sewaktu membuat urusan dengan pelbagai mata wang asing) adalah dengan memuat naik aplikasi penukaran mata wang terkini dan paling penting ianya boleh digunakan tanpa memerlukan internet.

iOS                  : XECurrency Pro

Android            : XECurrency Pro

  1. Tempahan Hostel   

Dengan menggunakan aplikasi ini, kita boleh booking hostel dengan harga serendah RM25 semalam! Sangat berbaloi dan jimat!

iOS                  : Hostelbookers

Android            : Hostelbookers

 

 

  1. Membaca offline

Gemar membaca tapi buku terlalu berat untuk dibawa sekali sewaktu sedang mengembara? Atau anda jenis susah nak lelapkan mata dalam kereta/bas/kapal terbang atau kereta api? Inilah penyelesaiannya.

iOS                  : Instapaper

Android            : Instapaper

  1. Pencarian tiket penerbangan murah

Skyscanner_Slide1

Di dunia ni terdapat banyak jenis pengangkutan udara ( tambang murah). Tapi persoalannya mana yang paling murah dan mana yang available sewaktu anda sedang cuti. Sangat rumit kalau anda nak muat naik satu per satu aplikasi kemudian buat perbandingan harga secara manual. Dengan applikasi ini, masa lebih jimat dan keputusan yang dibuat akan menjadi lebih  tepat.

iOS                  : Skyscanner

Android            : Skyscanner

  1. Travel expenses tracker

 

Perlu cara yang lebih mudah untuk mengesan anggaran harian dan perbelanjaan ? Terdapat beberapa aplikasi hanya untuk itu.

iOS                  : Trail wallet or Travel Pocket

 

 

  1. Journal Mengembara

Anda boleh menggunakan notepad yang terbina dalam telefon anda untuk menyimpan diari perjalanan, tetapi terdapat juga beberapa aplikasi khas untuk tujuan ini. Ia membolehkan anda untuk memuat naik gambar , peta dan media lain untuk entri anda. Satu lagi aplikasi menarik ialah BackTracker , yang membolehkan anda merancang perjalanan anda pada peta dan pilihan berkongsi dengan rakan-rakan atau keluarga di rumah .

iOS                  : Trip Journal

Android            : Trip Journal

  1. Panggilan murah (Tanpa Internet)

Pastikan anda memuat naik. Aplikasi ini bukan sahaja membolehkan anda untuk menghubungi rakan-rakan atau keluarga di rumah pada akaun Skype mereka, tetapi juga dapat membuat panggilan antarabangsa murah. Hanya meletakkan kredit sedikit dengan akaun Skype anda, dan anda boleh menghubungi nombor di negara asal anda pada tarif tempatan.

iOS                  : Skype

Android            : Skype

 

  1. Penterjemah Bahasa

Yang ini tak perlu saya ulaskan lanjut. Kepentingan aplikasi ini dapat kita lihat sekiranya kita mengambil keputusan untuk melancong ke negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Tapi aplikasi yang dimuat naik haruslah boleh digunaakan tanpa menggunakan internet.

iOS                  : Google Translate

Android            : Google Translate

  1. Keselamatan

Malang tidak berbau. Cuba banyangkan sekiranya telefon mudah alih anda dicuri atau tercicir? Dengan memuat naik aplikasi ini dapat membantu anda untuk mencari pencopet atau mengenalpasti lokasi tepat telefon mudah alih anda.

iOS                  : Find my Iphone

Android            : AntiDroidTheft

 

Dah tahu semuanya? Tunggu apa lagi. Jom jadi travellers yang bijak dengan memuat naik semua aplikasi-aplikasi yang telah dinyatakan di atas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Berapakah Kos yang Diperlukan untuk Melancong Selama 1 Tahun?

Bercuti ke Langkawi Selama 4 hari 3 malam dengan Bajet RM314!