Saya pernah menaiki tren dari Bandung ke Jakarta, memang pemandangannya indah. Empat jam perjalanan tidak terasa kerana dihibur dengan nuansa alam yang mempesona. Pada waktu itu, ada juga saya terfikir jika tingkap yang digunakan boleh dibuka, tentu saya boleh merakam gambar-gambar yang indah sepanjang perjalanan itu.
Tetapi sayang, mimpi cuma mimpi.
Dan beberapa hari lepas saya melihat Tuan Afham memuatnaik gambar yang dirakam ketika dalam perjalanan menaiki keretapi dari Bandung ke Jakarta. Terus berdecit kagum. Power betul mamat ni.
Tuan Afham juga berkongsi tips ringkas untuk mendapat peluang serupa. Nak tahu bagaimana? Pfft, teruskanlah membaca.
Kalau Pak mahu ke belakang, saya bisa bawa, tiket nya ada Pak?
Pergh, inilah ayat terindah yang saya dengar waktu berada dalam kereta api bila tahu yang tingkap nya tak boleh dibuka.
Mari saya kongsikan pandangan dari Gerabak Enjin iaitu gerabak paling belakang dalam kereta api Bandung menuju Jakarta. Perjalanan mengambil masa 3 jam.
Tips:
1. Pilih Seat A
2. Beli business class aje, sebab korang boleh lepak dekat cafe.
3. Dekat cafe view lagi luas
4. Makanan dekat cafe pun sedap
Sekarang kita layan gambar-gambar yang berjaya dirakam pula.
Memang torbaek ni haaa. Lepas ni kalau berpeluang menaiki tren dari Bandung ke Jakarta lagi memang saya akan ikut tips yang diberikan tu. Serius awesome!
P/s Jika anda ada cerita atau itinerari travel yang ingin dikongsikan bersama kami, boleh hantarkan artikel tersebut ke email zulfadhli.theruka@gmail.com
Baca juga : Pengembaraan 8 Hari 7 Malam Di Yunnan, China Buat Gadis Ini Jatuh Cinta
Pingback:Itinerari Lengkap 6 Hari 5 Malam ke Jakarta – Pangandaran – Bandung – The Ruka