in ,

14 Tips untuk Alami Keseronokan Maksima di Universal Studios Singapore

Wajib baca bagi mereka yang tidak mahu trip menjadi sendu!

ussUniversal Studio merupakan sebuah taman tema yang berkonsepkan filem Hollywood seperti Jurassic Park, Madagascar, Revenge of the Mummy, Transfomer dan lain-lain. Untuk makluman anda, di dunia ini hanya terdapat empat Universal Studio sahaja which dekat California, Florida, Japan and Singapore.

Seperti sedia maklum, Singapore adalah salah satu lokasi yang paling terdekat dengan kita. Jadi jika anda merupakan penggemar taman tema dan filem fiksyen Hollywood, USS adalah merupakan salah satu tempat yang anda wajib pergi!

Ok. Jadi di sini aku nak sharekan beberapa tips berguna supaya trip korang ke USS tak jadi sendu dan mengecewakan!

 

  1. Study park layout USS sekurang-kurangnya sehari sebelum ke sana.
Source : Wikipedia
Source : Wikipedia

Secara ringkasnya USS mempunyai 7 Themed Zone. Haa nampak ringkas tapi dengan keluasan USS 20 hectares, boleh pening kepala korang dibuatnya. Jadi apa perlu korang buat? Google je map USS 2016 pdf (link). Lepastu download/save dalam handphone canggih korang, then study the layout. Plan aktiviti yang korang nak buat dengan bijak so that korang atau which after which. Sekurang-kurangnya masa boleh save dan korang takdela meraba-raba apabila sampai sana nanti. Ye dak?

USS3

  1. Terus beli tiket dengan travel agency.

Yup. Kitorang suggestkan korang terus beli tiket USS pada mana-mana travel agency sekitar Johor Bahru. Dengan harga serendah RM200, korang boleh dapatkan tiket USS siap include breakfast dan transportation dua-hala ke USS! Ingat, kita perlukan banyak energy sewatu di USS. Jadi jangan penatkan diri nak naik turun bas/monorail ke sana. Kena bersesak dengan pekerja awam lagi. Huh!

  1. Datanglah pada waktu weekdays dan avoid summer holidays.

Yang ni memang penting. Kalau korang free weekend sahaja, please batalkan hasrat suci murni korang nak ke sana. Jangan sayang nak amik cuti weekdays sebab pada waktu weekend, wating time untuk ke setiap ride sekurang-kurangnya satu jam! Gila kan? Rugi bayar mahal-mahal tapi masa hanya banyak dihabiskan untuk menunggu dan beratur.

  1. Bawa botol air dan bekal makanan.

Setiap 50m, korang akan sentiasa jumpa water fountain. So kalau korang ada botol air. Tinggal isi sahaja secara percuma. Di mana-mana taman tema air pun kita tahu makanan agak cekik darah. Inikan pula di Singapura dengan wang pertukaran RM3 per 1SGD. Mau cecah RM30 untuk every meal. Yang bestnya tak ada pemeriksaan beg pun di entrance USS. Yeay!

  1. Bawak baju hujan atau satu salinan pakaian,

Ini untuk preparation sekiranya korang nak naik ride atau menonton pertunjukan yang water based. Kalau korang nak basah jugak, bawak la satu salinan pakaian. Dah puas main, boleh tukar. Kalau nak beli di USS, rate lebih kurang 5SGD.

  1. NO DSLR, NO high heels, NO dress/skirt and NO handbag.

Bawak camera handphone canggih korang dan pakailah sandal/sneakers, jeans/slack serta backpack. Yang ni tak perlu la aku nyatakan kenapa. Korang pun mesti boleh fikirkan sebabnya? Cukup je la aku ingatkan supaya korang tak terlupa.

  1. Berpura-pura jadi single rider.

Sekiranya korang ni sejenis tak boleh sabar(terutamanya dekat entry yang panjang), korang boleh cuba beratur dekat barisan single rider. Barisan ni khas untuk-untuk orang yang lonely ranger. Tapi tu pun kalau korang tak kesah la naik ride seorang diri! Sebab dia akan fill korang dengan kumpulan manusia lain ganjil. Effect dia, memang tak sampai 10 minit la korang menunggu!

  1. Bawa stroller sendiri.

Yang ni khas untuk yang dah ada anak kecil. Sebab penyewaan stroller kat sana harganya lebih kurang 20SGD(RM60). Fuh boleh buat beli susu dan pampers anak-anak tu!

  1. Tempat solat di sediakan.

Alhamdulillah. Dek kita nak mengejar keseronokan, jangan kita lupa tanggungjawab kita pada Dia. Cuma tempat solat agak terpencil, jadi jangan malu bertanya. Malu bertanya, sesat jalan!

  1. Bawak wet tissue or botol untuk ke tandas.

Di Singapore, tak semua toilet dia ada paip air. Jadi kalau korang jenis tak biasa lap, aku sarankan bawak botol air untuk korang beristinjak. Tak pun wet tissue. Kalau tak biasa jugak, elok korang tahan je sampai kat Malaysia.

  1. Simpan barang di locker secara percuma.

Dekat USS, ada locker berbayar dan ada locker percuma. Korang boleh simpan di locker percuma tapi masa setiap penyimpanan  adalah terhad untuk 45 minit pertama. Jadi kalau korang jenis suka berjimat, kenalah keep ulang-alik setiap 45 minit ke tempat penyimpanan beg untuk renew balik korang punya penyimpanan tu. Harga locker berbayar adalah 5SGD per hour.

  1. Seat untuk pertunjukkan.

Bagi pertunjukkan yang melibatkan air, akan ada 3 jenis seats. Dry, splash and soak. Duduklah dekat bahagaian Dry kalau korang nak tengok pertunjukkan dengan aman damai. Kalau dekat seat splash, korang akan basah-basah kuyup gitu. Tapi kalau dekat seat soak, memang basah lecun!

  1. Where to start?

Ini adalah pendapat peribadi aku. Mungkin ada yang tidak bersetuju. Tapi kalau ni adalah kali pertama korang ke USS, mungkin boleh jadikan ni sebagai panduan.

Mulakan daripada Hollywood, Madagascar, Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-Fi City and lastly New York. Reasons? Mostly games/rides yang awal-awal terdiri daripada game yang TAK boleh membuatkan adrenaline korang merembes dengan jayanya. Kira tak mencabar sangat. Nak warm up dulu kata. Tambahan pula, bila USS open je, memang akan ramai orang terus meluru ke games yang ekstrem so masa tu kira peak time and kena beratur panjang untuk setiap rides.

Untuk belah tengah hari and petang-petang biasanya rides yang ekstrem tu agak kurang orang. Lagi pun save the best for the last! Haha. And banyak live show yang best dekat Themed Zone yang last-last tu. So kalau dah penat, tengok live show pun okay kan?

  1. What is the best and what is not to miss?

All the rollercoaster (of course) expecially Revenge of The Mummy. Then, 4D Dark Ride Motion Simulator and the Live Shows. Everyday at least akan ada 2-3 live shows. So korang kena alert dengan jadual live shows supaya bagi korang tak terlepas mana-mana live shows!

Okay setakat ni itu sahaja tips yang aku boleh kongsikan buat korang. Akhir kata,have fun and jangan takut untuk try semua rides dekat USS. Kena selalu ingat, each ride worth every penny that you spend over there!

 

**Semua harga yang dinyatakan mungkin berbeza dari masa ke semasa ya. Take note.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari 12 Hari ke London-Iceland-Amsterdam Dengan Kos RM2385. Berbaloi-baloi!

Tips Pengembaraan : Perbandingan Kos Penginapan di Negara Asia Tenggara