in ,

19 Hari Dari Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur Dengan Bajet Minima

Jelajah Indochina!

Dari Kota Ho Chi Minh ke Ibu Kota Kuala Lumpur, merentas lima bandar utama setiap negara selama 19 hari betul-betul memerlukan komitmen yang tinggi. Selain merentas Eropah pulang ke Malaya merentas Indochina juga merupakan wishlist setiap pengembara.

Indochina atau dikenali sebagai tanah besar Asia Tenggara adalah nama sejarah yang merujuk kepada bahagian benua Asia Tenggara yang terletak di Timur India dan Selatan China. Tentunya negara-negara yang terletak dalam lingkungan Indochina ini terdapat banyak sejarah dan tarikan untuk dikenali dan diteroka. Negara-negara Indochina yang lebih di pengaruhi budaya India dan China menghasilkan begitu banyak kesan peninggalan sejarah. Paling ketara setiap negara-negara Indochina pastinya ada kuil Buddha yang begitu besar dan gah cukup menunjukkan bukti pengaruh budaya dan keagamaan di situ.

Aduh, macam belajar sejarah pula.

Baiklah, saya pasti pengembara semua sudah tidak sabar untuk menjelajah negara-negara Indochina, tapi sebelum tu ayuh kita hadam sama-sama basic itinerary beserta bajet dari Saudara Hazwan Hafiz dan sahabatnya untuk dijadikan panduan. Selamat menjelajah anak muda!

dscn2860-1

 

Bermulanya kisah pengembaraan backpacking dua sahabat di bumi asing Indochina. Kisah kembara musafir ini bermula di Ho Chi Minh City yang juga dikenali sebagai Saigon suatu masa dulu. Dengan bermodalkan tiket penerbangan sehala Airasia ke Saigon yang hanya berharga RM 52 (yang pastinya tiket promo) , mereka memulakan langkah tanpa tiket balik. Merentas negara!

” Bro, trip backpacking kau ni kiranya banyak masa habis naik bas je lah eh ? ”

” Kenapa susah-susah bro, flight kan ada ? ”

Payah nak menjawab soalan-soalan sebegini. Sebenarnya bagi saya ia bergantung apa yang kita cari dalam setiap trip. Bagi mereka yang faham akan faham. Setiap orang berbeza misinya. Ada yang mencari keseronokan, ada yang mencari cabaran, pengalaman dan bermacam lagilah. Saya tak kaya dan saya seronok bersusah payah naik keretapi, bas, feri & motor kerana bermacam pengalaman dan ikhtiar hidup saya boleh jumpa sepanjang perjalanan. Cuba anda rasai sendiri bagaimana orang susah, yang seumur hidup mereka hanya mampu mendongak ke langit melihat kapal terbang melintas lalu di atas rumah mereka.

Disertakan bajet sepanjang 19 hari sepanjang pengembaraan kami merentasi negara Indochina.

*Kos tidak termasuk makan/minum.

Rujukan :

USD = US Dollar
VND = Vietnam Dong
LAK = Laos Kip
THB = Thailand Baht
Hari Pertama | Kuala Lumpur – Ho Chi Minh City (Saigon)

  • Tambang Bas dari Airport HCM ke Pham Ngu Lao Street  : 10,000 VND
  • Check-in Mr Thu Guesthouse : $ 6 USD seorang / semalam
  • Tiket bas Open Tour HCM – Hanoi  : $ 40 USD
  • Souvenior T-shirt @ Benh Tanh Market : 70,000 VND

Total :  $ 46 USD + 80,000 VND

 

Hari Kedua |  Ho Chi Minh City – Mui Ne

  • Check-in Duy Vu Guesthouse : $ 12 USD seorang / (2 malam )
  • Souvenior Fridge Magnet @ Muine : 20,000 VND

Total :  $ 12 USD + 20,000 VND

 

Hari Ketiga | Mui Ne

  • Sewa motorsikal  : $ 2.5 USD seorang
  • Tiket masuk White Sand Dunes  : 10,000 VND
  • Parking motor White Sand Dunes : 5,000 VND

Total :  $ 2.5 USD + 15,000 VND

dsc_0236i

Hari Keempat |  Mui Ne – Hoi An

  • Minyak motorsikal : 10,000 VND

Total :  20,000 VND

Hari Kelima |  Hoi An

  • Check-in Thien Trung Hotel : $ 6 USD seorang / semalam
  • Sewa basikal : 20,000 VND
  • Bot tour (Pelabuhan Hoi An) : 60,000 VND

Total :  $ 6 USD + 80,000 VND

Hari Keenam |  Hoi An – Hanoi

  • – Tiada perbelanjaan hari tersebut

Total : –

Hari Ketujuh |  Hanoi

  • Check-in Kangaroo Guesthouse : $ 6 USD seorang / semalam

Total :  $ 6 USD

Hari Kelapan |  Hanoi – Sapa

  • Tiket keretapi Hanoi – Lao Cai (Sapa) : 215,000 VND

Total :  215,000 VND

Hari Kesembilan |  Sapa

  • Tambang minivan Stesen Keretapi Lao Cai – Sapa : 50,000 VND
  • Check-in Ngoc Anh Hotel (Sapa Backpacker Hostel) : $ 9 USD seorang / (2 malam )

Total :  $ 9 USD + 50,000 VND

dscn3371

Hari Ke-10 |  Sapa

  • Bayaran masuk Cat Cat Village : 40,000 VND
  • Tambang bas Sapa – Dien Bien Phu : 290,000 VND seorang

Total :  330,000 VND

Hari Ke-11 |  Sapa – Dien Bien Phu

  • – Tiada perbelanjaan hari tersebut

Total :  –

Hari Ke-12 |  Dien Bien Phu

  • Check-in Nha Nghi Guesthouse : 75,000 VND seorang / semalam
  • Tambang bas Dien Bien Phu – Luang Prabang : 490,000 VND

Total : 565,000 VND

Hari Ke-13 |  Dien Bien Phu – Luang Prabang

  • Servis caj border Laos : 10,000 LAK
  • Check-in Sokbounhieng : 50,000 LAK seorang / semalam

Total :  60,000 LAK

Hari Ke-14 |  Luang Prabang – Huay Xai

  • Tambang tiket bas Luang Prabang – Huay Xai : 145,000 LAK
  • Tambang tuk-tuk Sokbounhieng GH – Stesen Bas Luang Prabang : 10,000 LAK

Total :  155,000 LAK

dsc_0887

Hari Ke-15 |  Huay Xai – Chiang Khong – Chiang Mai

  • Tambang tuk-tuk Stesen Bas Huay Xai – Border : 10,000 LAK
  • Tambang bot Huay Xai (Laos) – Chiang Khong(Thailand) : 10,000 LAK
  • Tambang minivan Chiang Khong – Chiang Mai : 250 THB

Total :  20,000 LAK + 250 THB

Hari Ke-16 |  Chiang Mai – Bangkok

  • Check-in Lanna Guesthouse : 150 THB seorang / semalam
  • Tambang tiket bas Chiang Mai – Bangkok : 500 THB

Total :  650 THB

dscn3754

Hari Ke-17 | Bangkok – Hat Yai

  • Tambang bas mini ke Sai Tai Mai (Southern Bus Station) : 8 THB
  • Tambang bas ekspress  Bangkok – Hat Yai : 750 THB

Total :  758 THB

Hari Ke-18 | Hat Yai – Kuala Lumpur

  • Tambang tuk-tuk Stesen Bas Hat Yai – Lee Garden Plaza : 20 THB
  • Tambang tuk-tuk Lee Garden Plaza – Masjid Pakistan : 20 THB
  • Tambang bas Konsortium Ekspress Hat Yai – Kuala Lumpur : 400 THB

Total :  440 THB

P/s Jika anda ada cerita atau itinerari travel yang ingin dikongsikan bersama kami, boleh hantarkan artikel tersebut ke email zulfadhli.theruka@gmail.com

Baca juga : Tips dan itinerari 11 hari ke Vietnam-Thailand-Cambodia dengan kos RM 1194. Backpack style!

Written by Ismi Salbiah

semester 1 ijazah penulis jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips for hiking the Tongariro Crossing: The best day walk in New Zealand

Tips dan Itinerari Travel ke Perth, Australia