in

2 Destinasi Baru Airasia Yang Akan Buat Anda Terliur

Siapa sahaja yang tidak kenal syarikat penerbangan tambang murah Airasia? Untuk makluman Airasia telah mengungguli anugerah syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia selama 8 tahun BERTURUT-TURUT. Pergh, punyalah power kan!

Sebelum ini, Tony Fernandes pernah membuat kejutan dengan pengumumannya menganai destinasi baru iaitu London pada tahun 2009. Tapi sayang, tiga tahun selepas itu (2012); laluan tersebut terpaksa dibatalkan disebabkan faktor kurangnya sambutan (mungkin pada ketika itu tidak ramai lagi backpackers dari Malaysia).

Minggu lalu, Tony sekali lagi membuat kejutan dengan mengumumkan dua lagi destinasi baru Airasia di World Economic Forum di Davos, Switzerland. Apakah dua destinasi tersebut?

Kedua-dua destinasi terletak di benua eropah.

Fiuh.

Destinasi tersebut adalah:

Kuala Lumpur – London

dan

Bangkok – Frankfurt

Mungkin disebabkan peningkatan permintaan daripada pelanggan yang ingin ke benua eropah dengan kadar tambang yang rendah, disebabkan itu Tony mengumumkan dua destinasi ini.

Untuk destinasi Bangkok – Frankfurt, beliau memaklumkan bahawa tiket dijangka akan dijual dengan harga kurang $214 atau RM954. Jadi saya buat semakan sikit berapa harga tiket sehala ke Frankfurt ni, dan harganya sekitar 1500+.

Pergh, jimat banyak betul ni.

Bukan setakat itu, memetik kenyataan beliau kepada media ketika ditemuramah,

“Saya ingin meletakkan harga yang lebih rendah. Disebabkan harga minyak murah, kita (Airasia) mampu untuk meletakkan harga sekitar RM715.”

Fiuh, bayanglah tu. Separuh daripada harga tiket syarikat penerbangan lain.

Destinasi baru ini dijangka akan dilancarkan pada musim panas yang akan datang iaitu sekitar bulan jun dan julai. Sampai saat itu, teruskan berdoa dan berharap bahawa destinasi ini akan menjadi kenyataan. Heh!

Jika anda mempunyai sebarang cerita mengenai travelling atau backpacking dan berminat untuk kongsikan dengan komuniti pengembara yang lain, PM page The Ruka di Facebook atau emelkan kepada hai[at]theruka.com.

Selamat mengembara. Jangan lupa kongsikan berita ini dengan rakan-rakan yang lain.

Sumber: Handelsblatt dan Free Malaysia Today

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari Lengkap Backpacking ke Vietnam Selama 4 Hari 3 Malam dengan kos RM570 “All in”

Pentingkah Memiliki Insurans Untuk Travel Di Luar Negara?