in ,

#5 Cenderahati popular yang dibeli semasa melancong

Untuk kenangan buat yang tersayang

art-1219118_960_720

Setiap kali melancong pastinya anda sudah sediakan bajet untuk membeli cenderahati buat keluarga atau kawan-kawan. Jika bajet membeli besar, banyaklah cenderahati yang ingin dibeli. Tetapi, jika anda hanya bawa seberapa yang anda, maka tidak banyaklah cenderahati yang dibeli.

Mahal atau murah sesuatu barangan itu bukan terletak pada nilai dan harganya. Tetapi, terletak pada tanda ingatan si pemberi kepada penerima. Jadi, tidak lengkaplah sesuatu percutian itu jika tiada cenderahati sebagai kenangan kan? Sedikit sebanyak anda pasti teringatkan keluarga dan sahabat terdekat.

Kadang-kadang bila sedang membeli belah, anda sendiri tak tahu cenderahati apa yang sesuai untuk dibeli kepada mereka. Dalam pada masa yang sama, pasti anda terfikirkan muatan barang jika anda terlebih membeli. Yelah, mana nak letak barang banyak-banyak tu selain anda terpaksa membeli beg tambahan. Amboi, shopping sakan!

Oleh itu, tak perlu resah tak perlu berfikir panjang lagi, untuk entry kali ini, mari kita lihat 5 jenis cenderahati yang boleh anda beli untuk dihadiahkan kepada keluarga dan sahabat handai. Diharapnya, sedikit sebanyak dapatlah membantu anda membuat pilihan .

#1 Rantai kunci ( keychain )

Haha. Kenapa saya gelak? Inilah hadiah paling klise dan popular yang dibeli oleh kita semua jika bercuti kan? Yelah, pada rantai kunci ini kebiasaannya akan tertulis nama tempat yang kita pergi. Kadang-kadang kita boleh ukir nama, atau apa sahaja di atasnya. Kenapa rantai kunci? Kerana ia mudah untuk diperolehi dan yang paling penting murah serta boleh beli dalam jumlah yang banyak. Jika tak sempat beli di tempat percutian, anda juga boleh beli di lapangan terbang. Tetapi mahal sikit lah. Hehehe. Tak kisahlah tentang harganya, yang penting ia sebagai tanda ingatan untuk mereka kan? Lagipun ianya boleh digantung di mana-mana sahaja, pastinya si penerima akan mengingati anda setiap hari. Hiks. ( Jangan terputus lepas tu hilang sudahlah )

croatia-1473750_960_720

#2 Magnet ( Fridge magnet )

Kebiasaannya, sesetengah orang suka mengumpul sebagai tanda mereka telah menjejakkan kaki ke  negara tersebut. Pemberian magnet yang pelbagai corak dan warna ini cukup bermakna jika diberi kepada teman yang mengharapkan pemberian dari anda.  Selain murah dan mudah didapati, mengumpul dan menampal magnet di pintu peti sejuk kini boleh menjadi hobi seseorang setelah balik melancong. Huihh. Cantiknya. Pasti bangga apabila tetamu yang datang ke rumah anda dan melihat magnet yang terlekat pada peti sejuk. Sudah hampir seluruh dunia anda jejaki. ( Padahal semua anda beli di kedai tempatan. Hiks. Janganlah serius sangat )

fridge-magnet-499371_960_720

#3 Baju T

Pemberian baju T biasanya untuk rakan-rakan yang sudah membuat pesanan. Atau mungkin juga untuk keluarga anda. Yelah, untuk keluarga mungkin cenderahati yang dibeli lebih beharga dan menarik. Bukan nak kata untuk sahabt tidak menarik, tetapi kebiasaannya macam itu lah kan? Hehe. Harga setiap baju T yang mempunyai mesej tentang negara yang dikunjungi adalah berbeza mengikut fabrik dan rupa. Namun, kebanyakan pelancong gemar membeli baju t yang ringkas dan tidak banyak corak. Baju T popular yang menjadi kegemaran ketika melancong untuk dibawa pulang adalah tulisan ringkas dan terdapat simbol negara. Pasti si penerima rasa cukup terharu dengan pemberian ini. Hari-hari dipakainya tak jemu-jemu. Tetapi, jangan pula anda tersalah beli sizenya, alamatnya merajuk lah si dia. Haha

#4 Aksesori lain

Gelang manik, rantai, pen atau apa saja aksesori kecil turut menjadi cenderahati untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Selain boleh dibeli dengan banyak dan tidak mempunyai masalah ruang untuk menyimpan di dalam beg, ia boleh dipakai pada bila-bila masa dan di mana saja. Meskipun jam tangan yang anda beli bukanlah yang asli tetapi nilai hadiah yang dibeli dari negara yang anda kunjungi lebih penting. Maklumlah, ia diperolehi dari jauh! Siapa pun sudi menerimanya. Malah, tersenyum bahagia kerana anda mengingati mereka.

jewellery-1146720_960_720

#5 Barangan lain

Hihi. Selain daripada 4 yang di atas, anda juga boleh memilih barangan lain. Contohnya di tempat anda pergi itu barangan seperti beg dan kasut dijual pada harga berpatutan. Haaaaa. Bolehlah anda pilih untuk emak atau adik-beradik perempuan anda. Pasti mereka teruja dengan pemberian anda. Pandainyaaa anda pilih mengikut citarasa mereka. Anda juga boleh beli makanan. Haha jika anda keluar negara dan anda yakin makanan tersebut halal, apa salahnya beli. Tetapi jika dalam negara, contohnya anda ke Sarawak belilah ikan terubuk masin dan kek sarawak ( sedapnyaaaa ) dan jika anda ke Langkawi, apa lagi? Boronglah habis semua coklat yang ada. Haha

zips-358006_960_720

Oleh itu, melanconglah ke mana sekalipun, tetapi jangan anda lupa orang yang ditinggalkan. Beri lah walau sekeping poskad atau apa sahaja sebagai tanda anda mengingati mereka. Jangan pula anda bertemu dan bercerita sambil tunjukkan gambar-gambar percutian, tetapi pulang dengan tangan kosong. Hanya cerita-cerita manis anda yang membayangi minda semata.

Tak kiralah apa jenis cenderahati yang anda belikan, ikutlah kemampuan anda sendiri. Cenderahati hanya sekadar tanda kita mengingati mereka disekeliling kita. Belilah mengikut kemampuan dan jangan lah sampai membebankan. Eh kalau kita ikhlas nak beli, takkan lah jadi beban kan? Haha. Dah, tunggu apa lagi, pergilah buat list pada siapa anda nak belikan cenderahati. Jangan lupa letak bajet untuk setiap seorang. Bolehlah anda berkira-kira berapa kos kesemuanya. Haha.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak melancong solo, tapi tak percaya pada diri sendiri? #7 panduan melancong secara solo yang anda perlu tahu

Bahaya naik teksi ketika melancong ! #7 tips untuk menjamin keselamatan anda sebagai penumpang