in ,

#6 Rahsia Gambar Percutian Jadi Menarik Tanpa Guna Kamera Canggih

Untuk mereka yang tak mampu beli kamera canggih

smartphone-731274_960_720

Zaman sekarang ini, pergi bercuti jauh-jauh ke negara orang mahupun dalam negara, apa lagi yang penting selain mengabadikan beberapa keping gambar buat dikenang dan buat modal tunjuk kepada kawan-kawan tentang percutian anda kan? Yelah, nak bagi buah tangan mungkin tak mampu, jadi bagi tayang gambar percuma mana tahu lepas ni giliran mereka ke sana. Kalau gambar yang diambil kurang memuaskan, pasti anda rasa menyesal atau kecewa kan? Nak dimuat naik ke laman sosial pun rasa segan silu. Bagi mereka yang sememangnya pro untuk ambil gambar, mungkin bukan satu hal yang besar, pasti gambar yang diambil cantik-cantik belaka berlatarkan sudut yang yang menarik.

Setiap destinasi yang anda kunjungi pastinya mempunyai pemandangan yang menarik. Jadi, pastinya anda ingin menyimpannya di dalam bentuk gambar sebagai kenangan. Sebenarnya, untuk mengambil gambar yang kelihatan real, tidak semestinya anda perlu menggunakan kamera canggih dan mahal. Dengan hanya menggunakan kamera digital atau telefon berkamera yang mempunyai pixel yang besar juga sudah cukup memadai.

Oleh itu, post kali ini sesuai buat mereka yang masih belum pro atau ambil gambar dengan hanya menggunakan kamera biasa. Siapa kata dengan hanya menggunakan telefon pintar, anda tidak boleh menghasilkan gambar-gambar yang menarik semasa percutian? Tak percaya, jangan buang masa. Mari baca rahsia ini sehingga habis. Lepastu boleh lah anda mempraktikkannya sehingga menjadi seperti seorang jurukamera yang profesional. Cewahhh.

#1. Sudut Lantai

Kesilapan yang selalu dibuat ketika mengambil gambar apabila kita mengambil gambar dengan tangan ke atas untuk mengambil gambar bangunan mahupun gambar seseorang yang berlatarbelakangkan bangunan. Hasilnya, cukup mengecewakan apabila bangunan kelihatan agak jauh dan orang yang dirakamkan juga tidak begitu jelas. Oleh itu, anda boleh cuba untuk tangkap gambar dari sudut lantai, contohnya meniarap. Kesannya, gambar bangunan akan lebih jelas. Dan kegigihan anda untuk mendapatkan hasil gambar yang menarik juga cukup jelas.

girl-549153_960_720

#2. Kaji Tempat

Perkara ini paling penting untuk kita pergi ke destinasi yang ingin dituju. Apabila sampai ke destinasi tersebut. jangan lupa ambil beberapa risalah untuk mengetahui lokasi yang menarik. Amat merugikan sekali jika anda terlepas lokasi yang menarik dan paling rugi jika anda ketinggalan untuk mengambil gambar di lokasi tersebut. Jika tak mahu agak kelam kabut, anda boleh mula mencari sumber mengenai lokasi menarik di internet. Bila dah sampai ke destinasi tersebut, anda sudah tahu kemana tempat yang harus dituju. Selain itu, anda juga boleh lihat bagaimana orang sebelumnya mengambil gambar di tempat tersebut. Jika menarik, tak salah jika anda meniru aksi yang ditunjukkan oleh mereka untuk bergambar. Malah mungkin anda mempunyai idea yang lebih menarik untuk menjadikan gambar itu lebih nampak real. Hikss

#3. Gambar Halus

Ramai yang tidak tahu fungsi macro yang terdapat pada kamera digital atau telefon berkamera. Fungsi macro bertujuan untuk mengambil gambar yang halus dengan lebih terperinci dan jelas. Disebabkan itu setiap butang macro ada simbol bunga. Cuba anda ambil gambar bunga dan zoom. Hasilnya sangat cantik jika anda pandai mengaplikasinya.

#4. Ambil Gambar Makan

Ketika melancong, jangan lupa ambil gambar makanan. Ini kerana, tidak semua destinasi mempunyai makanan yang sama. Tambahan pula, makanan melambangkan keunikan sesebuah tempat lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara. Jadi jangan lepaskan peluang untuk ambil seberapa banyak gambar makanan sehingga ia boleh membuatkan orang terliur melihatnya. Nanti sekembalinya daripada bercuti, bila anda melihat kembali foto-foto makanan tersebut, anda sendiri yang terliur dan nak nikmatinya sekali lagi. Haha. Jadi, untuk tipsnya, anda boleh ambil dua sudut gambar makanan iaitu dari atas dan dari tepi yang menampakkan pinggan. Ia akan membuatkan gambar nampak lebih menarik dan makanan juga lebih nampak jelas.

poppy-seed-almond-cake-993541_960_720

#5. Gambar Berwarna

Tips ini berguna untuk diri anda. Nak gambar menarik dan cantik, anda juga perlu kelihatan menarik. Oleh itu, pemilihan pemakaian juga amat penting. Setiap kali melancong, elak mengenakan pakaian yang gelap. Untuk menambah ‘seri’ keindahan gambar yang anda tangkap, pastikan anda memakai pakaian yang berwarna terang dan menyerlah seperti merah, kuning, hijau atau oren. Wah seperti warna traffic light, haha. Sebenarnya warna pakaian yang menyerlah akan membantu gambar menampakkan anda lebih jelas dan menonjol di dalam gambar. Contohnya, kalau tempat tersebut agak gelap, jika anda memakai pakaian yang menyerlah warnanya, diri anda pasti tidak akan tenggelam dek latarbelakang yang suram itu.

walking-591202_960_720#6. Cuaca Baik

Untuk mendapatkan gambaran yang lebih ‘hidup’ dan semulajadi, tunggu cuaca yang baik seperti langit membiru dan awan yang berkepul-kepul. Barulah gambar anda lebih nampak bernyawa. Bayangkan anda disebuah pantai, lautnya membiru, ombaknya beralun tinggi, awannya pula berkepul membentuk cantik, pasti gambarnya cukup menarik walaupun anda sebenarnya tidaklah menarik sangat. Tambahan lagi, cuaca yang baik juga menjadikan anda tidak perlu edit gambar tersebut kerana ianya sudah sempurna. Oleh itu, cuaca yang baik akan membantu anda secara tidak langsung pandai mengambil gambar seolah-olah seorang jurugambar profesional. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mengambil sebanyak mana pun gambar pada saat itu.

waves-crashing-1004890_960_720

Bagaimana? Jika dulu anda merungut dengan gambar yang tidak jelas dan tidak menarik, sekarang bolehlah anda cuba kenam-enam rahsia yang dikongsikan ini. Tolak tepi kamera seperti DSLR. Tapi kalau anda memilikinya, gunalah. Jangan pula dibuang. Tips ini untuk mereka yang tidak mempunyai kamera canggih. Siapa kata tidak mempunyai kamera canggih tidak boleh mengambil gambar-gambar menarik? Lepas ini, tak payahlah anda memujuk teman yang mempunyai kamera canggih untuk meminjamnya. Cukuplah berbekalkan telefon berkamera anda itu. Yang penting, baterinya cukup sepanjang percutian anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sukar Dapatkan Makanan Halal? #5 Tips Untuk Mencari Makanan Halal di Luar Negara

Tavel hacks: Cara Mengaktifkan Debit Card Pengeluaran Antarabangsa