in

6 Tips untuk Muslimah Mengembara Secara Solo di Negara Minoriti Muslim

Travel solo dapat meningkatkan keyakinan diri kita

 

13315421_10207620457364256_5876008010794815253_n

Aku tahu ramai yang nak buat solo travel tapi ada banyak perkara yang menghalang. Yelah, takut tu satu hal, risau juga kalau sesat atau berlaku perkara yang tak diingini. Dah la travel sorang, dibuatnya tengah travel tiba-tiba kena demam panas. Tak ke haru biru pengembaraan tersebut. Huishh.

Tapi jangan risau sebab kali ni aku akan kongsikan tips-tips hebat dari seorang wanita yang telah travel secara solo ke beberapa negara eropah dan asia.

Aku memang kagum dengan orang yang travel solo lagi-lagi golongan muslimah ni. Sebabnya bukan semua orang bersedia dari segi fizikal dan mental untuk travel seorang diri. Lagi hebat bila pi travel ke tempat golongan muslim sebagai golongan minoriti. Banyak cabaran besar contohnya nak cari makanan halal dan tempat solat.

Okay lah cukup membebel seorang diri. Kita sambung ke tulisan asal penulis tips ini, cik Anne Annira Azmahira.

Semoga bermanfaat!

10154453_10202511692848336_5143398325041128610_n

Ramai yang bertanya pada aku, tak bahaya ke travel seorang? Dah la perempuan. Bertudung pulak tu. Lagi-lagi travel di kawasan yang minoriti muslim contohnya europe, korea dan sebagainya. Tak takut ke islamphobia bagai?

Fuhhh berpeluh nak jawab. Sejujurnya memang takut. Memula je eksaited. Tapi bila dah nak sampai hari kejadian, mulalah berpeluh sana sini. Sakit perut lah bagai. Belum lagi masa atas flight memang berdoa je memanjang.

Bila dah sampai memang biasanya aku akan duduk dekat aiport tu selama lebih kurang 10-15minit untuk kembali menjadi normal. Hahaha. Ingat sentiasa bertawakal kepada Allah dan betulkan niat kenapa kita nak mengembara.

Bukan sebab nak menunjuk tapi sebab nak melihat kebesaran yang Maha Esa. Jadi betulkan niat ok 🙂

Jadi disini aku bagi tips ringkas bagi muslimah yang nak cuba travel sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Aku ni pun bukanlah banyak sangat pengalaman. Biasa-biasa je. Post ini agak panjang sapa sudi baca meh la baca.

Ini adalah antara yang aku lakukan sebelum mula travel:-

1. Persediaan dari segi fizikal dan mental.

Ini tersangatlah penting. Persediaan dari segi fizikal dan mental.

Perlu diketahui kalau travel seorang ni, semua benda kena buat sendiri. Dari cari jalan route, itinerary semua diri sendiri kena buat.

Pastikan buat itinerary dan perancangan. Tak perlu terlalu details at least ada walaupun ringkas. Jadi nanti takde lah menggagau nak cari jalan pergi hostel bagai.

Dan yang penting dapat menjimatkan kos dan bajet. Penting untuk kita buat kajian tentang tempat yang kita nak pergi tu. Kaji tentang public transport dia macam mana. Susah ke senang.

Kemudian search tentang ‘visitor/tourist pass untuk setiap negara. Pass2 yang ditawarkan biasanya lebih murah, jimat dan mudah untuk digunakan dan biasanya ada yang include transportation dan tiket2 untuk masuk ke tempat2 yang menarik.

Pastikan buat juga kajian tentang ‘do’ or ‘dont’ dekat negara yang anda nak pergi tu. Bak kata orang ‘ masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum’. Eh? Hahaha. Google sahaja semua ada di hujung jari anda. Chewah!

Pastikan korang ada nombor telefon, alamat atau emel yang penting-penting macam family dan kedutaan. Sebab kalau apa-apa berlaku boleh rujuk dekat situ.

Dan ambil gambar passport korang sebagai simpanan andaikata passport hilang semasa travel dan ia akan memudahkan prosess di kedutaan.

Hostel_Dormitory
2. Tempah awal tempat penginapan

Biasanya memang aku akan book awal-awal penginapan untuk memudahkan urusan.

Lagi-lagi kalau waktu kemuncak orang travel memang payah nak cari penginapan yang kosong. Kalau ada pun memang melambung la harganya.

Aku jenis tak suka ambil risiko pakai terjah. Tapi ada juga yang jenis selamba walk in. Takpe itu semua masing2 punya suka. Hehe.

Dan carilah hostel/ dorm yang berdekatan dengan excess keluar masuk macam stesyen bas/ subway / uber dan sebagainya. Selain memudahkan perjalanan,ia juga memudahkan kalau kita berjalan sampai tak ingat nak tengok jam alih2 dah lewat malam. Jadi, tak lah bahaya sangat nak balik hostel seorang.

Tapi please jangan balik lewat bebenor nanti menggangu pulak kawan sehostel kita yang tengah syok mimpi tu. Hehe

Dan kalau boleh cari hostel yang sebilik semua perempuan. Bukan apa terjaga juga aurat dan bebas lah nak tidur kuak lentang ke apa.

Hostel boleh refer www.booking.com
dan banyak lagi.

3. Bawa makanan yang mudah dibawa dan mudah dimasak.

Part makanan ni antara yang sangat sensitif. Aku biasanya akan bawa bekal makanan macam nasi segera atau maggi. Yang mudah dimasak lah.

Dan selalunya juga aku akan bawa energy bar macam coklat mars, snickers, kurma, kismis dan sebagainya. Jadi sepanjang berjalan kalau lapar makan itu sahaja. Semua itu akan bagi energy untuk korang survive. InshAllah tak kebulur. Hehe.

Sekarang pun kebanyakan hostel ada menyediakan tempat masak. Jadi bolehlah korang masak macam korang masak kat rumah dan jangan kedekut nak jamu orang2 yang ada dekat hostel tu haha! Ok gurau je jangan serious sangat please tapi kalau buat apa salahnya.

Aku penah buat masa kat korea. Masak sambal pastu suruh dorang makan. Hah memang berpeluh la jawabnya haha. Dan kalau was-was nak guna kuali semua, silalah bawa sabun ‘Taharah’. Gunakanlah tanpa was-was.

Kalau teringin juga nak makan dekat luar, pastikan memilih makanan based on vegetarian. Ringankan mulut bertanya. Dan kalau boleh ada sedikit pengetahuan tentang nama-nama benda yang tak boleh dimakan. Contohnya macam ‘lard’, ‘pork’, ‘mirin’ ,’porcine’ dan sebagainya. Ok?

Jangan jadikan alasan ‘musafir’ atau ‘pengembara’ membolehkan korang makan apa sahaja dengan alasan darurat takde makanan.

4. Jaga batas pergaulan

Bab ni paling aku suka kalau travel sebab kita boleh jumpa ramai sangat orang yang boleh di jadikan kawan.

Dari setiap pelusuk negara katanya. Seronok sebab boleh share macam-macam benda berkenaan ‘culture’ masing-masing dan negara masing-masing.

TAPI perlu diingat, bergaul seadanya. Lagi-lagi kita seorang wanita Islam yang bertudung. Jaga adab dan tingkah laku. Sebab Islam ni masih lagi asing di sesetengah negara.

Ingat ye, kita mengembara bukan bawa diri kita seorang. Tapi kita bawa AGAMA dan NAMA NEGARA kita sekali. Jangan sebab perangai kita,orang lain pun tak hormat agama dan negara kita. Ingat tu!

 

5. Jaga Solat.

Solat ni memang aku akui agak susah sikit lebih-lebih lagi di negara minoriti Islam. Tapi itu tak bermakna kita tak jalankan rukun islam kedua tu kan?

Mana-mana pergi pun solat jangan lupa walaupun susah mana pun usahakan ok?

Aku biasanya akan bawa sehelai kain batik untuk buat alas. Selain ringan kain batik ni kita boleh buat macam-macam. Sejadah, selimut dan sebagainya. Dan biasa aku akan bawak telekung je kainnya aku tak bawa sebab boleh pakai stokin je. Mudah,simple dan ringan.

Tempat untuk solat ini yang masalah kadang2 sebab tak semua negara macam Malaysia surau dan masjid melambak.

Biasanya aku akan cari tempat tersorok sikit supaya tak kacau orang nak jalan. Wudhu’ ambil awal-awal dari hostel.

Biasanya kita akan solat jama’ untuk Zohor dan Asar je sebab waktu solat tu kat tengah-tengah. Subuh, Maghrib dan Isya’ boleh buat dekat hostel.

Jadi takde alasan untuk tidak bersolat semasa travel ok. Yela kita nak Allah mudahkan perjalanan kita, tapi kewajipan yang Allah suruh buat kita tak buat. Kan?

 

Screen-Shot-2015-09-29-at-6.41.42-PM-e1443523451204

6. Sentiasa update dengan keluarga/rakan tentang lokasi kita yang terkini

Kita kena sentiasa update lokasi kita yang terkini kepada orang yang rapat dengan kita seperti keluarga dan rakan-rakan.

Ini sangat penting supaya bila kita lama tak hubungi mereka atau tempat yang kita pergi tu alami apa-apa bencana, mereka tahu untuk hubungi diplomasi negara mana.

Tapi ada juga yang mengembara seorang diri dan tak bagitahu sesiapa tentang pengembaraan tersebut. Nak lagi ekstrim katanya. Benda ni bahaya kerana ingatlah masih ramai yang menyayangi kita dan risau akan diri kita. hehe Apa-apapun semua terpulang pada diri masing-masing.

Okay cukuplah 6 tips ni kan.

Oh ya, aku nak share juga pengalaman mengembara solo. Pernah semasa berjalan seorang di Budapest, memang rasa agak takut sebab semua tengok kita muka pelik je macam nak makan. Tapi buat tak tau je dan teruskan berjalan.

Dan pernah juga seorang kawan dipanggil ‘terrorist’. Ini berlaku di Vienna. Tapi keep calm buat tak tau. Tak payah nak lawan ke apa sebab depa ni memang kadang2 provok je.
.
.
Dan lagi satu pengalaman masa travel solo ke Korea. Masa tu di Busan tengah tunggu ferry untuk ke Jeju. Ada seorang ‘ahjussi’ ni tak habis2 pegang tudung tanya kenapa pakai. Pastu agama apa.

Macam-macam la dia tanya sampai naik rimas. Apa yang boleh kita buat cuba jauhkan diri dan senyum je. Tak boleh salahkan dorang sebab dorang tak tau pasal agama kita. So chill ok.
.
.
Buat muslimah dekat luar sana, jangan ragu-ragu untuk mengembara. Kalau tak confident, mengembara dulu dalam negara sendiri secara solo. Bila dah berani baru buat langkah kedua keluar dari negara ok.

InshAllah kalau niat kita baik, Allah akan tolong kita setiap masa. Ingat doa seorang musafir adalah diantara doa yang tiada hijab dan paling termakbul 🙂. InshAllah

Dapat sesuatu yang berharga dari perkongsian ni? Share lah supaya lebih ramai dapat manfaat. 🙂

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

33 Website & Apps Yang Akan Membantu Anda Untuk Travel Lebih Lama & Lebih Jauh

Jahit “Poket Rahsia” pada seluar anda. #Tips Keselamatan Paling Awesome untuk Traveller