in ,

7 Tips Pengembaraan Daripada Pengembara Otai Berumur 51 Tahun

Pegang nasihat ini kuat-kuat.

sunrise-1239727_1280

Saya mengikuti secara rapat segala perkongsian yang berlaku di beberapa group travel di Facebook. Antara group Facebook yang ahlinya aktif dan selalu berkongsi perkongsian-perkongsian yang bermanfaat adalah Backpackers Buddies Malaysia.

Beberapa hari lalu saya membaca perkongsian daripada Aunty Maizurah mengenai pengalamannya mengembara ke beberapa buah negara atas sebab yang berbeza-beza. Aunty Muzirah berkongsi di Facebook group,

Assalamualaikum semua anak2 BBM.

Alhamdulillah setelah banyak negara yang aunty dah cover seperti UK, France, Amsterdam, Prague Rep Czech, Brusssel Belgium, Mount Titlis n Zurich Switzerland, Munich Germany, Rome n Venice Italy, Madrid n Bacelona Spain, China, India, Kashmir, Hong Kong, Sydney Australia, Egypt, Saudi Arabia, Dubai dan Abu Dhabi, Korea, Thailand, Indonesia, Singapore (BANYAKNYA!).

Ada pergi atas urusan kerja, backpackers bersama anak perempuan dan ada juga bersama uncle. Kebanyakannya aunty redah saja. Insha Allah pada hujung minggu ini akan bermusafir lagi selama 14 hari bersama uncle berdua ke Turkey, Bosnia Herzergovina, Montenegro, Rome and Amsterdam lagi sebab uncle tak pernah sampai. Athens Greece dan Egypt untuk jengah anak final year di sana. Doakan musafir kami ini kali ini diredhai dan dirahmati Allah SWT untuk melihat alam ciptaanNya dan mengagungi keindahan dan kebesaran Allah SWT.

Untuk anak-anak yang minat untuk berbackpackers teruskan minat anak-anak kerana pengalaman melihat negara orang tak sama dengan membeli barang mahal kerana melihat negara orang menjadikan anda seorang yangg matang dlm membuat keputusan dimana kenangan dan pengalaman itu tidak boleh di beli.

Oh ya. Aunty berumur 51 tahun dan uncle berumur 55 tahun. Doakan kami sihat dalam musafir ini nanti.

Okay, sangat kagum. Kiralah berapa negara yang telah Aunty Maizurah cover dalam umur 51 tahun Dan masih kuat semangat dan fizikal untuk teruskan pengembaraan. Salute betul! Aunty Maizurah juga telah memuatnaik status berupa nasihat kepada anak-anak muda yang gemar mengembara dalam group BBM.

Assalaumualaikum anak-anak BBM. Aunty terima banyak feedback dari anak-anak semua. Terima kasih atas doa-doa kalian untuk musafir aunty kali ini. Cuma nak kongsi tips buat anak-anak BBM sebelum travel. Orang tua kan banyak beri nasihat 🙂

planet-1702788_1280

1. Pastikan niat kita travel

Melihat kebesaran Allah SWT, melihat keindahan ciptaanNya serta pastikan niatnya baik.

2. Sebelum keluar rumah.

Buat solat Taubat supaya Allah SWT ampunkan dosa-dosa kita. Buat solat hajat mohon keredhaan dan rahmat serta dipermudahkan travel kita nanti. Buat solat sunat musafir. Moga Allah SWT pelihara keselamatan kita semasa travel. Sesiapa tak tahu buat sekarang mudah je “google” dan belajar.

Percayalah andai terjadi apa-apa kepada kita, contoh kena pick pocket dan sebagainya, itu adalah dugaan daripada Allah SWT atas kasihnya pada kita. Kita akan rasa syukur dan tenang. Insha Allah akan diberikan banyak kebaikan selepas itu.

3. Semasa Travel JANGAN TINGGALKAN Solat Fardhu.

Buat solat Jamak Qasar semasa travel. Tak tahu belajar anak-anak. Kalau boleh tunaikan solat secara berjemaah.

chile-1463830_1280

4. Banyakkan sedekah masa travel.

Kalau kita ke negara yang susah2..Tukarkan sedikit duit kecil untuk sedekah. Memanglah selalu kalau kita beri seoanrg akan datang lebih ramai, jadi pandai-pandailah handle situasi. Insha Allah kadang-kadang sedikit yang kita sedekah banyak yang kita dapat kemudian.

Moga penerima sedekah ini juga berdoa untuk kita. Jangan fikir bangsa dan agama mereka. Mereka meminta kita memberi.

5. Kalau pergi dengan kawan-kawan.

Bermuafat, tolong menolong dan memahami antara satu sama lain. Jangan pentingkan diri sendiri.

6. Kalau kita rasa penat.

Masa travel, ingat dan rasailah bagaimana perjalanan jauh hijrah Rasullulah SAW dari Makkah ke Madinah. Panas dengan kawasan kering kontang hanya menaiki unta saja. Jadikan Rasullulah sebagai suri teladan utama kita.

7. Jaga makan.

Pastikan makan makanan halal. Insha Allah tak susah kot. Kalau tempat susah bawa mee segera dan sebagainya.

Insha Allah semasa musafir nnti aunty akan sentiasa doakan anak2 BBM semua…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari & Bajet Lengkap Transjava Secara Solo 11 Hari Dengan RM683

Tips for hiking the Tongariro Crossing: The best day walk in New Zealand