in

8 Perkara Yang Akan Anda Belajar Ketika Travel Berseorangan

Konfem lepas ni anda buka website AirAsia

Beberapa tahun kebelakangan ini, ramai anak muda dari negara kita yang menjadikan travel sebagai hobi dan minat mereka. Bahkan, ada yang sanggup mengikat perut berbulan-bulan demi menunaikan impian mereka untuk travel ke negara yang jauh dan lebih lama.

Antara isu yang paling besar sewaktu nak travel ini adalah, kawan.

Tak percaya? Ini buktinya,

1

Dan saya yakin, bukan mereka sahaja yang punyai masalah serupa. Barangkali, anda pun berkongsi permasalahan yang sama. Dan apa yang perlu anda lakukan?

Travel lah secara solo. Berseorangan. Tanpa teman.

Sebab apa? Sebab pertama, nak deal dengan kawan ni bukan mudah. Ada tarikh kita cuti, dia tak free. Ada masa dia free, kita pula kerja. Tunggu punya tunggu, akhirnya tak kemana-mana lah kita.

Sebab kedua, apabila anda travel secara solo, sebenarnya lebih banyak pengalaman yang boleh anda kutip sepanjang perjalanan. 8 perkara yang saya senaraikan di bawah ini cumalah sebahagian daripada apa yang akan anda pelajari apabila mengembara seorang diri.

Percayalah.

Ok, go!

solo
Tormasz Furmanek

#1: Belajar Untuk Bersabar.

Secara umumnya, apabila anda keluar mengembara ke mana-mana, inilah asas pertama yang akan anda pelajari secara sedar ataupun tidak. Anda mula bersabar dengan perkara-perkara yang berada diluar kawalan anda, seperti cuaca, waktu berlepas yang dilewatkan, kenderaan rosak di tengah jalan dan sebagainya.

Perlahan-lahan, anda mulai sedar bahawa adalah satu pembaziran tenaga untuk memarahi perkara-perkara yang berada diluar kawalan kita.

Dan apabila pulang ke rumah nanti, anda mulai mempraktikkan apa yang anda pelajari. Betul. Walaupun anda tidak menyedari hal itu.

#2: Meletakkan Prioriti Dalam Setiap Perkara.

Apabila anda mengembara seorang diri, anda akan mula belajar untuk meletakkan prioriti dalam setiap perkara. Kerana apa? Kerana tidak semua perkara penting dalam hidup kita!

Kita mungkin telah membazirkan separuh daripada kehidupan kita berfikir tentang perkara-perkara yang tidak penting. Perkara yang sepatutnya tidak pun menjadi prioriti dalam kehidupan kita. Seperti contoh, bilangan like dan follower di Facebook dan Instagram, cakap-cakap orang mengenai impian dan cita-cita kita dan sebagainya.

Mengembara seorang diri membuatkan anda cuma ambil tahu perkara-perkara yang memberi kesan secara langsung ke atas diri anda dan perkara-perkara yang berada dalam kawalan anda.

confidence

#3: Yakin Diri.

Keyakinan serta kepercayaan kepada diri sendiri akan terbina sejajar dengan masa. Maksudnya, semakin bertambah masa, semakin bertambah keyakinan diri kita jika kita mengembara secara solo.

Menoleh ke belakang, melihat semula perkara-perkara yang telah kita capai sepanjang trip yang kita lakukan akan membina keyakinan diri kita sedikit demi sedikit. Bahkan, apabila tidak bersama dengan kawan-kawan anda, maka anda terpaksa untuk berkenalan dan mendapatkan kawan baru semasa di hotel, hostel mahupun di tengah jalan.

Awesome kan?

Kredit Foto: Tormasz Furmanek
Kredit Foto: Tormasz Furmanek

#4: Harta? Heh. Bukan Lagi Yang Utama.

Apabila anda tersesat di pertengahan padang pasir, adakah duit berharga lagi?

Tidak.

Sewaktu anda sampai di negeri antah berantah di suatu malam yang sepi, tanpa hotel dan hostel berdekatan. Adakah duit masih berharga?

Tidak.

Maka, anda akan mula percaya bahawa duit bukanlah segala-galanya. Walau anda tidak dapat menafikan bahawa duit diperlukan dalam banyak perkara, tetapi anda tidak lagi akan bergantung harap sepenuhnya kepada wang dan harta.

Dan perlahan-lahan anda akan mula cuma bergantung kepada Tuhan yang satu.

#5: Bertoleransi Dan Merai Perbezaan.

Semakin jauh anda berjalan, semakin luas pemandangan. Kalau di rumah, berada dalam kelompok rakan-rakan anda, anda sukar untuk menerima perbezaan, apabila anda keluar berseorangan, mahu tidak mahu, anda memang kena menerima dan merai perbezaan.

Menerima dan merai perbezaan ini tidaklah sehingga sampai anda perlu mengorbakan kepercayaan dan agama anda. Cukup dengan menghormati kepercayaan, budaya, bahasa dan cara berfikir orang lain.

Pfft, atas dunia ni bukan kita je yang duduki tau!

#6: Bebasssssss.

Kalau dah seorang diri, pastilah bebas kan. Anda tidak terikat dengan apa-apa perkara dan anda juga tidak perlu risau perasaan orang lain.

Anda boleh berjalan berkilo-kilo untuk ke Muzium hanya untuk menikmati serta mengagumi senibina muzium itu dari luar (kerana muzium itu tidak dibuka pada hari kejadian), tanpa perlu anda memikirkan bahawa anda telah merosakkan perancangan rakan anda.

Dan perlahan-lahan anda juga mulai belajar bagaimana untuk menguruskan kebebasan itu.

prioritize

#7: Belajar Bertanggungjawab ke Atas Diri Sendiri.

Sebenarnya, pada ketika anda mengambil keputusan untuk travel secara solo pun, anda sudah mulai proses mempelajari bagaimana untuk bertanggungjawab ke atas diri anda sendiri.

Keputusan, tindakan, keselamatan dan apa sahaja yang melibatkan diri anda adalah dibawah tanggungjawab anda. Anda tidak lagi boleh menyalahkan sesiapa untuk setiap perkara buruk yang terjadi kecuali diri anda sendiri.

#8 : Cinta.

Betul.

Apabila berjauhan daripada batang-batang tubuh insan yang kita cintai, cinta itu mula mekar berkembang dan memenuhi hati kita.

Kita mulai menghargai mereka, merindui mereka, mengingati setiap perkara-perkara kecil yang tidak pun kita sedari ketika bersama dengan mereka.

Boleh jadi itu adalah keluarga, pasangan ataupun sahabat.

Anda akan pulang, dengan membawa cinta yang baru. Yang lebih segar. Walaupun dalam keadaan anda sendiri tidak menyedarinya.

Haaa, apa lagi. Pergilah mengembara, walaupun seorang diri!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 Negara Yang Paling Murah Untuk Dikunjungi

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Melancong di Dalam Negara