in ,

9 Tips Mendapatkan Harga Tiket Kapal Terbang Yang Murah

 

Travel tak perlu mahal pun sebenarnya. Kalau kita sanggup luangkan sedikit masa untuk lakukan kajian dan bacaan, tentu sekali kita dapat jimat banyak. Dan kebiasannya, antara faktor utama yang menyumbang kepada kos travel ni tentu sekali adalah tiket kapal terbang.

Macam mana nak jimat dan beli tiket yang murah?

Lakukan Carian Tiket Penerbangan Secara Rahsia

Kenapa perlu lakukan secara rahsia? Sebab ada kemungkinan syarikat-syarikat penerbangan ini gunakan trik untuk menaikkan harga apabila kita melakukan carian untuk destinasi yang sama 2,3 kali.

Kenapa mereka buat macam tu?

Faktor utamanya adalah untuk menakut-nakutkan kita dan supaya kita lebih cepat untuk buat keputusan beli tiket tersebut. Jadi bagaimana nak lakukan carian secara rahsia?

Lakukan carian melalui incognito browser atau private browsing mode. Kalau anda menggunakan browser Google Chrome atau Safari boleh gunakan shortcut key ini: control (atau command untuk mac) + shift + n. Jika anda menggunakan  Mozilla Firefox atau Internet Explorer, anda boleh gunakan shortcut key ini: control (atau command untuk mac) + shift + p.

Lakukan Carian di Enjin Carian Tiket Penerbangan

Mungkin ramai yang dah tahu trik ini. Tapi saya senaraikan beberapa enjin carian popular yang patut anda cuba sebelum ambil keputusan untuk beli tiket penerbangan.

  1. Skyscanner
  2. Kayak
  3. AirFare Watchdog
  4. Momondo
  5. Kiwi
  6. Jet Radar
  7. Google Flight

Setiap enjin carian punya kelebihan masing-masing. Secara peribadi, saya lebih menyukai dan kerap menggunakan Skyscanner untuk melakukan carian.

Enjin carian AirFare Watchdog lebih kepada mengenalpasti dan memberitahu apabila sesebuah syarikat penerbangan menghadapi masalah error fare. Enjin carian Jet Radar mempunyai senarai syarikat penerbangan tambang murah yang lebih banyak. Enjin carian Kiwi lebih expert untuk menggabungkan beberapa syarikat penerbangan untuk mendapatkan tiket yang murah.

Kenalpasti Hari Yang Murah Untuk Terbang Sebelum Tempah

Jika anda masih belum ada tarikh yang spesifik, anda boleh lakukan carian mengenai hari yang murah untuk terbang ke destinasi tersebut. Bagaimana?

  1. Pergi ke laman SkyScanner
  2. Masukkan tempat berlepas dan destinasi anda.
  3. Pilih kotak one-way.
  4. Klik ‘Depart’, tapi tidak perlukan masuk tarikh spesifik cuma pilih ‘Whole Month’.
  5. Klik butang ‘Search’.

Lepas anda dah dapat hari yang murah untuk tempah tiket ke destinasi anda, ulang semula perkara yang sama untuk tiket pulang.

Semak Laman Syarikat Penerbangan Tambang Murah

Untuk pengetahuan, kadangkala enjin carian tidak dapat mengindeks tiket penerbangan daripada syarikat penerbangan tambang murah. Jadi sebagai langkah selamat dan supaya tidak menyesal di kemudian hari, ada baiknya anda lakukan juga carian di syarikat penerbangan tambang murah ini.

Beberapa laman web syarikat penerbangan tambang murah mengikut negara/benua:

Asia

Eropah

Australia

Amerika Syarikat

Tapi sebelum membeli tiket ini pastikan anda baca dan hadam dahulu syarat serta maklumat yang disediakan untuk mengelakkan anda daripada dikenakan cas tambahan.

Bayar Dengan Matawang Lain

Haaa, ada kemungkinan juga yang apabila anda menggunakan matawang lain, tiket tersebut akan menjadi lebih murah. Jadi sebelum membuat pembelian, eloknya cuba dahulu tukarkan jenis matawang. Andai harganya berbeza jauh, maka anda boleh consider untuk gunakan matawang tersebut. Heh!

Tempah Tiket Ketika Bulan Januari

Menurut traveller berbangsa Inggeris, kebiasannya bulan yang paling murah untuk beli tiket penerbangan adalah Januari. Mungkin pada bulan ini, jualan tiket adalah tidak memberangsangkan disebabkan cuti akhir tahun baru sahaja tamat, maka syarikat-syarikat penerbangan menurunkan harga untuk menarik lebih ramai pelanggan. Mungkin.

Lapangan Terbang Alternatif

Cuba lakukan sedikit carian untuk dapatkan maklumat jika destinasi yang akan anda kunjungi mempunyai lapangan terbang alternatif. Kalau ada, cuba semak jika ada penerbangan ke sana daripada tempat berlepas anda. Boleh jadi, harganya lebih murah daripada jika anda terbang ke lapangan terbang utama.

Lakukan Tempahan Berasingan

Kadangkala, apabila anda melakukan tempahan secara berasingan, harganya akan sedikit berbeza daripada anda beli return ticket. Jadi sebelum melakukan tempahan, semak dahulu mana yang lebih jimat samada lakukan tempahan secara berasingan atau terus tempah return ticket.

Gunakan VPN Ketika Melakukan Pencarian

Sesetengah syarikat penerbangan menggunakan trik menentukan harga berdasarkan lokasi pelawat laman web. Maknanya, pengunjung dari Malaysia dan pengunjung dari Australia, tiketnya akan berbeza harga.

Bagaimana untuk mengatasi perkara ini?

Mudah, gunakan sahaja VPN untuk menyamar anda dari negara luar. Tetapi untuk menggunakan VPN ini, anda mungkin terpaksa belajar sedikit asas tetapan untuk menggunakannya. Kiranya, susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian lah. Heh!

Ramai orang yang kata, kalau nak travel murah ni baik tak payah travel. Terpulang pendapat masing-masing. Bagi saya travel murah ni lebih menyeronokkan kerana kita dapat belajar lebih banyak perkara.

Anda ada pengalaman/cerita/itinerari yang ingin dikongsikan bersama komuniti traveller yang lain? PM sahaja kami di Fanpage The Ruka atau emel hai[at]theruka.com.

Artikel ini ditulis berasaskan rujukan daripada laman web Thrifty Nomads dan Expert Vagabond.

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pentingkah Memiliki Insurans Untuk Travel Di Luar Negara?

10 Nasihat Sebelum Anda Tidur di Lapangan Terbang