• in , , ,

    Itinerari Lengkap Solo Trip 2 Hari 1 Malam ke Pulau Perhentian dengan Total Kos RM496

    Solo Trip to Perhentian Island 19-20 July 2017

    Ramai yang dah sampai ke Pulau Perhentian kan dan ramai juga yang mungkin tak sampai lagi dan berkira-kira nak pergi. Saya kongsikan serba sedikit tentang macamana nak sampai ke sana ya.

    Jika nak ke Pulau Perhentian kena melalui Jeti Kuala Besut. Kalau naik pesawat better turun di Kota Bharu instead of Kuala Terengganu sebab jaraknya yang lebih dekat. Ada 5 cara untuk sampai ke Jeti Kuala Besut dari Airport Kota Bharu tersebut.

    Baca juga : Itinerari Lengkap 6 Sahabat ke Hokkaido,Jepun Selama 8 Hari Dengan Kos RM 2427 Seorang

    1. Jika pergi di dalam kumpulan dan ambil package boleh ambil airport transfer dengan company yang uruskan package kita. Costnya RM400 untuk satu van dengan minimum 6 pax, maximum 10 pax. Harga untuk return.

    2. Ambil taxi di dalam Airport. Harga RM78

    3. Grab. Harga RM68-69

    4. Taxi diluar Airport. Ini kena pandai nego. Ada yang bagi serendah RM60 satu taxi.

    5. Naik bas no 9 dari Airport menuju ke Terminal Bas Kota Bharu kemudian naik bas Cityliner ke Jeti Kuala Besut dengan kekerapan setiap 30 minit. Cara ni paling jimat tetapi paling lambat sampai sebab anda akan naik bandar KB dulu sebelum turun semula ke Kuala Besut. Jika ada banyak masa why not kan.

    Perjalanan saya bermula jam 6:30 am dari KLIA2 dan tiba di KB sejam kemudian.

    Saya pun hampir mengambil cara no 5. Tetapi saya bernasib baik sebab sewaktu saya tunggu bas ada sepasang pelancong matsaleh dari Belgium pun menunggu bas untuk tujuan yang sama. Selepas beberapa ketika menunggu saya menanyakan jika mereka mahu berkongsi grab dengan saya. Mereka setuju dan akhirnya kami menaiki grab dengan cost RM23 seorang.

    While waiting for the grab yg datang lepas 3 minit datang pakcik taxi cakap kat saya dia boleh hantar ke Jeti Kuala Besut dengan harga RM60 sahaja. Pakcik lewat seminit jer kata saya. Kami baru jer panggil Grabcar. 😢

    Sampai di Jeti lebih kurang jam 9:10 pagi. Selepas membayar duit grab saya menuju ke office yang menguruskan Package saya. Perhentian Setia Travel atau orang kat sana panggil Setia jer. Uruskan segala vouchers i.e boat, snorkeling dan accommodation.

    Jam 9:45am naik boat selepas membayar tiket Marine Park RM5. Perjalanan ke Flora Bay Resort di Perhentian Besar kurang lebih 40 minit sebelum tiba di persisiran dan beralih ke boat kecil untuk ke resort.

    Lepas check in. Tidur sekejap sebab tak cukup tidur malam tu huhu. Jam 12:30 keluar makan yang telah disediakan oleh pihak resort.

    Jam 1:30 pm tunggu boatman ambil untuk snorkeling activity. Saya dibawa ke 5 points sebelum dihantar pulang semula ke resort

    Jam 4:30 pm sampai ke resort dan berehat sebelum keluar semula petang tu untuk jalan-jalan di pesisir pantai hingga ke hujungnya. Menunggu malam tiba.

    8:30 pm keluar ke restaurant untuk makan malam. Usai makan berjalan-jalan lagi di pantai balik ke bilik dan tidur.

    20/7/2017

    8:30 am sarapan. Jalan-jalan di pantai (apa lgi nak buat yg ada cuma laut dan pantai jer haha) balik ke bilik bersiap2 untuk check out dan tunggu boat.

    11:00 am check out. Duduk minum sementara tunggu boat datang jam 12:00. Naik boat kecil dulu sebelum ditransfer ke boat besar menuju ke jeti.

    12:45 tiba di jeti. Pulangkan snorkeling set. Amik van transfer ke Airport dengan harga RM20.

    2:10 pm sampai di KB Airport dan tunggu flight balik jam 5:30

    Nota tambahan

    1. Ini just a short gateway buat saya so memang tak plan nak duduk lama.

    2. Tak ada sebab kenapa pergi Perhentian Besar tak ke Perhentian Kecil ( walaupun ramai yang kata Perhentian Kecil lagi best)

    3. Memang tak nak buat aktiviti lain selain snorkeling. Salah satu sebabnya adalah nak try my new snorkeling set yang full face tu. first point jer guna lepas tu guna yang biasa punya haha. Agaknya tak biasa so macam tak selesa pakai.

    4. Tak ada gambar corals sebab waterproof cover untuk action cam hilang. Tak ingat letak kat mana masa balik dari Boracay hari tu.

    5. Saya ambil full board package itu sebab lunch and dinner provided by the resort.

    6. Saya pilih fan room. Hill view. Jadi bilik saya tak gempak. Memang basic gila. Yang penting bilik air bersih dan air pun laju jer keluar.

    7. Staffs di Flora Bay Resorts sangat baik dan pandai melayan customers. Lama dah saya tak dengar ayat “Puan minum dulu sementara tunggu makanan sampai ya” it’s so soothing to hear ayat macam tu.

    8. Makanan yang dihidangkan sebenarnya untuk 2 orang sebab ambil full board package. Walaupun saya seorang mereka tetap hidangkan portion untuk 2 orang. Dah lah orang keliling tengok semacam. Macam bela saka agaknya dorang fikir. Makan sorang lauk banyak huhu

    9. 99% yang menginap di sana foreigners sebab saya sorang jer melayu kat sana 😭😭😭. Macam berada di bumi asing plak. Nasib baik staffs semua melayu huhu

    10. Digi tak ada line kat sana. So agak mereput lah tak dapat internet access. Tapi yang bagusnya saya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada persekitaran sehingga ada banyak small little things yang saya observed. Dan hari ni betul-betul nampak kejadian sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Saya nampak tupai jatuh berdebuk atas tanah hehe

    Maklumat tambahan. Since ramai yang tanya cost keseluruhan.

    Perbelanjaan Hangus
    Flight return RM128
    Package full board RM320 price for 1 pax jika 2 pax murah lagi per pax
    -Makan 3 kali for 2pax
    -Snorkeling 5 points
    -Snorkeling set dan mineral 2 botol
    -Fan room hill view 2 single bedded
    -Jetty transfer
    Marine Park RM5
    Grab RM23
    Airport transfer RM20
    Total RM496

    Sekian sedikit perkongsian dari saya, Leynaa Mhd Radzali. Semoga bermanafaat. Di sini saya sertakan beberapa gambar sepanjang trip saya ke pulau perhentian

    Sesi snorkeling

    Ini bilik yang saya duduk sepanjang berada di Pulau Perhentian

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

    Baca juga : Hotel bergerak yang amat superb untuk traveler

  • in , , , ,

    Itinerari Lengkap Solo Travel Seorang Gadis ke Busan dan Seoul selama 10 Hari dengan kos RM 2405. Ini caranya

    22/5/2017 – 31/5/2017 (10hari 9malam)

    KL – BUSAN – SEOUL – KL (Currency : 1,000won = RM 4)

    Perbelanjaan asas :
    Flight + tiket train + GH(Guest House) + T-money + Admission fee = RM1,486

    + (optional)
    add on (luggage 20kg+meal) + insurans + pocket wifi = RM 319

    + (ikut bajet masing-masing)
    makan + souvenir + shopping = RM600

    Baca juga : Itinerari 11 hari 10 malam ke Korea Selatan dengan bajet RM 2459. Memang best!

    Day 1

    – Flight delay : 1am to 6am
    – 1pm : touchdown di Gimhae Airport
    – Check in Sky Island Ghouse di Nampo Station
    – Oryukdo Skywalk + Igidae Park (subway+bas)
    – Dongbaek park/island (bas)
    – Haeundae Beach (jalan kaki)
    – Gwanggali Beach (subway)

    Day 2

    – Check out GH
    – Taejongdae (subway + bas)
    – Gamcheon Cultural Village (subway + bas)
    – Jagalchi Market (subway)
    – Gukje Market (jalan kaki)
    – Busan Tower (jalan kaki)
    – BIFF Square (jalan kaki)
    – Busan station (bertolak pergi Seoul) (subway)

    Day 3

    – 4am: train delay sampai Seoul Station
    – simpan beg dalam loker Seoul Station
    – Nami Island. Lunch di sini. (subway + bas + feri)
    – Garden of Morning Calm (bas)
    – Myeongdong (dinner) (subway)
    – ambik beg di Seoul Station (subway)
    – Check in Beewon GH di Jongno 3-ga station (subway)

    Day 4

    – Gyeongbokgung Palace (jalan kaki dari GH)
    – National Folk Museum of Korea (jalan kaki)
    – National Palace Museum of Korea (jalan kaki)
    – Gwanghamun (jalan kaki)
    – Paju English Village (subway + bas)
    – Digital Media City (CJ ent, MBC, SBS, YTN) (dinner di sini) (bas)

    Day 5

    – Cheongdokgung Palace (jalan kaki dari GH)
    – Huwon tour (jalan kaki)
    – Changgyeong Palace (jalan kaki)
    – Ihwa Mural Village (jalan kaki)
    – Naksan Park (jalan kaki)
    – KBS Yeouido (subway)
    – Yeouido Park (jalan kaki -> sewa basikal)
    – Hangang Park/river (naik basikal)
    – Ehwa Uni Station (dinner di sini) (subway)

    Day 6 (day 1 puasa)

    – K star Road (subway)
    – Tour Ent Agency (JYP, FNC, SM) (jalan kaki)
    – SM Coex Artium (subway)
    – Itaewon (dinner) (subway)
    – Cheonggyecheon Stream (jalan dari point city hall -> jongno 3ga) (subway -> jalan kaki balik ke GH)

    Day 7

    – Deoksugung Palace (subway)
    – Seoullo (Seoul Station) (subway)
    – Dongdaemun Design Plaza (jalan kaki)
    – Dongdaemun (jalan kaki)
    – Common Ground (subway)
    – Konkuk University (jalan kaki)
    – Banpo Bridge Rainbow Fountain (subway)
    – Gangnam (dinner) (bas + subway)

    Day 8

    – Ehwa University (subway)
    – Hongik University (subway)
    – Nandaemun (subway)
    – Myeongdong (dinner di sini) (jalan kaki)

    Day 9

    – Namsan Hanok Village (subway)
    – Namsan tower (lepak bawah je) (bas)
    – Myeongdong (dinner/shopping) (bas)

    Day 10

    – Bukchon Hanok Village (jalan kaki dari GH)
    – Insadong (jalan kaki)
    – check out GH
    – Incheon Airport (airport bas)
    – Back to KL!
    ————————–————————–——————–
    PAYMENT DI Malaysia/online: RM 1,379

    Flight Ticket return: RM 550
    Add on value pack: RM 130
    Insurans AXA VIP: RM 39
    Pocket Wifi rental: RM 150/10days
    Train Mugunghwa to Seoul: RM 114 (28,600won)

    Guesthouse (dorm) :
    Sky Island Busan: RM67/1night (17k won)
    Beewon GH Seoul: RM329/7night (83,300won)
    ————————–————————–——————–
    BELANJA DI KOREA: RM 1026

    – T-Money : 50k won (RM 200)

    Ticket:

    – Busan 1 day pass : 5k won(RM 20)
    – Taejongdae danubi train : 3k won (RM 12)
    – Seoul Locker Bag : 3k won (RM 12)
    – Gapyeong Tour Bus : 2,500k won (RM 10)
    – Nami Island tix : 8k won (RM 32)
    – Garden Morning Calm tix : 9k won (RM 36)
    – Combo Palace tix : 10k won (RM 40)
    – Paju Eng Village tix : 3k won (RM 12)
    – Yeouido Bike Rental : 3k won (RM 12)
    – Airport Bus tix : 10k (RM 40)

    Makan : 70k won (RM 280)
    Souvenir: 40k won (RM 160)
    Shopping: 40k won (RM 160)

    TOTAL BURN (ALL IN) : rm2,405 /10Hari 9mlm

    Tips di Korea :

    + Download google translate kerana ia sangat2 membantu.. Type je apa yang nak pastu tunjuk kat orang sana. 

    + [Busan] Sila dapatkan kupon baucer dari KTO. Dalam tu dia bagi free T-Money. Sampai je Busan airport, terus pergi 7E dia untuk topup card. Kat Busan tak boleh beli T-money tapi boleh reload je. Tu pun dekat convenient store sahaja.

    + [Busan] Kalau dalam 1hari tu nak pergi lebih 5 tempat guna subway/metro. Sila beli 1day pass, 5k won unlimited untuk 1hari. Boleh beli dekat stesen subway (except station line purple). Dekat airport takde ya. Kalau nak pergi takat 2,3 tempat better guna t-money tu je.

    + [Busan] Dalam baucer KTO 2017 tu jugak ada kupon busan metro 5k won. Yang ni kena pergi busan tourist info counter dekat busan station, tukar kat sana. Dia bg 1 pass biru, dalam tu ada 5k won. Naik la SUBWAY kat busan tu sampai habis 5k (except line purple). Bila cucuk pass tu, dia dah tak naik tu maksudnya duit dah habis. Boleh sambung guna T-money.

    + [Busan] Kalau kaki kuat + itinerary flexible, boleh je jalan dari dongbaek island ke haeundae. Saya jalan dalam setengah jam boleh sampai.

    + [Busan] Kat taejongdae, sila la beli ticket danubi train tu. Kalau tak rasanya memang tak mampu nak cover semua courses sebab bukit kat sana tinggi nawww.

    + [Busan] Di gamcheon village, ada duit lebih, beli la maps. Kalau tak bersedia la untuk sesat dalam kampung tu.

    + [BUSAN] Kaalu nak makan, ada kedai india halal di BIFF square.

    + Istana-istana di Seoul ada banyak. Sekali tengok lbih kurang sama je. Kalau takmau crowded dan nak option lagi murah, boleh pergi cheongdokgung palace. Tempat nya pon tak brapa besar. Kejap je dah boleh habis tour palace tu. Kalau nak pergi yang famous, pilih la gyeongbokgung. Sy stay di gyeongbokgung tu lebih 4jam. Di sini besar.

    + Siapa yang tertarik nak join huwon tour? Huwon tour tu kena masuk hutan je. Dia tunjuk tempat rehat dan persinggahan raja dulu2 dalam hutan tu.

    + Kalau ada yang singgah KBS then nak pergi hangang park tu, boleh la sewa basikal di yeoido park then bawa sampai hangang. Best gila!! Digalakkan pergi waktu petang sebab boleh picnic + lepak dengar busking.

    + Untuk yang tak mampu nak naik cruise untuk tengok rainbow fountain tu boleh pergi banpo bridge. Dari sana pun boleh tengok tapi dari tepi jelah. Kena menapak sikit dari subway station.

    +Sangat recommend untuk stay area anguk/jongno! Sebabnya boleh je jalan nak pergi few attraction places cuma kaki kena gagah sikit. Dari Ghouse saya jalan ke bukchon, gyeongbokgung, gwanghamun dalam 15-30min jugak la nak smpai. Then saya jalan dari GH ke cheongdokgung place, cheonggye palace, ihwa mural village. Dari Ghouse jugak boleh jalan pergi insadong dan topgol park. Memang jimat tambang subway.

    + Kalau beli luggage untuk balik dan beg berat, sila la ambil airport bus. Jenuh nak transfer turun naik tangga dengan beg2 bagai kalau naik subway. Alhamdulillah saya punya GH sangat dekat dengan airport bus stop. Jalan dalam 4minit? Bayar 10k won, tido je dalam bas. Sejam sampai airport, bas drop depan pintu area departure gate.

    + isu wifi, saya pergi sana saya sewa je router wifi sebab saya ni jenis heavy user internet. update je manjang. dah compare dengan simkad, lagi untung ambil wifi je sebab data unlimited.

    Di sini saya sertakan sedikit gambar sepanjang perjalanan di Korea :

    Seoul
    Haeundae Beach
    Nami Island

    Oryukdo Skywalk
    Igidae Park

    Gamcheon cultural village

    Nami Island

    Terima kasih kepada Nur Haida kerana sudi berkongsi itinerari dan tips travel ke Busan dan Seoul, Korea. Sesiapa yang ingin berkongsi iti/itinerari/tips travel kepada kami boleh hantar cerita itu ke page FB kami.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

    Baca juga : Nak ke Phuket? Kak Rara kongsi pengalaman travel sensorang di sana

  • in

    Cara ‘Cool’ Warga Jepun Menghadapi Pencuri

    Kisah ini pada awalnya telah diceritakan oleh rakan sekerja Ganesh Sashank di Maruti Suzuki yang telah pergi ke Jepun untuk business tripnya. Beliau menghadapi satu pengalaman yang sangat menarik dan untuk kita yang mendengar (atau membacanya) pasti terdetik dalam hati, perkara sebegini cuma mampu berlaku di negeri matahari terbit sahaja.

    Ini kisahnya.

    Di Jepun (atau lebih tepat lagi dikawasan yang dikunjungi tersebut), longgokan buah oren yang sudah masak dan gugur daripada pokok memenuhi segenap ruang pandang.

    Yang paling indah tentang warga Jepun ini adalah jika buah oren gugur daripada pokok, tidak ada sesiapa yang berhak dan boleh menuntut hak keatas buah oren tersebut melainkan tuan punya tanah dimana oren tersebut gugur. Pada waktu itu, anda boleh lihat banyak buah oren yang telah gugur dan tidak dikutip di kawasan itu.

    Pada suatu hari, setelah selesai makan tengahari saya keluar daripada rumah kawan saya untuk ambil angin. Tanpa disangka, kami terlihat seorang pencuri yang sedang mengutip buah-buah oren yang telah gugur ke tanah itu dan berlalu pergi. Reaksi pantas saya apabila melihat kejadian tersebut adalah dengan menjerit, “Hei pencuri, berhenti!”.

    Melihat reaksi saya, rakan saya menyentuh bahu saya dan memberhentikan perbuatan saya dengan senyuman. Perbuatannya selepas itu memang mengejutkan saya. Dalam intonasi yang sangat sopan, dia menuturkan, “Sumimasen. Korera no mikan o gen ni modoshite kudasai” yang bermaksud, “Maaf encik, mohon letakkan kembali buah oren tersebut.”

    Tetapi pencuri tersebut tidak mengendahkan perkataan rakan saya ini dan berlalu pergi. Melihat keadaan itu, rakan saya mengikuti langkahnya dan berkata, “Mikan ga hitsuyōda to wakatte imasu. Shikashi sore wa anata no monode wa arimasen. Modotte modotte kudasai.” yang bermaksud, “Saya faham bahawa anda memerlukan buah oren ini, tetapi ianya bukan milik anda. Sila pulangkannya kembali.”

    Pencuri ini memalingkan badannya ke belakang dan meletakkan kembali buah-buah oren yang telah dikutipnya tadi di tempat asalnya, tanpa menyerahkannya kepada tuan punya tanah.

    Kemudian, dengan intonasi serta nada suara yang sangat sopan, pencuri tersebut memberitahu, “Sumimasen. Watashi wa hijō ni uete iru. Korera no mikan o toru koto wa dekimasu ka?” yang bermaksud, “Maaf, saya sangat lapar. Boleh tak saya ambil buah oren ini?”

    Tuan rumah tersebut menundukkan sedikit badannya dan berkata “Onegaishimasu” yang bermaksud, “Silakan, ambillah dan makan.”

    Pencuri tersebut kemudiannya mengutip kembali buah oren yang diletakkannya tadi. Dia kemudiannya menundukkan badan serta memohon maaf daripada isteri tuan rumah itu dan berlalu pergi.

    Fiuh, menarik kan?

    Kisah ini telah diceritakan oleh salah seorang pengguna Quora iaitu Ganesh Sashank di thread What is an “Only in Japan” moment?

    Jangan lupa share dan tag rakan-rakan anda. Pfft, like page The Ruka di Facebook dan follow kami The Ruka di Twitter untuk lebih banyak kisah travel yang tak ingat dunia. Heh!

  • in ,

    7 Travel Hacks Untuk Pengembaraan Yang Lebih Awesome

    Sebenarnya, kita beruntung untuk hidup dalam alaf yang ini. Cuba bayangkan puluhan tahun yang lampau, perjalanan dari Malaysia ke tanah suci Mekah mengambil masa berbulan-bulan lamanya dengan menaiki kapal laut. Sehingga ada yang meninggal dunia sebelum sempat menjejakkan kaki kesana.

    Tapi sekarang, perjalanan terus Kuala Lumpur ke Jeddah cuma mengambil masa kurang daripada 10 jam. Tidak cukup dengan itu, zaman ini kita dilengkapi dengan pelbagai jenis syarikat penerbangan yang menawarkan tambang pada kadar mampu milik. Kan?

    Dan sebab-sebab itulah yang menjadikan dunia ini lebih ‘connected’ antara satu sama lain. Dan faktor-faktor ini juga menyumbang kepada pertambahan umat manusia yang suka mengembara seperti anda.

    Untuk memastikan pengembaraan anda lebih awesome, The Ruka sediakan beberapa tips yang anda boleh gunakan untuk pengembaraan anda akan datang. Kalau anda rasa enjoy, jangan lupa share dan tag kawan-kawan anda yang kaki backpacking tu!

    #1: Pilih Kenderaan Darat Berbanding Udara

    Mungkin anda sudah tahu sebabnya apa, sebab utamanya tentulah kos yang lebih murah. Walau tidak dinafikan bahawa perjalanan darat mengambil masa yang lebih lama berbanding menaiki kapal terbang, tetapi perjalanan darat kebiasannya memberi 1001 pengalaman yang sangat bermakna.

    Heh.

    Terutama jika kita ke negara-negara yang kurang membangun. Mod pengangkutan utama mereka tentu sekali adalah bas dan keretapi. 1001 macam ragam dan keletah yang kita dapat lihat ketika itu. Dan itulah yang akan menjadikan pengembaraan kita lebih bermakna. Tak ke?

    #2: Lokasi Yang Bukan Tumpuan

    Pfft, sewaktu merancang perjalanan cuba selitkan sebanyak mungkin lokasi-lokasi eksotik yang masih dara daripada gerombolan tourist yang datang ke negara atau negeri tersebut. Eh, ini bukan bermaksud anda perlu elakkan daripada berkunjung ke semua lokasi yang menjadi tumpuan pelancong, ada sahaja lokasi tumpuan pelancong yang ‘worth it’ untuk dikunjungi.

    Tetapi biasanya tempat yang ramai orang tempatan pergi tu lebih menarik. Heh!

    #3: Minta Rekomendasi Daripada Orang Tempatan

    Saya masih ingat ketika berkunjung ke negeri di bawah bayu. Kami berhenti di tepi jalan untuk menikmati panorama gunung kinabalu yang menawan sewaktu dalam perjalanan untuk ke Ranau. Kami berborak dengan salah seorang penjaja disana. Dan dengan rekomendasinya, kami berkunjung ke tempat air terjun yang sangat cantik! (maaf saya lupa namanya)

    Kadangkala, kewujudan tempat-tempat yang awesome ini hanya diketahui oleh orang tempatan sahaja. Jadi ringan-ringankanlah mulut ya.

    #4: Tempah Awal-awal

    Zaman sekarang mudah betul, nak tempah apa-apa boleh melalui laman web. Untuk pastikan anda mendapat deal yang terbaik, pastikan anda membuat perancangan awal dan menempah segala kelengkapan untuk pengembaraan anda tiga minggu daripada tarikh anda berlepas.

    Sebab apa?

    Lagi dekat tempoh antara tempahan dibuat dengan tarikh tempahan, lagi tinggi kemungkinan untuk anda dapat harga yang lebih mahal.

    #5: Tempat Tidur Bukan Yang Utama

    Apa maksudnya?

    Pastikan anda tahu fokus anda untuk mengembara. Kebiasannya orang mengembara sebab nak tahu budaya tempat yang mereka pergi, makanannya, atau melihat pemandangan disana. Jadi, adakah anda merasakan penting untuk anda tidur di hotel bintang lima?

    Tentu sekali tidak.

    Walaubagaimana pun, anda tetap perlu mencari tempat tidur yang selesa dan selamat untuk kebaikan diri anda juga.

    #6: Teleport?

    Haha! Siapa dah baca artikel ini?

    Hotel Bergerak Yang sangat Superb Untuk Traveler!

    Kalau boleh, jimatkan perbelanjaan dan masa anda untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat pada waktu malam dengan mod pengangkutan darat. Dengan itu anda cuma perlu membayar satu harga untuk mendapat dua manfaat iaitu bergerak dan tidur. Kan?

    #7: Jangan Lupa Minum Air

    Kita memang tak boleh nak nafi, mengembara ini akan menyebabkan kita kehilangan banyak air. Iyalah, berjalan dari satu tempat ke satu tempat. Itu belum kira lari-lari anak untuk kejar bas yang hampir tinggalkan kita lagi.

    Pastikan anda membawa dan mendapatkan bekalan air yang mencukupi ketika mengembara untuk memastikan pengembaraan anda lebih seronok dan awesome. Yasss!

    Enjoy baca artikel ini? Jangan lupa share di Facebook dan tag rakan-rakan anda sekali.

  • in

    Hotel Bergerak Yang Sangat Superb Untuk Traveler

    Betapa awesomenya bila satu demi satu benda yang ada dalam kisah fiksyen Harry Potter menjadi realiti dalam dunia muggle (orang yang bukan magician) seperti kita. Iyelah, dulu tengok surat khabar boleh tukar-tukar gambar, memang terfikir tak mungkin lah surat khabar akan jadi macam tu. Tapi bila surat khabar pun dah banyak online, dan kita baca dekat tablet, kan dah menyerupai surat khabar dalam cerita Harry Potter. Heh!

    Dan baru-baru ini sebuah startup yang berpengkalan di Amerika Syarikat, Cabin telah melancarkan sebuah bas tidur dua tingkat untuk perjalanan dari San Francisco ke Los Angeles. Yayy!

    Siapa yang pernah pergi ke Vietnam atau Laos, mungkin pernah naik sleeper bus, tapi bas yang dilancarkan oleh startup ni memang sangat berbeza daripada sleeper bus yang pernah anda naiki. Serius! Macam hotel betul, sebab tu CEO mereka sendiri menggelarkan bas ini sebagai hotel bergerak. Fiuh.

    Inilah CEO startup Cabin

    Bas ini akan memulakan perjalanan pertamanya pada 14 Julai ini, dari San Francisco ke Los Angeles. Untuk pengetahuan anda, bas ini mempunyai 24 ruang tidur, dan juga dilengkapi dengan ruang istirehat, bilik air dan wifi! Yaaaa, macam dekat hotel kan?

    Iyelah, kalau nak compare dengan hotel 5 bintang, memang konfemlah tempat tidur dalam bas ini jauh macam langit dengan bumi. Tapi kenalah realistik kan? Ruang tidur yang disediakan hampir menyerupai konsep capsule hotel yang ada di KLIA2 dan yang popular di Jepun. Kira mantap juga lah kan?

    Setiap ruang tidur dilengkapi dengan sebuah tilam, dan bantal yang kebiasannya digunakan di hotel, comforter, lampu bacaan, soket kuasa, tingkap, pendingin hawa dan langsir. Pendek kata, untuk perjalanan dari Johor Bahru ke Perlis tu, memang sangat selesa lah.

    Menurut CEOnya, bas ini akan dipandu dengan penuh berhati-hati serta berhemah oleh pemandu yang terlatih untuk memastikan setiap penumpang dapat tidur dengan lena dan selesa. Pergh! Memang berbeza sungguh lah dengan sleeper bus dekat Vietnam. Haha!

    Akhir sekali, Tom Currier (CEO) telah mengumumkan sesuatu yang istimewa. Apa dia? Bas seumpamanya  yang bertemakan filem Harry Potter sedang dalam proses untuk siap. Perghhhhh! Terus abang cari tiket pergi US sekarang juga!

    Kredit: Artikel ini pertama diterbitkan oleh Mashable

  • in , , ,

    Itinerari Lengkap 6 Sahabat ke Hokkaido,Jepun Selama 8 Hari Dengan Kos RM 2427 Seorang

    Jejak Jepun 6 Sahabat

    Trip 8 hari 7 malam ke Hokkaido (Sapporo – Shiraoi – Noboritbetsu)

    Mungkin dah ramai share tentang trip Sapporo, tapi pada hari ini saya nak share our version pulak, mana la tahu boleh bagi manfaat kepada pembaca2 lain

    Ohayou Gozaimasu!

    Memandangkan me & my amigos baru balik dari negara matahari terbit saya nak berkongsi sedikit tentang trip kami ke Jepun selama 8 hari. Perimeter kami di Hokkaido merangkumi Sapporo – Shiraoi – Noboritbetsu.

    Trip kami bukanlah bermatlamatkan budget yang sangat minima, sebaliknya trip kami adalah trip yang dikatakan “comfortable & leisure” jadi mungkin ada pembaca yang akan berpendapat budget keseluruhan kami agak tinggi.

    Setelah hampir 6 bulan merancang, 31 Januari 2017, kelihatanlah kami di KLIA dan misi menjejaki the land of Doraemon & Gundam pun bermula.

    Baca juga : Anak muda ini mengembara ke Jepun selama 8 hari dengan bajet RM1795. Ini baru travel!

    Secara keseluruhan Penerbangan kami melalui:

    Outbound: Kuala Lumpur – Bangkok – Nagoya – Sapporo
    Inbound: Sapporo – Tokyo – Kuala Lumpur

    Jenis Airlines: Malaysia Airlines & Japan Airlines
    Ticketing channel: Expedia.com

    Kos penerbangan = RM8615.40 / Rm1435.90 per pax (5x fly)
    Kereta sewa = Rm2008 / ¥ 51080 / Rm335 per pax
    Minyak kereta = Rm360 / ¥ 9160 / Rm60 per pax
    Ruma sewa = Rm2643 / ¥ 67253 / Rm441 per pax (6 Nights)
    Parking / admission ticketing = Rm200 / ¥ 2500 / Rm33 per pax
    Makan = Rm160 / Rm54 per pax (bawa dari Msia + beli di Japan)
    Lesen antarabangsa = Rm150 / Rm25 per pax
    Travel wifi = Rm135 / Rm23 per pax (travel recommend)
    Parking ticket, admission ticketing = Rm200 / ¥ 2500 / Rm33

    Jumlah kesuluruhan bagi seorang = Rm2427

    Accommodation Details:
    Accommodation type: Air Bnb House
    Location: Shiraoi
    Address: kitayoshiwara 369-134 Shiraoi, Hokkaido 059-0923 Japan
    Host contact number: +86 135 3515 0975

    Car Rental Details:
    Reservation center: Budget Rental Car
    Address: 1-3-2, Kashiwadaiminami, Chitose City, Hokkaido
    Contact number: Call (domestic resident) 0120-054-317
    Call (international resident) +81-92-624-1720
    Car type: MV (Toyota Wish)

    Trip Itinerary

    Day 01: Kuala Lumpur – Chitose
    KLIA – Chin Chitose – Shiraoi (check-in house)

    Day 02: Noboribetsu
    Noboribetsu Marine Park Nixe – Oyunuma – Noboribetsu Gateway Cente – Orofure Pass – Volcano Science Museum – Muroran Mosque (Friday Prayer)

    Day 03: Shiraoi
    Ainu Museum and village – Lake Kuttara – Sendaihan Shiraoi Motojinya Museum – Tomakomai City Science Centre – Sea Station Plat Seaport Market

    Day 04: Sapporo
    Sapporo white illumination – Moerenuma Park – Mt Okura Observatory – Hokkaido Underground Pedesterian Space – Odori Park – Hokkaido Jingu – Susukino – Historical Village of Hokkaido

    Day 05: Sapporo
    Nakajima Park – Maruyama Zoo – Sapporo Dome – Sapporo Tv Tower – Clock Tower – Ganso Sapporo Ramen Street – Stellar Place Sapporo – Fushimi Inari Shrine – Sapporo Mosque – Sapporo Sports Museum – Hiraoka Park

    Day 06: Sapporo
    Sapporo international ski place – Sapporo Snow Festival – Nijo Market – Sapporo factory – Leisure activity

    Day 07: Chitose – Kuala Lumpur
    Stellar Place Sapporo – Odori Bisse – Gift Speciality shop – Chin Chitose Airport

    Dengan ini kami sertakan sekali gambar sepanjang kami berada di sana

    Ski Jump Okurayama

    p/s: memandu di musim salji dalam keadaan jalan berais adalah sangat mencabar, kami sendiri beberapa kali kenderaan “skidding” ketikan memandu. Jadi jika ada apa soalan2 ingin bertanya, sama ada berkenaan dgn pemanduan atau trip jangan segan silu pm lah saya.

    Terima kasih kepada Cikgu Afiq kerana sudi berkongsi itinerari dan tips travel ke Hokkaido, Jepun. Sesiapa yang ingin berkongsi iti/itinerari/tips travel kepada kami boleh hantar cerita itu ke page FB kami.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

    Baca juga : Bagaimana Jepun Menjadi Antara Negara Yang Paling Selamat Di Dunia?

  • in , , ,

    Itinerari dan Tips Travel 3 Gadis ke Jogjakarta Selama 5 Hari 4 Malam

    Harini sis nak share itinerari bajet sepanjang 5 Hari 4 Malam di Jogjakarta. Sis selitkan sekali entrance fee untuk semua tempat yang sis pergi dan juga tips.

    Untuk khidmat supir sis guna khidmat Heru Heriyanto . Servis tip top! Cakap je nak pergi mana lautan gunung sanggup kuredahi gittew. ;p .Jadi sesapa yang nak guna khidmat supir boleh la contact dengan mas rangga jogja ni.

    Untuk homestay sis booking dari booking.com last minute punya deal. Stay dari 1st day sampai last day di Homestay Griya Batik Giri Sekar @ jln Tegal Panggung. Jalan kaki je kalau nak ke Malioboro Street. Asalnya bilik untuk 2 orang saja tapi request dari owner untuk masuk 3 orang. Alhamdulillah owner bagi dan kena tambah sikit. So total bilik utk 5H4M adalah RP800K.

    Yg lain-lain boleh refer bawah, serius Jogja memang best sangat! View cantik sampai rasa sedih bila nak balik Malaysia sebab tak tau bila lagi akan jejakkan kaki ke situ. Akhir kata selamat mengembara semua!

    Baca lagi : Itinerari 4 gadis ke Lombok-Bali-Flores selama 8hari 7malam dengan kos RM 1659.

    Date : 4 March 2017 – 8 march 2017
    Quantity : 3 pax
    EXPECTED RATE = RM335/RP1,000,00

    Day 1 : Saturday (4 Mac 2017)

    6.00PM
    Sampai di Adisujipto Airport,Jogjakarta

    8.00PM
    Transfer ke Griya Batik Giri Sekar Homestay @ Tegal Panggung
    – TranJogja Airport – Malioboro 2 bus A1 Kota (RP3.5K/pax)
    – Singgah kedai tepi jalan beli Bakpia green tea (25k), Mochi coklat (22k)
    – Dinner Nasi goreng by homestay (RP15K/pax)
    -Simcard (RP25K/pax)

    Gunung Merapi

    Day 2 : Sunday (5 Mac 2017)

    5.00AM
    Gunung Merapi Tour (RP450K/jeep)
    – Tips: bawa baju sejuk. Pillow neck bawa je sepanjang trip. Jalan semua jauh, dari satu tempat nak ke tempat lain.
    – Lebih sesuai pakai sport shoes. Senang nak gerak, jalan berbukit dan berbatu.
    – Brunch(tak ingat nama kedai) (rp35k/pax)

    10.30AM
    Candi Borubudur (RP250K/pax)
    -Souvenier (RP20K)
    -pulsa (RM13K)
    – Tips: bawa payung/topi. Serius panas lit2. Bawa mineral water juga.

    2.00PM
    Gereja ayam (port Rangga sama Cinta ber sunrise ;p) (RP39k/pax)
    – Harga termasuk entrance fee dan khidmat angkut. Tapi kalau stamina kuat jalan kaki je naik atas.

    4.00PM
    Kilang baju
    – T-shirt jogja (RP50k-3 pieces)

    5.50PM
    Malioboro street
    – Tempah Bakpia kacang hijau/Pisang sale coklat. Minta hantar ke homestay sebelum balik Malaysia (RP150k)
    -Lumpia (RP4K/piece) sejenis makanan tradisi jogja.bentuk macam popia. Ada 2 jenis inti ayam dan telur.yang ni serius sedapppp!

    Day 3 : Monday (6 Mac 2017)

    6.30AM
    Jurang Tembelan (foc)

    7.30AM
    Hutan Pinus (RP2k/pax)
    -Sebelum ni foc sekarang dah kena bayar.

    Hutan Pinus Imogiri

    11.00AM
    Pantai Timang
    -jalan nak ke pantai adalah lebih kurang 3 km dan berbatu tajam. Sewa ojek (RP35K/pax)
    – Gondola (RP200K/pax)
    – Sis tak naik gondola sebab time ni dah hujan,angin kuat,ombak pon boleh tahan kuat. Sekarang dah ada jambatan gantung dari pantai ke seberang pantai timang baru je siap. Siapa tak gayat boleh try naik ok!
    -Lobster time! Sis ambil saiz yg sederhana besar dapat la dalam 6-7 ekor siap masak dapat dapat nasi, side dish tempe, ulam, sambal dengan air. Sedap sampai menjilat pinggan! (RP480k/set)

    pantai timang
    lobstar masak sambal kot.sedap gilossss!nak lagi.

    2.00PM
    Rafting Sungai Oya & Cavetubing Goa Pindul (RP80K/pax)
    – boleh hire photographer kalau nak tapi sis ambil yang cavetubing sahaja (RP100K/group)
    -mandi (RP3K),salin baju (RP2K)
    -tips : bawa kasut getah atau selipar.

    ini sis seronok dapat masuk air.kalau boleh nak repeat rafting lagi
    cavetubing

    5.00PM
    -Dinner @ Ayam penyet surabaya

    Day 4 : Tuesday (7 Mac 2017)

    7.00AM
    Kalibiru
    – Entrance fee (RP5K/pax)
    – Slot 1 (rp15k) + slot panggung (rp15k)
    – Boleh hire photographer juga. 1 keping gambar (RP5K), minimum kena ambil 4 gambar yang dia tangkap so sis ambil 6 keping saja untuk slot 1 (RP30K), dan slot panggung bulat sis ambil semua gambar dan dapat diskaun (RP100k).Yeayyy sis happy! ;p

    -tips : Total slot photoshoot ada dalam 5 kalau tak silap. Pilih la mana2 yang korang berkenan tapi kena mintak supir tolong booking kan dulu sehari sebelum. Kalau tak jenuh nak beratur panjang. Better pergi time weekday dan pergi awal pagi, tak ramai orang.

    Kalibiru

    Jurang Tembelan Kanigoro, Mangunan

    11.00AM
    Pantai Parangtritis & Gumuk pasir
    – Entrance fee (RP4k/pax)
    – Sewa papan luncur (RP100K/papan) boleh main puas-puas sampai lebam. Sis tak main pun, masa sampai Gumuk pasir, matahari betul-betul atas kepala. panas lit2 gitu.

    2.00PM
    Lunch @ waroeng ss (Special Sambal) (RP100k-4pax)
    -Siapa suka sambal @ pedas boleh pergi sini. Ada 33 jenis sambal yg ditawarkan. Menu semua murah dan sedap.kena dengan tekak sis!

    Waroeng SS sedap2 sambalnya semua. dan murah juga!

    3.00PM
    Tamansari water palace & masjid bawah tanah
    -entrance fee (RP7K)
    -mineral water (RP5K)
    -Tips: harga air sini mahal daripada Indomart/Alfamaret. So better beli siap2 kat luar atau bawak je bekal air. Tempat ni agak panas, sila bawak kipas tangan kalau tak tahan.

    4.00PM
    Kotagede & Tugu coklat
    – kuih 4-5 jenis (RP10k)
    – Kuih tradisi kat jogja ni semua sedap2 tau. Kena cuba alang-alang dah sampai sini. Paling sis suka Lumpia, Arem-arem, Resoles. Gambar boleh mintak mbak google carikan.hahaha Yang lain-lain tu tak tahu nama.
    – coklat blended (RP15k)

    rambang mata nak beli kue @kotagede

    5.00PM
    Balik homestay sekejap/rehat/solat

    7.00PM
    -Malioboro street pergi owner homestay hantarkan balik naik beca bertiga ;p (RP30K/beca)
    -Souvenier (rp100-200k)
    -mineral water + junk foods (rp25k)
    -fresh care (rp30k)

    Day 5 : Wednesday (8 Mac 2017)

    11.00AM
    Malioboro street
    -lunch @ Lesehan Terang Bulan (rp30k)

    3.00PM
    -Check out homestay-
    -Homestay – airport (rp85k/car)
    – Balik Malaysia

    Terima kasih kepada Fazilah Pajil kerana berkongsi itinerari dan tips travel ke Jogja. Sesiapa yang ingin berkongsi kisah/itinerari/tips travel kepada kami boleh hantar cerita itu ke page FB kami atau email zulfadhli.theruka@gmail.com

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

    Baca juga : Itinerari Lengkap ke Jogjakarta Selama 4 Hari 3 Malam Dengan Bajet RM789

  • in

    Masa untuk beli tiket flight MURAH (serendah RM39) adalah SEKARANG !!!

    Masa untuk beli tiket flight MURAH (serendah RM39) adalah SEKARANG !!!

    [Promosi tiket Air Asia kembali! Tambang serendah RM39!]

    Notis:
    Promosi terbesar tiket Air Asia! Promosi diskaun tiket flight ni tak kira samada domestic atau antarabangsa!Termasuk penerbangan ke area Asia, Australia, New Zealand

    Tambang penerbangan domestik serendah RM39! Tambang tiket untuk penerbangan antarabangsa pula hanya RM59! Murah gilaa kan?

    Jom ajak seramainya keluarga dan kawan2 anda untuk sertai promosi penerbangan termurah ini!

    Tempoh promosi: Dari sekarang – 30 April 2017
    Tarikh berlepas: 5 September 2017 – 8 Februari 2018

    Sumber: Jimat Kaki

    – Hasnain Hasanan –

  • in ,

    Full English Breakfast

    Artikel travelog ini telah ditulis oleh Saudara Faried Adnan. Klik nama beliau untuk ke profil Facebooknya.

    Kota London seperti kebiasaannya di musim sejuk, agak dingin. Sekali-sekalanya disertai gemiris kecil yang menambahkan lagi kedinginan kotanya. Tiupan bayu pagi itu pula, mendayu-dayu bunyinya di luar perkarangan rumah, seakan-akan menggoda diri daripada  terus bangkit dan berganjak daripada tilam yang empuk itu. Ah. Godaan kecil ini harus di tempuhi, makin dilayan makin memberatkan perasaan. Kaki ini harus terus mengorakkan langkahan, manakala ‘backpack’ ini pula harus kembali disandang. Masih ada ruang-ruang kecil dan pelusuk kota London yang belum aku terokai.

    Pagi itu, kunjungan aku ke sebuah restoran, yang kelihatan agak bercirikan “Classic British,” memberikan sedikit kesegaran perut seketika, sebelum menyambung pengembaraan kecil ini. Tujuannya hanya untuk mencuba, merasai sajian pagi yang cukup terkenal di bumi Eropah, yang dikenali sebagai ‘Full English Breakfast.’ Pada pemerhatian kecil aku, makanannya sekadar biasa sahaja, tetapi agak menarik. Ianya terdiri daripada hidangan pelbagai aneka makanan, seperti roti, sosej, kacang merah, cendawan goreng, kentang dan juga

    Telur goreng, yang dihidangkan di dalam satu pinggan yang sederhana besar. Cuma pendapat aku, harganya boleh tahan mahal, untuk hidangan sebegitu.

    Sementara bosan menunggu makanan disiapkan dan dihidang, aku mengambil keputusan menjenguk ke luar restoran sebentar, barangkali hanya sekadar mahu mengambil angin, di samping melihat celoteh dan tingkah laku masyarakat metropolitan London ini.   Di bahagian luar restoran, kelihatan seorang pakcik tua yang begitu khusyuk membaca surat khabar, sambil ditemani secawan kopi di sisi. Perlahan-lahan kopi itu dihirup, memberi sedikit kehangatan buatnya dalam kedinginan pagi itu.

    Cuaca di luar menjadi kian sejuk, sekali-sekala anginya menerpa kesejukan ke tubuh kecilku, petanda seakan tidak membenarkan aku untuk berada lebih lama di luar. Tidak berfikir lama, lantas aku kembali masuk ke dalam restoran. Dalam perjalanan pulang ke meja makan yang asal, pandangan aku terpana pada seorang pakcik, yang bersendirian di sudut kecil restoran tersebut. Lagak dan gayanya bukan seperti orang sini, iras wajahnya juga kelihatan tidak mencirikan warga kota London ini. Aku cuba menghampirinya, perlahan-lahan langkahan kecil diatur. Sebelum sempat aku tiba berdekatanya, terlebih dahulu dia menegur aku;

    “Cari tandas ke? Oh. Ada di belakang sana.”

    “Eh taklah haha. Erm, boleh saya duduk di sini sekali?”

    “Oh. Boleh2. Silakan.”

    Bicara kecil dimulakan, seperti kebiasaannya, persoalan-persoalan berkenaan maklumat peribadi masing-masing, senantiasa menjadi modal bicara awal buat aku.  Nama dia Roberto. Tekaan awal aku cukup tepat, dia tidak berasal dari London. Berasal dari nagara Itali. Tetapi dek kecintaannya pada kota ini, telah lama dia menetap lama di sini, hampir 10 tahun lamanya. Pekerjaannya sebagai seorang juruterbang, yang sering berulang-alik dari Itali ke London, membuatkanya terus memilih untuk tinggal tetap di sini bersama isteri dan anak-anaknya. Perwatakannya cukup peramah, peribadinya cukup baik, bahkan dia mampu menceritakan serba sedikit kisah hidupnya, tanpa ditanya lebih mendalam oleh aku.

    “Oh. Kamu orang Itali rupanya. Kenapa kamu suka tinggal di sini? “

    “Di sini aku rasa lebih tenang. Hidup aku lebih tersusun. Bahkan, aku dah bawa isteri dan anak-anak aku untuk tinggal di sini sekali.”

    Perbualan menjadi lebih rancak dan mendalam. Aku mula memperkenalkan diri aku sekadar yang diperlukan. Belum sempat aku menghabiskan bicara, secara tiba-tiba Roberto mencelah;

    “Oh. Kamu belajar perubatan di Mesir, di mana? Anak aku juga belajar di sana. Di Cairo. Mungkin kamu kenal anak aku ke?”

    “Oh tak. Saya belajar di Alexandria. Jauh siket dari Cairo tu. “

    “Tapi, aku tak suka negara Mesir. Negaranya sangat berserabut, kotor, tak bersistem. Adab dan akhlak rakyatnya juga sangat teruk. Aku pernah ditipu banyak kali semasa melancong ke Aswan tahun lepas.”

    Dalam kekagetan tanpa disangka itu, aku sekadar mengiyakan sahaja. Memang ada benar luahan Roberto itu.

    Kemudian, Roberto menambah lagi,

    “Kadang-kadang aku keliru, Mesir negara nya majoriti Muslim, tetapi kenapa Muslim di Mesir tak seperti Muslim di London yang aku lihat. Di London mereka kelihatan baik, penuh dengan adab dan bersopan santun. Adakalanya aku sangat tertarik dengan mereka. “

    Iya, benar apa yang diungkapkan oleh Roberto. Identiti Islam kian terhakis di bumi Mesir ini. Bahkan di negara-negara Muslim yang lain di dunia juga. Banyak sudut-sudut kehidupan orang Muslim di negara-negara seperti ini, tidak mencerminkan keperibadian Muslim itu sendiri. Bahkan, Mesir hari ini kian menuju ke arah kemusnahan ekonomi, sosial dan beberapa aspek yang lain. Apa yang mampu digahkannya mungkin pada institusi keilmuan di ‘Al-Azhar’ yang begitu pesat sejak dahulu bahkan sehingga sekarang, tetapi kita harus sedar, yang masih terdapat banyak lompong-lompong kehidupan yang perlu diislahkan lagi dari dalam.

    Tidak dinafikan peranan tradisi keilmuan yang tinggi, sangat penting dalam pembangunan sesebuah bangsa dan tamadun. Malah sejarah sendiri telah membuktikannya pada kegemilangan bangsa-bangsa terdahulu, terutamanya pada tamadun Abbasiyah di Iraq dan Umayyah di Andalus. Namun, harus juga kita sedari dan selami, tradisi keilmuan semata-mata tanpa penekanan yang sewajarnya diberikan pada soal penghayatan nilai-nilai murni, tidak mungkin kegemilangan tadi itu dapat bertahan dengan begitu lama.

    “Roberto, kamu tahu berbahasa Arab Ammiyah? Hehe.”

    “Aiwah. Shuwaiyah-shuwaiyah (Ya. Sedikit-sedikit). Aku belajar dengan anak aku, dan kadang-kadang aku sengaja menetap di Cairo sebulan dua untuk belajar sesuatu di sebalik keserabutan kota Cairo itu, dari situlah aku cuba belajar sikit-sikit. “

    Aku cuba menambah.

    “Benar. Kadang-kadang di sebalik keserabutan Mesir itu terselit pengajaran yang tertentu, yang akan menjadi menarik andai dinilai pada sudut pandang yang betul dan lebih terkehadapan. Cuma bergantung pada diri kita juga untuk mengambil dan menilainya bagaimana.”

    “Okay Roberto. Aku terpaksa beransur, boleh aku dapat kan nombor telefon kamu? Mana tahu suatu hari nanti aku akan pergi ke Itali dan dapat bertemu dengan kamu hehe. “

    “Oh. Apa salahnya. Nah, amik lah ini.”

    “Okay. Syukran. Maassalamah.”

    ” Maassalamah.”

     

    – Faried Adnan

    – London City

    – 1 Februari 2016

     

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in , ,

    Di Balik ‘Islamophobia’ Nya Eropah

    Artikel travelog ini telah ditulis oleh Saudara Faried Adnan. Klik nama beliau untuk ke profil Facebooknya.

    St. Paul’s Cathedral, London.

    Angin malam melempiaskan bayu kesejukannya di celahan kota metropolitan London. Adakalanya, ditemani dan diiringi gerimis kecil yang mencurahkan nikmatnya, menambahkan lagi nuansa kesejukan malam itu. Suasana malamnya masih hidup dengan kesibukan warga kota, terutamanya di sekitar London Street. Kelihatan bepusu-pusu manusia yang kelur masuk ke kedai-kedai pakaian berjenama di sini, mencari hasil buruan masing-masing.

    Setelah puas mencari bagi mendapatkan satu “wind breaker”yang diminati dan dirasakan berbaloi untuk digunakan aku, bagi mengharungi kesejukan perjalanan aku kelak yang berbaki masih jauh, aku mulai mengangkat kaki meninggalkan London Street. Tiba-tiba, kedengaran suara manusia yang seakan-akan bersorak dari jauh.

    “Oh, demonstrasi lagi rupanya.”

    Cuma, kali ini ianya nampak sedikit tegang dan agak serius. Kelihatan berlaku sedikit pertempuran kecil, di antara pihak demonstrasi dengan beberapa anggota polis yang cuba mengawal keadaan di situ. Aku cuba memerhatikannya dari jauh. Setelah keadaan menjadi sedikit terkawal, lantas aku ke hadapan sedikit bagi melihat apa kesudahan yang telah dan akan berlaku. Barangkali mencari sedikit maklumat yang berguna di sebalik pertempuran kecil itu. Pandangan aku terpana pada satu susuk lelaki yang berada di hadapan aku, yang turut asyik memerhatikan pertempuran kecil itu. Lantas aku cuba menegur nya.

    “Pertempuran apa ya di hadapan? Nampak sedikit tegang.” 

    “Oh. Entahlah, aku pun tak tau. Kau tau bendera apa yg diorg bawak tu?” 

    Sedikit terkejut dengan persoalannya yang secara tiba-tiba, tetapi entah bagaimana dengan yakin dan tanpa sedikit pun keraguan, aku menjawab;

    “Oh. Tu bendera Pakistan. Aku rasa ada sesuatu yg sdg berlaku di Pakistan agaknya, yang memungkinkan mereka melakukan demonstrasi di London ini.”

    “Oh tak. Tu bendera Kurdish. Mereka ni dari beberapa hari lepas lagi berdemonstrasi di sini. Aku pun tak tahu kenapa.”

    Sedikit malu dan bingung, tetapi aku cuma mampu menghiraukannya sahaja. Kemudian, aku kembali bertanya meneruskan perbualan;

    “Erm, kamu Muslim?” 

    “Ya. Aku Muslim.”

    Dan, sempat jugak dia menceritakan beberapa info yg menarik berkenaan komuniti Muslim di situ. Antaranya, bagaimana kehidupan Muslim di situ, adakah serangan Islamophobia merencatkan perkembangan Muslim di Eropah dan bagaimana perkembangan agama syumul ini di Eropah.

    Ya benar. Sewaktu aku menjejakkan kaki di kota London ini pada mulanya, kelihatan ramai wanita yang bertudung, di kiri kanan jalan. Barangkali mereka itu sebahagian daripada imigran yang menjadi nadi populasi Muslim di sini, tetapi bilangan itu cukup ramai pada pandangan kecil aku ketika itu. Seringkali aku terdengar, kisah-kisah perkembangan agama yang membawa risalah tauhidNya ini, berkembang dengan pesat di bumi Eropah, tetapi bagaimana dan di mana impaknya? Setelah berjaya menjejakkan kaki ke sini, barulah sedikit-sebanyak aku mampu memahami dan merasai impaknya.

    Tanggapan aku ternyata meleset. Firasat awal aku mengatakan yang kehidupan seorang Muslim di sini barangkali terlalu sukar, apatah bagi buat golongan wanita, yang wajib mengenakan tudung bagi melindungi maruah dan aurat mereka. Ternyata silap sama sekali. Adakalanya terasa kagum, melihat wanita “orang putih” menyarungkan hijab dengan baik dan sopan, suatu suasana yang memberi kelainan pada diri aku. Benarlah, kalimah “syahdatain” itu, kian berkembang diburu jiwa-jiwa yang mendahagakan nikmat keimanan dariNya.

    Serangan Islamophobia, yang menjadi sensasi dan bualan mulut di tabir-tabir pelusuk kota di Eropah, menjadi kian tegang dan lebih terbuka setelah berlakunya peristiwa serangan 9/11, hakikatnya, tanpa disedari memberikan satu impak yg cukup signifikan pada agama Islam itu sendiri. Ketika itu, hampir keseluruhan jiwa-jiwa manusia yang tidak mengerti situasi sebenar, memandang aneh, jelik dan enteng pada agama Islam, hatta ada juga yang menganggap Muslim itu seolah-olah ‘terrorist’ yang bakal menggugat keamanan dan keharmonian hidup mereka. Tangan-tangan kuffar pula, sedang gasak memainkan peranannya melalui wahana media dan sebagainya, menambahkan lagi benih-benih kebencian dan ketakutan pada agama suci ini.

    Walaupun, Islamophobia yang telah berlaku ini memberi banyak tanggapan negatif pada mulanya, rupa-rupanya memberi dampak dan sinar kegemilangan pada agama suci ini di bumi Eropah. Perlahan-lahan ketukan hidayah dan panahan rahmat, menerpa masuk pada jiwa-jiwa yang mula mengkaji akan kebenaran agama ini. Benarlah, setiap yang berlaku, wujud hikmahNya. Cuma pada diri kita, menentukan sisi mana yang harus kita melihat serta mentadaburnya.  Akhirnya, musuh merancang untuk menjatuhkan Islam, rupanya ada hikmah yang lebih baik Allah sediakan buat agama ini di Eropah.

    – Faried Adnan

    – Oxford Street, London

    – 29 Feb 2016

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in , ,

    Travelog UK #1: Tuan Erdogan & Kurdish Yang Menghilang

    Artikel travelog ini telah ditulis oleh Saudara Faried Adnan. Klik nama beliau untuk ke profil Facebooknya.

    University College of London.

    Di suatu petang, tatkala aku begitu asyik bersiar-siar di kota London, tiba-tiba terdengar satu sorakan yang agak kuat di hadapan, memekik-mekik, seolah-olah ada sesuatu yang cuba mereka sampaikan. Aku cuba menghampiri, perlahan-lahan derapan kaki ini dilangkah, sekadar hanya ingin mengambil tahu. Kelihatan sepanduk-sepanduk dijulang, dikibarkan, yang memaparkan mesej-mesej tertentu, yang sudah pastinya merupakan aspirasi mereka. Getus perasaan aku,

    “Oh. Demonstrasi rupanya. Barangkali ini demonstrasi aman.”

    Perasaan takut berbaur risau juga hadir seketika. Teringat kembali kenangan sewaktu di tahun 1, pengajian aku di Mesir. Tatkala itu, negara Mesir bergolak dek rampasan kuasa oleh tentera terhadap kepimpinan Mursi. Aku berpeluang menyaksikan, bahkan mengkuti demostrasi ini secara lebih dekat. Sekilas lalu, terbayang-bayang suasana deretan kereta terbakar di tepi jalan, pokok-pokok yang tumbang, batu-bata yang tercungkil dan berselerekan di atas jalan raya, benteng-benteng pasir yang dibina sebagai perlindungan, deretan kereta kebal yang mencuba mengawal keadaan serta gerombolan manusia yang berdemostrasi dengan memakai topeng, bersenjatakan parang, bahkan ada juga yang memilki senjata api. Gerun, takut, tetapi kehidupan ketika itu tetap harus diteruskan. Apatah lagi, jerit-pekik laungan demonstrasi baik daripada pihak Mursi hatta pihak pembangkang, saban hari kedengaran, sehingakan menjadi halwa telinga aku sewaktu itu.

    Satu demonstrasi aman di London.

    Perlahan demi perlahan, langkahan diatur. Aku makin menghampiri, memasangkan telinga, cuba untuk mencuri dengar laungan mereka. Tetapi, tenyata gagal dan sia-sia, aku tidak dapat memahami isu apa yang sedang mereka suarakan. Tiba-tiba, salah seorang peserta demonstrasi tersebut, menghulurkan sehelai risalah kepada aku. Lantas, aku mencapainya dan terus membacanya dengan teliti.

    “TURKISH STATE & PRESIDENT ERDOGAN’S FORCES OF WAR CONDUCT MASSACRE IN KURDISTAN !!”

    Aku terkesima, buntu dan keliru. Segalanya ada.

    “Err, biar betul? Eh, betul ke cerita ni?”

    Presiden Turki, yakni Tuan Erdogan yang pada tanggapan aku, hatta di mata muslim seantero dunia barangkali, cukup baik budi pekertinya, berwawasan serta tegas pada prinsip yang dipegang beliau. Tidak dinafikan, tidak ada manusia yang sempurna segala-galanya, setiap anak Adam ada baik buruknya. Tetap, tidak mungkin sehingga sanggup berbunuh-bunuhan, apatah lagi sesama darah daging seakidah sendiri, melakukan pembersihan etnik secara semberono tanpa siasatan yang teliti. Tidak mungkin. Menurut mereka, Erdogan berbuat sedemikian kerana menuduh etnik Kurdish ini, sebagai pro-ISIS. Wallahualam.

    Berbicara berkenaan kaum Kurdish, fikiran aku teringat pada satu tokoh pahlawan Islam, yang asalnya daripada keturunan ini, yakni Sultan Sallehudin al-Ayubi, seorang panglima tentera yang agung, berkhidmat penuh bakti pada Nuruddin al-Zanki. Jasa dan pengorbanan beliau, cukup besar signifikasinya dalam membantu perkembangan syiar Islam. Usaha pertamanya yang telah berjaya membuka bumi Mesir, lantas menghapuskan saki-baki kerajaan Syiah Fatimiyyah, yang telah lama bertapak di situ. Begitu juga, di dalam perang Hittin, al-Ayubi menggapai kemenangan yang besar, serta memudahkan beliau untuk menawan kota Al-Quds semula daripada tentera Salib. Cukup hebat, susuk diri al Ayubi ini.

    Tetapi, itu Kurdish yang terdahulu, yang dibanggakan dalam lembaran sejarah perkembangan Islam. Apa yang menyedihkannya sekarang, penempatan etnik Kurdish ini telah dipecah-belahkan. Perjanjian Sykes-Pycot, perjanjian yang telah membahagikan jajahan kerajaan Uthmaniyah, kepada beberapa sempadan yang tertentu, yang diatur dan dilakarkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Perjanjian tersebut cukup memberi kesan yang besar kepada etnik Kurdish ini.  Dikatakan mereka berbuat sedemikian, dengan harapan agar al-Ayubi yang ke-2, tidak akan dilahirkan lagi daripada keturunan Kurdish.

    Bagaimana pun, berita berkenaan Erdogan yang melakukan kezaliman terhadap etnik Kurdish itu, harapnya tidak benar. Sungguh, fitnah di akhir zaman kian mengcengkam kita. Adakalanya kita buntu, kita terperangkap dengan permainan dunia ini, yang akhirnya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musush Islam sahaja.

     

    – Faried Adnan

    – 28 Februari 2016,

    – London City

  • in , ,

    Jelajah Pulau di Lombok Selama 6 Hari Dengan Kos RM 806. Ini itinerari Saya Sepanjang Perjalanan

    Itinerari ke Lombok
    – 6hari 5malam (21Feb 2017 – 26 Feb 2017)
    – 2pax kongsi (mudah bahagi bilik dan sewa motor)
    – semua kos per head
    – Ticket flight pergi balik RM302

    Hari Pertama

    -KLIA2 to Lombok Airport
    – Sampai dalam pukul 4.00 pm. Kalau ikutkan nak tinggal di Gili Terawangan tapi sebab flight delay dan last boat ke gili pukul 5.00 p.m, tukar tempat tinggal di senggigi.
    – Airport ke senggigi – ambil Damri bus, counter betul2 dekat balai ketibaan . tiket 35k IDR sehala ke senggigi
    – Check-in di Hotel Bumi Aditya (150k IDR semalam) bahagi dua orang 75k IDR + free breakfast
    – Activity – beach , Pura Batu Belong
    – Dinner 50k IDR
    – Simcard Axiata XL – 65k IDR ( 16GB )

    Total day 1 : 225k IDR = RM 75

    Hari Kedua 

    – Senggigi ke Pelabuhan Bangsal (ETA 30 minit by scooter)
    – Check-out hotel dan sewa moto ( 60k IDR sehari sewa dua hari dan bahagi dua orang) so total dua hari 60k IDR
    – Isi minyak 10k IDR
    – Dalam perjalanan ke pelabuhan bangsal boleh singgah di Teluk Nipah (free je sebelah jalan)
    – Sampai pelabuhan bangsal park motor (5k IDR)
    – Tiket ke gili ( hati-hati disini. Beli di kaunter dalam untuk elak kena tipu. 15k IDR tiket + 2.5k IDR tiket masuk pulau) lebih kurang 40 minit atas boat
    – Sampai gili check-in Midnight Star 2 Hotel – bilik aircond (135k IDR semalam bahagi sorang bayar 67.5k IDR) + free breakfast
    – Lunch 30k IDR
    – Snorkeling 120k IDR ( bawa ke 3 gili)
    – Waktu petang sewa basikal tengok sunset 30k IDR
    – Dinner 45k IDR

    Total day 2 : 385k IDR = RM 129

    Teluk Nipah Hill(free entrance). Tepi jalan je so kalau nak ke bangsal memang lalu sini
    Snorkeling di Gili Trawangan dapat harga 120k IDR. Boleh nego
    Sunset di Gili Trawangan
    Sunset di Gili Trawangan

    Hari Ketiga

    – Check-out hotel pukul 9 pagi untuk ke Senaru
    – Tiket boat gili ke bangsal (15k IDR)
    – Ambil motor untuk ke senaru (ETA 1jam 30minit)
    – Check-in Pondok Guru Bakti Cottage kos 150k IDR jadi sorang 75k IDR. Jalan lebih kurang 10 minit ke air terjun + free breakfast
    – 30k IDR untuk makan
    – 10k IDR untuk entrance fee ke Tiu Kelep Waterfall & Sedang Gile Waterfall. Nanti nak masuk ada local yang nak jadi tour guide. Track nak ke waterfall ni mudah je so tak perlu hired pun tak apa. Ke Tiu Kelep jalan lebih kurang 10-15 minit. Ke sedang gile dalam 30 minit jalan. Sini lagi cantik. Track susah sikit tapi masih boleh pergi sendiri. Kalau susah follow je mat saleh yg hired local tour guide. haha
    – Petang rehat kejap lepas tu naik motor ke sembalun
    – Dari senaru ke Sembalun ( Bukit Selong) ETA 1 jam, jalan kurang cantik tapi di sembalun nanti macam kat cameron Highland, sejukkk. Perjalanan memang jauh dan mencabar tapi amat berbaloi.
    – Tiket masuk bukit selong 12k IDR + parking
    – Minyak 5k IDR dan balik ke senaru
    – Makan dinner 40k IDR

    Total; 227.5k IDR = RM 76

    Track ke Tiu kelep waterfall. Kalau dah follow path ni, dah betul la tu jalan
    Sedang gile Waterfall(entrance fee 10k IDR). 10 minutes walk from the gate. Ada dua waterfall. 1st dia punya track mudah, yang 2nd tu susah sikit. Saya pakai selipar untuk ke waterfall ni sebab kena rentas beberapa sungai.
    Mount Rinjani from Bukit Selong. Rinjani open from April. Atas Gunung ada TAsik Segara Anak.
    Bukit Selong di Sembalun area. Entrance fee 10k IDR
    Selong hill, Sembalun

    Hari Keempat

    – Check-out cottage pukul 9 pagi untuk ke Kuta Beach, Hantar motor sewa tadi ke Senggigi.
    – Minyak 5k IDR
    – Singgah di Tebing Tinggi( free entrance)
    Dari senggigi nak ke Kuta ,tak banyak public transport so kena pandai kat sini sebab tak pandai kena la tipu. Senngigi ke mataram naik bemo (x kongsi dengan orang lain) 30k IDR
    – Mataram ke kuta 100k IDR, tak kongsi juga sebab nak cepat bayar je la (ETA 1jam setengah ke 2 jam)
    – Makan 50k IDR
    – check-in JM Hotel (85k IDR per head, bilik luas dan aircond)
    – Sewa motor 50k IDR (dua hari) +10k IDR minyak
    – Activities – Selong Belanak beach (5k IDR entrance fee)
    – Pantai Semeti (paling mencabar di lombok tapi view dia superb. Juga dikenali sebagai Pantai Krypton) (5k IDR entrance fee)
    – Makan dinner 45k IDR

    Total :400 k IDR = RM 134

    View of Kuta beach
    Tebing Tinggi(free entrance). Boleh nampak Bali dari pantai ni
    Pantai Semeti. Paling mencabar jalannya tapi view superb. Tempat surfing mat saleh

    Hari Kelima

    – Pergi tempat-tempat di east Kuta
    – Check-out kemudian check-in Kuta Garden Homestay (50k IDR)
    – Pantai Pink ( 1 jam 32 minit dari Kuta) 5k IDR entrance
    – Tanjung Ringgit (1jam 40minit)
    – Batu Payung ( 7.5km from Kuta) 5k IDR entrance
    – Tanjung Aan ( 6km from Kuta) 5k IDR entrance
    – Bukit marese
    – Seger Beach (5km from Kuta) 5k IDR entrance
    – 70k IDR makan

    Total : 176K IDR = RM 59

    Tanjung Aan. Entrance fee 5k IDR
    One of the view ke Batu Payung
    Pantai Pink di hujung Lombok bahagian selatan

    Hari Keenam

    – Check-out
    -Transfer ke airport 60k IDR
    -makan 30k IDR

    total 90k IDR = RM 30

    So total semua RM 504. Murah la kan? Kalau ada apa-apa pertanyaan boleh bertanya terus dengan saya Haris Jasmin

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

    Baca juga Itinerari 4 gadis ke Lombok-Bali-Flores selama 8hari 7malam dengan kos RM 1659. Memang puas hati!

  • in , , , ,

    Wanita Ini Mengembara Ke 7 Negara Eropah Selama 14 Hari Dengan Total Kos RM2889. Ini Caranya

     

    Assalamualaikum. Pernah tak anda terfikir untuk ke Eropah tetapi dengan bajet yang rendah? Tiada apa yang mustahil! Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya ke Europah secara backpack selama 14 hari, ke 7 buah negara, dan total bajet saya ialah RM 2889 untuk segala tiket penerbangan, tempat tinggal, makan, segala tambang perjalanan sepanjang di sana.

    Antara route / negara yang saya cover sepanjang 14 hari itu ialah :

    KLIA2 –> Tehran, Iran –> Athens, Greece –> Istanbul, Turki –> Rome, Italy –> London, United Kingdom –> Amsterdam, Netherlands –> Paris, France –> Tehran, Iran –> KLIA2

    Tip 1 : Dapatkan tiket penerbangan murah.

    Sebenarnya, yang membantu saya untuk ke Eropah dengan murah ialah promosi Air Asia dari Kuala Lumpur ke Tehran RM 404.00. Dikirakan itu merupakan gerbang ke Eropah la, kerana dari situ, kita boleh lompat-lompat dari satu negara ke negara lain.

    Kemudian, saya menggunakan perkhidmatan Kiwi.com untuk membantu saya plan dari satu negara ke negara lain dgn menaiki plane.Dengan menggunakan kiwi.com, saya juga dapat membanding bezakan harga-harga tiket untuk dapatkan tiket penerbangan termurah!

    Bagi saya, ini adalah website paling terbaik jikalau anda mahu menerokai Eropah secara penerbangan.

    Kiwi.com yang banyak membantu dalam proses saya merangka itinerari

    Website ini membolehkan anda untuk plan dari destinasi A –> destinasi B –> destinasi C dan seterusnya dan mengetahui harga tiket penerbangan pada hari yang kita pilih itu.

    Sebagai contoh di bawah yang Miszdae cuba survey semasa plan ke Eropah.

    Kami hanya menggunakan kiwi.com sebagai rujukan, tetapi selebihnya, kami book melalui website airlines itu sendiri kerana lebih murah dan tiada booking fees.

    Semua di atas hanyalah contoh sahaja yang saya ingin tunjukkan tetapi ketika screenshot dilakukan, itu bukanlah plan final kami. Setelah dirancang dengan teliti bersama rakan backpack akhirnya di bawah merupakan final penerbangan yang telah di book :

    Jumlah tiket penerbangan RM 1762.88

    Tip 2 : Pergi semasa musim sejuk.

    Banyak offer tiket penerbangan murah di musim sejuk. Apa yang best, semasa di Turki, penjual-penjual semua melayan kami dengan baik, belanja air, itu ini bagi free gift. Depa kata, waktu musim panas, memang tak akan dapat layanan camni, sebab terlalu ramai orang yang mengunjung di musim panas.

    Tip 3 : Gunakan pass sepanjang di sana

    Terdapat banyak pass yang disediakan. Antaranya ialah ROMAPASS, atau Istanbulkart, yang membolehkan tiga orang menggunakan kad yang sama sepanjang di sana, Oyster card dan lain-lain. Apa yang best, pass yang disediakan kebiasaannya telah termasuk tempat-tempat menarik di sana, dan juga pengangkutan di sana.

    Tip 4 : Tempat penginapan

    Sudah tentu tempat penginapan juga memainkan peranan yang penting. Sepanjang di sana, kami banyak menggunakan hostel sahaja. Harga hostel sepanjang di sana adalah sekitar RM 40 – 50 sahaja. Total sepanjang di sana, saya hanya menghabiskan RM 270 untuk tempat penginapan. Terdapat juga hari-hari yang kami tidur di lapangan terbang sahaja, demi jimat.

    Antara website yang boleh digunakan untuk menempah bilik ialah

    Agoda.com dan Booking.com

    Berikut ialah gambar untuk tips 3 dan 4 :

    ISTANBUL, TURKEY

    Di Istanbul, tiada pass yang Miszdae gunakan, tapi Miszdae sarankan anda untuk membeli IstanbulKart. Apa itu IstanbulKart?

    • Berperanan sebagai TouchNgo seperti di Malaysia
    • Boleh dikongsikan seramai 3 orang menggunakan kad yang sama. Kira boleh pass-pass je selepas digunakan
    • Harga kad ialah 6 TL.
    • Boleh didapati di bahagian Metro di airport.

    Tempat penginapan : Artemis Old City, Istanbul

    Kelebihan :

    • Murah
    • Bilik double room, siap ada private toilet
    • Terletak di Sultanahmet
    • Berhampiran tram station
    • Sangat berhampiran tempat-tempat menarik seperti Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi

    Boleh book di : Artemis Old City

    ATHENS, GREECE

    Di Athens, kami tidak menggunakan day pass kerana hostel kami terletak berhampiran tempat-tempat menarik, maka kami bersepakat untuk berjalan kaki sahaja sepanjang di sana.

    Namun, kami ada mengambil Mixed tickets untuk memasuki 8 Museums di Athens yang berharga €30 tapi saya tidak menggalakkan anda untuk mengambil tiket ini kerana Muzium dia lebih kurang sahaja. Tetapi jika anda seorang penggemar muzium, maka digalakkan sama sekali untuk membeli. Pass ini boleh didapati di mana-mana muzium di Athens.

    Tempat penginapan : Zeus Hostel

    Harga semalam RM 40 seorang

    Kelebihan :

    • Murah
    • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
    • Ada locker yang disediakan
    • Terletak di Monastiraki
    • Berhampiran metro station
    • Sangat berhampiran tempat-tempat menarik seperti Acropolis

    Boleh book di : Zeus Hostel

    ROME, ITALY

    Di Rome, kami telah mendapatkan Roma Pass 48 hours yang berharga €28. Kelebihan mengambil pass ini :

    • Boleh naik turun metro sepuas hati selama 48 jam (memandangkan pengangkutan utama di Rome ialah menerusi Metro)
    • Boleh memasuki 1 muzium dan sudah tentu kami memilih Collosseum.
    • Boleh didapatkan di airport, di bahagian Arrivals

    Tempat penginapan : Alessandro Palace

    Harga semalam RM 45 seorang

    Kelebihan :

    • Murah
    • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
    • Ada kitchen, boleh masak
    • Ada locker yang disediakan
    • Berhampiran station Roma Termini Central Station, jadi boleh guna Roma Pass sesuka hati

    Boleh book di : Alessandro Palace

    Tapi nak cerita je pengalaman sendiri, saya hampir kena seluk semasa di Rome! Nasib handbag berzip, Alhamdulillah, Allah lindung. Saya memang nampak cubaan tangan dia menyeluk bag saya, tetapi bila pandang muka dia, macam muka selamba je tengah pandang depan, tapi tangan tengah buat kerja. Tak tahu lah nape, tapi masa tu tak terfikir nak pegang tangan dia ke apa. Yela, macam panic, benda berlaku depan mata, sampai tak mampu buat apa-apa. Bila saya tengok sekali lagi, dah lesap dah dari pandangan. Memang alhamdulillah, Allah lindung. So di sini nak pesan, kena sentiasa zip bag k!

    LONDON, UNITED KINGDOM

    Di sini, saya telah mendapatkan Oyster card yang turut berperanan sebagai Touch n Go. Harga kad ini ialah £5.

    Kelebihan :

    • Boleh dapat harga lebih murah berbanding beli one way ticket.

    Oyster visitor card vs. Oyster card = sama je. Mana-mana boleh

    Tempat penginapan : Tumpang rumah kawan for free

    AMSTERDAM, NETHERLANDS

    Tidak mengambil sebarang pass

    Princess Hostel

    Harga semalam RM 42.50 seorang

    Kelebihan :

    • Murah
    • Berbentuk hostel (dorm), jadi berkongsi dengan orang lain
    • Ada kitchen, boleh masak
    • Ada locker yang disediakan
    • Berhampiran tempat-tempat menarik di Amsterdam seperti Hard Rock Cafe Amsterdam, Ripleys Believe it or Not museum, Rijksmuseum di mana ada Iamsterdam dan banyak lagi!

    Boleh book di : Princess Hostel

    PARIS, FRANCE

     

    Membeli one way pass yang dikongsi berdua

    Hipotel Hotel

    Harga semalam RM 50 seorang

    Kelebihan :

    • Murah
    • Berbentuk double bedroom.

    Boleh book di : Hipotel Hotel

    TEHRAN, IRAN

    Tidur di airport sahaja.

    Total penginapan : RM 270

    Tip 5 : Banyakkan berjalan

    Sepanjang di sana, kami memang banyak berjalan kaki, dan menggunakan pengangkutan awam yang dibeli menggunakan one day pass murah. Kami tidak menyewa kereta kerana untuk bajet kecil seperti kami, tambahan pula kami hanya berdua sahaja, jadi tidak berbaloi untuk menyewa kereta

    Jadi siapa kata perlukan duit yang banyak untuk ke Europe. Saya sudah buktikannya. Awak sudah tentu juga boleh. Hehe. Untuk ketahui lebih detail, jemput baca blog saya di https://missdae.blogspot.my/2017/03/backpack-to-europe-itinerary-and-budget.html sebab tak tercerita semua di sini 🙂

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

    Baca juga Pusing 8 Negara Eropah Menggunakan Caravan. Ini Yang Saya Lakukan

  • in , ,

    Pusing 8 Negara Eropah Bersama Keluarga Dengan Menaiki Caravan. Ini Yang Saya Lakukan

    Kali ni nak kongsikan family eurotrip kami ke eropah spring enam sekeluarga (8 buah negara). Bajet tak sampai 8k seorang.

    Yang bestnya trip ni kami bawa family guna caravan pusing central europe. (France – Holland – Germany – Austria – Switzerland – Slovenia – Italy – Monaco)

    Flight ETIHAD transit Abu dhabi RM2377 return (KUL-PARIS/ROME-KUL).

    Sebelum ni saya pernah juga post pasal di Swiss sahaja. Bukan apa dekat swiss ni antara tempat yg paling best disana.

    *Full itinerary termasuk total kos dan route yang digunakan boleh download di akhir artikel*

    Tempat-tempat lawatan :

    1. France – Eiffel tower + Notre Dame + The Louvre + Arc de Triomphe + Cite Medieval de Provins + Colmar Village + Strasbourg Town + Gare de Nice Ville + Nice Beach.

    Nice Beach, France.

    2. Holland – Amsterdam City + Madurodam + Keukenhof Garden + Giethoorn Village + Zaans Schans Windmills + City of Zaandam + Alkmaar City + HMS Prince George Wreck.

    Old Windmill in Alkmaar
    City of Zaandam, Amsterdam
    Airbnb house in Alkmaar, Netherland

    3. Germany – Neuschwanstein Castle + Partnach Gorge + City of Garmisch- Partenkirchen + Zugspitze + Grobe Olympiaschanze + Stuttgart City.

    zugspitze, germany Alps
    McRent Office in Stuttgart

    4. Austria – Hallstatt Village + Hallstatt Salt Mine + Lake Hallstatt.

    Hallstatt Lake, Austria

    5. Switzerland – Mount Titlis + Interlaken Ost + Grindelwald Village + Murren Village + Lauterbrunnen Village + Wengen Village + Trummelbach Fall + Staubbach Fall + City of Thun.

    Murren village, swiss
    Interlaken ost city, Swiss
    Airbnb house in Grindelwald, Swiss
    Staubach Falle, Lauterbrunnen

    6. Slovenia – Lake Bled + Bohinjka Village + Campsite Bohinj Danica.

    lake bled, slovenia

    7. Italy – Lake Como + Venice + Milan + Pisa + Rome.

    Rome, Italy
    Venice, Italy

    8. Monaco – Porto de Fontvieille + Monte Carlo. 1day trip je sebab kecik sangat.

    Monte Carlo, Monaco

    Transport mode di Europe/Perjalanan:

    1. Public Train – Di bandar sahaja seperti Paris dan Rome.
    2. Rental Car MPV (Sixt) 3 hari – Roundtrip Amsterdam sahaja.
    3. Rental Car SUV (Hertz) 8 hari – Colmar + Swiss + Milan + Pisa. [Drop negara lain]
    4. Motorhome/Caravan (McRent) 11 hari – Drive dan duduk di Garmish + Neuschwanstein Castle +       Hallstatt Lake + Lake Bled + Mount Titlis + Venice.

     

    Tips/Info :

    1. Yang first time nak drive sana tak perlu risau asalkan ada lesen memandu international. Boleh apply di jpj just isi borang IDP dan terus ke kaunter (online pun ada) setahun RM150 aje.

    International Driving Permit (IDP)

    2. Korg perlu hati2 sikit bila drive kat sana sebab diorang banyak speedtrap tak dikesan ni dan agak mencabar bila nak msuk simpang.

    3. Pakai waze je nak drive kat sana untuk route korang sebab sangat berguna.

    4. Untuk keluar masuk border pula korang tak perlu nak masuk imigrasen untuk cop bagai sebab kat sana hanya cop sekali bila korg mula sampai di airport tu.

    5. Untuk sewa kereta pula, better ambil yg boot belakang dia besar untuk ruang simpan sebab nak isi beg korang yg masing-masing besar gedabak tu. (Perjalanan jauh sahaja)

    6. Ok setiap negara bila driving kena ada satu sticker tampal di kereta/motorhome untuk korang nak masuk border diorang. Hanya perlu bayar sekali sahaja dan tak perlu lagi bayar tol lain. Bila ada tol je korg lalu ikut smart tag diorang. Negara yg tak pkai sticker ni Italy sahaja korg kena bayar tol dia macam biasa setiap kali lalu. (Kat Italy banyak tol😅)

    7. In case untuk yang pertama kali bawa Motorhome ni dia akan ajar cara mcm mana nak guna kemudahan yg ada dalam tu seperti toilet dam nak buang kumbahan sekali. Siap ada pinggan mangkuk dibekalkan. Klu takda boleh mintak.

    8. Maximum org boleh isi Motorhome ni 6pax tapi kalau lebih tu pandai2 la tanggung kalau kena tahan polis. Basically jarang kena tahan polis pun.

    9. Transmisi Motorhome boleh pilih nak auto atau manual ikut kepada expert ke tak. Tapi sewa manual lebih murah berbanding auto dan stereng nya belah kiri so hati-hati memandu.

    10. Setiap parking untuk Motorhome kena bayar ada yang free tapi tak banyak. Yang berbayar tu kemudahan dia memang lengkap siap ada tandas untuk mandi dan buang kumbahan.

    11. Sewa Motorhome ni boleh masak dalam tu so better bawa beras dari Malaysia senang nak masak sendiri je jimat. Haritu kitorang bawa 8kg beras bawa masuk beg nasib baik lepas di airport.

    Campsite for Motorhome
    Camping Klausner-Holl, Hallstatt

    12. Di Rome dan Paris nanti korang hati-hati ya jalan2 sebab situ banyak kes pickpocket. Terutama yang bawa family ni. Kat situ banyak juga peminta sedekah yang menyamar. So sentiasa berjaga-jaga.

    13. Kat jerman tak banyak jalan sebab negara dia terlalu luas dan kitorang cover pergunungan aje.

    14. Kat swiss tak pi top of europe sebab tiket dia mahal dan kitorang cover area bawah2 aje.

    15. Di Slovenia tu actually kitorang tak terpikir pun nak pergi tapi disebabkan route dia nak ke swiss tu akan lalu situ so apa lagi singgah dulu di lake bled la kan. Hehe

    16. Di Austria cover Hallstatt aje sebab nk cut cost. Kebanyakkan entrance fee diorang kat sana agak mahal tu yang terbantut nak pergi mana2😅.

    17. Yg paling last ni paling penting kalau korang nak naik train intercity ke atau yang dah book train awal better korang sampai kat station tu lebih awal sebab dorang ni on time dan kalau terlepas tu korang kene byr double 💸. (Pernah kene 😔)

    Setakat ini sahaja perkongsian dari saya Sadat husin. Jika ada apa-apa yang ingin ditanya boleh contact saya di FB.

    Click sini untuk download full itinerary, kos dan route sepanjang trip saya.
    .
    .
    Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke hai@theruka.com.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in , , , , ,

    Umrah “DIY” Selama 8 Hari Dengan Kos RM2314. Ini Yang Saya Buat Untuk Umrah Kos Rendah

    Credit gambar : Sutratour.com

    UMRAH DIY dengan hanya RM 2314 sahaja untuk trip kali ini.

    Baru sahaja selesai check in. Alhamdulillh hari ini tiba giliran group saya pula bertolak. Setiap kali sebut umrah DIY soalan pertama ditanya mesti berkaitan kos. Jadi saya cuma hendak kongsikan kos sahaja dan tidak bercadang untuk bercerita panjang lebar oleh sebab ramai sudah berkongsi banyak tips sebelum ini. Semoga serba sedikit perkongisan ini dapat memberi sedikit manfaat dan ilham buat anda semua.

    Alhamdulillah ini ialah trip ulangan Umrah DIY group saya. Jika sebelum ini purata kos perbelanjaan kami untuk seorang ialah sekitar RM 3500 selama 11 hari 10 malam. Kali ini lebih menjimatkan kerana mendapat tiket super murah. Sejarah, akan dikenang harga tiket ni !! Berikut ialah maklumat trip dan pecahan kos terlibat :

    Tarikh : 31 Jan – 7 Feb 2017
    Bilangan : 4 dewasa

    1. Tiket MAS pergi balik : RM 400.90 seorang
    (Tempahan melalui website www.malaysiaairlines.com)

    2. Hotel penginapan : RM 800.50 seorang
    – Makkah : Hotel Nada Al Diyafah,
    – Taraf 3 bintang, bilik berempat
    – Jarak 150 meter dari Masjidil Haram
    – Harga 4 malam = RM 2050.00 / 4 orang
    (Tempahan melalui www.agoda.com)

    – Madinah : Hotel Mawaddah Al Safwa,
    – Taraf 4*, bilik berempat
    – Jarak 50 meter dari Masjid Nabawi
    – Harga 3 malam = RM 1152.00 / 4 orang
    (Tempahan melalui www.agoda.com)

    3. Visa Umrah : RM 330.00 sahaja seorang
    – Pengurusan visa oleh Ust Wan Hamdan +60173008021

    4. Pengangkutan : RM 532.50 seorang
    – Jeddah-Makkah-Madinah-Jeddah
    – GMC 7 seaters = SAR 1800 = ~ RM 2130 / 4 orang
    – Tempahan melalui Facebook Page : Umrah Taxi
    – Syarikat ini beroperasi di Arab Saudi
    – Gambar GMC dibawah sekadar contoh untuk gambaran anda

    5. Makan dan minum = RM 250 seorang
    – SAR 30 sehari x 7 hari = SAR 210
    – Sekali makan SAR 10 – SAR 15

    KOS KESELURUHAN SEORANG
    RM 400.90 + RM 800.50 + RM 330 + RM 532.50 + RM 250
    = RM 2314.00 seorang

    Contoh kereta GMC yang disewa.
    Booking hotel melalui website Agoda.com
    Booking hotel melalui website Agoda.com

    Murah bukan ? Dengan menggunakan premium airlines, hotel dekat, kenderaan yang selesa, makan pun kenyang. Terima kasih Malaysia Airlines, harap sejarah berulang lagi ya

    Catatan Tambahan

    1. Sewaktu perancangan, pertama sekali kami set dahulu bajet seorang per trip. Kemudian barulah kami cari tiket dan hotel sesuai dengan bajet. Tiket flight dan hotel ialah 2 penentu utama kos keseluruhan. Jika keduanya mahal maka kos keseluruhan menjadi mahal. Jika tidak berjaya mencari tiket mengikut bajet, kami akan cari hotel paling murah untuk menepati bajet walaupun jauh asalkan hotel sediakan free shuttle van ke masjid dan begitulah sebaliknya.

    2. Trip kali ini penjimatan banyak pada tiket penerbangan memberi peluang kepada group saya untuk ambil hotel yang lebih dekat dan kenderaan yang lebih selesa. Jika Umrah DIY sebelum ini kami mengambil hotel harga sekitar SAR200 – SAR 250 semalam (bilik berempat) yang jaraknya 700-900 meter dari masjid. Kali ini harga semalam hampir SAR 420 di Makkah dan SAR 320 semalam di Madinah.

    3. Sekiranya kami kekal dengan hotel seperti hotel Umrah DIY sebelum ini dan ambil kereta biasa sahaja yang 4 seaters (SAR 1500), kos keseluruhan trip kali ini mungkin seorang sekitar RM 2000 sahaja.

    4. Kali ini group saya tidak mengambil ziarah dalam pakej pengangkutan tetapi hanya mengambil transfer sahaja. Secara automatik tidak mengambil khidmat mutawwif(optional) juga untuk ziarah. Trip kali ini lebih pendek dan bercadang untuk berada lebih lama di masjid sahaja.

    5. Jika ingin mengambil ziarah kemudian boleh guna prebet sapu tepi hotel sekitar SAR200 per trip untuk ziarah Madinah, sekitar SAR 300 per trip untuk ziarah Makkah. Caj khidmat mutawwif SAR 200 per group. Jadinya seorang hanya perlu tambah seorang tidak lebih RM 200 lagi untuk trip ini jika ambil ziarah kemudian. Baru jadi RM 2500.

    6. Bagi mereka yang pertama kali ingin menunaikan umrah secara diy saya amat syorkan mengambil khidmat mutawwif(optional) semasa ziarah dan ibadah umrah sebagai pembimbing dan tempat rujukan anda.

    Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat dan ilham buat anda. Jika ada sebarang pertanyaan boleh pm saya di FB Raisya Azzahra, Insya Allah saya cuba membantu dan berkongsi pengalaman yang serba sedikit ini.
    .
    .
    Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke hai@theruka.com.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in

    Aktiviti Bajet Bawah RM100 Yang Awesome Di Gold Coast

    Beberapa hari lepas, aku lepak dengan member-member sekolah rendah. 11 tahun lamanya kami tak berjumpa, memang rasa macam tak nak balik, nak lepak sampai esok hari. Haha!

    Disebabkan salah seorang daripada kawan aku tu dah back for good dari Australia sebab baru habis belajar, jadi banyaklah perkara yang kami bualkan mengenai Australia. Orangnya, tempatnya, budayanya. Sehinggalah ada seorang kawan yang lain buka cerita tentang Gold Coast.

    Beberapa minggu lagi dia akan kesana dengan keluarga. Fiut, kalau Gold Coast; benda pertama yang popup keluar daripada kepala kita tentu sekali adalah taman tema. Dah memang itu merupakan antara keunikan dan tarikan utama bandar tersebut.

    Tapi masalahnya taman tema ini adalah harga tiket yang agak mahal. Ini bukan kawan aku yang kata, aku lah yang kata. Sebab kawan aku tu kaya. Haha!

    Jadi aku buat serba sedikit carian mengenai Gold Coast. Ada tak aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan dengan bajet yang rendah. Damn. Jawapan yang aku dapat, pretty impressive juga lah. Sampai aku pun terliur dan set price alert untuk tiket flight ke sana beberapa bulan lagi. Haaaa.

    Apa aktivitinya?

    Burleigh Heads National Park (Kos: RM0)

    Gold Coast ni memang terkenal dengan keindahan pantainya. Dan kalau anda kesini suatu hari nanti jangan lupa untuk bangun pagi dan menikmati nuansa terbitnya matahari di sepanjang laluan Burleigh Heads National Park ini.

    Kredit: Ytravelblog.com

    Treknya tidaklah panjang sangat, sekitar 2.5KM sahaja. Dan sepanjang perjalanan itu anda akan dihiburkan dengan pemandangan-pemandangan yang sungguh mengasyikkan. Contohnya,

    Kredit: The Lone Trail Wanderer

    Dan ini…

    Kredit: Ytravelblog.com

    Mandi Manda di Currumbin Valley Rock Pools (Kos: RM0)

    Kredit: Jayde Aleman

    Kau fikir di Gold Coast ada pantai dan air laut sahaja? Tenang. Lihat sisi lain Gold Coast di Currumbin ini. Ianya juga merupakan tempat yang popular untuk penduduk tempatan.

    Pfft, jangan lupa bawa bekal makanan. Boleh terus piknik disitu nanti!

    Menikmati Seni di The Arts Centre Gold Coast (Kos: RM0 – 100)

    Kredit: TheArtCentreGC

    Haaa, dah alang-alang ke negara orang, janganlah lepaskan peluang menikmati karya-karya seni bercirikan negara mereka. Seronok weh!

    Walaupun anda bukan manusia yang berjiwa seni, tapi pengalaman ini sangatlah berharga untuk anda bergebang apabila minum kopi bersama rakan-rakan bila balik rumah nanti. Haha!

    Kebanyakan pameran adalah percuma tetapi untuk menonton filem dan pementasan ada sedikit bayaran dikenakan. Dijamin berbaloi.

    Kredit: ThaArtsCentreGC

    Bersantai & Bermandi-manda di Pantai (Kos: RM0)

    Kredit: SurfersParadiseRiverCruises

    Rugi betul kalau dah ke Gold Coast tapi tak sediakan sepanjang petang untuk santai, lepak, mandi dan mungkin belajar meluncur di pantai-pantai sekitar Gold Coast ni. Pantainya dahlah cantik-cantik belaka.

    Melawat Springbrook National Park (Kos: RM0)

    Kredit: Tourism & Events Queensland

    Serius masa tengok gambar ni macam tak percaya sebab cantik sangat. Nampak macam edit je. Tapi benda ni adalah gambar sebenar di tempat kejadian!

    Dalam gua-gua ini hidupnya haiwan kecil dan mulus iaitu: glow worm. Haa, yang melekat dekat dinding-dinding gua itu kita gelarkan glow worm atau cacing bercahaya.

    Kredit: Viator.com

    Melihat Gold Coast Dari Kayangan – Skypoint Observation Deck (RM81 – Kadar Tukaran Mac 2017)

    Kredit: AroundYou

    Di Melaka ada Menara Taming Sari, di Kuala Lumpur ada Menara KL, di Gold Coast pun anda boleh tengok seluruh Gold Coast daripada kayangan. Haaa. Pergi sahaja ke Skypoint Observation Deck yang terletak berhampiran dengan Surfers Paradise. Serius view memang superb.

    Kalau ada bajet lebih dan rasa nak dapat pengalaman baru, bolehlah pilih untuk panjat Sypoint Climb. Haaa, anda akan dapat pengalaman memanjat antara bangunan yang paling tinggi di Gold Coast dan dapat menikmati pemandangan yang sumpah awesome!

    Kredit: Destination Gold Coast

    Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke hai@theruka.com.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in , ,

    Hot

    Itinerari Lengkap ke Jogjakarta Selama 4 Hari 3 Malam Dengan Bajet RM789

    Perkongsian buat rakan-rakan yang bertanya

    Itinerary & Perbelanjaan ke Jogjakarta (4 persons) : 19/2/2017 hingga 22/2/2017
    Rate : IDR 1 juta bersamaan RM336

    Supir – 1.4Juta : 350k/person (Boleh berururusan dengan Den Yana(+62817261513)
    Guesthouse (Yogyakarta BnB, Jln Sastrodipuran) – 1.32M (2 bilik) : 330k/person
    Anggaran makanan (tidak termasuk lobster) – 211k
    Anggaran Souvenir – 309k
    Simcard simPATI (30GB) – 65k

    TOTAL – 1.265Juta

    Day 1
    Tiba di airport (flight jam 0320pm waktu Malaysia)
    Naik Trans Bus (Bas nombor A1 ke hentian Malioboro 2) – 3.5k/person sehala
    Naik beca ke guesthouse (3 beca)- 60k : 15k/person

    TOTAL DAY 1 – 18.5k

    Day 2
    Phuntuk Setumbu (Sunrise) – 120k : 30k/person
    Gereja Ayam – 100k : 25k/person
    Naik Jeep ke Kalibiru – 350k : 87.5k/person
    Tiket masuk Kalibiru – 5k/person
    Parking Kalibiru – 5k : 1.25k/person
    Borobudur Temple – USD20/person (260k/person)

    TOTAL DAY 3 – 408.75k

    Di kebun buah mangunan

    Day 3
    Kebun buah mangunan – 5k/person
    Ojek motor ke Pantai Timang – 50k/person
    Gondola Pantai Timang – 200k/person
    Makan Lobster 1kg + Bawal (sekali dengan nasi, sayur & air) – 600k : 150k/person
    Hutan pinus – 2k/person
    Parking Hutan Pinus – 3k : 750/person
    Tiket masuk Goa Pindul – 10k : 2.5k/person
    Goa Pindul Cave Tubing – 35k/person
    Rafting 2km – 45k/person
    Photography – 200k (goa pindul:100k & rafting:100k) : 50k/person
    Toilet mandi (selepas tubing & rafting) – 2k/person

    TOTAL DAY 3 – 542.25k

    Day 4
    Merapi Jeep Tour (3 places) – 450k : 112.5k/person
    Shopping di Pasar Beringhijo, Jalan Malioboro
    Shopping Bakpia 25 di pusat pembuatan bakpia 25
    Ke airport untuk balik Malaysia (Flight jam 1720pm waktu Yogyakarta)

    TOTAL DAY 4 – 112.5k

    TOTAL KESELURUHAN SEORANG: 2,347,000 rupiah ~ RM788.59 (rate masa ni 1 juta rupiah bersamaan rm336)

    Nota Travel :
    1. Guesthouse booking melalui booking.com dan bayar cash di sana. Guesthouse ada sharing dorm (mix) dan bilik. Harga bilik termasuk sarapan. Tapi kami tak makan pun sarapan sebab aktiviti banyak semuanya bermula awal pagi, jadi tak sempat nak sarapan. Boleh review kat tripadvisor

    2. Jarak guesthouse dengan Jalan Malioboro dalam 400-500 meter sahaja. Jadi boleh berjalan kaki sahaja. Nak naik beca pun boleh, murah je dalam 15k-20k

    3. Dari Phuntuk Setumbu, boleh terus ke Gereja Ayam dengan cara mendaki bukit.. hahaha.. Jadi, sila pakai kasut hiking ya. Nak ke Phuntuk Setumbu juga perlu mendaki tangga. Pastikan badan fit ya.

    4. Untuk ke Kalibiru, selain jeep boleh juga sewa motor dengan harga 50k. Jalan berbukit dan tinggi2 ya

    5. Kalau ada student card, boleh dapat separuh harga ya di Borobudur. Kalau nak beli souvenir, boleh beli dekat Borobudur Temple ( Kawasan berbumbung di luar Borobudur temple). Boleh tawar menawar dan ada barang yang dijual lebih murah dari barang di Jalan Malioboro dan Pasar Beringhijo. (Pasar Beringhijo bagi saya sedikit mahal dan susah nak tawar menawar). Ikut pendapat masing-masing lah kan. haha

    6. Jika mahu makan lobster, sila singgah dan order dahulu ya. Selepas balik dari Pantai Timang, boleh makan dan tak perlu tunggu lama2. Mereka beroperasi di rumah sahaja ya dan satu-satunya yang jual lobster.

    7. Jika mahu ke Pantai Timang untuk naik gondola, kena ojek motor (org kampung bawakan). Jalannya memang mencabar sungguh. Memang seksa sunggu dibuatnya. Lebih kurang 3km ke Pantai Timang.

    8. Jika ke Goa Pindul, sila sediakan baju ya sebab memang akan basah. Boleh cuba cave tubing dan rafting ya. Best sangat-sangat

    9. Selepas selesai Volcano Tour di Merapi, boleh lah bersarapan di Warung Bonda Merapi. Harga murah dan boleh tahan sedap. Nama je warung tapi kedainya besar. Menu istimewa di sini adalah berasaskan cendawan. Tengok menunya ada tomyam dan nasi lemak. hahaha.

    10. Jika ingin beli kuih bakpia. Saya cadangkan beli bakpia 25 Premium. Terdapat pelbagai jenis bakpia, tapi bakpia 25 yang terbaik. Saya dah cuba. Harga bakpia tepi2 jalan dalam 13k-15k. Bakpia biasa dalam 30k-35k, bakpia premium 45k. Tapi yg sedap bakpia 25 jugak. Jangan membazir beli bakpia tepi2 jalan tu tak sedap 😂

    Sekian, perkongsian dari saya cik Nonie Chan.
    .
    .
    Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in , ,

    Itinerari Ringkas “Backpack” ke Hatyai – Phuket – Bangkok Selama 6 hari Dengan Bajet Serendah RM1000. All in!

    Hatyai – phuket – bangkok
    27/1/17 – 1/2/17

    Nak share sikit pengalaman travel style backpack ke thailand.

    27/1/17
    – Naik bas dari TBS ke Hatyai pukul 10pm
    – Sampai border bukit kayu hitam cop passport. Sampai hatyai lebih kurang pukul 8.00am

    (Harga tiket RM55)

    28/1/17
    – Breakfast di bas station hatyai
    – Beli tiket ke phuket. Dapat tiket paling awal iaitu pada pukul 11am
    – Jalan kejap dalam mall hatyai dalam 1jam30minit
    – Perjalanan ke hatyai – phuket makan masa 7jam jugak.
    – Sampai sana dalam pukul 6pm , naik tut tut untuk pergi ke hostel depan patong. Masa naik tut tut ni kena sembelih harga.

    Kos hari kedua Makan minum 60baht + tiket bus phuket 320 baht + tut tut 200 baht + hostel 2 malam 600 baht

    Total hari kedua 1180 baht

    29/1/17
    – Sewa motor depan hostel selama 2 hari
    – Cari breakfast dekat pantai patong. Makan burger king hehe
    – Pusing pantai dalam 1jam cuci mata
    – Pergi cari tempat gajah
    – Naik bukit big buddha
    – Malam cari dinner & pusing patong/bangla road

    Kos hari ketiga Moto 400baht + Burger king 90baht + Gajah 900baht + Dinner 50baht

    Total hari ketiga 1440 baht

    30/1/17
    – Dah booking awal nak try island hoping. Kali ni try james bond island.
    – Pukul 8 pagi gerak smpai ke petang, makan ada lah diorang bagi buah nenas dengan tembikai haha
    – Time maghrib try pergi urut kaki sebab dah penat.
    – Malam pergi Phuket airport off to bangkok airport flight jam 11pm

    Kos hari keempat Island hoping 900baht + Urut kaki 200baht + tiket bangkok airasia rm77

    Total hari keempat 1100 baht + RM77

    31/1/17
    – Naik teksi airport untuk cari hostel dekat sukmuvit soi 8 depan train mrt nana
    – Cari makan di area hostel
    – Naik train pergi jalan market patpong
    – Pusing bangkok dan malam tengok night life di sana

    Kos hari kelima Teksi 300baht + Hostel 2 malam 600baht + Train 50baht

    Total 950 baht

    1/2/17
    – Hari ini pakai tenaga kaki sahaja dari pagi sampai petang jalan pusing bangkok
    – Cari baju cari makan
    – Ada cuba naik grab car last2 naik teksi juga haha
    – Petang tu pulang ke malaysia

    Kos hari keenam Grab car 350baht + Teksi 250baht + Tiket airasia balik ke malaysia rm250

    Total hari keenam 600 baht + RM250

    Total perbelanjaan di thailand

    600 Baht + 950 baht + 1100 baht + 1440 baht + 1180 baht = 5270 baht(RM 652).
    Tiket bas (RM 55) + Tiket flight ke bangkok (RM77) + Tiket balik malaysia (RM250) = RM 382

    RM 652 + RM 382 = RM 1034

    Tukar duit dalam 10k baht. Masa tu tukar duit malaysia dalam rm1236.
    Belanja untuk trip ni habis dalam 6k baht. Ada balance dalam 4k baht. Banyak boleh jimat bila travel style backpacker ni. Tidur pun kat hostel.
    .
    .
    Itinerari dan tips ini telah disediakan oleh bro khairul nizam. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi itinerari dengan team The Ruka.

    Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in , , ,

    Pengembaraan 8 Hari 7 Malam Di Yunnan, China Buat Gadis Ini Jatuh Cinta

    Kali ini Cik Yusniza Yusoh berkongsi itinerari lengkap trip beliau bersama kakak-kakaknya ke Yunnan, China pada 4-11 Januari yang lepas. Trip ni merangkumi KL-Kunming-Dali-Lijiang-Qiaotou-Lijiang-Kunming-KL dan mengambil masa 8 hari 7 malam. Yunnan yang terletak di selatan tanah besar China itu menjanji percutian yang sangat berbaloi lebih-lebih lagi bagi mereka yang cintakan alam semula jadi. Terdapat banyak penduduk muslim merupakan kelebihan bagi pengambara muslim untuk ke sana. Jadi tunggu apa lagi, ayuh terbangkan diri secara maya ke Yunnan, China.

    Selamat Membaca!

     

    DAY 1 | 4 Januari 2017.
    Kami berlepas dari KLIA2 jam 1:05 ptg dengan menaiki AK101 ( penerbangan ke Kunming hanya ada sekali sehari sahaja untuk Airasia) dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsui pada pukul 4:20 ptg. Kami sampai awal sikit daripada yg dijangka. Penerbangan biasanya mengambil masa 4 jam. Tiba sahaja disana, kami terus ke kaunter bas yg berada tidak jauh dari pintu keluar airport untuk ambil bas ke Kunming Railway Station. Selain perkhidmatan bas, terdapat juga perkhidmatan metro ( macam LRT dan masa kami pergi, perkhidmatan ini tak boleh digunakan dan sedang dinaiktaraf) dalam airport ni. Harga tiket bas dari airport ke Kunming Railway Station adalah 13 yuan seorang dengan naik bas No. 919 C. Perjalanan lebih kurang 40min. Turun di pit stop terakhir. Sampai disana, berjalan kaki sampai jumpa international airport yg kecil dan tersorok. Jalan straight sikit lagi, terus nampak bangunan Kunming Railway Station. Depan station tu akan ada ramai polis yg berkawal. Scan beg dan masuk ke dalam. Ambil beg dan terus ke ticket hall. Tiket hall ni agak jauh. So, kena menapak sikit dan terus pergi ke kaunter 1 untuk beli tiket ke Dali (K9632, pukul 22:37 am). Harga tiket upper hardsleeper adalah 97.50 yuan seorang dan middle hardsleeper adalah 102.50 yuan seorang. Perjalanan mengambil masa 8 jam. Untuk hari pertama, kami bermalam di dalam train.
    * Upper n middle hardsleeper tak sesuai untuk warga emas atau ibu mengandung sebab memerlukan badan anda meringkuk. Space die agak limited. Kalau nak rasai pengalaman, why not kan 😉.

    DAY 2 | 5 Januari 2017.
    Sampai di Dali railway station pukul 6.30 pagi. Keluar dari railway, ambil bas No8, 2 yuan ke Dali Old town. Dari Old Town ambil tuktuk 15yuan/3 atau 5 yuan seorang ke hostel. Check in Rose Garden Hostel (recommended) 87 yuan pernight/3 atau 29 yuan seorang. Letak beg dan kami menuju semula ke Old Town dengan menaiki bas No3 dengan tambang 4 yuan seorang untuk pergi dan balik. Jalan-jalan sekitar Dali Old Town. Dari old town ni, boleh nampak Changsan Mountain. Makan di kedai muslim dalam Dali Old Town 36 yuan/3 atau 12 yuan seorang. Petang tu, dari hostel, jalan kaki pergi bersiar-siar di Erhai Lake. Bermalam semalam di Dali.

    Day 3 | 6 Januari 2017.
    Check out Rose Garden Hostel dan bergerak ke Lijiang. Dari hostel ke Dali Old Town, ambil bas No3 yg sama seperti semalam. Dari old town, ambil bas No8 dengan tambang 2 yuan seorang untuk pergi ke Dali North Bus Terminal. Beli tiket bas untuk ke Lijiang. Harga tiket adalah 74 yuan seorang. Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Pemandangan sepanjang perjalanan, anda akan melalui terowong dlm gunung, tasik, kincir angin dan lain2. Rugi kalau tidur. Hehehehe. Sampai di Lijiang, menapak ke Lijiang Youth Hostel (recommended) sebab walking distance je. Check in Lijiang International Youth Hostel, 148pernight/3 atau 49 yuan seorang. Book terus dgn hostel tiket bas untuk ke Qiaotou (hike TLG) keesokan harinya. Harga tiket bas adalah 40 yuan seorang dan mengkehendaki kami untuk tunggu di jalan utama pd pkul 7.45 pagi esok. Sape lambat, tinggal. Sebab bas pergi kesana hanya ada sekali dlm sehari. Seterusnya, drop beg di dibilik, dan kami start strolling Lijiang Old Town. Dari hostel ke old town pun hanya walking distance jadi, tak perlu risau sesat atau sebagainya. Harga entrance Lijiang Old Town adalah 80 yuan untuk seorang. Kami strolling Sifang Square, Baishui Bridge, Wuyi Street, Big Waterwheel, Square Market sampai penat. Malam balik hostel n rest.
    * Start pukul 7 malam, boleh masuk secara percuma.
    * Kalau masuk siang, kena bayar entrance fee 80 yuan dan boleh akses Black Dragon Pool.

    Day 4 | 7 Januari 2017.
    Check out dan bergerak ke Qiaotou. Bas datang tepat pukul 7.45 pagi dan perjalanan ke Qiaotou ambil masa lebih kurang 2 jam. Bas ada berhenti untuk penumpang PO or PU. Sampai di Qiatou, bas akan berhenti seketika untuk proses pembelian permit masuk ke Tiger Leaping Gorge. Harga tiket adalah 65 yuan seorang. Kalau student, gunakan student card. Dapat student price iaitu 33 yuan seorang. First pit stop yg bas turunkan penumpang, di situ lah entrance TLG. Tapi jangan tertipu, terpedaya dan terduduk. Entrance TLG yang sebenar adalah lebih kurang 1km dari tempat yang kite diturunkan tadi. Nak selfie ke, bertepuk tampar ke, atau nak cuit2 bahu ke, mase ni la bolehhh. Nanti dah hike, masing2 sensitip. Hahahahaha. Jalan die berturap untuk 1st kilometre. Bawak banyak air, cereal, dan choc untuk boost energy. Mula hike dari pukul 11 lebih dan sampai lebih kurang pukul 3 lebih di Naxi GH. Check in Naxi GH 150 pernight/3 atau 50 yuan seorang.
    * Kalau boleh, tinggalkan backpack anda di hostel dan hanya bawa daypack & brg2 diperlukan sahaja.
    * Disebabkan waktu kami pergi trail asal (landai) tengah renovate, kami terpaksa ikut trail baru (mencanak naik).
    * Kuda utk bawak beg : 100/3 atau 31 yuan seorang.
    * Ikut pace anda. Lagi laju, lagi awal sampai di GH. Kami banyak ambil gambar atas gunung, tu yg lambat. Hahahahaha.
    * Beli buah : 44 yuan.
    * Ada 2 pilihan : Hike dari entrance sampai Naxi GH dan bermalam. Esoknya teruskan hike sampai Halfway GH dan bermalam. Seterusnya, Hike sampai Tina’s GH dan turun ke Yangtze River dan pulang ke Lijiang dan pilihan yg kedua, naik van terus ke Tina’s GH dan bermalam satu malam di atas.

    Day 5 | 8 Januari 2017.
    Route asal kami adalah pilihan yang pertama tapi lepas perbincangan secara teliti, kami tak dapat teruskan hike dan terpaksa turun. Check out Naxi GH dan naik kereta owner Naxi ke Qiaotou. Bayar 100 yuan/3 atau 33 yuan seorang. Tunggu bas menuju ke Lijiang di Qiaotou. Beli jajan 23 yuan. Bas datang setelah lebih sejam. Gerak ke Lijiang naik bas dengan tambang 30 yuan seorang. Sampai di Lijiang Express Bus Terminal. Ambil van ke Lijiang Old Town dengan tambang 5 yuan seorang. Makan dalam Lijiang Old Town 60 yuan/3 atau 20 yuan seorang. Kami ambil bas No11 untuk ke Shuhe Old Town. Tambang bas 2 yuan untuk return. Tunjuk tulisan Mandarin pada driver utk mudahkan urusan. Untuk ke Shuhe, lepas turun dari bas, perlu menapak lagi 1 km untuk sampai. Balik pun, perlu menapak semula ke jalan yg kite turun bas td sebab takde bus yang pergi directly ke Shuhe Old Town. Strolling dalam Shuhe Old Town sampai petang. Malam tu naik bas No4 dari old town ke Lijiang Railway Station. Tambang 1 yuan seorang. Bas akan berhenti bawah bukit sahaja dan perlu menapak naik bukit sedikit dalam 500 meter. Masuk ke ticket hall, dan beli tiket ke Kunming. Nasib kami baik sebab biasanya tinggal tiket standing je kalau beli on the spot. Apaaaaa lagi. Hehehehe. Cepat2 grab softseat dengan harga 137 yuan seorang dan bertolak pada pukul 10:50 malam. Perjalanan mengambil masa 11 jam dari Lijiang ke Kunming.
    * Lebih baik book awal tiket ke Kunming tak kiralah peak season atau tak sebab train merupakan transportation utama mereka untuk ke bandar.
    * Pengumuman train semuanya dalam Mandarin tapi jangan risau sebab Kunming Railway Station adalah stesen yg terakhir.

    Day 6 | 9 Januari 2017.
    Sampai di Kunming Railway Station, lintas jalan dan pergi ke Yongsheng Road. Ambil bus No.60 untuk ke Eastern Bus Station. EBS merupakan stesen yg terakhir dan tambangnya adalah 2 yuan seorang. Ambil bas No 237 dari EBS ke Chuihu Lake. Tambangnya ialah 2 yuan seorang. Bas akan berhenti di Wuyi Lu or Wuyi Road. Berjalan ke hostel. Check in KHD Hostel ( berhampiran Lost Garden Hostel) untuk 2 malam. Harga 2 malam ialah 200 yuan/3 atau 67 yuan seorang. Drop beg di bilik dan pergi ke Chuihu Lake dengan jalan kaki sebab dekat sangat2. Pergi Bread Works dulu beli roti sebab salah seorang akak saya, birthday dia hari tu. Hehehehehe. Sambut birthday dalam train malam tadi 😉. Beli roti 75 yuan/3 atau 25 seorang. Lepas tu, pergi makan di masjid dalam kawasan Jinmimbi Road. Beli kupon kt kaunter restoren dalam masjid dan boleh pilih set mane yang nak. Kami ambil set 10 yuan seorang dan boleh pilih 1 jenis lauk, 1 jenis lauk dan sayur dan 2 jenis sayur. Ini hanya untuk seorang makan. Menarik kan? Kenyang giler2. Hehehehe. Lepas tu strolling Jinmabiji Square. Balik hostel, rest.

    Day 7 | 10 Januari 2017.
    Second last day ni, free n easy. Berjalan ke Chuihu Lake. Ada banyak seagull kt Chuihu Lake ni. Boleh bagi makan roti atau makanan ringan untuk tarik perhatian seagulls datang ke kita. Strolling Wuyi lu, Jinmabiji Square, Zhengyi Road, dan Jinbi Square. Makan tengah hari, 60 yuan/3 atau 20 yuan seorang di kawasan Yunnan Nationalities University. Strolling Yunnan Nationalities University dan Yunnan Normal University. Beli dinner di fried chicken halal berhampiran YNU, 62 yuan/3 atau 21 yuan seorang. Balik hostel dan rest.

    Day 8 | 11 Januari 2017.
    Check out HKD Hostel dan bergerak ke Changsui International Airport. Berjalan kaki ke Zhengyi Road dlm 1km, ambil bas K9 ( depan kedai tissot & levi’s ) untuk pergi ke Eastern Bus Station. Tambangnya adalah 2 yuan seorang. Sampai di EBS, ambil bas aiport shuttle. Tambangnya ialah 10 yuan seorang. Sampai aiport, lunch di noodles shop, 48 yuan dan tunggu kapal sampai. Tepat 17:05 pm, penerbangan AK102 dari Kunming ke KL selamat berlepas. Kami sampai di KLIA2 pada pukul 21:45 p.m 😊

    Total cost : 939.50 Yuan atau RM 617.50
    Currency rates : 100 Yuan bersamaan RM 64.30
    Not Included:
    Flight ticket : Rm 367.00 perpax.
    Insurance : AXA Travel Insurance Rm39 perpax.
    Visa China : Rm 89 ( buat sendiri di China Embassy, KL)

    NOTES
    * Bawa botol air dan wet tissue bila masuk ke toilet sebab kat sane takde air dalam tandas. Air cuma ada di sinki.
    * Bawa itinerary yg ada gambar dan bertulisan Mandarin untuk memudahkan urusan sepanjang trip.
    * Bawa student card bagi menikmati potongan separuh harga di certain places.
    * Pakai kasut yg bersesuaian bagi mengelakkan kaki sakit sebab kat sini banyak berjalan kaki.
    * China banyak places tapi jauh2.
    * Makanan di China, portion agak banyak.

    Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

  • in , , , ,

    Itinerari ringkas ke Tokyo, Disneysea dan Fuji Q Highland Selama 5 Hari 4 Malam dengan bajet RM2797

     

    Kali ini saya nak berkongsi itinerari ringkas saya ke Jepun. “Self Planned Trip” ini merangkumi Tokyo, Disneysea, Gunung Fuji dan Fuji Q Highland. Itinerari ini ringkas sahaja tapi padat dengan kos-kos yang telah dikeluarkan sepanjang travel.

    Trip ini telah dilakukan pada 17-21 november 2016. Jumlah perbelanjaan keseluruhan untuk tempoh tersebut adalah RM2797 termasuk tiket flight dan tempat tinggal.

    Tiket flight – RM1082 (Malaysia Airlines return tickets KUL-NRT)
    Apartment – RM600 (4 malam) Nama apartment ini Vann Amor Minami Gyotoku. Book apartment ini di Booking.com

    ( 1 studio apartment RM450, kongsi 3 orang, jadi RM150 seorang untuk satu malam)

    Total kos Flight & apartment & pocket wifi = RM1706

    Hari Pertama

    7.15AM – Sampai di NRT terminal 2.

    8.30AM – Ambil pocket wifi at HIS counter (book from klook RM24 pocket wifi 5 hari 3gb)
    – Beli metro pass 24hours x1 (800yen) , 72hours x1(1500yen)

    9.00AM – ambil JR sobu line train ke Chiba (670 yen)
    – Bila sampai kat sana, jalan jalan pusing Chiba kejap.
    – Pindah Chiba station ke Nishi Funabashi JR line (310yen)
    – Pindah Nishi Funabashi ke Minami Gyotoku (guna metro pass)

    2.00PM – check in apartment.

    5.00PM – Minami gyotoku ke Nishi funabashi (metro pass)
    – Nishi funabashi ke Maihama JR musashino line (240yen)
    – Dari Maihama ke Disneysea – (260yen)
    – Disneysea starlight ticket selepas 6pm (4200yen)
    – Kembali ke Maihama disney resort line (260yen)
    – Maihama ke Nishi funabashi (240yen)
    – Nishi funabashi to Minami gyotoku (metro pass)

    Jumlah perbelanjaan hari pertama : 8482yen (+- RM352)

    Hari Kedua

    6AM – Minami gyotoku ke Shinjuku station tozai line (metro pass)
    – Kemudian pergi ke terminal bas shinjuku Highway

    7.45AM – Naik bas ke Fuji-Q Highland (3500yen tiket pergi balik)

    9.30AM – Sampai di Fuji-q . (Pas 1 hari bernilai 5700 yen)

    4.30PM – Fuji q highland ke Stesen Kawaguchiko (150yen)
    – Berjalan lebih kurang 800 meter ke Tasik Kawaguchiko

    7.10PM – Kembali ke stesen Shinjuku

    8.50PM – Dari stesen Shinjuku menuju ke Minami gyotoku tozai line (metro pass)

    Jumlah perbelanjaan hari kedua : 9350yen (+- RM388)

    Hari Ketiga (Hari ketiga dan keempat tiada catatan waktu)

    – Minami gyotoku ke shinjuku (metro pass)
    – Shinjuku ke Shinjuku gyoemmae/ Shinjuku park (metro pass)
    – Shinjuku ke Shibuya (metro pass)
    – Shibuya ke Meiji jingumae “Harajuku” (metro pass)
    – Meiji jingumae “harajuku” ke Minami gyotoku (metro pass)

    Harga Keempat

    – Hari keempat dikhaskan untuk shopping & jalan jalan
    – Minami gyotoku ke akihabara (metro pass)
    – dvOchanomizu (guitar street) ke yoyogi koen (metro pass)

    Hari Kelima

    10AM    – check out apartment
    – Minami gyotoku ke nishi funabashi (metro pass)
    – Nishi funabashi ke chiba station JR local train (310 yen)
    – Jalan jalan di Chiba park

    4.20PM – Stesen Chiba ke Narita Airport JR Local train (670yen)

    9.30PM – flight from narita to kul

    DAY 5 TOTAL : 980YEN (+- rm40)

    Kos makanan dan barang-barang keperluan lebih kurang 1500yen sehari. (Beli bento di family mart, 7even. Average harga bento 300-500yen.)

    Total kos makanan dan barang-barang keperluan harian untuk 5 hari : 7500yen

    Total kos keseluruhan : Makan dan lain-lain 26312 yen (RM1091) + flight and apartment (RM1706)
    = RM2797 ( untuk 5 hari 4 malam)

    TIPS

    1. Tidak perlu tukar banyak ringgit ke yen sebab money changer charge tinggi. Bila sampai di airport, cari ATM JP Bank (Japan post bank, atm warna hijau dekat arrival hall), withdraw yen direct hanya dikenakan commision 1%. Kalau tukar dekat money changer buat rugi je. Cuma kena pastikan card Visa/mastercard sudah diaktifkan untuk kegunaan luar negara.
    2. Minimum withdrawal 10000yen, maximum withdrawal 50000 yen untuk satu masa.
    3. Metro pass wajib ambil sebab boleh jimat duit. 1 tokyo boleh cover. Yang penting pastikan apartment/hotel anda ada metro coverage.
    4. Kalau yang takut sesat tu boleh sewa pocket wifi untuk senang cari map. Kalau nak tanya direction cari budak sekolah/budak college (selalunya coat hitam dan ada badge) . Dia orang boleh cakap english.
    5. Nak sewa pocket wifi boleh layari Klook.com
    6. Gunung fuji hanya boleh naik pada musim panas.
    7. Kalau flight cari Malaysia airlines/Japan Airlines atau ANA. Service memang top. Harga dengan airasia tak banyak beza pun.
    8. Elakkan naik tren waktu 7.30am-9.30am dan 5.30pm-7.30pm. Ini waktu rush hour, tak sesuai untuk kita yang tengah travel.

    Itinerari dan tips ini telah disediakan oleh cik Sarah. Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi itinerari dengan team The Ruka.

    Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

    Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

    Baca juga Bagaimana Jepun Menjadi Negara Paling Selamat Di Dunia?

Load More
Congratulations. You've reached the end of the internet.