in

AirAsia X Sudah Dapat Kebenaran Untuk Terbang Ke Amerika Syarikat

Now, everyone can fly lah. Haha!

Getty

Selepas Tony Fernandes mengumumkan destinasi baru AirAsia X ke dua negara Eropah (Baca:
2 Destinasi Baru Airasia Yang Akan Buat Anda Terliur), hari selasa lepas AirAsia X ada lagi satu berita baik untuk kita semua.

AirAsia X sudah mendapat kebenaran untuk menerbangkan kita semua ke mana-mana destinasi di Amerika Syarikat. Ini bukan sahaja satu berita baik untuk kita, tetapi satu berita yang manis untuk seluruh kakitangan AirAsia X kerana AirAsia X merupakan satu-satunya syarikat penerbangan tambang murah yang dibenarkan untuk terbang ke mana-mana lapangan terbang di Amerika Syarikat.

Kebenaran ini diperolehi daripada United States’ Federal Aviation Authority (FAA), dan menurut kenyataan daripada AirAsia X, mereka sedang dalam pertimbangan untuk terbang ke beberapa destinasi, antaranya Hawaii.

“Buat masa ini, kami hanya bertumpukan kepada destinasi di bahagian Asia, Australasia  dan Timur Tengah, dan kami amat teruja dengan kemasukan pertama ke segmen pasaran yang berbeza oleh sebab kami sedang melihat pasaran melangkaui negara-negara dalam rantau Asia Pasifik,” Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Kamarudin Meranun memaklumkan dalam satu kenyataan.

Menurut satu kenyataan yang dipetik daripada Reuters, AirAsia X juga berharap untuk terbang kembali ke London, destinasi yang telah ditamatkan pada tahun 2012 akibat kenaikan cukai.

Apa-apa pun, terima kasih AirAsia kerana berusaha keras untuk membawa para pengembara dari serata dunia untuk terbang dengan lebih murah.

Sumber: Reuters dan CNTravel

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Dapatkan Kereta Sewa PERCUMA di Australia, New Zealand & US Dengan Cara Ini

This Malaysian Guy Shares 35 Things To Know before You Visit North Korea