in , ,

Anak muda ini mengembara ke Jepun selama 8 hari dengan bajet RM1795. Ini baru travel!

Exclude flight ticket sebab harga tiket berubah-ubah setiap masa.

 

osaka_dotonbori

Bila cerita pasal bercuti ni semua orang suka. Ke ada yang tak suka bercuti? haha Bila bercuti boleh lupakan segala masalah kerja, orang sekitar, jalan sesak semua tu. Siapa taknak kan?

Jadi kali ini kami nak kongsikan percutian cik Liyana farhah bersama rakannya ke jepun selama 8 hari. Memang best, katanya kos perbelanjaan RM1795 je! (tak termasuk tiket flight).

Best wei tengok orang pergi jepun ni. Mulai dari sekarang nak simpan duit untuk ke sana. Kita rancang elok-elok. hehe

Lepas korang baca ni jangan lupa share dan tag travel buddies korang supaya sama-sama dapat manfaat dan boleh plan trip sama-sama. Jom baca perkongsian beliau!

12239874_10207292647768495_8524150763443707531_n
Shinsekai & Tsutenkaku Tower!

Hai! Ni saje nak share itinerari ke jepun. hehe. Berhajat nak pergi sejak 2 tahun lepas, started planning since early 2015. Alhamdulillah, berjaya jugak ke Osaka, from 21st to 28th of October 2015. Total cost, RM 1.8K excluding flight. Currency rate masa pergi, 35.8

Selama 8 hari tu,
– 3 hari di Osaka,
– 1 hari ke Himeji & Kobe,
– 1 hari ke Nara,
– 2 hari ke Kyoto,
– 1 hari pulang ke Malaysia 😭

Kami base di Namba. So, hari hari pergi balik pergi balik. Tak pindah pindah hostel.

In terms of makanan, kitorang ada bawak satu beg makanan dari Malaysia, dan ada jugak makan kat sana. Cari makanan halal from app Halal Media Japan, senang

Sepanjang kat sana, sangat rely on app Google Maps – bila tengah jalan kaki from one place to another, or tengah naik bus taktau turun mana, boleh tengok route from the app dan turun di station bus terdekat. And for train, banyak bukak website JR West.

Itinerary ni terbahagi kepada 2 bahagian,

PRE-PLANNED TRIP

-Itinerari ini telah dibuat sebelum kami berangkat ke Jepun. A complete guide with the train lines and cost of each ride. Tetapi disebabkan kekurangan waktu, ada beberapa tempat yang kami skip ketika di Jepun. Tapi masih lagi boleh dijadikan rujukan untuk kalian yang mahu ke Jepun.

POST TRIP

-Itinerari lengkap kami sepanjang kami berada di Jepun.

*Siapa yang nak dua2 itinerari tersebut boleh download di link yang kami sediakan di bawah.

11224361_10207292649368535_7736620125168823657_n

Post TRIP

OSAKA TRIP

21st – 28th October 2015

Currency Rate = 35.8

Itinerary:

DAY 1

  • Hello Japan!
  • Sampai di Kansai International Airport
  • Beli ICOCA card, Harukatix& tempah tiket train Sagano Romantic di JR West Main Office di area airport
  • Ke rumah sewa, Rotary Namba Apartment (got it from AirBnB)  Makan, rehat, etc.
  • Ke Shinsekai&Tsutenkaku Tower
  • Off to Dotonbori for Tombori River Cruise
  • Dinner: crab hotpot di KaniDouraku, Dotonbori.
  • Balik dan tidur!
Must try, Kani Douraku, crab hotpot famous di Dotonbori ni.
Must try, Kani Douraku, crab hotpot famous di Dotonbori ni.

DAY 2

  • Sarapan di rumah kemudian ke Universal Studios Japan!
  • Lunch bawa dari rumah. Off to Tempozan Ferris Wheel. Lepastu balik.
  • Dinner di rumah kemudian tidur untuk pengembaraan esok hari.
The Wizarding World of Harry Potter, universal studio japan!
The Wizarding World of Harry Potter, universal studio japan!

DAY 3

  • Sarapan di rumah
  • Ke Expo’70 Commemorative Park
  • Off to Daimaru Umeda Department Store
  • Lunch di Ginza Hageten di Daimaru Umeda at 16th Floor
  • Ke Pokemon Center at 13th Floor. Kemudian ke Umeda Sky Building.
  • Lepas ke umeda tu terus balik rumah dan dinner di rumah. Lepas dinner tidur la. hehe
Cosmos Flower kt Expo'70 Commemorative Park!
Cosmos Flower kt Expo’70 Commemorative Park!

DAY 4

  • Sarapan di rumah kemudian ke Himeji Castle. Lunch bawa dari rumah.
  • Off to Kobe.
  • After 5.00pm, naik Shin-Kobe Ropeway (cable car) to the top station. Ada observation deck where you can look upon the view of Kobe from the top. Truly breathtaking!
  • Ke Kobe Harborland
  • Dinner: at Cappadocia, umie MOSAIC 2nd Floor
  • Lepas dinner kami balik dan tidur!
Himeji Castle
Himeji Castle
Naik Cable Car kt Kobe. Shin-Kobe Ropeway!
Naik Cable Car kt Kobe. Shin-Kobe Ropeway!
Top Station of the Shin-Kobe Ropeway! Sangat best tempat niii! Malam malam, cantik sangat, ada light show every 20 minutes. Tenang, damai je rasa
Top Station of the Shin-Kobe Ropeway! Sangat best tempat niii! Malam malam, cantik sangat, ada light show every 20 minutes. Tenang, damai je rasa

DAY 5

  • Sarapan di rumah
  • Kami menuju ke Nara
  • Sempat sewa basikal dan kayuh ke nara park
  • Bagi makan rusa-rusa di situ
  • Jalan-jalan pusing KasugaTaisha Shrine
  • Lunch di Curry Honpo. Opt for vegetarian menu!
  • Kayuh ke Isuien Garden
  • Then, ride to Todaiji Temple
  • Pulang basikal
  • Balik, dinner di rumah. Kemudian kami ke Dotonbori jalan-jalan di sana.
  • Balik dan tidur!
Sewa basikal pusing Nara!
Sewa basikal pusing Nara!

DAY 6

  • Sarapan di rumah
  • Ke Kyoto
  • First stop, Nijo Castle
  • Jalan ke Kyoto International Manga Museum
  • Lunch bawa dari rumah, makan di Pontocho Alley Waterfront
  • Jalan ke Kiyomizudera Temple via Yasaka Shrine – Maruyama Park – Yasaka no To Pagoda
  • Lihat sunset di Kiyomizudera Temple
  • Ride #206 bus to the 10th Stop, dinner at Ayam-Ya Restaurant
  • Balik!Tidur!
Nijo Castle view from the top!
Nijo Castle view from the top!
Watching sunset at Kiyomizudera Temple!
Watching sunset at Kiyomizudera Temple!

DAY 7

  • Sarapan di rumah
  • Ke Kyoto
  • First stop, Fushimi Inari Taisha Shrine
  • Naik train ke Gion
  • Lunch di Gion Naritaya
  • Jalan-jalan around Gion Corner
  • Off to Umahori Station, then walks to KameokaTorokko Station to ride the Sagano Romantic Station (booking time: 16:35)
  • Turun di Arashiyama Torokko Station
  • Menuju Arashiyama Bamboo Forest
  • Balik dan dinner di rumah
  • Jalan-jalan di Dotonbori kemudian balik dan tidur.
Sagano Romantic Train, from Kameoka Torokko Station to Arashiyama Bamboo Forest!
Sagano Romantic Train, from Kameoka Torokko Station to Arashiyama Bamboo Forest!
View sepanjang panjang naik romantic train tuu 😍
View sepanjang panjang naik romantic train tuu 😍

DAY 8

  • Sarapan di rumah
  • Off to Kansai International Airport (flight pukul 1.00PM)
  • Bye Japan!

Perbelanjaan:

Beli di Malaysia (RM)

1. Universal Studios Japan tix (bought from Matta Fair) RM223
2. Kansai Wide Area Pass (bought from Matta Fair) RM306
3. Accomodation  v AirBnB, Namba City RM441
4. Foods Supply RM50

TOTAL :                           RM1,020

Beli di Japan (Yen ¥)

5. ICOCA &Haruka ¥3,030
6. Topup ICOCA ¥2,500
7. Sagano Romantic Train ¥620
8. Tsutenkaku Tower ¥700
9. Tombori River Cruise ¥900
10. Tempozan Ferris Wheel ¥700
11. Expo’70 Commemorative Park ¥250
12. Umeda Sky Building ¥800
13. Himeji Castle ¥1,000
14. Shin-Kobe Ropeway (after 5.00pm) ¥800
15. Rent Bicycle (3-gear bike) ¥700
16. Food to feed the deers ¥150
17. Isuien Garden ¥650
18. Todaiji Temple ¥500
19. Nijo Castle ¥600
20. Kyoto International Manga Museum ¥800
21. Kiyomizu-dera Temple ¥300
22.

 

Foods Expenses

a) KaniDouraku/Crab Hotpot (shared among 4pax)

 

¥2,200

b) Takoyaki (shared among 4pax) ¥400
c) Churros ¥320
d) Ginza Hageten (shared among 4pax) ¥960
e) Curry Honpo ¥880
f) Ayam-Ya ¥680
g) GionNaritaya ¥650
23. Groceries – rice, eggs, bread (shared among 4pax over 8 days) ¥500

TOTAL :          ¥21,590~RM775

GRAND TOTAL :      RM1020 + RM775 = RM1795

*grand total EXCLUDING flight ticket

Dapat sesuatu dari artikel ini? Jangan lupa share dan tag travel buddies korang supaya dapat manfaat bersama!

Click di bawah untuk download itinerari ini

Pre plan trip

post trip

Gambar-gambar ketika trip ke Japan.

The famous Glico man di Dotonbori.
The famous Glico man di Dotonbori.
Bergambar dgn orang Korea, pakai robe Harry Potter
Bergambar dgn orang Korea, pakai robe Harry Potter
Expecto Patronum 😁 — at ユニバーサル・スタジオ・ジャパン / Universal Studios Japan (USJ).
Expecto Patronum 😁 — at ユニバーサル・スタジオ・ジャパン / Universal Studios Japan (USJ).
Churros!
Churros!
Pokeball at Pokemon Centre, Osaka!
Pokeball at Pokemon Centre, Osaka!
Tempozan Ferris Wheel
Tempozan Ferris Wheel
Terserempak dgn ninja sekor dok belah belah perut orang dgn pedang tipu dia 😂 — at Himeji Castle.
Terserempak dgn ninja sekor dok belah belah perut orang dgn pedang tipu dia 😂 — at Himeji Castle.
Kadang kadang bila takde makanan around situ, kitorang makan mcm ni lah. Maggi, beli roti makan dgn tuna.
Kadang kadang bila takde makanan around situ, kitorang makan mcm ni lah. Maggi, beli roti makan dgn tuna.
Jakun kejap ada wavy escalator
Jakun kejap ada wavy escalator
Kobe!
Kobe!
Taktau ada upacara apa around Kasuga-Taisha Shrine, ada ramai ibu bapa and kanak-kanak pakai formal macam ni.
Taktau ada upacara apa around Kasuga-Taisha Shrine, ada ramai ibu bapa and kanak-kanak pakai formal macam ni.

12227155_10207292655408686_3568510283044488552_n

Inilah Kyoto International Manga Museum! Ada banyak nak mampos buku manga, mcm mcm bahasa! Ada buku komik Lat jugak haha. And menariknya, diorang ada pamerkan komik komik manga dari tahun 80's up to now.
Inilah Kyoto International Manga Museum! Ada banyak nak mampos buku manga, mcm mcm bahasa! Ada buku komik Lat jugak haha. And menariknya, diorang ada pamerkan komik komik manga dari tahun 80’s up to now.
Inilah Kyoto International Manga Museum! Ada banyak nak mampos buku manga, mcm mcm bahasa! Ada buku komik Lat jugak haha. And menariknya, diorang ada pamerkan komik komik manga dari tahun 80's up to now.
Inilah Kyoto International Manga Museum! Ada banyak nak mampos buku manga, mcm mcm bahasa! Ada buku komik Lat jugak haha. And menariknya, diorang ada pamerkan komik komik manga dari tahun 80’s up to now.
Torii gates kt Fushimi Inari.
Torii gates kt Fushimi Inari.
Ni kat Gion Naritaya, Kyoto! Tak pernah rasa happy gila bila makan ayam goreng 😂
Ni kat Gion Naritaya, Kyoto! Tak pernah rasa happy gila bila makan ayam goreng 😂
Arashiyama Kimono Forest!
Arashiyama Kimono Forest!
Arashiyama Bamboo Forest!
Arashiyama Bamboo Forest!

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke hai@theruka.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Baca juga Itinerari Ringkas ke Tokyo, DisneySea dan Fuji Q Highland Dengan Bajet RM 2797

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari ke Perth dengan bajet RM 2000 selama 6 hari 5 malam dan 10 tips penting untuk anda tahu

TIPS MURAH TRAVEL EROPAH