in

Anda Kini Boleh Memperbaharui Passport Secara Online Bermula Esok

Okay, sangat eksaited!

pport

Beberapa tahun lepas, Jabatan Imigresen Malaysia sebenarnya pernah memperkenalkan khdimat memperbaharui passport secara online. Tetapi pada tahun 2013, perkhidmatan itu dibekukan atas sebab kerajaan menaiktaraf passport sedia ada kepada polycarbonate passport.

Fiuh.

Iyalah, kita pun tahu betapa berharganya passport Malaysia ini. Untuk pengetahuan, passport Malaysia menduduki tempat ke-8 dalam senarai tangga passport yang paling kuat pengaruhnya di dunia. Bukan main lagi.

Tetapi beberapa bulan lepas kita mendengar ura-ura bahawa kerajaan akan mengumumkan semula perkhidmatan pembaharuan passport secara online ni. Mula-mula saya tak adalah ambil kisah sangat, sebab fikirkan ianya memakan masa bertahun-tahun lagi untuk dilaksanakan.

Walaubagaimanapun dua hari lepas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Seri Mustafar Ali telah mengesahkan khabar angin ini.

Memetik berita yang telah diterbitkan oleh New Straits Times Online dan Asia One News, Jabatan Imigresen akan memulakan program perintis di empat buah negeri dan dua Pusat Transformasi Bandar (UTC). Empat buah negeri yang terlibat adalah Pahang, Sarawak, Pulau Pinang dan Putrajaya, manakala dua buah UTC yang terlibat masing-masing terletak di Pudu Sentral, Kuala Lumpur dan Galleria@Kotaraya, Johor Bahru.

Menurut Datuk Seri Mustafar Ali lagi, perkhidmatan yang bakal diperkenalkan bermula 1 September 2016 ini akan membantu melancarkan lagi sistem pembaharuan passport sedia ada. Iyalah, sebab sistem yang bakal diperkenalkan ini akan membolehkan pengguna memperbaharui passport mereka secara maya melalui komputer atau telefon pintar sahaja.

Dan mereka cuma perlu datang ke kaunter untuk mengambil buku merah (passport) yang telah siap. Pasti, masa yang diambil akan kurang daripada sejam (seperti yang dijanjikan buat masa ini).

Sistem ini juga bakal membolehkan pengguna memilih tempat pengambilan passport yang mereka inginkan. Walaupun pengguna itu memperbaharui passportnya secara maya di Johor, tetapi mereka juga boleh memilih untuk mengambil passport yang sudah siap itu di Pulau Pinang.

Fiuh, canggih betul.

Kiranya kalau lusa nak buat roadtrip dari Johor ke Chiang Mai, tapi terlupa untuk perbaharui passport, tenang sahaja. Perbaharui sahaja passport itu secara online, dan bolehlah ambil passport itu di Pulau Pinang dalam perjalanan ke Chiang Mai itu nanti.

Bagus betul kan?

Okay, mesti dah tak sabar-sabar kan nak cuba perkhidmatan ini?

Perkhidmatan yang diperkenalkan ini dijenamakan sebagai MyOnline Passport dan boleh digunakan bermula esok. Apa URL untuk akses laman web tersebut?

Fiuh, tenang-tenang.

Ini laman webnya: Perbaharui Passport Malaysia Secara Online: MyOnline Passport.

Untuk yang tempoh passportnya hampir tamat beberapa bulan lagi, bolehlah cuba perbaharui passport anda secara online dan kongsikan dengan kami langkah demi langkah untuk memperbaharuinya secara online.

Kita kan sama-sama #AwesomeTraveller.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Travel to Bromo-Tengger-Semeru National Park

Itinerari 6 Hari 5 Malam ke Pulau-Pulau di Semporna. Kos: RM870!