in ,

Bagaimana Jepun Menjadi Antara Negara Yang Paling Selamat Di Dunia?

safest country

Jepun menduduki tempat ke sembilan dalam senarai negara yang paling selamat di dunia dan merupakan negara dalam benua Asia yang paling selamat untuk dikunjungi buat masa ini. Memang ramai yang dah tahu hakikat ini, malah dah berapa ramai yang ke Jepun semata-mata untuk melihat dengan mata kepala sendiri berkenaan keistimewaan negara matahari terbit ini.

Memang, ada juga sisi gelap negara ini, tapi kita cerita yang baik-baiklah dulu. Sebab yang baik-baik ini kita boleh contohi. Khen?

Selalu berlegar-legar di fikiran saya, bagaimana Jepun boleh menjadi antara negara yang paling selamat di dunia. Apakah mekanisme yang digunakan, segi apa mereka tumpukan, budaya apa yang mereka amalkan? Sehingga kadar jenayah di negara tersebut adalah amat rendah.

Seperti biasa, kalau ada soalan-soalan seperti ini saya ke Quora untuk mendapatkan pencerahan. Dalam ratusan respon tersebut, saya tertarik dengan jawapan tiga pengguna ini. Saya terjemahkan untuk bacaan anda.

Jawapan Oleh Toru Shimojima (Rakyat Jepun)

Pertama sekali, memang dari kecil rakyat Jepun dibesarkan dengan budaya untuk melebihkan orang lain berbanding diri sendiri dan sentiasa berfikir tentang apa yang orang lain akan fikir apabila kita melakukan sesuatu perkara.

Disiplin seperti ini sudah terbiasa dan terserap dalam diri setiap manusia disana dan jika anda tidak mengamalkannya, anda akan tersisih daripada komuniti.

Setiap rakyat Jepun bukan sahaja memiliki surat beranak, tetapi mereka juga wajib mendaftarkan alamat rumah sekarang dan alamat rumah asal. Untuk saya (penulis), ianya adalah Tokyo:Tokyo yang bermaksud menetap di Tokyo dan lahir di Tokyo. Ianya memudahkan pihak berkuasa untuk sentiasa menjejaki pelaku jenayah.

Selain itu, di Jepun terdapat Koban. Koban merupakan Police Box atau pejabat polis kecil yang diletakkan di tempat-tempat strategik terutamanya dikawasan dengan jumlah penduduk yang padat. Di Tokyo sahaja, terdapat 1200 Koban yang diletakkan di segenap penjuru kota tersebut.

Koban
Koban (Kredit – seidenpriester.wordpress.com)

Jika terdapat sebarang masalah jenayah, hubungi sahaja 110, polis di Koban yang terdekat akan terus sampai ke tempat anda dalam masa beberapa minit. Beberapa minit? Ya! Kerana dalam 1.5km terdapat satu Koban.

Ianya memberi impak yang sangat besar untuk mencegah jenayah di Jepun.

Jawapan oleh Robert R. Gray (Rakyat Amerika & PR Jepun)

Jepun menjadi antara negara yang paling selamat didunia disebabkan empat faktor utama. Disebabkan saya (penulis) berasal dari Amerika, maka saya (penulis) akan membuat perbandingan dengan Amerika.

  1. Jepun mempunyai etnik yang seragam. Ketegangan antara etnik, kaum atau bangsa adalah sangat kecil dibandingkan dengan Amerika Syarikat (fiut, untuk Malaysia juga?)
  2. Jurang perbezaan kewangan antara rakyat Jepun adalah kecil. Ini menyebabkan kurangnya perasaan hasad dengki antara si kaya dan si miskin lantas mengurangkan jumlah jenayah curi dan rompak. Ketua Pegawai Eksekutif sesebuah syarikat tidak akan mengambil bonus yang besar daripada sesebuah syarikat yang sedang mengalami masalah.
  3. Mementingkan orang lain daripada diri sendiri. Walaupun terdapat beberapa kesan negatif daripada pengamalan budaya ini, tetapi ianya berjaya mewujudkan suasana harmoni di sekolah, tempat kerja dan apabila terjadinya sesuatu bencana.
  4. Tiada pistol. Sebenarnya, anda tidak pun dibenarkan untuk membawa pisau dan bersiar-siar di luar kediaman anda. Jika anda dilihat bersama dengan senjata, anda mungkin terus akan dimasukkan ke dalam penjara.

Saya gembira anak saya dibesarkan di sini (Jepun)!

Cantiknya Jepun!
Cantiknya Jepun! (Kredit – us.jnto.go.jp)

Jawapan oleh Lin Son Eng (Rakyat Singapura/Pengembara)

Antara sebab yang paling utama adalah ketegasan dalam sistem pendaftaran dan akauntabiliti setiap warganegara. Setiap yang lahir mesti mendaftarkan kelahiran tersebut kepada kerajaan, namanya diletakkan disebelah nama serta maklumat penuh nenek moyang mereka. Secara efektifnya, ia akan menghubungkan sistem rangkaian keluarga setiap individu tersebut dan sistem tersebut adalah telus kepada mana-mana majikan.

Hairan bagaimana cara ini boleh menghalang jenayah? Tenang.

Apabila mereka melakukan kesalahan jenayah, maklumat tersebut akan dimasukkan dan disiarkan bersama dalam rangkain keluarga tersebut. Majikan yang menemuduga sepupu atau saudara-saudara mereka mungkin akan menolak permohonan kerja mereka kerana mendapati keluarga itu tidak cukup bersih. Iya, disebabkan anda seorang; semua dalam rangkaian keluarga anda akan terlibat sama. Tak adil kan?

Disebabkan itu, apabila anda melakukan jenayah, akan dibuang daripada keluarga. Kiranya, anda boleh cuma pilih satu: samaada mahu melakukan jenayah atau mahu hidup bahagia bersama keluarga tercinta.

Fiuh, mestilah ramai pilih keluarga daripada jenayah kan?

Gila kan? Tapi tengoklah hasilnya!

Laman web yang menjadi rujukan untuk menulis artikel ini: Quora dan Japan The Official Guide

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Baca juga Wanita Ini Mengembara Ke 7 Negara Eropah Selama 14 Hari Dengan Total Kos RM2889. Ini Caranya

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Ingin Bekerja di New Zealand? Baca Maklumat Mengenai Working Holiday Visa Ini

Itinerari Lengkap Backpacking ke Vietnam Selama 4 Hari 3 Malam dengan kos RM570 “All in”