in

Bahaya naik teksi ketika melancong ! #7 tips untuk menjamin keselamatan anda sebagai penumpang

Dalam dunia ni, semua benda ada risikonya. Jadi berhati-hatilah.

Bila kita berada di tempat orang, selain menggunakan perkhidmatan kereta sewa, ada juga yang memilih untuk menaiki pengangkutan awam. Perkhidmatan kereta sewa kadang-kadang tinggi juga kosnya. Jika anda tidak tahu ke mana tempat yang nak dituju, membazir juga kalau anda sesat disepanjang perjalanan. Memilih untuk menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau train anda bersesak pula dengan penduduk tempatan. Oleh itu, anda juga boleh memilih teksi sebagai pengangkutan semasa percutian. Hanya beritahu ke mana lokasi yang ingin ditujui dan bayarlah harga tambangnya.

Tetapi, tidak ramai pengguna yang benar-benar tahu menggunakan teksi. Gara-gara kelurusan pengguna, ada sesetengah pemandu teksi mengenakan tambang yang tinggi kepada pengguna. Grrr. Tak patut betul.

Oleh itu, disini ada beberapa panduan bagi mereka yang menggunakan teksi. Selepas ini, anda boleh lah naik teksi dengan selamat dan tanpa ragu-ragu lagi.

#1 Ketahui lokasi yang ingin dituju

Ini penting ya saudara dan saudari sekalian. Jangan pula anda sendiri ragu-ragu dengan tempat yang ingin ditujui. Sekurang-kurangnya ambil lah tahu serba sedikit tentang lokasi tempat tersebut. Apa guna ada telefon canggih tu kalau tak boleh nak guna google maps kan ? Haaa,  apabila anda menaiki teksi, anda lihat lah sama ada jalan yang dilalui itu merupakan jalan yang sepatutnya atau pun tidak. Jadi, anda perlu pastikan talian internet anda berfungsi pada ketika itu. Kalau tidak, anda bertawakal lah dan perhatikan signboard yang tertera di tepi jalan. Jangan anda tertidur sudahlah. Dibawanya anda ke mana-mana nanti susah pula jadinya.

taxi-1515423_960_720

#2 Bawa peta, pen dan kamera

Ini bagi mereka yang pertama kali hendak pergi ke tempat yang ingin dituju. Semasa di dalam perjalanan, jangan lupa salin nama jalan yang dilalui sebagai langkah berjaga-jaga. Bagi memudahkan anda untuk mengingati kawasan jalan tersebut, ambil lah gambar bangunan yang terdapat disepanjang perjalan yang mudah dikesan. Bukan apa, manalah tahu teksi tersebut nak menculik anda. Jika terdapat tanda-tanda pemandu memalui jalan yang salah dan jauh dari tempat yang dituju, cepat-cepat hubungi rakan-rakan. Huhu. Apa-apa pun anda sendiri perlu fikirkan langkah yang bijak untuk melarikan diri. Yelah jika rakan anda jauh, lambat jugalah bantuan itu sampai kepada anda. Atau mungkin anda boleh simpan nombor kecemasan bagi kawasan tersebut sebelum pergi bercuti.

#3 Pilih teksi bermeter

Di dalam negara mahupun di luar negara jangan mudah tertipu dengan pemandu teksi yang hanya meletakkan harga sesuka hati. Oleh itu, sebelum anda menaiki kenderaan tersebut, tanyakan dahulu pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan meter atau pun tidak. Jika anda tidak bertanya, dan pemandu teksi itu mengambil kesempatan, habislah anda nanti. Pasti tambang akan dinaikkan sesuka hati.

taxi-498437_960_720

#4 Sediakan wang kecil

Jika anda menaiki teksi, sediakan lah sejumlah wang kecil. Bukan apa, segelintir pemandu teksi ini suka mengambil kesempatan jika penumpang menggunakan jumlah wang yang besar. Mereka akan memberikan alasan tiada wang kecil untuk dipulang kembali. Selepas itu, anda pasti berasa serba salah dan tanpa fikir panjang anda memberi sejumlah wang tersebut tanpa mengambil semula bakinya. Tetapi jika anda menyediakan wang kecil, bolehlah anda membayarnya dengan harga yang tepat seperti yang dipinta.

#5 Tanya harga sebelum naik

Ini biasa. Kebiasaannya kita akan bertanya dahulu berapa harga untuk ke sesuatu lokasi. Ini perlu dilakukan jika mereka tidak menggunakan meter. Oleh itu tidak salah jika kita bertanya. Sekurang-kurangnya kita sudah tahu berapa harga yang perlu dibayar nanti setibanya di destinasi yang ingin ditujui. Jika anda tiada pilihan lain, dan anda sudah lambat untuk ke tempat tersebut, naik je lah teksi tersebut. Huhu

#6 Duduk di kerusi penumpang ( belakang )

Kes rompakan dan pencabulan oleh pemandu bukan perkara baru malah boleh berlaku tanpa diduga. Untuk keselamatan, memilih temapt duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan bijak terutama jika anda wanita dan bersendirian. Jika keadaan seperti meragukan, setidaknya anda sudah bersedia untuk mempertahankan diri daripada sebarang serangan daripada pemandu tersebut.

man-802120_960_720

#7 Segera keluar apabila pemandu meragukan

Segera keluar jika pemandu tiba-tiba berkelakuan aneh dari segi perbualan mahupun tindakannya meminta bayaran lebih sehingga membuatkan anda kurang selesa. Segera minta berhenti jika anda perasan meter tidak bergerak kerana pemandu mungkin telah ubah suai meter untuk menipu penumpang. Mungkin anda boleh menggunakan alasan untuk membuang air dan sebagainya agar pemandu dapat memberhentikan teksi dengan kadar segera.

Oleh itu, berhati-hati lah jika anda memilih untuk menaiki teksi. Tetapi disarankan, jika anda berseorangan gunalah pengangkutan awam lain. Sekurang-kurangnya penumpangnya ramai dan anda selamat walaupun terpaksa bersesak di dalam bas. Jika anda berseorangan, segala kemungkinan akan berlaku. Jika pemandunya seorang yang jujur, ia mungkin tidak menjadi masalah, tetapi jika sebaliknya? Anda juga yang menanggung padahnya. Jadi, berhati-hatilah sewaktu memilih kenderaan awam. Fikirkan keselamatan anda terlebih dahulu sebelum terjadi perkara tidak diingini.

Akhir kata, peganglah pada kata pepatah ini ;

Beringat sebelum kena ; sediakan payung sebelum hujan.

Jangan kata akak tak payung 7 panduan naik teksi dengan selamat. . 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

#5 Cenderahati popular yang dibeli semasa melancong

Itinerari ke Jepun Selama 5 Hari 4 Malam Dengan Bajet RM809.30