in , ,

Berapakah Kos yang Diperlukan untuk Melancong Selama 1 Tahun?

Dan Jawapannya adalah Bergantung kepada Travel Style anda!

From http://sandierpastures.com/wp-content/uploads/2015/10/budget-travel.jpg

Pernah tak korang terfikir untuk menghabiskan satu tahun anda untuk melancong? Ya, cuma melancong! Saya tahu ramai yang berminat dan pernah terfikir tapi faktor yang menjadi penghalangnya adalah,

  • Cukup ke duit aku nak melancong setahun ni?
  • Kalau cukup, berapa banyak yang diperlukan untuk melancong 1 tahun.

Haaaa! Saya disini akan menjawab segala persoalan itu. Tapi harus diingat, kos yang dicadangkan tidak sama untuk setiap individu. Kos melancong sangat berkait rapat dengan travel style anda.

Apa itu travel style? Pada saya travel style seseorang individu ini bergantung kepada pemilihan tempat penginapan, makanan dan pengangkutan. Jadi semua kos ini saya bahagikan kepada 3 jenis iaitu ,

  • Mewah – Hotel 4/5 bintang , Cafe, Teksi
  • Sederhana – Hotel 2/3 bintang , Restoren, Bas dan Teksi
  • Backpackers – Hostel/Dorm/Khemah , Street foods, Jalan Kaki atau Bas

Jadi kenali travel style anda supaya anda tahu kos yang diperlukan setiap kali anda ingin melancong. Jadi untuk entry kali ini saya akan bagi 4 option buat anda semua untuk melancong selama 1 tahun. Jom teruskan membaca!

  1. Melancong secara minimum ke negara-negara yang kos sara hidupnya rendah.

Kos 1 Tahun    : RM 24,000++ min

Kos 1 Bulan     : RM 2,000++ min

From http://www.takepart.com/sites/default/files/styles/tp_gallery_slide/public/center%20woman.jpg?itok=_aX2td5Z

Haa. Option ni khas untuk individu yang tak kesah ke negara apa pun, tinggal di tempat macam mana pun, makanan macam mana pun. Pada mereka, yang penting sampai kat sana selamat dan balik selamat. Tujuan melancong hanyalah untuk belajar budaya di negara lain. Tahap survival untuk melancong menggunakan option ini sangat tinggi. Kalau korang dah biasa hidup senang, kena fikir 2-3 kali lagi untuk gunakan option ini.

Bayangkan kalau korang kena tidur di khemah(cuma bayar kos tapak yang sangat murah). Makanan pula cuma makan roti buku dan jem sahaja. Minum air putih yang refill di mana-mana restoren. Aktiviti yang boleh dilakukan terbatas hanya untuk aktiviti percuma. Contohnya panjat bukit/gunung untuk melihat matahari terbit dan terbenam. Sanggup tak? Pengangkutan pula, menggunakan bas/train yang sesak berhimpit. Jalan kaki. Atau mungkin tumpang kereta lain yang sudi.

Tapi kalau anda jenis basic, option ini memang option to go anda!

 

Contoh Negara : Pakistan, Nepal, India, Iran, Sri Lanka

 

  1. Melancong secara sederhana ke negara-negara yang kos sara hidupnya rendah.

Kos 1 Tahun    : RM 48,000++ min

Kos 1 Bulan     : RM4,000++ min

From http://e36261ef1f37a9aa564c-183246622d51cc66cab6f7d435863a72.r86.cf5.rackcdn.com/wp-content/uploads/2015/03/indonesia2.jpg?a1f070

Haa. Option ini boleh dikatakan option yang paling 50-50 untuk semua jenis backpackers. Dengan option ini, korang dapatlah merasa untuk menginap di hostel yang menggunakan sistem dormitory. Sangat selesa untuk individu yang dah biasa berkongsi, tapi untuk yang tak biasa mungkin ada masalah sedikit di situ.

Makanan pula dapatlah korang merasa makan di restoren tempatan dengan harga yang murah. Sesekali mungkin korang dapat mewahkan diri korang dengan buat aktiviti-aktiviti yang berbayar seperti skuba diving.

 

Contoh Negara : Thailand, Indonesia, Peru, Morocco, Bolivia

 

  1. Melancong secara sederhana/minimum ke negara-negara yang kos sara hidupnya tinggi.

Kos 1 Tahun    : RM102,000++ min

Kos 1 Bulan     : RM8,500++ min

Option ini boleh saya ibaratkan seperti menjadi orang gaji dirumah orang kaya. Duduk di negara yang kaya tapi dengan lifestyle yang sederhana/minimum. Duit banyak dihabiskan untuk penginapan kerana untuk duduk menggunakan sistem dormitory pun boleh dikatakan sudah mahal bagi negara yang kos sara hidupnya tinggi.

Makan? Mungkin korang kena belajar memasak kerana negara macam ni biasanya tiada street food atau restoren bajet. Jadi terpaksalah korang beli barang masak dan masak sendiri kena kos lebih jimat.

 

Contoh Negara : Western /European Countries

 

From http://7606-presscdn-0-74.pagely.netdna-cdn.com/wp-content/uploads/2016/05/List-Top-Best-Accommodations-Hotels-in-Dubai-Yellow-Pages-Directory.jpg

 

  1. Melancong secara mewah ke negara-negara yang kos sara hidupnya

Kos 1 Tahun    : RM384,000++ min

Kos 1 Bulan     : RM32,000++ min

Option yang terakhir ni khusus untuk orang yang tak berkira langsung pasal duit asalkan percutian diorang gempak dan mewah!

Untuk option ni saya tak ada banyak nak komen sangat sebab dari segi tempat tinggal, aktiviti dan makanan semuanya selesa dan mewah sesuai dengan jumlah wang yang dilaburkan. Kalau di Malaysia, dengan RM384,000 boleh dapat sebuah rumah banglo atau rumah semi-D 2 tingkat tau!

Contoh Negara : Develop Western /European Countries, Dubai

 

 

 

Jadi saya pun dah berikan guideline lengkap untuk semua pembaca theruka yang pernah terlintas untuk travel setahun. Apa-apa pun untuk travel dalam tempoh yang lama, korang kena buat research dan buat plan yang betul-betul. Banyakkan membaca pengalaman orang lain. Ukur baju di badan sendiri! Cari travel partner yang serasi dengan anda.

 

Saya doakan impian anda semua untuk melancong selama setahun(sekiranya ada) berjalan lancar!

From http://favezine.com/wp-content/uploads/2015/11/de9c03ce-9c1c-47ab-897f-bd5020817df0.jpg

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bercuti dengan warga emas ? Ketahui 6 panduan untuk percutian yang menyeronokkan

10 Aplikasi Berguna untuk Telefon Pintar Anda.