in ,

Bercuti dengan warga emas ? Ketahui 6 panduan untuk percutian yang menyeronokkan

Cepat-cepat beli tiket penerbangan untuk orang tersayang

Oh. Hai. Untuk entry kali ini agak berbentuk kekeluargaan sikit. Bukan apa, kebiasaannya kalau nak travel je mesti fikir pasal diri sendiri, kadang-kadang pergi dengan kawan-kawan dan sebagainya.  Bagi mereka yang pergi bercuti bersama keluarga, mungkin ahli keluarganya terdiri daripada mereka yang masih bertenaga dan tidak mempunyai masalah kesihatan terlampau dan tiada warga emas yang dibawa bersama.

Yelah, warga emas jarang mahu berlibur bersama kerana faktor usia satu hal, faktor kesihatan juga membataskan pergerakan mereka. Mana nak fikir jadual pengambilan ubat, kalau tiba-tiba semasa di dalam perjalanan urat-urat sendi sakit, itu juga akan menimbulkan masalah bagi mereka. Kesian, perjalanan jauh, nak bercuti pun mereka tak seronok dan kadang-kadang mereka juga akan rasa lebih menyusahkan orang lain yang ingin berseronok dan bercuti. Kerana itu, mereka memilih untuk duduk di rumah sambil menonton siaran televisyen kegemaran dan menghabiskan masa dengan beribadah. Huhu.

Oh ya, mungkin selepas membaca entry ini sehingga ke titik terakhir, anda akan berubah fikiran dan memujuk mereka untuk bercuti bersama. Siapa kata warga emas tidak boleh berseronok dan bercuti bersama ? Walaupun mereka tidak suka-kan perjalanan yang jauh, jauh disudut hati mereka juga mahukan minda yang tenang dan melihat alam persekitaran yang baru. Sesekali mungkin boleh bawa mereka bercuti dan meluangkan masa bersama. Jika mereka tidak suka-kan perjalanan yang jauh, anda mungkin boleh bawa mereka ke tempat yang terdekat. Asalkan tempat tersebut di luar kawasan tempat tinggal anda dan yang penting selesa untuk mereka.

Jadi, bagi mereka yang teringin membawa warga emas bercuti bersama, 6 tips ini serba sedikit boleh membantu anda ;

elderly-114328_960_720

#1 Periksa kesihatan terlebih dahulu sebelum merancang percutian

Seperti yang anda semua tahu, warga emas memang tidak lari dengan masalah kesihatan. Walaupun kita lihat mereka sihat tetapi  mereka kadang-kadang lemah dan mudah mendapat serangan penyakit. Lagi pula, badan mereka juga tidak boleh terlalu lasak. Contohnya, kalau terdedah dengan cuaca terlampau panas atau sejuk, mula lah penyakit datang menyerang. Jadi, untuk persediaan awal, tips ini paling penting. Anda perlu memastikan warga emas ini berjumpa doktor terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan mereka sama ada sihat atau sebaliknya. Sekurang-kurangnya, doktor akan memberitahu anda apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan sewaktu percutian anda bersama mereka. Oleh itu, anda perlulah patuh dengan nasihat doktor agar tiada masalah yang berlaku pada masa tersebut. Kalau ada juga, setidak-setidaknya anda sudah bersedia.

#2 Bawa bekal ubat

Ini juga penting, kalau perlu buat senarai semak barang yang perlu di bawa bersama, letaklah senarai ubat ni di paling atas. Nampak tak betapa pentingnya membawa bekalan ubat untuk warga tua. Oleh itu jangan lupa untuk membawa bekalan ubat walaupun mereka tidak mempunyai penyakit, tetapi anda semua harus bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku. Ubat-ubat ini perlu dilabel dengan baik agar tidak tersalah ubat jika waktu kecemasan. Bawalah kemana sahaja anda pergi dan letaklah di satu tempat khas, senang ambil, mudah dilihat dan diletakkan di dalam bekas yang mudah di bawa. Semua orang perlu tahu di mana bekas ubat ini berada, supaya kalau terjadi apa-apa anda tidak tercari-tercari.

first-aid-kit-59645_960_720

#3 Guna kemudahan yang disediakan sebaiknya

Kebanyakkan tempat percutian menyediakan fasiliti yang cukup baik untuk pengunjung. Pastinya kemudahan yang disediakan lebih mesra pengunjung. Oleh itu, apabila berada di sana usah malu bertanya sama ada terdapat kerusi roda disediakan atau pun tidak. Jika ada, bolehlah anda menggunakan kerusi roda untuk membawa mereka berjalan-jalan di tempat yang dikunjungi. Ini boleh mengelakkan mereka mendapat sakit dianggota badan jika terlalu banyak tempat yang ingin dituju. Usah malu, ia akan lebih membuatkan orang kagum dengan keluarga anda, kerana bercuti pun masih fikirkan kebajikan keluarga. Yang penting, anda akan rasai sendiri betapa berharganya masa bersama mereka.

help-164755_960_720

#4 Jaga Pemakanan

Ini pula perkara utama yang anda perlu dititikberatkan semasa percutian. Anda haruslah memastikan makanan yang diambil bersesuaian dengan warga emas ini. Yelah, kadang-kadang mereka yang berpenyakit tentulah ada pantang makanan. Oleh itu, anda perlu pastikan mereka tidak melanggar pantang. Jika teringin sangat, bolehlah diambil di dalam kuantiti yang sedikit. Paling mudah, anda semua juga ikut pantang makan bersama. Apa salahnya sesekali makan makanan sihat, tidak salah malah lagi bagus.  Hehe.

#5 Minum Banyak Air

Air putih merupakan air paling penting untuk diambil bagi mengelakk  hidrasi, pastikan minum banyak air kosong terutama apabila bercuti di negara empat musim. Minum air kosong ni bukannya sekadar untuk warga emas sahaja, malah untuk kita-kita yang muda ini juga. Dengan memperbanyak minum air kosong, penyakit atau mudah letih tidak akan mudah menyerang sebaliknya tubuh sentiasa bertenaga dan segar. Barulah bertenaga anda nak menjejak ke tempat-tempat yang ingin dikunjungi. Jadi, sentiasa bawa bekal air kosong bersama. Kalau dah habis, boleh lah refill.

#6 Bawa pakaian yang sesuai

Pakaian yang dibawa mestilah sesuai dengan cuaca tempat yang anda pergi. Jika cuaca sejuk bawalah pakaian yang sesuai secukupnya. Badan mereka tidak tahan lasak, pakaian yang sesuai dan selesa sangat-sangat penting bagi menjamin keselesaan mereka semasa percutian. Jadi, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu barangan apa yang sesuai untuk dibawa bersama.

13920681_1249875505066615_5047702665005495769_n
IG ; @KhatyFauziah

Okay, saudara-sudari sekalian. Bagaimana dengan panduan bercuti bersama warga emas ni? Apa? Anda sedang memujuk nenek dan atuk anda bercuti bersama? Wah, tentu seronok sekali, jika mereka ingin bercuti bersama anda sekeluarga! Bila lagi nak berkumpul dan menghabiskan masa yang berkualiti bersama kan? Boleh merapatkan ukhwah, gituuuu.

Akhir kata, cuba anda renung-renungkan, jika anda boleh membawa bayi dan kanak-kanak bercuti bersama, kini tidak mustahil untuk anda membawa warga emas untuk bercuti. Mereka tentu seronok dan rasa dihargai kerana masih ada yang sudi melayan mereka. Ia mungkin detik manis paling beharga yang akan anda kenang sepanjang masa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan Lakukan 6 Perkara ini Ketika Melancong

Berapakah Kos yang Diperlukan untuk Melancong Selama 1 Tahun?