in ,

Bercuti ke Langkawi Selama 4 hari 3 malam dengan Bajet RM314!

Assalamuaikum buat semua pembaca Theruka yang dikasihi sekalian.

Harini saya sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman En Adi Azudin bercuti ke Langkawi selama 4 hari 3 malam dengan bajet RM314(exclude ticket flight+makan). Bagi sesetengah orang, RM314 untuk sekali percutian di dalam negara boleh dikatakan agak mahal tetapi kalau anda tengok betapa padatnya aktiviti yang dilakukan sepanjang 4 hari disana, pasti mampu membuatkan anda terlopong mulut lalu terus menyimpan angan-angan untuk ke Langkawi dalam masa terdekat ini.

**Bagi perbelanjaan makanan, En Adi Azudin telah membuat anggaran sebanyak RM80 untuk sepanjang keberadaan dia disana.

Haaa, jom kita lihat itinerari yang saya sudah saya ringkaskan buat tatapan semua pembaca blog Theruka.

Capture

Day 1

Dengan menggunakan pengangkutan udara, perjalanan daripada KLIA-Langkawi mengambil masa kira-kira 1 jam. Tiket boleh didapati serendah RM100-RM150 bergantung kepada waktu dan tarikh penerbangan. Kos tiket ini kami excludekan daripada jumlah kos kerana nilainya yang tidak sama untuk setiap penerbangan.

Selain daripada menaiki kapal terbang, anda juga boleh sampai ke Langkawi dengan menaiki feri. Sila rujuk blog ini untuk mengetahui tambang feri ke Langkawi daripada Pulau Pinang, Kuala Kedah dan Kuala Perlis.

Misi mencari kereta sewa

Kos : Nissan Almeera, RM220 untuk 4 hari + RM50(Deposit-Akan dikembalikan)

Kos individu : RM55/seorang

Agent : ZafLangkawiTravel

Check-in di T Star Cottage

Kos : RM55 semalam untuk 2 orang (3malam = RM55 X 3 = RM165)

Kos Invididu : RM82.50/seorang untuk 3 malam

Tempahan boleh dibuat di Booking.com

Pekan Kuah

Makan malam. Aktiviti bebas.

Day 2

Island Hooping

Kos individu : RM30/seorang

Pakej Island Hopping merangkumi perjalanan menaiki bot dan singgah di 3 tempat utama, iaitu:

  • Tasik Dayang Bunting
  • Eagle Feeding di Pulau Singa Besar, dan
  • Pulau Beras Basah

Tempah pakej Island Hooping di Amzar Motel

Menaiki Sky Cab

Kos menaiki Sky Cab + Sky Dome : RM20/seorang

Telaga Tujuh

Sunset di Tanjung Rhu

Restoran Haji Ramli

Day 3

Warung Desa Tanjung

Mangrove Tour

Kos : RM50/seorang

Tempoh Tour : 5 jam

Mangrove Tour terdiri daripada aktiviti-aktiviti berikut:

  • Melalui hutan paya bakau
  • Gua Buaya
  • Gua Kelawar
  • Floating Fish Farm
  • Melihat pemandangan Kilim Geoforest Park

Kilang Gamat

Langkawi Bird Paradise & Wildlife Park

Kos : RM18/seorang

Kelebihan Bird Paradise & Wildlife Park, kebanyakan haiwan yang saya lihat adalah jinak. Contohnya kancil, selalunya saya pergi Zoo Negara atau Taman Rusa & Kancil di KL tidak sejinak seperti di sini. – Adi

Durian Perangin

Teluk Datai

Teluk Datai adalah kawasan yang sangat cantik, kawasan yang dikelilingi hutan, sudah tentu ia kawasan yang belum diteroka. Hanya ada 2 tempat penginapan di kawasan ini iaitu The Datai dan The Andaman dan satu padang golf yang dimiliki oleh The Datai yang dinamakan sebagai The Els Club.

Medan Selera Nelayan

Blog-MedanSeleraNelayan-Pic3

Day 3

Pantai Tengah

Mandi pantai. Aktiviti Bebas.

Underwater World

Kos : RM30/seorang

Selain daripada melihat hidupan laut, di Underwater World inilah tempat kebiasaan bagi pengunjung untuk membeli coklat dan buah tangan buat keluarga dan sahabat handai.

Ayer Hangat Hot Village

Kos : RM3/seorang (rendam kaki)

Laksa Pulau

Diharap entry kali ini dapat membantu pembaca theruka untuk membuat perancangan melancong ke Langkawi.

Kalau nak baca pengalaman dan itinerari yang lengkap, boleh terus berkunjung ke blog Encik Adi. Klik sini untuk berkunjung ke blog tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Adi yang sudi berkongsi segala maklumat, gambar dan data didalam blog TheRuka.

3 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Aplikasi Berguna untuk Telefon Pintar Anda.

Nak melancong solo, tapi tak percaya pada diri sendiri? #7 panduan melancong secara solo yang anda perlu tahu