in

Catatan Kembara di Bumi Jawa

4
Pantai Ngrumput

Melancong itu berbeza dengan kembara. Catatan ini adalah ibrah dari kembara di bumi Jawa; Yogyakarta.

#TripAdikBeradik ini di rancang setahun yang lalu semasa AA mengadakan promosi ‘free seat’. Matlamatnya hanya 1, untuk membuka mata dan minda adik-adik melihat bumi Allah yang lagi lain. Faham hakikat pelajar ada ‘stress’ yang menuntut mereka menamatkan kuliah, ‘submit’ paperwork dan sebagainya. Namun ketahuilah, segala bentuk tekanan semasa belajar atau bekerja hanya seumpama setitik dakwat di atas kertas putih. Masih terlalu banyak nikmat hidup untuk di hitung

5

Ibrah Kembara

Hari pertama di bumi jogja sudah cukup menghilangkan gundah. Jogja cukup mengalukan kedatangan kami dengan senyum manis warga kotanya. Benarlah, senyuman tanpa kata sudah cukup meredakan resah jiwa. Halus pekerti masyarakatnya adalah perkara pertama yang mengagumkan. Setibanya hari pertama, kami belum membeli kartu perdana (sim card) yang membenarkan kami ‘meng-access internet’. Singgah makan malam dengan jiwa kacau, khuatir bagaimana perjalanan pulang ke tempat menginap nanti? Namun Maha Kaya Allah mengizinkan pekerja restoran tersebut membantu kami mendapatkan teksi, menunggu sehingga la kami menaiki teksi dan mengucapkan ‘selamat menikmati jogja mbak’. Bantuan tanpa bayaran adalah mulia!

Kulon Progo di pagi hari.
Kulon Progo di pagi hari.

Kejadian perjalanan di dalam teksi. Keadaan jalan raya yang agak padat dan mecet (jammed) mengakibatkan teksi yang kami naiki bergeser dengan pacuan MPV di sebelah sehingga MPV tersebut mendapat kesan calar yang panjang dan cermin sisi teksi tersebut tertolak ke dalam. Tiada hont panjang. Tiada dengusan si pemandu teksi sehingga la lampu hijau menandakan perjalanan harus bermula. Traffic masih perlahan dan mengejutkan MPV tadi berhenti di sebelah teksi yang kami naiki, pemandunya turun dan terus membetulkan cermin sisi teksi yang tertolak ke dalam dek himpitan MPV tersebut. Pemandu MPV itu senyum, menggangkat tangan kepada pemandu teksi sebagai tanda “sorry” dan meneruskan perjalanan beliau. Sungguh, kami bertiga kelu & tergagam. Sehingga ke tahap ini santun dan lemah lembutnya warga Jogja.

Menikmati pemandangan matahari terbenam
Menikmati pemandangan matahari terbenam

Malam seterusnya kami hanya berjalan sekitar malioboro. Suasana malam yang damai dengan hiburan ringan jalanan. Tiba masa untuk kami pulang ke penginapan untuk berehat. Kali ini perjalanan dengan beca. Bimbang kerana kami bertiga, aku mendahului bertanya “gi mana pak, kalau kami ini ber 3. Beca nya hanya untuk ber 2?”. lelaki tua tegap membalas, “ngak papa mbak, bisa. Terus mbak. Bisa, jangan di khuatir”. Kami ber 3 menaiki beca dengan hati yang berat. Beban kami ber 3 sudah mencecah 100 ++ kilo dan yang mengayuh beca itu lelaki 50-an. Dengan rintik-rintik gerimis, hatiku hiba. Sungguh mencari rezeki yang halal tidak mudah. Semoga pakcik pemandu beca itu tabah. Suami sempat membelikan air dan menghulurkan duit beca, “yang lebih di simpan pak” ucapnya.

 

6

Kami meneruskan kembara ke hari seterusnya, hingga ke hari ke 5 semuanya tersusun seperti yang di jadualkan. Tempat yang di kunjungi semuanya indah untuk di lakarkan dalam bentuk digital. Di mana-mana hijau. Jogja sangat memanfaatkan alam. Pesan seorang pakcik yang kami temui di watu lumbung, “semua kita bisa melihat, tapi tidak semua nya bisa mengerti apa yang di liatnya”. Dalam pesanannya. Akur, ketika kita sedang sibuk merakam keindahan tempat yang kita lawati, kita mungkin terlupa mengakui kebesaran Tuhan dan berfikir bagaimana seindah ini alam tercipta.

11

Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan

Nota Kaki : Kembara seharusnya membawa jiwa kita dekat dengan sang pencipta. Di mana pun tanah kita pijak, di situ ada nikmat hidup yang kita peroleh. Sedikit atau banyak, itu terpulang kita bagaimana melihatnya. Jika diberikan peluang, kembara la ke tanah Jogja, ambillah segala yang baik untuk di bawa pulang dan lupakan yang jelek. Kerana di mana pun, rambut sama hitam hati kita lain-lain dan paling utama yang mengerjakan adalah manusia yang tidak akan lari dari menjadi pendosa. Jika ada kelebihan rezeki, sesekali naiki la beca. Dari kayuhan pakcik tua, kita dapat rasai keperitan nya mencari sesuap nasi untuk anak & isteri. Untuk kita hargai hidup dan mensyukuri nikmat yang ada.

2

Negeri di atas awan

Jogja,
Aku pasti akan kembali!

Catatan ini telah dikirimkan oleh Cik Puan Nurul Hasanah ke emel kami: Hai@TheRuka.com. Anda ingin berkongsi pengalaman/itinerari/kisah menarik anda ketika travel? Hantarkan sahaja emel ke Hai@TheRuka.com atau hubungi kami di Facebook Page : The Ruka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari 14 Hari ke Paris-Brussels-Amsterdam-London-Köln-Berlin. Awesome!

10 Lokasi Adventure di Malaysia Yang Menjadi Idaman Semua Traveller