in , , ,

Catatan Ringkas Cambodia-Thailand Overland Project

Semestinya bajet kurang RM500!

Overland projek masih lagi menjadi pilihan saya untuk dimuatkan dalam artikel edisi bulan ini. Dan kali ini saya akan membawa anda meneroka Combodia dan Thailand dengan bajet yang rendah. Hmm guana tuh boh?

Berbicara tentang negara Combodia pastinya terlintas di benak fikiran kita keindahan seni bina Kuil Angkor Wat. Angkor Wat yang telah diiktiraf oleh UNESCO telah membawa pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh dunia untuk melihat sendiri keagungan seni reka zaman lampau itu. Malah Angkor Wat juga pernah tercalon dalam senarai ‘Seven Wonders’. Selain Angkor Wat terdapat bermacam lagi jenis kuil Buddha yang sangat hebat seni rekanya. Jadi negara Combadia yang satu-satunya mempunyai gedung dalam bendera negara mereka menjadi satu destinasi wajib bagi setiap pengembara.

Berbekalkan kedudukan geografinya yang bersebelahan dengan negara Thailand yang cukup sinonim dengan kesibukkan kotarayanya dan bersambung pula dengan negara kita Malaysia menjadikan ia satu keistimewaan bagi kita pengembara dari Malaysia untuk menjelajah negara-negara bersejarah ini melalui jalan darat atau overland.

Bagi saya, menjelajah satu negara ke satu negara dengan melalui jalan darat atau overland ini lebih banyak keistimewaannya. Bukan sahaja kita boleh menyaksikan sendiri keindahan panorama yang disajikan tetapi kita juga boleh mengenal suatu kelompok masyarakat itu dengan lebih dekat. Perkara paling utama, kita bisa sampai ke kawasan pedalaman tidak kira jauh mana sekalipun berbeza dengan menaiki kapal terbang. Dan yang  pasti pengalamannya cukup berbeza.

Wah, jika bercerita tentang hebatnya menjelajah ‘overland’ sampai kesudah tiada penamatnya. Jadi sebelum lebih banyak saya membebel ayuh kita terus bersama saudara Hazwan Hafiz dengan itinerary ringkas dan bajet pengembaraannya.

2013-04-21-13-15-59

 

Bajet Keseluruhan Cambodia-Thailand Overland Project
*Kos perbelanjaan selama seminggu semasa mengharungi perjalanan merentasi bumi Cambodia dan Thailand. Tidak termasuk makan, minum dan penerbangan ke Phnom Phen *TIKET PROMOSI RM52* P/s: Sekarang lagi murah RM37 je.

Hari Pertama | Kuala Lumpur – Phnom Penh, Cambodia
• Sewa Tuk-Tuk sehari : $ 20 USD (Bahagi 5 orang = $ 4 USD seorang)
• Bayaran masuk Cheung Ek Killing Field : $ 5 USD
• Bayaran masuk Tuol Sleng Genoside Museum : $ 2 USD
• Check-In Capitol Guesthouse, Phnom Penh : $ 3 USD seorang (1 malam)
• Tiket bas ke Siem Reap : $ 7.50 USD
Total :  $ 21.5 USD
Hari Kedua | Phnom Penh – Siem Reap
• Check- In Popular Guesthouse, Siem Reap : $ 9 USD seorang (2 malam)
• Tambang Tuk-Tuk Siem Reap Night Market – Muslim Family Restaurant : $ 1 USD seorang
Total :  $ 10 USD

2013-04-23-16-00-25

Hari Ketiga | Angkor Wat, Siem Reap

  • Sewa basikal sehari : $ 1 USD
  • Bayaran masuk Angkor Wat : $ 20 USD
  • Tiket bas Siem Reap – Poipet (Sempadan) : $ 5 USD

Total :  $ 26 USD

2013-04-23-11-30-07

Hari Keempat | Cambodia- Thailand Border Crossing

  • Tambang Tuk-Tuk sempadan Aranyaprathet (Thailand) – Stesen Keretapi Aranyaprathet : 100 Baht (Bahagi 5 orang = 20 Baht seorang)
  • Tiket Keretapi Aranyaphrathet – Bangkok : 48 Baht
  • Bas mini Bangkok (Hualampong Station – Khao San Road) : 7 Baht
  • Check-In V-Merry Guesthouse, Bangkok : 110 Baht seorang (1 malam)
  • Internet Simkad @ 7-Eleven : 100 Baht

Total :  285 Baht

2013-04-24-11-14-35

Hari Kelima | Bangkok (Pasar Keretapi Maeklong)

  • Tambang Bot Teksi Phra Athit Pier – Saphhan Taksin : 15 Baht
  • BTS Station – Wong Wian Yai  : 15 Baht
  • Tambang keretapi Wong Wian Yai Station – Mahachai Station : 10 x 2 Baht = 20 Baht (Pergi balik)
  • Tambang feri Mahachai – Ban Laem : 6 Baht

2013-04-25-15-15-32

  • Tambang keretapi Ban Laem Station – Maeklong Station : 10 x 2 Baht = 20 Baht (Pergi balik)
  • Tambang bas mini Thaksin Monumen – Sai Tai Mai (Southern Bas Station) : 14 Baht
  • Tambang Bas Ekspress Bangkok – Surat Thani : 413 Baht

Total :  503 Baht

20130424_195827_lls

Hari Keenam | Surat Thani – Hatyai – Kuala Lumpur

  • Tambang Minivan Surat Thani – Hat Yai : 230 Baht
  • Tambang Tuk-tuk Stesen Bas Hat Yai – Lee Garden Plaza  : 10 Baht seorang
  • Tiket bas ekspress Konsortium Hat Yai – Kuala Lumpur : 430 Baht
  • Cenderahati Fridge magnet 2 ketul : 70 Baht

Total : 740 Baht

Written by Ismi Salbiah

semester 1 ijazah penulis jalanan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat Kisah Lelaki ini Mengembara ke Tempat-Tempat Menarik Sekitar Pulau Pinang. Memang Best!

Itinerari ke Perth dengan bajet RM 2000 selama 6 hari 5 malam dan 10 tips penting untuk anda tahu