in , ,

Dapatkan Kereta Sewa PERCUMA di Australia, New Zealand & US Dengan Cara Ini

Oh, biasanya mesti ramai yang skeptikal bila digabungkan dua perkara ini: kereta dan percuma. Haha! Jangan risau, mulanya kami pun tidak percaya apabila carian yang dibuat di internet memaparkan perkara ini.

Mulanya niat nak tahu cara untuk dapatkan kereta sewa dengan harga yang rendah sahaja, tiba-tiba dapat rezeki lebih, bukan murah tapi percuma. Serius, percuma!

Benda ni masih tidak dijalankan secara meluas dan cuma terdapat di beberapa buah negara. Hasil carian kami mendapati, buat masa ini perkhidmatan ini cuma terdapat di Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada.

Perkhidmatan apa?

Transfercar.

Haaa, kalau anda pernah mendapatkan khidmat sewa kereta di luar negara mesti pernah dengar syarikat-syarikat seperti Hertz, Ace Rental Cars, Apollo dan Ezi Car Rental. Syarikat-syarikat ini menyediakan perkhidmatan untuk kita mula dan habis di tempat yang berbeza.

Contohnya, kita boleh mula menyewa di Sydney, Australia dan pulangkan kereta tersebut di Melbourne, Australia.

Jadi, untuk menyusun semula perkhidmatan mereka, setiap kereta perlu dihantar kembali ke tempat asal mereka. Tentu sekali syarikat-syarikat ini boleh sahaja menyewa trak untuk menghantar kereta-kereta tersebut. Tetapi, kalau mereka ada cara yang murah dan mudah, kenapa mereka perlu pening kepala. Kan?

Untuk itu, khidmat mereka-mereka yang ingin menggunakan kereta atau campervan diperlukan. Kiranya mereka dapat gunakan khidmat penghantaran anda dengan percuma, dan anda pula dapat menggunakan kereta mereka percuma. Situasi menang-menang lah kiranya.

Huish, mantap betul orang yang boleh terfikir konsep ini.

Bagaimana nak dapatkan kereta sewa percuma ini?

Layari laman web berikut:

TransferCar Australia

TransferCar New Zealand

TransferCar Amerika Syarikat & Kanada

Setiap perjanjian tersebut diberikan dengan destinasi serta tarikh untuk anda sampai ke destinasi tersebut. Contohnya,

Maksudnya, anda ada masa 5 hari untuk bawa kereta ini dari Cairns ke Brisbane.

Macam mana kalau nak tambah hari? Manalah tahu anda hendak berhenti di lebih banyak tempat sebelum tiba di Brisbane kan?

Jangan risau. Anda boleh sahaja tambah berapa hari yang anda suka dengan sedikit bayaran tambahan. Contohnya,

Haa, mudah kan.

Menurut bacaan daripada mereka-mereka yang pernah menggunakan khidmat TransferCar ini, proses untuk mendapatkannya sangat mudah dan tidak beza jauh dengan proses menyewa kereta biasa.

Anda pernah menggunakan khidmat TransferCar ini? Kongsikan pengalaman anda dengan kami.

Jika anda ada sebarang perkongsian berkaitan travel, boleh hantarkan kepada kami dengan PM kami di Facebook: The Ruka atau hantarkan emel ke hai[at]theruka.com.

Sumber: Smarter Travel

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 Nasihat Sebelum Anda Tidur di Lapangan Terbang

AirAsia X Sudah Dapat Kebenaran Untuk Terbang Ke Amerika Syarikat