in , , , , ,

DARI PENANG KE KOH LIPE DENGAN KERETA? JOM BACA !

Gadis ini berkongsi cerita nya dari Penang ke Koh Lipe, kini kita boleh kesana tanpa perlu menaiki Kapal terbang tambang murah. Huhuhu

Jimat ? Sila meninggal !

image

“Haha, orang utagha memang kasaq skit, sorry noh. Abam mula kenal dengan Darwina ni masa travel abam ke Pangandaran (klik link untuk ke Indonesia), disana kami bergerak secara berkumpulan, tapi dia ni memang rajin jalan sensorang duk selpie dan ambil gambar, tapi gambar dia memang semua lelawa woi, tak caya hangpa tengok la sendiri.”

KOS KERETA :

RM 28 (Insurans kereta masuk thai) buat kat pintu masuk Wang Kelian ja.

Minyak dari Penang – Pak Bara – Penang (RM70)

Tol sekitar  RM30 untuk pergi balik.

 

HARI PERTAMA : 
– Rasuah cop passport kat Wang Kelian – RM2 depa kebaih (Actually memang kena bayaq 😜)
– Return boat Pak Bara – Koh Lipe (Sunrise Beach) – Pak Bara (1200baht)

– Dok tunggu boat sampai p minum tea ais dulu (20baht)
– Nak masuk p kat jeti Pak Bara kena pau lagi 20baht
– Dah naik feri nanti kena transit tukar guna boat kecik plak. Boat kecik (50baht) + tiket national park (200baht) = 250baht kena bayar
– Dah sampai dok cari2 jalan tak jumpa so decide nak naik taxi p Pataya Beach kena 50baht.
– Hotel walk-in ja dapat 3000baht/3D2N. Kami dok kat Bu-nga Resort. Sangat selesa ok.

– Makan petang order nasi goreng ayam kat hotel ja 120baht/plate.
– Malam decide nak makan roti dengan ayaq 120baht.

HARI KEDUA:
– Breakfast free
– P snorkeling kami 3 orang decide nak ambik private boat senang Tak payah share dengan orang. So sorang 650baht. Include nasi goreng ayam dengan ayaq mineral.

– Ronda2 Walking Street

– Layan Sunset

– Makan malam order siakap 3 rasa (500baht) + somtam betik (80baht) + tomyam (300baht) + nasi putih 3 + air tin 2 = 990baht.

Makan makan !

HARI KETIGA:
– Makan minum 120baht
– Bayaq parking keta kat Pak Bara 100baht/day. So kami kena 200baht sebab 2hari ja.
– Cop passport kena pau lagi RM2
– Singgah Padang Besar.
– End trip !

image

image

Koh Lipe !

Zakir Naik cakap jalan kaki 1jam saja boleh pusing koh lipe !
Time malam tak boleh lepak kat pantai sebab air pasang.
Kedai kat walking street tu pukul 11-12 mlm dah tutup.

p/s: Kalau abam buat kira kira, takda la mahal sangat kalau tong tong bertiga ni. Dalam RM300 dah boleh dapat pengalaman cenggini. Nah korang apa lagi ? Ajak la travel buddies korang !

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Untuk Anda Travel Busan

Itinerari Lengkap Pengembaraan Kami di New Zealand dan Australia Menggunakan Campervan Selama 13 hari Dengan Kos RM2052