in , ,

Dengan RM614.72 anda boleh ke Krabi. Baca itinerari lengkap dan tips terkini!

Jangan risau kalau anda tak cukup bajet, boleh jimatkan kos lagi. Admin bantu.

Assalamualaikum buat semua pembaca The Ruka,

Kita semua tahu Krabi merupakan salah satu pantai yang sangat terkenal di seantero Asia Tenggara. Secara umumnya, Krabi adalah salah satu daripada wilayah-wilayah selatan (changwat) Thailand, di tepi Laut Andaman. Antara wilayah-wilayah berdekatan dengan Krabi adalah seperti Phang Nga, Surat Thani, Nakhon Si Thammarat, Trang dan. Wilayah Phuket pula terletak di sebelah barat di seluruh Phang Nga Bay. Bandar Krabi merupakan ketua bagi wilayah-wilayah tersebut.

Pada hari ini saya akan berkongsi pengalaman daripada salah seorang pengguna facebook kita iaitu Cik Suermi Burhan yang baru sahaja pulang daripada Krabi pada akhir Julai 2016 yang lepas. Haa boleh la anda semua jadikan itineri ini sebagai panduan kerana segala infomasi yang telah dikongsi ini terkini dan tepat.

Kos RM614.72 nampak macam besarkan? Tapi kalau anda kaji semula kos tersebut satu-persatu banyak kos lain sebenarnya yang anda boleh potong jikalau bajet yang anda ada tidak sebanyak Cik Suermi Burhan. Selain daripada itu, kos penginapan dan pengangkutan juga cuma di kongsi oleh dua orang memandangkan Cik Suermi hanya pergi berdua. Kalau anda nak pergi berempat, kos tersebut boleh dikurangkan lagi. Apa-apa pun jadilah traveller yang bijak yang mengukur baju di badan sendiri! Jadi jom kita layan ringkasan percutian ke Krabi daripada Cik Suermi Burhan!

 

SAWADIKAP. Hehehe

Me & my cuzzy memang suka buat plan last2 minute. So on 23/7/2016 – 25/7/2016 kami pun main redah pegi Krabi. as long as ada keyakinan diri dan berani. Takda salah pun nak pegi berdua. Hehehe. Memandangkan aku ni jenis tak suka pegi trip berpakej, so kami pegi by backpack ja.

RM100 = BHT 863.98
Dengan berbekal duit RM 1K = BHT8639

**AA – KLIA to Krabi (return) = (RM226) . Booking last minute. Agak mahal.
**Hotel = BHT 1500/2 = BHT 750 ( 3 days & 2 night). Booking kat trivago. hehehe

Hotel yang sangat2 and highly2 recommended. Bersih & luas. Ao Nang Smile Hotel. – Suermi

 

DAY 1

Uolss bole pilih nak naik bas/taxi/private van. Bus adalah yg termurah and the important bus ni betul2 stop depan hotel. Take around 1 hour from airport to hotel. – Suermi

Airport transfer (bus) = BHT 150
Simcard = BTH 300/2 = BHT150
Lunch = BHT 78
Tuktuk return ke Krabi Night Market = BHT 120
Dessert di Krabi Night Market = BHT 255
**Massage = BHT 250
**Sourvenir = BHT 1500

Kedai ni kedai Pakcik Islam yang bole cakap Kelantan dan yang paling murah kat Krabi night market. – Suermi

TOTAL = BHT 2623

 

DAY 2

Beli pakej untuk island hoping. kami piih untuk ke 7 island by speed boat. – Suermi
Layanan ekslusif kalau amik speed boat. – Suermi


Island Hoping (7 island) = BHT 800
national park = BHT 400
Dinner (seafood) = BHT 440/2 = BHT220
Pancake = BHT 40
**Massage + Food Scrub = BHT 400. Tawar selagi bole. Haha
Dessert = BTH 30

TOTAL=BHT 1890

kalau dtg krabi. pancake is a must try. and this pancake is the famous one in krabi. we olss sanggup keliling ao nang cari makcik pancake ni. Hahaha – Suermi

DAY3


Elephant trekking =BHT 350
Airport transfer = BHT 200
Lunch = BHT 250/2 = BHT125
Pancake = BHT 40
Snack = BHT 70

TOTAL = BHT 785

OVERALL COST = BHT 5263 (RM 614.72 + flight ticket RM 226 = RM 840.72) ada balance lg.

**Kos yang boleh di potong atau dikurangkan.

Sedikit pesanan dan tips daripada Cik Suermi

*Kalau nak cari hotel/penginapan, carilah di Nang. Elakkan untuk menginap di bandar Krabi sebab kedudukannya lagi jauh dari pandai. Hotel Ao Nang Smile cuma 5 minit (jalan kaki) dan amatlah di syorkan!
*Kalau tak cukup duit, boleh tukar duit kat sana. Pandai-pandai survey.
*Massage is a must! Rugi kalau dah ke Krabi tapi tak buat massage. Bayangkan dengan harga RM30 dapat massage full body. Tapi kena hati-hati carilah tukang urut yang ori perempuan.
*Sebenarnya, boleh spend duit lagi sedikit. Tapi sebab nafsu yang membuak-buat pasal makanan jadi banyak duit dihabiskan di makanan.
*Buah tangan pun agak banyak beli sebab ahli keluarga kirim.

Haa macam mana? Rasa gatal tangan nak booking tiket flight ke Krabi tak?

P/s Jika anda ada cerita atau itinerari travel yang ingin dikongsikan bersama kami, boleh hantarkan artikel tersebut ke email zulfadhli.theruka@gmail.com

Baca juga : Itinerari Lengkap 3 Hari 2 Malam ke Koh Lipe – Hat Yai dengan Bajet Serendah RM403

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 Taman Tema Air di Negeri Johor!

Itinerari Ke Maldives untuk 5 Hari 4 Malam Dengan Kos RM1930. All-In!