in , , ,

Gadis Genit Ini Tawan 4 Negeri (Perak, Penang, Kedah, Perlis) Dengan RM311.10

Fuh siapa tak kenal Aina Wafi anak gadis kecil molek berjiwa besar kelahiran Labis. Aktif dengan kerja kerja sosial #BeAGiver dan projek projek #khutubkhanah nya (Follow la FB dia tu). Memang kerja dia hari hari bercerita kat Facebook, ni pertama kali dia kongsi panjang-panjang kos perjalanan dia ke utara secara ‘backpack’.

Saya pun kalau ada peluang nak juga tawan Malaysia ni, asyik pusing luar negara je bosan ah. Nah baca perkongsian dari Cik Aina ni.

Tasik Cermin ni oi.

Tempoh hari ada beberapa orang minta saya catat dan kongsikan total perbelanjaan solotravel ke Utara Semenanjung (Perak-Penang-Kedah-Perlis).

Dari RM 300 ni, sebahagian besar perbelanjaan hanyalah untuk pengangkutan – Keretapi laju ETS dan Komuter KTM.

Pengangkutan – RM 214.70
1. Tiket ETS KL-Ipoh : RM 35
2. Tiket ETS Ipoh-Penang : RM 42
3. Feri Butterworth-Pulau Pinang : RM 1.20
4. Tiket bas Georgetown-Bukit Bendera (pergi balik) : RM 4
5. Tiket Komuter Butterworth-Alor Setar : RM 7.10
6. Prebet sapu KTM Alor Setar-Menara Alor Setar : RM 10
7. Tiket komuter Sungai Petani-Arau : RM 7.40
8. Tiket ETS Arau-Labis : RM 108

Hostel – RM 59.00
1. Bed and Bike Backpackers Studio, Ipoh : RM 24 (dormitary – tapi takde locker, payah sikit nak simpan beg)
2. Chulia Court The Tavern : RM 35 (dormitary – sangatttt selesa dan selamat – ada locker – bagi barang mandi, towel percuma etc – VERY RECOMMENDED)

*Kat Kedah dan Perlis tidur rumah kawan. Ada hostel tapi susah nak reach dan public transport tak power duhhhh. 🙄🙄🙄

Makan minum – RM 16.00

*Makan menda je ni tah? Sebab banyak member je belanja. Maceh gaisss

Tempat melawat : RM 14.00
1. Bukit Bendera : RM 5.00
2. Menara Alor Setar : RM 9.00

*Gua Kelam RM 1.00 – hat ni pun member belanjaaaaa. Tempat lain free. Kopaklah aku kalau masuk tempat mahal oih.

Kos lain – RM 7.40
1. Backpain balm

“4 buah negeri, 6 hari, RM 311.10. Saya tak tahulah murah ke mahal. Pasal ni baru pertama kali keluar travel redah koboi macam ni.”

Kepada yang nak travel dan cari hostel murah dan selesa, search di agoda.com atau download je apps nya. Mudah.

Di Ipoh – mudah je berjalan dari satu tempat pi satu tempat dengan jalan kaki.
Di Penang, ada banyak bas dan ada bas free untuk pelancong. Naik je bas free tu. Jimat.
Di Kedah dan Perlis, sad to say, public transport dorang tak sehebat Penang. Dan tempat-tempat menariknya jauh-jauh. Patah kaki kalau nak berjalan dengan beg besar gedabak kat belakang tu. Jadi sebab tu saya minta kawan-kawan tolong bawak jalan.

Ini je saya mampu kongsi dari sudut perbelanjaan.

Dan terimalah hakikat akan serabut serabainya kau bila kena pusing jalan dengan beg bagak ni.

Aina Wafi Ab Kadir,
Bakal pusing satu dunia yeahhh! ( Dia nak pusing satu dunia ni, sape nak ikut hehe)

Ini catatan ringkas perjalanan Aina, nak Itineri penuh kita tunggu sesama dia update ye.

Perak (ipoh)
– Stesen Kereta Api Ipoh, Plan B, Art street, Tasek Chermin Gunong Rapat

Stesen Kereta Api Ipoh
Stesen Kereta Api Ipoh
Gila tenang tengok gambar ni, dia kata lagi tenang sebab ada dia 😎
Gila tenang tengok gambar ni, dia kata lagi tenang sebab ada dia 😎

Penang
– Georgetown Heritage, Art Street, Padang Kota, Queensbay, Roti canai Jalan Transfer, Bukit Bendera

Kedah (alor setar)
– Menara Alor Setar, Balai Seni, Masjid Shahir, Istana Anak Bukit, Masjid al Bukhary, Kuew Tiaw Iman, Kuala muda, Pantai Merdeka

Alor Star

Perlis
– MATRI, gua kelam, masjid al hussain

Masjid Al Hussin

Bertapa katanya.
Bertapa katanya.

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari Manila-Boracay-Palawan dengan kos RM850/pax. Berbaloi-baloi!

MAS Umum Promosi Tambang Murah Untuk 2 Hari Bermula Sekarang!