in

Hanya di Johor : Taman Karavan Pertama di Malaysia

Tak perlu ke Australia atau New Zealand untuk menikmati percutian Karavan

Kredit Foto: SmartViewer.co.au

Pihak berkuasa negeri Johor telah megambil inisiatif untuk membina Taman Karavan pertama di Malaysia. Pembinaan tersebut menyasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong untuk datang ke negeri Darul Takzim ini. Sebanyak 14 buah taman karavan akan dijangka dibina di sekitar negeri Johor. Tentunya dengan pembinaan ini, rakyat Malaysia khususnya warga Johor tidak perlu lagi untuk ke New Zealand ataupun Australia hanya untuk menikmati percutian Karavan ini kerana ianya sudah boleh dilakukan di Johor.

Menurut Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khalid Nordin, 0.4 hektar tanah di Bio Desaru adalah merupakan pertanian bioteknologi bersepadu dan hab makanan terletak yang berhampiran Sedili.

Katanya lagi, lokasi pertama Taman Karavan dapat dilaksanakan melalui kerjasama yang jitu antara pihak Johor Tourism dan Bio Desaru Sdn Bhd(BDSB) sekaligus menjadikan negeri Johor sebagai pusat agro-perlancongan.

“Beberapa kawasan di sebelah timur Johor yang berpotensi akan dibangunkan menjadi Taman Karavan dan produk pelancongan terbaru di negeri ini untuk tarikan pelancong asing dan pelancong tempatan. Dengan menyediakan tawaran yang menarik, pelancong boleh mengembara disekitar negeri Johor dengan menggunakan Karavan. Di Australia dan New Zealand, konsep percutian menggunakan karavan amat popular dan digemari ramai,” ujarnya

From http://www.tourism.johor.my/tours/pantai-air-papan/
Salah satu lokasi tapak karavan yang bakal dibangunkan – Pantai Air Papan. Kredit Foto: Johor.My

Beliau juga ada menyatakan bahawa langkah-langkah sedang di ambil untuk mewartakan zon pelancongan bermula daripada Bio Desaru sehingga ke Mersing dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur untuk bekerjasama dengan dua agensi berikut.

Menurutnya lagi, sehingga sekarang Bio Desaru telah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM1.6b semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 2008.

From https://piathesearchingwoman.wordpress.com/2012/03/26/gunung-belumut-kluang-johormalaysia/
Juga salah satu lokasi tapak karavan yang bakal dibangunkan. Kredit Foto: piathesearchingwoman.wordpress.com

Mohamed Khalid juga menyatakan bahawa industri agro-pemakanan Malaysia dijangka akan meningkat sebanyak 4.7% pada nilai RM29.8b pada tahun 2020.

Beliau menambah sejurus selepas Bio Desaru siap sepenuhnya dalam masa empat tahun, sebanyak 4,167 peluang pekerjaan akan wujud dan ianya boleh menjana lebih daripada RM1b pendapatan kasar negara.

Setakat ini, 14 kawasan telah dikenal pasti sebagai lokasi yang bersesuaian untuk dibangunkan taman karavan ini iaitu di :

  1. Tanjung Peng Jia Menghal
  2. Pantai Air Papan di Mersing
  3. Pantai Tanjung Leman di Desaru
  4. Bio Desaru
  5. Tanjung Piai di Pontian
  6. Hutan Lipur Gunung Pulai
  7. Hutan Lipur Gunung Soga di Batu Pahat
  8. Hutan Lipur Gunung Ledang
  9. Hutan Lipur Gunung Panti
  10. Punggai di Kota Tinggi
  11. Hutan Lipur Sg Bantang di Segamat
  12. Kuala Sedili
  13. Hutan Lipur Arong
  14. Hutan Lipur Gunung Belumut di Kluang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari Ke Maldives untuk 5 Hari 4 Malam Dengan Kos RM1930. All-In!

Itinerari Manila-Boracay-Palawan dengan kos RM850/pax. Berbaloi-baloi!