in ,

Ingin Bekerja di New Zealand? Baca Maklumat Mengenai Working Holiday Visa Ini

new_zealand-__lake_Marian
Cantik gila kan New Zealand ni!

Fiuh, kalau yang biasa travel ke luar negara mesti pernah terlintas untuk cuba bekerja di negara lain selain Malaysia. Tambah-tambah lagi negara yang ada empat musim dan dengan pemandangan yang indah menawan. Bayangkan dapat long trip ke negara seperti itu. Mesti best kan?

Haaa, memang best pun. Dan tak lama lagi pihak imigresen New Zealand akan membuka peluang kepada 1150 rakyat Malaysia yang terpilih untuk memperoleh Working Holiday Visa New Zealand.

Dengan adanya visa ini, anda dapat bekerja atau belajar atau travel sesuka hati anda selama enam bulan di New Zealand. Serius weh, enam bulan! Dapat travel enam hari pun dah syiok, ni apatah lagi enam bulan. Berapa banyak benda boleh explore dekat sana nanti!

visa nz

Maklumat Ringkas Mengenai Working Holiday Visa New Zealand

  1. Visa ini layak dimohon oleh semua warganegara Malaysia yang berumur antara 18-30 tahun.
  2. Sebanyak 1150 visa ditawarkan kepada rakyat Malaysia setiap tahun.
  3. Visa ini membolehkan ppemegangnya untuk bekerja, belajar atau mengembara selama enam bulan tanpa sebarang halangan.
  4. Visa ini hanya boleh dimohon secara maya melalui pautan ini: Working Holiday Visa New Zealand for Malaysian.
  5. Anda tidak boleh memohon pekerjaan tetap dengan menggunakan visa ini.
  6. Anda adalah dilarang sama sekali untuk membawa pasangan atau anak dengan menggunakan visa ini.

Macam mana nak mohon?

Ada 3 langkah mudah untuk proses mendapatkan Working Holiday Visa ini.

Langkah 1: Mohon Secara Online

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, WHV ini hanya booleh dimohon melalui online sahaja. Kalau pergi ke kedutaan New Zealand, memang tidak dilayan lah jawabnya. Sebab apa? Sebabnya beribu-ribu orang menunggu saat-saat bersejarah ini. Heh!

Sebelum memohon, anda dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu. Kemudian anda akan diminta untuk membayar yuran pemprosesan dan perkhidmatan iaitu sebanyak NZD 208 atau RM665 sewaktu ingin memohon. Fuh, banyak juga tu!

fee

Langkah 2: Sediakan Dokumen Penting

Selepas langkah pertama anda mungkin akan mendapat emel daripada pihak imigresen New Zealand yang meminta anda menyertakan dokumen-dokumen penting untuk memohon WHV ini.

Pastikan selepas memohon itu, anda selalu semak emel (inbox dan spam), manalah tahu ada rezeki kan!

Langkah 3: Keputusan

Selepas permohonan dilakukan, permohonan anda akan diproses oleh pihak imigresen New Zealand. Menurut laman web rasmi mereka, kebiasannya masa yang diambil untuk memproses WHV ini adalah 25 hari sahaja.

Jika anda terpilih, anda akan diberikan emel yang memaklumkan bahawa status permohonan anda telah ditukar daripada dalam proses kepada diluluskan. Fiuh, masa ni mesti hati berbunga-bunga. Kemudiannya anda boleh log masuk ke sistem online mereka untuk menyemak.

Anda juga akan diberikan eVisa selepas permohonan anda diluluskan.

Antara Kriteria & Dokumen Yang Diperlukan

Cantiknya New Zealand!
Cantiknya New Zealand!

Identiti Diri

Seperti biasa, anda perlu menyediakan dokumen yang mengesahkan identiti diri anda – buku merah (passport)! Pastikan segala maklumat yang anda isi ketika memohon secara online adalah sama dengan buku merah anda.

Tiada Laporan Jenayah

Pastikan diri anda bersih daripada sebarang rekod jenayah kerana sewaktu anda memohon anda akan ditanya soalan mengenai ini. Dan ya, mereka mungkin akan meminta anda untuk menyediakan surat pengesahan daripada pihak polis mengenai kelakuan baik anda.

Tiket Keluar Dari New Zealand

Haa, anda juga mungkin akan diminita untuk menyediakan salinan tiket keluar dari New Zealand. Atau, anda mungkin akan diminta untuk menyediakan buktii bahawa anda mempunyai kewangan yang stabil, dan boleh membeli tiket untuk pulang atau ke negara lain selepas tempoh visa anda tamat.

Status Kewangan

Haa, ingat senang ke nak pergi sana? Haha!

Untuk anda dilepaskan masuk ke negara mereka dengan WHV, anda mestilah boleh menyediakan bukti yang terdiri daripada maklumat akaun bank, maklumat akaun kad kredit, draf bank dan cek pengembara yang anda mempunyai sekurang-kurangnya NZD 2250 atau RM 7250!

Harap-harap anda berpuas hati dengan maklumat-maklumat yang telah disertakan dalam artikel ini. Segala maklumat diambil daripada laman web rasmi pihak imigresen New Zealand iaitu www.immigration.govt.nz.

Btw, jangan lupa like laman Facebook The Ruka untuk info-info pengembaraan yang lebih panas dan segar. Andai anda mempunyaii sebbarang cerita untuk dikongsikan, boleh maklumkan di Facebook atau hantarkan ke emel kami: hai {at} theruka.com. Selamat mengembara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Teringin ke Korea Utara? Pemuda Ini Tunjukkan Bagaimana.

Bagaimana Jepun Menjadi Antara Negara Yang Paling Selamat Di Dunia?