in

Ingin Travel Dengan Anak Kecil? Baca 10 Tips Ini Dahulu.

Serius penting untuk semua ibubapa.

Comel je!
Comel je!

Kalau waktu zaman bujang nak keluar mengembara memang tak ada masalah. Iya lah, semuanya tentang diri kita sahaja. Kalau travel bersama orang lain pun, mereka pandai jaga diri masing-masing.

Tapi bila dah kahwin dan dikurniakan rezeki oleh Tuhan untuk menimang cahaya mata, untuk pergi travel memerlukan perancangan yang sedikit teratur supaya semua yang berada dalam perjalanan itu gembira dan bahagia.

Tujuan utama kita keluar travel terutama dengan keluarga tentulah untuk bersenang-senang dan melepaskan tekanan kan. Kalau ada salah seorang yang tidak gembira, kan tidak mencapai matlamat akhirnya tu. Heh!

Perkongsian ini pada awalnya dicatat oleh Tuan Zaid di laman Facebook peribadi beliauTuan Zaid memang dikenali sebagai traveller tegar. Traveller yang juga businessman sepenuh masa ini, kini berada di New York untuk mengembangkan bisnesnya. Beliau memang selalu berkongsikan pendapat dan catatan berkaitan travel di laman profil Facebook beliau. Memang tak rugilah kalau follow.

Okay, okay. Kita kembali ke topik asal. Selamat membaca!

Realiti travel dengan anak kecil,
Anak meragam, orang sekeliling stress, mak bapak lagi lah stress.

Orang kata nak tengok mental kuat atau tak, keluar travel dengan anak kecil, hanya Allah yang tahu cabarannya.

Cara travel kami berubah hampir 100% selepas dikurniakan cahaya mata yang pertama lapan tahun yang lalu, keselesaan anak perlu dititik beratkan, pun begitu kami masih kekalkan konsep backpacker. Alhamdulillah. Allah bagi kami peluang merasai pengalaman travel bersama anak kecil.

👉 12 jam penerbangan ke Timur tengah.
👉 15 jam penerbangan ke London.
👉 56 jam perjalanan dengan bas dari semenanjung tanah arab ke eropah timur.
👉 7 minggu berkelana di eropah dengan pengangkutan awam.
👉 Travel dari asia barat ke bumi Afrika.
👉 Dari eropah bersambung pula penerbangan ke Korea..

Itu antara pengalaman ekstrem kami travel bersama anak kecil. Tak susah ke? Anak tak meragam ke? Seronok ke? Soalan biasa yang kami terima.

Ke mana pun pergi memang tak dapat nak elakkan anak dari meragam atau mengamuk, cuma berdasarkan sedikit pengalaman kami, mungkin beberapa tip berikut dapat membantu anda membuat persiapan untuk travel bersama anak kecil :

aircraft-994943_1280

#1: Sediakan Keperluan Asas

Sediakan keperluan anak secukupnya seperti susu (jika minum susu botol), pampers, minyak angin, mainan dan apa sahaja keperluan lain anak. Pekkan dalam satu hand luggage untuk dibawa atas kapal terbang.

#2: Waktu Penerbangan Yang Sesuai

Pilih waktu penerbangan sebelah malam atau masa anak selalu tidur, jam 10 malam ke atas adalah yang terbaik.

#3: Waktu Penerbangan Yang Tidak Sesuai

Elakkan ambil flight awal pagi seperti jam 5:00 pagi, kerana biasanya pada waktu ini anak sedang lena tidur, dikhuatiri anak akan meragam dengan keadaan badan mak bapak yang keletihan kerana terpaksa berjaga malam untuk menunggu flight awal pagi. Bertambah stress jadinya bila anak meragam. Pendek kata fizikal kita perlu rehat secukupnya bila travel dengan anak kecil.

#4: Sediakan Makanan

Bawa bekalan makanan kegemaran anak atas flight, kerana kanak² akan cepat meragam bila perut lapar.

bosan

#5: Penatkan Mereka Sebelum Terbang

Jangan biarkan anak anda tidur sebelum menaiki penerbangan, sebaliknya biarkan anak anda berlari sehingga kepenatan, selepas anak penat berlari, suapkan makanan sehingga anak kenyang, inshaAllah kurang dari 30 minit selepas menaiki kapal terbang, anak akan tidur lena berjam-jam lamanya.

#6: Elakkan Mereka Daripada Bosan

Anak kecil cepat boring, bila boring dia akan meragam. Sebaiknya susun jadual perjalanan mengikut kesesuaian anak, lazimnya anak² suka bermain tak kira siang atau malam, jadi selitkan dalam jadual pergi ke taman permainan kanak², 30 minit sudah cukup menceriakan anak anda! bila anak ceria, mak bapak pasti gembira, perjalanan pun lebih bahagia.

3

#7: Minta Basinet

Jika jarak penerbangan panjang, untuk keselesaan bayi kecil, anda boleh request basinet (katil kecil bayi), tetapi perlu tempah awal, sebab tak semua tempat duduk ada kemudahan basinet, hanya tempat duduk bahagian depan dan tengah cabin sahaja ada basinet.

#8: Jangan Marah

Bila anak sedang meragam atau mengamuk, jangan dimarahi atau dicubit, kerana akan membuat keadaan lebih parah, walaupun mungkin anda tengah stress melayan karenah anak, ditambah pula dengan jelingan orang disekeliling, anda perlu banyak bersabar dan berdoa mohon supaya anak dapat bertenang, jika perlu tawaf atas kapal terbang sekalipun, bawalah anak anda keliling atas kapal terbang. Memang lumrah kanak² sukakan tempat yang luas.

#9: Bawa Stroller Yang Sesuai

Elakkan membawa stroller yang saiz besar, sebab ianya akan menyukarkan anda untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, disarankan bawa stroller payung atau mesra travel, ringan dan tahan lasak.

#10: First Aid Kit

Pastikan anda membawa mini first aid kit, bawa ubat asas seperti ubat demam, ubat batuk, cool fever, plaster. Kerana kanak² lebih mudah terkena demam bila pergi ke negara berlainan musim.

Apa-apa pun jangan abaikan 4 perkara penting ini : masa rehat anak yang cukup, makanan, pakaian yang selesa dan perhatian penuh kasih sayang. Jika 4 perkara asas ini diambil berat, inshaAllah anak² anda akan riang gembira walaupun terpaksa menempuh perjalanan yang panjang.

Bestkan tips-tips yang dikongsikan ini? Kalau bermanfaat, sharelah dengan rakan-rakan yang lain. Mana tahu mereka memerlukan tips ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Honeymoon 21 Hari Gaya Backpackers Dari Shah Alam ke Beijing

Itinerari Ringkas 4 Hari 3 Malam ke Yogyakarta Dengan Bajet RM371