in

Itinerari 11 hari 10 malam ke Korea Selatan dengan bajet RM2459. Memang best!

Mengembara ke Seoul, Gyeongi-do, Jeju, Gangneug, dan Busan

 

Korea-Seoul-Namdaemun-Sungnyemun-11

Kpop. Ini yang terlintas di fikiran ramai orang bila sebut korea selatan. Iyelah, korea selatan sekarang ni memang terkenal dengan artis-artis dan gameshow mereka yang sangat menarik seperti RunningMan.

Tapi selain dari dunia hiburan dan pembedahan plastiknya, Korea Selatan juga terkenal dengan keindahan pulau dan pemandangan yang memukau mata. Antara tarikan yang sering menjadi kegemaran pelancong adalah pulau Jeju dan Seoul.

Selain itu, korea selatan juga mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah dan kawasan peninggalan perang kerana zaman dahulu tanah korea terbahagi kepada beberapa kumpulan dan mereka sering berperang untuk merebut kuasa dan kawasan. Untuk penggemar kawasan bersejarah boleh datang ke sini untuk hayati dan dalami sejarah mereka.

Okaylah, aku tahu ramai yang merancang trip ke korea selatan tapi ragu-ragu dengan kos yang perlu disediakan dan tempat apa yang seronok untuk dilawati. Nak ambil tour guide, kos mahal pulak kan.

Jangan bimbang kerana di artikel ini aku akan kongsikan itinerari dan tips perjalanan 11 hari 10 malam 3 gadis iaitu cik masturah narawi, cik nurul azieyan dan cik nafisah nasir ke korea selatan.

Tanpa membuang masa lagi jom baca itinerari mereka!

14101574_10209999031840418_1376499783_n (1)

Trip kali ni berlangsung selama 11 hari 10 malam meliputi kawasan seoul, gyeongi-do, jeju, gangneug dan Busan.

*GH di Itinerari di bawah adalah ejaan ringkas untuk guest house

Kos sebelum berangkat ke korea selatan

  1. Harga tiket flight kl-seoul, busan-kl, sekali dengan 20kg return luggage kongsi 3 orang, dan meal ketika flight pergi dan balik = RM560
  2. makanan kering (maggi, makanan dalam tin, air 3 in 1) = RM30
  3. penginapan di seoul 3 hari 2 malam = RM74.60
  4. kete sewa jeju 3 hari 2 malam = (RM276.90/3) jadi untuk seorang = RM92.30
  5. Homestay Seoul 4 hari 3 malam = RM111.90
  6. Penginapan di busan 3 hari 2 malam = RM97.80

14088984_10209998659871119_1251628399_n

DAY 1 (Seoul)

  • Sampai ke Seoul dari KLIA sekitar jam 4pm
  • Pergi ke seoul station, (naek AREX, guna voucher KTX, dapat botol air percuma ) = 6900won
  • Lunch di lotteria seoul statin. Shrimp burger satu set termasuk kentang dan soft drink = 54000won
  • Seoul station – hongik university – four season guest house ( masa ni dah malam, setel check in kami jalan-jalan area guest house).

Total belanja day 1 = 12300won

14030975_10209998949838368_347743659_n

DAY 2 (Seoul)

  • Pergi ke seoul station untuk beli tiket train kemudian ke Namsan hanok village (percuma)
  • Kemudian ambil teksi ke namdaemun (guna t-money). T-money adalah kad yang kita bawa ke mana-mana untuk memudahkan kita naik pengangkutan awam.
  • Lunch kebab namdaemun =4000won
  • Balik Gh naik teksi (t-money). Rehat dan makan beli nasi dia GS25 dan susu pisang (1300+1300).
  • Pergi ke namsan tower naik subway kemudian bas (t-money).
  • Turun ke myeondong naik cable car (6000won).
  • Makan street food sotong bakar, isi ketam cheese, hotteok, ice cream, fish cake kongsi sorang dalam 3000won.
  • Lepas shopping balik GH naik teksi (t-money)

Total belanja day 2 = 15600won

14080928_10209999220325130_2081371701_n

Day 3 ( Seoul, Jeju)

  • Checkout GH (barang tinggal di GH)
  • Simpan barang ke jeju dlm locker (1400) deoksugung village (1000won)
  • Lunch dalam GS25 tteoboki + air kopi = 2700won
  • City hall – gimpo airport (solat di sini)
  • Gimpo – jeju airport (return flight jeju air RM 155)
  • Ambil kereta sewa kemudian pergi ke gimyeong maze park (3000won)
  • Selesaikan maze dalam 30min sebab dah lewat maze park dah nak tutup.
  • Kemudian plan asal ke yongnuni oreum, tapi salah jalan.
  • Malam terus ke Doldam guest house(GH) area seongsan (1malam = 15000won perperson)
  • Dinner seafood area seongsan (10000won). Beli susu untuk breakfast (2600won)

Total belanja day 3 = 35700won

14101831_10209999032080424_1176126928_n

DAY 4 (Jeju)

  • Check out GH
  • Selepas subuh mendaki seongsan ilchubong (percuma sebab tiada orang jaga kaunter). Dapat tengok sunrise.
  • Kemudian ke seopjikoji tempat pengambaran citer all in (percuma), tengok pemandangan yang cantik lepastu ke jeongbang waterfall (2000won)
  • Waterfall – World Cup stadium untuk lunch.¬†Masa ni dah penat dan lunch di 7E dalam stadium tu je.
  • Rehat beli nasi + tteokboki+ air kopi then bawa bekal makanan dalam tin dan ikan bilis (5000won) Next destination hallim park (10000won).
  • check in Big daddy GH 5 min dari hallim park (1malam – 150000won)
  • Jalan area hyeopjae beach tengok sunset dekat aewol beach dekat cafe GD
  • Dinner seafood (9400won)

total belanja day 4 = 41400won

14054782_10209999032000422_966318669_n

Day 5 (Jeju, Seoul)

  • Check out GH
  • Pergi ke mysterious Road (kereta tak naik sebab tayar pancit)
  • Mysterious road ke jungang underground shoping.
  • Isi minyak kereta (11000won perperson)
  • Hantar kereta sewa dan terus ke jeju airport
  • Lunch lotteria + solat (5400won)
  • Jeju airport – gimpo airport – hongik tempat GH sementara tunggu van sebab diorang hantar kami ke GH yg baru
  • Kami jalan-jalan area hongdae stree smpi ke hongik univ. Jalan kaki je sebab sangat dekat then lepak di Hollys coffee makan roti + coffe kongsi-kongsi (6000won per person)
  • Check in GH baru company yang sama cuma tukar tempat (4h3m). Area subway hapjeong.
  • Dari hapjeong kami ke sindang untuk makan malam. Kami pergi ke tteokboki town ambil satu set 11000won jadi seorang (4000won)
  • Balik ke GH. Masa balik ni sesat sebab nak try naik bus tapi tak berjaya, salah tempat turun, kemudian ada local yang tolong tunjuk jalan ūüôā

total belanja day 5 = 26400won

14081485_10209999220205127_2123765922_n

DAY 6 (Gapyeong)

  • Dari GH ke gapyeong naik subway guna t-money.
  • Dari gapyeong bus (guna voucher dari KTO malaysia topup 1000won sahaja), kami ke¬†petite france dahulu untuk elak bertembung dengan ramai orang.
  • Kami start dengan¬†petite france kemudian¬†baru ke nami island jadi kami tak¬†bertembung dengan peak hour. Masuk ke petite france dengan harga 6000won, beli stamp untuk buat mission. Selesai mission dapat 2 keping poskad (500won).
  • Pergi ke nami island (8000won). Di¬†nami island ni kami lunch di restoran halal dan jugak solat ( 9000won)
  • Kemudian dari Nami island kami ke morning calm albertum (7000won).
  • Dari morning calm albertum kami pergi ke itaewon. Naik bus gapyeong tour- cheonpyong-itaweon guna¬†t-money. Dinner kebab area itaewon dengan harga 6000won.¬†Tak di sarankan pergi ke itaewon waktu malam sebab terlalu byk club yang menakutkan

Total perbelanjaan day 6 = 37500won

14111867_10209998949798367_745678450_n

DAY 7 (Seoul)

  • GH – soyosan station, last station line 1 (t-money)
  • Soyosan station- Pocheon Herb island. Ambil bus dekat bus station bertentangan dengan soyosan subway station. Kena tanya local naik bus yg mana satu sebab tiada signboard english.¬†Semua korea sahaja, mostly local kat sini orang tua, selamat masa kami pergi¬†tu ada sorg local ni boleh speaking, dia tunjuk jalan sebab dia naeik bus yang sama¬†then dia tolong pesankan kat driver bus untuk bagi tahu kami¬†bila dah sampai di herb island. Naik bus 57-1 boleh guna t-money.
  • Pocheon herb island (4000won) nak pergi sangat tempat ni sebab ni tempat penggambaran running man, return of superman dan¬†cerita¬†hyde, jekyll and me (hyun bin ngn han ji min)
  • Dari herb island ambil bus yg sama ke soyosan station (t-money)
  • soyosan station – cheongdokgung palace. Masuk¬†huwon secret tour (8000won).
  • Lunch kat dalam GS25. Beli nasi+air kopi makan bekal dlm tin (3000won).
  • Dari cheongdokgung palace pergi ke dongdaemun, dotta mall, hyundai mall. Semua¬†window shopping je last pergi stream.
  • balik GH kemas barang dan tidur.

total belanja day 7 = 15000won

14088904_10209999220725140_333375305_n

Day 8 (train tour)

  • Check out GH.
  • Hapjeong – Seoul station. Angkut beg naik teksi ke seoul station. Letak beg dalam locker (12000won). Breakfast di lotteria (5400won).
  • Naik O-train dari seoul station ke cheoram (harga tiket ni 44000won, tapi guna voucher KTX dari NU¬†central Kl jadi¬†dapat percuma).
  • Sampai cheoram – buncheon naik v-train (8400won)
  • buncheon-seoul station, o-train semula (40400 won guna voucher KTX nu central jadi¬†percuma) train tour ni awal-awal best sebab dah penat berjalan dalam train tidur¬†je. tapi¬†lama-lama bosan jugak. huhu. tapi ok la dapat tengok kawasan pedalaman di korea.
  • O-train ke seoul ni delay. Sepatutnya sampai¬†pukul 10, tapi¬†sampai dalam¬†10.30pm, so kami berkejaran ambil beg dalam¬†locker untuk ke cheongyangni station.
  • Kejar train ke jeongdongjin pukul 11.25pm memang¬†tak cukup nafas. cheongyangni station pulak besar so memang¬†tak tahu tempat¬†nak ambil¬†train ke jeongdongjin di¬†platform mana satu sebab beli tiket diseoul station. Masa ni rasa nak menjerit pun ada.
  • Jalan punya jalan jumpa pun platform dan¬†naik train tu tepat pukul 11.20pm. berpeluh-peluh masa ni. Train ke jeongdongjin (21000won) Dalam train beli susu + air mineral (2300won). Tidur dalam train.

Total belanja day 8 = 49100won

14081387_10209998702872194_791939597_n

Day 9 (jeongdongjin, busan)

  • Sampai di Jeongdongjin dalam pukul 4.30pm, so tumpat solat isyak+magrib di¬†bilik menyusu baby sebab takde orang sangat.
  • Tunggu sampai subuh, subuh around 5.30 macam tu. lepas solat subuh tanya orang kat kaunter disebabkan sorang cakap korea, sorg cakap english so memang lambat sikit.¬†Bincang nak tumpang letak luggage dalam bilik tu tapi diorg tak bagi, tapi diorang bagi tinggl beg dalam satu storage room, storage room tu diorang kunci, sangat¬†la baik.
  • Lepas dah takde barang¬†nak usung, kami¬†keluar station tu pergi cari¬†cafe yang bernama sun cafe. Cafe ni tempat penggambaran WGM yongseo couple. Minum coffee (3000won) mahal sebab awal pagi lepak cafe ni nak tunggu sunrise. Kami¬†pilih nak jalan di¬†sini sebab jeongdongjin station ni, station keretapi yang paling dekat dengan¬†pantai. Keluar¬†station je terus nampak pantai.
  • Bila dah start sunrise kami patah balik ke station then jalan area pantai memang¬†nyaman sebab¬†takde orang.
  • Dah cerah sikit jalan area gangneug city tour pergi time museum (6000won). Buat mission dapat poskad hehe.
  • Masa makan tengahari kami makan¬†seafood (15000won).
  • Seterusnya¬†nak ke busan, sebenarnya¬†plan¬†dari¬†jeongdongjin-donghae-pohang-gyeongju. Tiket ke donghae pun dah beli, tapi di sebabkan tak larat nak usung beg¬†yang berat sangat¬†jadi tukar plan.
  • Tengok mana train dari¬†jeongdongjin yang ke busan. Bila tanya orang kaunter tu mcm ayam itik sebab tak faham bahasa inggeris kan jadi¬†tukar train ambil¬†ke jwacheon. Topup je harga yang dah beli tu (22300won)
  • Mula-mula kami tengok di¬†subway busan ada nama jwacheon bila¬†tanya¬†orang tu dia kata¬†tempat¬†yang¬†sama. Dah naik train smpai di¬†jwacheon dalam¬†9pm kami¬†je yang turun tempat tu.. station tu memang gelap takde orang langsung. Dah gabra masa ni. So masuk kat station tu buka pintu yang ke luar tengok kawasan tu memang gelap. Masa ni dah rase nak nangis sebab salah station ūüôĀ
  • Jadi kitorg tanya pak cik yang jaga station, cakap nak ke busan, dia pon cakap jwacheon subway dengan¬†jwacheon korail lain tempat dan lain kawasan.¬†Masa ni rasa nak meraung. Pak cik tu suruh beli tiket ke bujeon tu last station kemudian¬†tu dah sampai busan, selamat ada satu lagi train tu. Last train pukul 10.20pm (2600won)
  • Sementara tunggu train tu kami rehat dan solat kat situ. Bila train sampai konduktor train tu tanya¬†kami¬†sesat ke. Kemudian dia tolong¬†tunjuk jalan ke bujeon subway station. Dia minta tunggu sekejap lepas train sampai.. selamat ada pakcik tu, jadi¬†dia tunjuk jalan ke bujeon station.
  • Kami ke nampo station. Memang hari yang memenatkan sampai di¬†nampo terus menapak ke blue nampo GH. Menapak naik tangga plak. Memang penat.
    Selesai check in kami makan maggi kemudian tidur.

Total belanja day 9 = 48900won

14089633_10209999031920420_1597900026_n

Day 10 (Busan)

  • Beli metro busan one day pass (5400won). Pergi ke gamcheon village naik subway + bus. Beli peta (2000won) buat mission dapat poskad masjid al-falah.
  • Solat dan lunch di kedai morocco (10000won).
  • Patah balik ke busan station ambil bas ke oryukdo skywalk (free) kemudian ke¬†haundae beach beli coffee tepi jalan (1300won). Kemudian pergi ke shinsegae deparment sekadar window shoping
  • Pergi ke gangwon bridge, shopping di¬†lotte mall sebab dekat sangat dengan GH. Dinner di GH

Total belanja day 10 = 18700won

14101574_10209999031840418_1376499783_n

Day 11 (Busan)

  • Guna t-money je pergi ke 40step stairs
  • Pergi ke yongdusan park busan tower (5000won)
  • check out GH
  • tinggal barang BIFF, pergi ke gukje market cari cenderamata dan ambil barang.
  • Dari nampo ke airport naik teksi (6900won). Lunch di airport (5000won)
    Gimhae – KLIA 2

Total belanja day 11 = 16900 won

Total perbelanjaan 11 hari 10 malam (pengangkutan, penginapan, dan makan) = RM 1121.60

Perbelanjaan di korea(flight, GH seoul, busan, kereta sewa, flight ke jeju) duit korea = KRW 317500 + KRW 54000 (t-money dan simcard korea) = RM 1337.40

Total perbelanjaan ke Korea selatan selama 11 hari 10 malam = RM 2459 (tak termasuk shoping)

Ini bukan trip bajet. Kami baru lagi jadi tak tahu nak bajet trip macam mana. Kalau penat kami pilih je untuk naik teksi. Mana-mana tempat menarik nak masuk kami bayar je. Kami belum cukup arif untuk buat trip bajet. Mungkin lain kali. hehe

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari 9 Hari ke Annapurna Base Camp (Everest) Dengan RM1370. All-in!

Itinerari 14 Hari ke Paris-Brussels-Amsterdam-London-Köln-Berlin. Awesome!