in , , , ,

Itinerari 14 Hari ke Paris-Brussels-Amsterdam-London-Köln-Berlin. Awesome!

Dah boleh mula ikat perut untuk kumpul duit.

7

Siapa sahaja yang tidak bercita-cita untuk ke benua Eropah? Menyaksikan kota cinta yang dicanang-canang seantero dunia, melawat muzium muzik sambil menyanyikan lagu keamanan di Kota Brussels dan Berlin, ah tak usah lah dicerita betapa bersejarahnya kota itu – kota dengan tembok panjang membahagikan bahagian si kaya dan si papa.

Bukankah indah kawan jika suatu hari kita dapat ke sana? Semuanya. Semua sekali.

Dan untuk kita orang-orang biasa, cuma ada satu perkara yang bisa kita lakukan. Bermimpi dan berusaha untuk menunaikan mimpi kita menjadi kenyataan.

Dan untuk bermimpi kita perlu mendengar cerita daripada mereka yang telah merasai sendiri sensasi mengembara di bahagian Eropah sana. Tuan Mohamed Fitri, dengan baik hatinya telah mengizinkan saya untuk menerbitkan semula catatan yang telah beliau muatnaik di laman profil Facebooknya beberapa bulan yang lalu. Terima kasih!

 

Sebelum terus kepada itinerari, ada eloknya kita baca terlebih dahulu tips yang telah dituliskan oleh beliau.

Visa ke Eropah?

Kena apply visa tak kalau nak pergi negara-negara Eropah? TIDAK PERLU, sebab kita memasuki Schengen Area adalah kawasan yang terdiri daripada 26 negara-negara Eropah yang telah dimansuhkan passport dan apa-apa jenis kawalan sempadan di sempadan bersama mereka, juga dirujuk sebagai sempadan dalaman. Ia kebanyakannya berfungsi sebagai sebuah negara untuk tujuan perjalanan antarabangsa.

Luggage Easy Jet?

Easy Jet ni tiket harga 15 Euro, memang tambang dia murah, sebab dia hanya sediakan untuk hand-carry luggage sahaja. Kiranya kalau ada beg yang perlu check-in ada cas yang akan dikenakan. Kalau bawa beg besar, beli dahulu secara online check-in luggage untuk mengelakkan dicas berkali-kali ganda di lapangan terbang nanti.

1

Pengangkutan Antara Negara?

Pengangkutan antara negara kami naik bas sahaja. Apabila kami nak ke town atau landmark atau homestay naik public transport sahaja, selain tu jalan kaki. Bila dah sampai ke sesuatu tempat first cari maps train dulu supaya perjalanan lebih mudah. Saya cadangkan naik train je bila ke Eropah ni tapi kalau ada duit lebih sikit bolehlah sewa kereta.

Makan?

Tentang makanan, demi menjimatkan duit, pagi dan malam kami makan maggi saja, tengah hari special skit makan di kedai, kedai-kedai halal kebanyakannya kedai kebab yang kami jumpa dan harganya pun tak lah begitu mahal.

Tips Keselamatan?

Saya bawa 3 beg dompet, 1 dompet emergency, 1 dompet refill, 1 lagi dompet kegunaan.

Dompet kegunaan ni lah yang saya bawa pergi berjalan,untuk kegunaan harian selalunya ada dlam 10-15 euro sahaja. Kalau hilang, banyak tu saja yang hilang. Tak perlu takut sebab ada dua dompet lagi.

Dompet refill ni saya buat untuk topup duit, diantara ketiga-tiga dompet, saya rasa dompet ni lah paling banyak duit sebab kita akan topup ke dompet kegunaan. Jadi dompet ni kena jaga elok-elok lah dan kalau boleh elakkan guna dompet emergency biar habis kering pon tak apa dompet ni, kalau betul-betul terdesak baru keluarkan dompet emergency.

Dompet emergency ni dompet yg kita guna di Malaysia yang ada kad pengenalan, lesen, duit ringgit, saya juga letak 200Euro dan 100USD dalam beg dompet ni untuk kegunaan kecemasan dan sembunyikan di tempat yang selamat.

Itinerari 14 hari di Eropah.

5

13 JAN

– Seharian di Paris.
– Naik bas 42 dri Gare Du Nord ke Eifel Tower.
– Jalan-jalan sekitar kawasan Arc de Triomphe,Champ Elysees,Opera de Paris Garnier.

14 JAN

– Sampai Brussel pada pukul 8 pagi. Ketika sampai hujan sedang turun jadi terpaksa lah tunggu Brussel Central Station sampai pukul 11 pagi.
– Di Brussel letih sikit sebab dah tiga hari tak mandi, rehat tak cukup, nak check in pun pukul 4 petang baru boleh check-in. Jadi kami jalan-jalan sekitar kawasan Brussel Central Station tu pergi Mall sambil cari kedai makan Halal. Nasib jumpa Hector Chicken, sedap pon sedap, murah pon murah.
– Lepas tu pergi Grote Market (Grand Place) untuk ambil kunci rumah, host kerja di Hard Rock Cafe.
– Sampai-sampai rumah je terus dan tidur. Tak pernah lagi tidur pukul 7.30 malam.

15 JAN

– Bangun pagi terus basuh pakaian.
– Sambil-sambil makan tu kami merancang untuk pergi meronda mana-mana. Tengok-tengok salji turun! Apalagi jakun la sat main salji kat luar rumah.
– Pukul 12 keluar melawat Grand Place, Saint Michel Cathedral, Brussel Park.
– Dalam perjalanan balik singgah pasaraya beli Nutella dan roti, asyik makan maggi pun muak juga.
– Malam tu sembang-sembang dengan host tentang peluang pekerjaan sekitar Eropah ni, dan seperti biasa sembang tentang budaya Malaysia dengan budaya di Eropah.

2

16 JAN

– Bersiap-siap pack barang sebab bas pukul 12 tengahari.
– Pukol 5 petang sampai Amsterdam.
– Dari Amsterdam Central naik Sprinter untuk ke Beverwijk tempat penginapan kami.
– Dekat pukul 8 malam baru sampai sebab sesat. Ada salji lagi! Perghhh!

17 JAN

– Pergi taman di kawasan Beverwijk. Boleh tahan ramai orang dan penduduk disana boleh tahan peramah.
– Dari taman tu jalan-jalan nak ke De Bazaar Beverwijk. Luas betul kawasan tu, kadang-kadang macam pusing 2-3 kali tmpt yg sama.
– Kemudian kamu singgah makan di Marmaris Halal Food Store. Boleh tahan sedap dia, harga lebih kurang 4Euro sahaja.
– Lepas tu kami jalan-jalan cari pasaraya. Hairan betul main attraction yang kami pergi di Europe ni banyaknya pasaraya bukan bandar-bandar bersejarah. Haha!

3

18 JAN

– Siap nak ke Amsterdam.
– Sampai di sana kami pergi ke Canal of Amsterdam, I AMSTERDAM, Skinny Bridges dan Rembrandt Square. Semua jalan kaki saja walaupun jauh juga la, demi nak jimatkan duit.
– Makan di Halal Food Store Amsterdam. Murah!

19 JAN

– Kemas barang
– Sembang-sembang di ruang tamu dengan host, berbincang soal lifestyle, culture di Holland.
– Petang kena gerak ke Amsterdam Central sbb nk ke London pukul 9 mlam.

4

20 JAN

– 4 pagi naik P&O Ferries nak ke London. Ambil masa dekat 2 jam juga.
– Sampai di Victoria Station pukul 8 pagi, agak blur sikit dekat situ sebab London tak ada dalam planning masa awal-awal merancang untuk travel ni.
– Nak cari peta, tapi orang London ni berlagak sikit. Tak dilayannya kami! Nasib baik information centre baik, beli Oyster Card 15 Pound bole guna untuk 2 hari.
– Melepak dekat Victoria Station agak lama juga sebab nak cari Homestay, Hostel atau Hotel area London.
– Akhirnya jumpa jugak Astor Hostel kalau ikut Tube kena turun dekat Bayswater. Area situ ramai jugak orang Malaysia. Mungkin sebab dekat dengan Malaysian Hall. Mudah nak cari mkanan Halal dekat situ.
– Daftar hostel pukul 11, boleh check in pukul 2.
– Tinggal luggage dan kami pun mulalah melawat London. Sempat lah cover Big Ben, London Eye, Tower Bridge, Trafalgar Square, Tower Of London dan Picaddily Circus.
– Check in hostel pukul 8 malam. Yang menarik dekat Astor Hostel ni setiap pukul 9 malam akan ada event. Malam tu Pokers Nigh. Jadi kami tak dapat join sebab tak reti main. Haha! Kalau ada lawan congkak, batu seremban, tuju kasut bolehlah nak join.

6

21 JAN

– Nak kena check-out pukul 10. Bas bertolak ke Koln, Germany pukul 9 malam. Nasib baik boleh tinggalkan Luggage.
– Hari ni kami melawat stadium sahaja. Emirates Stadium, Stamford Bridge, White Hart Lane (tapi sayang, under construction).
– Lepas tu kami ke King Cross Station. Tempat Harry Potter naik kereta api untuk ke Hogwarts!
– Kemudian ke Malaysia Hall dengan harapan kantin buka dan makanan free, tengok-tengok tengah construction.
– 8 malam di Victoria Station untuk ke Koln,Germany. Asalnya nak ke Berlin terus tapi bas takde direct sana. Kena transit di Koln dulu.

22 JAN

– Sampai pukul 9 pagi di Koln.
– Naik S-Bahn untuk ke Cologne Cathedral, Cologne Old Town. Tak banyak dapat pergi hari ni, sebab nak kejarkan solat jumaat.
– Sembahyang jumaat di Koln, lepas tu lepak kejap dekat Masjid tu. Kat sana ramai orang-orang tua mengaji tapi kami tapi kami pulak tidur. Buat malu je. Haha!
– 10 malam kami bertolak ke Berlin.

8

23 JAN

– Pukul 7.30 pagi smpai Berlin, Zentral Omnibus Bahnhof.
– Cari rumah host dan terus check-in pukul 9 pagi.
– Di berlin jimat sikit sebab ada bekas jiran yangmenetap di Berlin. Jadi tour kat situ, kami jimat banyak. Sebab pak cik Tirmizi ni belanja.

24 JAN

– Siap-siap untuk ke rumah Pak Cik Tirmizi. Dia hidangkan macam-macam makanan. Makanan campuran Pakistan + Germany. Kenyang bak hang!.
– Naik bas di KuDamm, kami ke Brandenburg Gate, Potszdammer PLatz, Berlin Cathedral, Berlin Victory Column, Alexander Platz, Berlin Wall Memorial, Berlin Televison Tower & Bundestag.
– Sampai ke malam berjala. Balik tu apa lagi cari pasaraya. Beli 3 botol besar air mineral. Sekali rasa ada gas, haih potong betul. Haha!
– Malam tu kami naik S-Bahn pusing-pusing turun di Schoneberg nak cari pizza. Jalan-jalan tapi tak jumpa pun. Akhirnya makan Pizza Turkish ja.
– Balik malam tu host bawak balik member dia. Host kami ni musician, makna kata member dia pon musician juga la. Power betul rap, maklomlah awang hitam la katakan. Siap pelawa kami pergi konsert lagi. Nasib baik kami duduk sana dua hari je. Kalau tak dah pergi dah!

Gambar ni paling awesome!
Gambar ni paling awesome!

25 JAN

– Check-out pukul 8 pagi sebab flight pukul 1 untuk ke Paris balik.
– Keluar awal sebab nak pergi melawat sekolah lama Berlin International School. Ingat nak jumpa kawan sekelas dulu tapi semua di luar kawasan. Nak jumpa guru kelas pun dah transfer international school lain. Tak ada rezeki nak jumpa. Yang dapat jumpa pon dia punya receptionist dengan secretary je, tu pun depa tak ingat dah.
– Sampai di lapangan terbang Orly pkoi 4 lebih. Time tu mmg pokai gila, jadi kami cari alternatif paling murah untuk ke lapangan terbang CDG.
– Berhenti di Anthony, lepas tu pergi Gare Du Nord untuk cari makan dan rehat-rehat dekat sana.
– Pukul 10 malam macam tu pergi lapangan terbang CDG, nak cari hotel murah pon duit dah tinggal 2-3 euro je. Terpaksa la tidur di airport. Haha!

26 JAN

– Pukoi 10 lebih tu ambil udara terakhir di Paris. Tukar baju lengan pendek dan pakai selipar sebab vietnam kan panas.
– Masa dalam flight Kapten Pilot bagitau yang suhu di Hanoi 6 darjah celcius. Dah dekat 40 tahun dah vietnam tak alami cuaca macam ni. Masakkkkkk lah kami!
– Sampai di Hanoi dengan muka selamba biawak, buat macam tak sejuk dengan berselipar dan berbaju lengan pendek. Orang tengok pelik je, tapi kami maintain macho walhal sejuk. Dahlah transit 9 jam nak keluar dari airport, tapi jaket apa semua tak ada, makanan halal pon tak ada dalam airport tu. Dugaan betul.
-Selamat sampai KLIA pukul 8 malam.

10

Bajet

-Tiket Flight Promo (Vietnam Airlines) = RM 1,800

– Penginapan AirBnb
+ Brussel,Belgium 3Hari2Malam = RM124
+ Amsterdam,Netherland 4Hari3Malam = RM 180
+ Berlin,German 3Hari2Malam =RM105
-Penginapan Astor Hostel
+ London,England 2Hari1Malam = RM150

– Pengangkutan Megabus.
+ Paris ke Brussel = RM 20
+ Brussel ke Amsterdam = RM 20
+ Amsterdam ke London = Rm 80
+ London ke Koln = RM 50
+ Koln ke Berlin = Rm 25
– Pengangkutan EasyJET
+ Berlin ke Paris = RM 200

Selamat mengembara!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari 11 hari 10 malam ke Korea Selatan dengan bajet RM2459. Memang best!

Catatan Kembara di Bumi Jawa