in , , ,

Itinerari 3 Gadis ke Jogjakarta Selama 6 Hari 5 Malam dengan Bajet RM618 sahaja!

Exclude tiket flight sebab kalau korang power, boleh dapat tiket flight free dari AirAsia.

21883065720_a6dbc134b8_b

Mana satu ejaan yang betul, jogjakarta atau yogyakarta? Dari dulu fikir benda ni tapi sampai sekarang masih buntu…

Ah lantaklah. Kita guna jogjakarta je okay?

Di Indonesia ni terlampau banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati. Untuk penggemar pulau, boleh melancong ke Pulau Weh, Acheh. Untuk mereka yang gemarkan trip yang mencabar, boleh mengembara ke lombok-bali-flores dan bagi mereka yang gemarkan tempat-tempat tradisional, boleh datang ke jogjakarta.

Jogjakarta atau jogja terkenal dengan sejarah kesultanan mereka dan bangunan-bangunan mereka yang unik. Disana juga terdapat kawasan hutan dan pantai yang cantik untuk mereka yang gemarkan keindahan alam semulajadi.

Seperti biasa, ramai yang mahu bercuti di sini tapi tak tahu berapa kos dan apa tips-tips penting untuk bercuti di sini. Nak ambil pakej percutian, mahal pulak.

Korang jangan bimbang!

Sebab kami di The Ruka telah dapatkan itinerari power dari cik fatin isa yang telah mengembara ke Jogjakarta selama 6 hari 5 malam dengan bajet RM 618 sahaja! Ini tak campur tiket flight sebab harga tiket berbeza mengikut masa dan kalau korang power, boleh dapat tiket percuma dari Airasia!

Tanpa membuang masa, jom baca itinerari yang telah disediakan. Jangan lupa catat nota-nota penting kalau korang ada plan nak ke jogjakarta. hehe

IMG_1992[1]

Jalan-jalan 6 hari 5 malam di jogjakarta, Indonesia

Hello peep,

Ini I share my itinerary trip ke Yogyakarta selama 6 hari 5 malam. I tukar 2 juta rupiah (RM618) untuk aktiviti, penginapan, transport, makan dan shopping di sana. TAK termasuk tiket flight ok. Cukup untuk perbelanjaan di sana. Lebih lagi siap boleh makan KFC lagi masa balik Malaysia. So hope this may help you guys too!

Details pembelanjaan

  • Fee entrance in Jogja : RM 120.00
  • Hostel (Omah Cilik) : RM 120.00 (Untuk 5 malam)
  • Shopping : RM 100.00
  • Transport (Pak Supir) : RM 137/orang (Untuk 3 hari)
  • Makan : RM 100.00

Ps: Perbelanjaan makan, transport, jeep Merapi dibahagi kepada 3 orang.

20 August 2016

  • Flight dari KL-Jog. sampai Jogja dalam pukul 5.30 petang, tapi pukul 5.30 petang dah macam pukul 8 malam dekat Malaysia, take note okay.
  • Sampai je terus ambil teksi untuk ke hostel (IDR80K).
  • Kami stay dekat Omah Cilik, dah booking awal-awal dekat booking.com (IDR400K) untuk 5 malam.
  • Makan malam, rehat

21 August 2016

  • Pukul 3.30 pagi, Pak Donny dah pick up untuk sunrise di Phuntuk Setumbu (IDR15K), sebab kitaorg pergi weekend jadi ramai sangat orang kat sana.
  • Gerak ke Gereja Ayam (chicken church) ada dalam scene AADC2 tuu (IDR10K)
  • Next ke Borubudur (IDR30K) agak ramai waktu hujung minggu.
  • Kalibiru (IDR10K) untuk entrance, ada banyak spot gambar boleh pilih (IDR15K-20K)
  • Jalan-jalan makan di Malioboro
Sunrise dari Phuntuk Setumbu
Top of Chicken Churh

b d

22 August 2016

  • 4 pagi, dah gerak untuk sunrise Kebun Buah Mangunan (IDR5000)
  • Hutan pinus (FREE)
  • Next, to Goa Pindul (IDR45K) entrance+pakej cave tubing
  • Timang beach ojek (IDR50K), gondola (IDR400K) tapi kitaorg tak naik pun, sebab angin agak kuat
  • Singgah makan Nasi Uduk Ayam Penyek (IDR22K)
Kebun Buah, kena tunggu sampai kabus datang
Kebun Buah, kena tunggu sampai kabus datang
Sejuk dekat sini kalau pagi-pagi
Sejuk dekat sini kalau pagi-pagi
Hi, Goa Pindul
Hi, Goa Pindul
Very worth view, Timang Beach
Very worth view, Timang Beach
Terlalu cantik view kat sini, beranginn gila
Terlalu cantik view kat sini, beranginn gila

23 August 2016

  • 4 pagi gerak ke Merapi, paket Merapi Jeep Tour (IDR150K/orang) share 3 orang
  • Jalan-jalan Prambanan (IDR30K)
  • Petang sikit ke Gumuk Pasir (IDR4000), sewa sandboard (IDR100K)
  • Next, Pantai Parangtritis makan jagung air kelap
Most active volcano in the world, Merapi Mount
Most active volcano in the world, Merapi Mount
Prambanan Temple, great story behind this
Prambanan Temple, great story behind this

 

Sangatlah sejuk walaupun matahari terik
Sangatlah sejuk walaupun matahari terik

24 August 2016

  • Jalan kaki ke Taman Sari dan Sultan Palace, dekat saja dengan area hostel
  • Sultan Palace (IDR10K), kena google tengok aktiviti apa yang ada, masa kami pergi ada wayang kulit dengan gamelan, best!
  • Taman Sari (IDR10K), luas dan pening sikit jalan dia
  • Naik beca motor (IDR30K) satu beca share 3 orang
  • Shopping di Pasar Beringharjo
  • Malam sambung jalan dekat Malioboro lagi
Dalam Sultan Palace, real gold
Dalam Sultan Palace, real gold
Penjaga Sultan Palace, sangat beradab
Penjaga Sultan Palace, sangat beradab
Dekat Taman Sari, Water Castle
Dekat Taman Sari, Water Castle

25 August 2016

  • Breakfast santai-santai dekat hostel
  • Gerak ke Airport naik bas Trans Jogja (IDR3500)
  • Sampai KL dalam pukul 9 malam sebab cuaca tak berapa elok

Nota tambahan:

  • Jogja cepat cerah dan gelap berbanding Malaysia, jadi harus susun jadual dengan betul. Lagi satu, kalau travel hujung minggu keluar awal sebab tempat wisata penuh dengan orang
  • Hasil kerap tengok sinetron, kami berjaya dapat harga local untuk SEMUA entrance ok, sangat berbaloi tau! Sebab beza harga international dgn local sangatlah banyak. Jadi good luck, harusnya dicoba ngomong persis orang Indonesian gituu.
  • Stamina kena sado sepanjang berada di Jogja, sebab jalan dia sangat tough. Contoh dekat Chicken Church, Kalibiru, Prambanan, Borubudur dan lain-lain. Jauh kena naik turun bukit. Mohon tabah
  • Beli simcard simPATI sangat ok, murah dengan pakej internet laju! Boleh buat live update nanti
  • Beca motor lebih jimat, sebab boleh naik 4 orang (2 orang duduk diatas riba). Mungkin agak scary sikit tapi best jugak laa
  • Shopping dekat Pasar Beringharjo murah, kena pandai tawar (cakap Indon lembut-lembut sambil gosok-gosok bahu penjual sikit) confirm dapat! Tapi kalauu rajin keluar dalam pukul 9 malam area Malioboro dekat tepi jalan barang lagi murah sebenarnya
  • Ojek dekat ke Pantai Timang memang mencabar, jalan batu batu, masuk kampung keluar hutan dalam 20 minit baru sampai
  • Kami pilih makan dekat warung-warung je, asal halal dan bersih. ON saja, lebih sedap dan murah. Must try is Gudeg, Nasi Uduk, Nasi Rawon, Nasi Rames dann banyak lagi.
  • Boleh beli Bakpia 25, signature dish sesuai untuk jadikan ole-ole (IDR30K) ada banyak flavor
  • Supir Pak Donny best (+6287839259234) mula-mula agak pemalu, tapi bila dah masuk kepala macam nak pecah kereta sebab gelak
  • Hostel Omah Cilik (really recommended) murah, bersih, staff yang sangatlah baik dan sama gila-gila
  • Airport Adisujipto kecik je, tapi hati-hati ya untuk yang bawa beg ke kabin. Sebab last check sebelum nak naik flight ada orang tunggu untuk timbang beg korang. So sapa yang beg pack lebih dari 7kg kena bayar RM100 on the spot, ok. Take note! Ramai yang kecundang disitu

Sekian. Jogja sangatlah fun untuk travel dengan kawan-kawan anda. Jadi apa yang penting kita enjoy!

Kejap, kami ada pengumuman sikit.

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

6 Comments

Leave a Reply
  1. Hi. Pak supir tu amik tuk berapa hari ye? And dia yang bawa ke semua lokasi2 yg nak melawat tu eh? Sbb bru je contact pakdonny. Dia quote harga macam mahal je dari yg lain . 450k idr untuk satu hari termasok minyak n driver.

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ITINERARI KE KOREA 6 HARI 5 MALAM DENGAN RM 1500 ALL-IN!

ITINERARI KEMBARA PADANG – MEDAN 8 HARI 7 MALAM DENGAN RM362.80