in , ,

Itinerari 4 gadis ke Lombok-Bali-Flores selama 8hari 7malam dengan kos RM 1659. Memang puas hati!

Jumlah kos yang dikeluarkan amat berbaloi dengan kepuasan dan pengalaman yang dicipta!

13900148_1357840587563481_1425358625008885244_n

Indonesia merupakan sebuah negara yang penuh dengan pulau dan tempat-tempat menarik yang menjadi kegilaan kaki travel dan pencinta alam sekitar. Yelah, kawasan pantai mereka yang cantik dan harga barang di sana yang masih murah telah menyebabkan ramai pelancong dari seluruh dunia menjadikan Indonesia sebagai “hotspot” untuk percutian mereka.

Bali, Lombok dan Flores merupakan tempat di Indonesia yang menjadi lubuk kegemaran kaki travel. Bila tengok gambar-gambar mereka yang bercuti di lombok dan flores ni rasa geram sungguh sebab lawa-lawa pemandangan di sana. Kalau ada duit banyak, memang tak fikir apa dah. Terus tempah tiket flight ke sana. Tapi apakan daya, akaun bank sekarang tidak merestui. Sobs.

Okay sambung.

Oleh kerana 3 tempat ini menjadi kegilaan ramai kaki travel, kami sediakan sebuah itinerari khas yang ditulis oleh cik Nurul syafeenaz yang telah alami sendiri percutian selama 8 hari 7 malam ke Bali-Lombok-Flores. Tanpa membuang masa, jom kita baca itinerari dia. Saya pun nak catat nota ni sebab ada plan nak ke sana tahun depan. hehe

13903381_1357840210896852_6613382399671028173_n

8days Road To Nusa Tenggara Timur Lombok-Bali-Flores by SyafeenazRose👒✈️

Hi! Ini I share itinerari trip 8hari ke Lombok-Bali-Flores yang I buat. I bawa 4juta rupiah untuk aktiviti, penginapan dan makan sepanjang 8 hari. Flight I dah settle awal-awal guna ringgit sebelum trip. So senang cerita i hidup dengan 4juta Rupiah untuk 8hari trip ni hahaha. Selamat membaca🇲🇨👒✈️

Details Flight :-
✈️ Kul- Lombok – Kul Airasia Rm89
✈️ Bali – Labuan Bajo – Bali Nam Air &Wings Air Rm500
✈️ Bali – Lombok Lion Air Rm70

👒 27 July 2016

⁃ Flight Kul-lombok. Flight sampai lombok malam.
⁃ Sampai airport terus supir ambil untuk dinner kemudian terus gerak ke Pelabuan Lembar. Perjalanan dalam 30 minit dari airport Lombok.
⁃ Sampai Pelabuan Lembar terus beli tiket ferry untuk ke Padang Bai(Bali). Perjalanan dalam 4-5jam.
⁃ Sampai Padang Bai(Bali),supir ambil terus ke hotel
⁃ Checkin Kira House, Kuta

• Supir Lombok 75,000RUP (300,000/4 orang)
• tiket ferri ke Padang Bai 40,000RUP/seorang
• Hotel Bali 215,000RUP/room/night. Satu bilik kongsi dua orang jadi kos 107,500RUP/seorang.

👒 28 July 2016

⁃ Naik flight Bali ke Labuan Bajo(Flores)
⁃ Sampai labuan bajo check in Hotel
⁃ Sunset di Bukit Cinta

• Tiket flight bali-labuan bajo-bali rm500
• Checkin hotel labuan bajo 150,000RUP/room. Satu bilik kongsi dua orang jadi kos 75,000RUP/seorang.
• Supir untuk ke sunset Bukit Cinta 100,000RUP/car. (100,000RUP/4 orang)

Bukit Cinta. Sampai Labuan Bajo, terus pergi kejar sunset kat Bukit Cinta.
Bukit Cinta. Sampai Labuan Bajo, terus pergi kejar sunset di Bukit Cinta.

👒 29 July 2016

-Start sailing 3hari 2malam with Langkahjauh
• IG : Langkahjauh
• Pakej sailing 3 hari 2 malam : 2,150,000RUP/seorang

Jetty Labuan Bajo. Day 3 dah start sailing trip. guna pakej Langkahjauh. segala makan, entry, segala benda semua termasuk dalam pakej
Jetty Labuan Bajo. Day 3 dah start sailing trip. guna pakej Langkahjauh. segala makan, entry, segala benda semua termasuk dalam pakej
1kapal ada 3bilik, 1dapur, 1bilik air, 1ruang makan. kapal jenis 2tingkat. tingkat bawah ada bilik, toilet, tempat makan, dapur dan tingkat atas deck. Boleh la lepak atas untuk lepak2 tengok view.tidur pun boleh kat deck tu.
1 kapal ada 3bilik, 1dapur, 1bilik air, 1ruang makan. kapal jenis 2tingkat. tingkat bawah ada bilik, toilet, tempat makan, dapur dan tingkat atas deck. Boleh la lepak atas untuk lepak2 tengok view.tidur pun boleh kat deck tu.
First stop di pulau kanawa.
First stop di pulau kanawa.
layan sunset atas deck kapal
Layan sunset atas deck kapal
13887059_1357840404230166_3714425200442425524_n
Layan ribuan bintang kat deck. Dalam gambar tak nampak ribuan bintang tapi serius banyak gila bintang. Tangkap guna gopro jee ni laa hasilnya. haha

👒 30 July 2016

-Sailing lagi
-Masa sailing ni kongsi gambar jelah sebab korang kena tengok sendiri keindahan di sana sebab tiada kata-kata mampu menceritakan keindahannya. Cewahh

13932903_1357840444230162_1625010963024711798_n
Gili Laba. Nak view cantik kena hiking. Kalau orang jenis kaki hiking 15minit dah boleh sampai puncak tapi disebabkan kami jenis sekejap2 penat, 30minit baru sampai puncak 😂
Di gili laba.
Di gili laba.
Di Gili Laba. Masa ni jumpa traveller lain dari indonesia.
Di Gili Laba. Masa ni jumpa traveller lain dari indonesia.
13882434_1357840507563489_4297019953597889190_n
Di taka makassar.
Pulau Padar. Pulau padar pun kena hiking untuk nampak view cantik camni
Pulau Padar. Pulau padar pun kena hiking untuk nampak view cantik macamni.
Di taka makassar.
Di taka makassar.
Pink Beach. Pasir dia memang betul2 pink.
Pink Beach. Pasir dia memang betul2 pink.
Pulau Rinca. trekking mencari Komodo.
Pulau Rinca. Trekking mencari Komodo.
End of sailing trip on day 5
End of sailing trip on day 5.

👒 31 July 2016

-Habis sailing terus check in hotel(still under package)
-bbq (still under package)

👒 1 Aug 2016

⁃ Naik flight pagi Labuan Bajo ke Bali
⁃ Supir ambil di airport Bali kemudian pusing area Ubud
⁃ Pergi Tegalalang Terrace Paddy
⁃ Maghrib tengok Kecak Dance kat The Sahadewa
⁃ Checkin area ubud (Dewa Hostel)

• Supir Bali pickup airport+ tour 350,000RUP/car. (350,000RUP/4 orang)
• Entrance Kecak Dance 100,000RUP/seorang
• Checkin Dewa Hostel 110,000RUP/seorang

Tegalalang Terrace Paddy, Bali.
Tegalalang Terrace Paddy, Bali.

👒 2 Aug 2016

⁃ Pagi pergi Monkey Forest
⁃ Lepas pergi Monkey Forest terus ke Pasar Ubud
⁃ Pukul 1 gerak ke airport Bali, ambil flight ke Lombok
⁃ Sampai Lombok terus checkin BC Inn Sengigi dan dinner

• Supir Airport transfer 250,000RUP/car. (250,000RUP/4 orang)
• Entrance monkey forest 40,000RUP/seorang
• Round monkey forest & pasar seni jalan kaki je sebab dekat dengan hostel
• Tiket flight bali-lombok rm70
• Checkin hotel lombok 194,000RUP/room(satu bilik 2 orang). Satu bilik kongsi dua orang jadi 97,000RUP/seorang.

👒 3 Aug 2016

⁃ Pagi gerak ke Sedang Gile and Tiu Kelep Waterfall
⁃ Petang terus ke airport amek flight ke KL

• Supir 2hari di Lombok 353,750RUP/seorang.

Pagi pagi dah gerak ke waterfall. Tiu Kelep Waterfall,Lombok
Pagi pagi dah gerak ke waterfall. Tiu Kelep Waterfall,Lombok
13873232_1357841264230080_7292267048597374450_n
Sedang Gile Waterfall, Lombok

Total perbelanjaan dari hari pertama hingga hari kelapan = 3,283,250 RUP.

Tiket flight :-

Kul- Lombok – Kul Airasia = RM 89
Bali – Labuan Bajo – Bali Nam Air & Wings Air = RM 500
Bali – Lombok Lion Air = RM 70

Total perbelajaan trip ini,

RM 659 + RM 1000 = RM1659

*Nilai tukaran matawang ketika artikel ini ditulis adalah RM 1 = 3282.56 rupiah

Tips :
🌸 Hotel Kira House,Bali tu dekat je dengan airport. dalam 10minit jalan kaki. Kalau jenis lightpacker boleh je jalan kaki. Kalau tak larat,boleh suruh hotel hantar ke airport. 50,000rup per car
🌸 Hotel kat Labuan Bajo baik ambil Orange Hotel. Selesa sangat dan dekat dengan jety kapal
🌸 kalau ambil pakej Langkahjauh, suruh je Guri tolong arrange untuk ke Bukit Cinta
🌸 kalau nak beli souvenier kat area Ubud, baik beli kat area Tegalalang Terrace Paddy tu sebab murah dari kat Pasar Ubud. Jangan lupa guna skill tawar menawar😂
🌸 Hotel-hotel i mention dalam trip ni sume recomended.strategic, bersih dan staff sangat membantu.
🌸 Supir Lombok Asriel +628175799001
🌸 Supir Lombok Pandu Agung +6285339067685
🌸 Pakej Flores Sailing Trip ig: Langkahjauh. hp: +6281238125357
🌸 Supir Bali Mas Eco +6282333466666

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

One Comment

Leave a Reply

4 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

  3. Pingback:

  4. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

“The Bund” Apa tu ? Wanita Ini Kongsi Tips Dan Pengalaman Nya di Shanghai !

5 destinasi percutian luar negara dengan bajet bawah RM 500