in , , ,

ITINERARI 4 HARI 3 MALAM KE BEIJING, CHINA DENGAN BAJET RM 450 SERTA 12 TIPS YANG ANDA WAJIB TAHU

Mewah sikit takpe, asalkan puas hati

Percutian ni banyak jenis juga. Ada sesetengahnya bercuti mementingkan bajet. Semuanya perlu dikira supaya tidak melebihi perbelanjaan percutian. Dari segi makanan, pengangkutan, tempat tinggal, entrance fee atau apa sahaja yang memerlukan kos akan dimasukkan di dalam senarai bajet yang diperlukan. Pendek kata, apa-apa sahajalah yang perlu pembayaran mesti dikira supaya tak lari bajet. Kalau lari bajet, penat juga nak kejar bajet yang lari tu. Tapi pokok pangkal ceritanya, memang cara kita mengurus bajet percutian itu sangat lah penting. Makna kata , kalau terlampau berkira dengan bajet yang ada nanti hambar pula percutian itu bila kita terlepas tempat-tempat menarik untuk dilawati. Hmmm. Jadi anda perlulah bijak dalam menguruskan bajet percutian. Apa yang perlu dan sebaliknya.

Untuk artikel kali ini, merupakan perkongsian daripada Tuan Khairul Naeim Z mengenai itinerari ke Beijing, China selama 4 hari beserta tips percutian ke sana . Katanya percutian kali ini merupakan percutian separa mewah. Mewah atau tidak mari kita baca itinenari ringkas yang dikongsi buat para pembaca.

Itinerari 4 hari 3 malam ; Beijing, China

Hari 1

  • Selamat mendarat di Beijing Capital International, Airport ( BCIA ) pada pukul 1 pagi dan tidur di sana. ( di aras 1 BCIA )
  • Perlu cari tempat selesa untuk solat kerana tiada surau yang disediakan. ( Surau hanya ada selepas imigresen )
  • Jam 7 pagi bertolak ke City Centre dengan menaiki Airport Express. Perjalanan mengambil masa selama tiga puluh minit.
  • Menyewa basikal untuk melewati sekitar Hutong.
  • Makan tengahari di restoran makanan halal.
  • Melawat Summer Palace

Kos Hari 1

  • Pengangkutan ( Airport Express CNY 25, Subway CNY 9)= CNY 34
  • Tiket masuk Summer Palace = CNY 60
  • Makan = CNY 40
  • Sewa basikal = CNY 20
  • Hostel = CNY 240

     JUMLAH = CNY 384 

Hari 2tips-bercuti-di-china-3

  • Great Wall, Badaling. Ada dua cara untuk bergerak ke tempat ini. Pertama dengan menaiki keretapi. Anda hendaklah mengambil Subway Xizhimen dan ke Beijing North Railway Station. Tetapi, jika tidak bernasib baik, mungkin pada masa tersebut sudah kehabisan tiket. Jadi, gunalah pilihan kedua dengan menaiki bas.

Pada hari tersebut, saya juga tidak menaiki keretapi kerana telah kehabisan tiket. Jadi saya           menggunakan pilihan kedua dengan menggunakan perkhidmatan bas. Saya menaiki subway           line 2 ke Jishuitan dan ke Stesyen Deshengmen naik bas bernombor 877. Perjalanan adalah            selama 1 jam 30 minit.

Tip di Great Wall ; bawalah makanan yang secukupnya apabila ke sana. Pakaian juga haruslah yang sesuai dan mengikut keselesaan untuk anda bergerak.

  • Selepas itu, menikmati makan malam di sebuah restoran muslim.

Kos Hari 2

  • Tiket masuk ke Great Wall = CNY 40
  • Subway = CNY 8
  • Makan = CNY 30

JUMLAH = CNY 78

14225340_1095679673854930_419144053695260962_n

Hari 3

  • Jingshan Park, Forbidden City, Temple of Heaven , Tiananmen Square, Monumen Pahlawan ( Naik Subway turun di Tiananmen Xi Station ( Line 1 dan 2)
  • Great Wall of People. ( Turun di Station Chongwenmen , Subway Line 2 dan 5)
  • Makan malam

Kos Hari 3

  • Tiket masuk Temple of heaven = CNY 10
  • Tiket masuk Forbidden City = CNY 60
  • Subway = CNY 6
  • Makan = CNY 30

 JUMLAH = CNY 106

14264838_1095679077188323_3955867128571720494_n

Hari 4

  • Water Cube , Bird’s nest , Beijing National Stadium ( Turun di Station Olympic Forest Park, Subway line 8 ). Anda boleh pergi ke tempat ini pada waktu malam untuk melihat view yang lebih cantik.
  • Pasar Wongfuijing. Jika anda ingin mencari cenderahati, boleh beli sahaja di sini.
  • Shopping di Xidan Comercial Centre ( Turun di Stesyen Xidan)
  • Masjid Nuijie ( Boleh naik Subway turun di dan keluar ke Exit A2 dan naik bas nombor 10 dah berhenti di Niu Jie Li Bai. Terdapat bilik mandi disediakan di masjid ini. Jadi, bolehlah anda membersihkan diri sebelum meneruskan perjalanan.
  • Makan sebelum balik Malaysia
  • Penerbangan pulang pada jam 0130 pagi ke Kuala Lumpur

Kos Hari 4

  • Subway = CNY 12
  • Makan = CNY 35
  • Airport Express = CNY 25
  • Bas = CNY 4
  • Cenderahati = CNY 100

JUMLAH = CNY 176

tips-bercuti-di-china-7

Jumlah keseluruhan yang saya belanjakan untuk percutian 4 hari 3 malam ke Beijing, China adalah sebanyak CNY 744 (RM 450). Kos ini dapat dikurangkan jika mengurangkan kos membeli belah, makan dan juga entrance fee.

Jika di kira-kira Itinerari 4 hari 3 malam ini boleh dikatakan separa mewah juga. Tetapi masih di dalam kadar mampu untuk cuba. Jadi sekarang mari kita ikuti 12 tips yang dikongsikan oleh Tuan Khairul Naeim Z jika anda ingin berkunjung ke Beijing untuk backpacker solo.

tips-bercuti-di-china-13-768x461

1. Tiket penerbangan

  • Buat masa sekarang terdapat 3 syarikat penerbangan yang menawarkan perjalanan secara terus dari KLIA ke Beijing Capital IA iaitu Malaysia Airlines, AirAsiaX dan Air China.
  • Jika menggunakan Malaysia Airlines, penerbangan MH 360 akan tiba di Terminal 3 BCIA pada jam 1230 malam.
  • Perjalanan dari KLIA ke Beijing mengambil masa selama lebih kurang 6 jam.
  • Tiket pergi balik ke sana yang boleh dikatakan murah adalah lebih kurang RM600 (AAX) dan RM1100 (MH dan CA).

2. Visa

  • Untuk ke China, visa adalah diperlukan untuk warganegara Malaysia. Antara cara yang paling senang untuk membuat visa adalah dengan pergi sendiri ke tingkat 2 , Plaza OSK, Jalan Ampang yang dibuka setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 9 pagi hingga 3 petang.
  • Antara dokumen yang perlu dibawa adalah seperti passport, borang permohonan yang siap diisi, 2 keping gambar passport China ,tiket penerbangan dan juga tempahan hotel.
  • Jika anda mempunyai passport lama sila bawa bersama. Ini kerana kadang-kadang pihak kedutaan juga memerlukannya dan boled disiapkan dalam jangka masa selama 4 hari.

3. Makanan

  • Makanan halal adalah senang di perolehi disana terutama di area Nui Jie. Persoalannya, adakah kita boleh menerima rasa makanan tersebut. Masakan mereka kurang pedas dan agak tawar.
  • Jadi, untuk lebih selamat bawalah makanan sendiri dari Malaysia sebagai contoh Maggi, serunding, sardine dan sebagainya.
  • Makanan di sana harganya adalah standard seperti nasi goreng yang berharga 18 Yuan, nasi dengan lauk 20 Yuan dan sebagainya.

tips-bercuti-di-china-11-768x461

4. Pakaian

  • Pakaian hendaklah selesa mengikut musim. Saya berkunjung kesana pada musim panas, pakaian yag sesuai adalah yang nipis dan tidak berlapis-lapis.
  • Diingatkan, supaya memakai kasut untuk keselesaan terutama ketika mendaki Great Wall.

5. Penginapan

  • Hostel disekitar Beijing adalah dalam lingkungan RM 50- RM 70 sekali. Boleh dikatakan agak murah.
  • Jika ingin menginap di hotel pula, julat harganya adalah dalam ligkungan RM150- RM250 untuk hotel bintang 2 dan 3.
  • Saya mencadangkan boleh tinggal di kawasan Hutong . Kawasan ini amat popular dan mudah untuk memperolehi makanan halal.
  • Pilihlah kawasan penginapan yang berdekatan dengan subway.

6. Penukaran wang

  • Di China matawang yang digunakan adalah Yuan atau RMB. Membuat penukaran di Malaysia adalah lebih murah jika dibandingkan dengan disana.
  • Saya cadangkan spot yang paling murah adalah di sekitar KL Sentral dan juga Mid Vallley.
  • Bawalah lebih sikit, mana tahu nak shopping berabis nanti.

7. Google map ( atau yang sama fungsi dengannya )

  • Jalan disekitar Beijing mempunyai banyak lorong-lorong yang kecil, jadi google map amat berguna untuk mengelakkan dari tersesat.

8. Kamus Bahasa Mandarin

  • Kebanyakkan warga Beijing kurang fasih berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Jadi, untuk mengelakkan daripada bercakap seperti ayam dan itik, eloklah download kamus yang boleh translate ke Bahasa Mandarin. Percayalah, hidup anda akan lebih mudah dengannnya.
  • Pastikan anda juga membuat senarai perkataan penting yang sudah di translate ke Bahasa Mandarin.

9. Bawa botol

  • Seperti yang kita sedia maklum, tandas di Beijing tidak mempunyai air. Botol kosong boleh digunakan untuk mengisi air sebelum ke tandas.

10. Elak scam

  • Kalau boleh elakkah dari menaiki beca, kerana ramai kena scam. Kalau nak naik sangat pastikan deal betul-betul sebelum menerima service tersebut. Banyak lagi Scam di Kota Beijing seperti scam mengurut, fotografi dah lain- lain.

11. Tambang bas dan subway

  • Di Beijing, antara pengangkutan yang utama adalah bas dan Subway. Harga bas adalag tetap sebanyak CNY 2 untuk sekali perjalanan manakala Subway adalah CNY 3- 4.

12. Kad pelajar

  • Bagi sesiapa yang bergelar pelajar, pastikan anda membawa kad pelajar bersama. Ini adalah kerana bagi sesetengah tempeh diskaun akan diberikan jika anda menunjukkan kad pelajar. Pasti berbaloi sampai ada potongan sehingga 50 %.

Fuhhhh. Jadi siapa kata tak boleh ke Beijing dengan hanya kurang dari RM 500? Ayuh, pastikan anda memasukkan Beijing didalam kalender pelancongan anda. Pendek kata, jangan lepaskan peluang untuk ke Beijing, China !

One Comment

Leave a Reply
  1. Nak ke bandaling tu ada tak cabaran lain selain terlepas keretapi dan bas?contoh masa yang sesuai..pukul berapa nak naik dan turun balik dari bandaling..tk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ITINERARI KEMBARA PADANG – MEDAN 8 HARI 7 MALAM DENGAN RM362.80

Lihat Kisah Lelaki ini Mengembara ke Tempat-Tempat Menarik Sekitar Pulau Pinang. Memang Best!