in

Itinerari 4 Hari 3 Malam Ke Sabah Dengan Bajet RM345, Siapa Kata Mustahil?

Rileks, beli tiket flight waktu promosi boleh dapat bawah RM100.

1

Sabah lagi?

Tenang anak muda tenang. Terpulang kepada anda untuk lakukan perbandingan antara itinerari yang disediakan oleh Cik Puan Sarah ini dengan Itinerari Lengkap ke Sabah Selama Empat Hari yang disediakan oleh Cik Puan Nuratiqah beberapa hari lepas. Bagi kami, kedua-duanya adalah itinerari yang lengkap dan sangat baik untuk dijadikan panduan.

Jawapan selamat kan? Biasalah. Haha!

Dah tak sabar nak baca itinerari yang disediakan oleh Cik Sarah kita ni? Fiuh, kemain eh. Tengok kos pun dah tahu, itinerari ni memang dirangka dengan sangat baik terutama buat budget traveller macam saya ni.

Okay, berhenti membebel. Go!

3

Route:

KK -> Kundasang -> Ranau -> KK

Bajet:

Ticket flight AirAsia KLIA <-> KKIA (Return): RM 160 [Tak termasuk dalam RM345]
Sewa Kereta (Viva Auto) RM 100
Minyak RM 20
Entrance Kinabalu Park RM 3
Entrance Desa Cattle Farm RM 5
Ticket Poring rm 6 (inc entrance + canopy walk )
Ticket to Island Hoping (Sapi & Mamutik) RM 28
Entrance to TAR Park RM 3
Makan RM 80
Souvenir rm 20
Hotel (4 days 3 nights) RM 80

Total Budget : RM 345 [Exclude tiket flight. Anda boleh dapatkan tiket flight <RM100]

Jumlah bajet di atas adalah jumlah yang dibahagi 3 orang. Bajet per person yang saya letak boleh jadi lagi jimat kalau korang pergi lebih dari 3 orang. Lagi cantik kalau pergi 4 orang, boleh jimat nak bayar kereta sewa, penginapan & etc. Harga flight, penginapan semua kami dah selesaikan sebelum ke Sabah. Booking online lagi murah dari walk in, saya dah tanya, memang harga walk-in lagi mahal. Harga hotel boleh cari di trivago.com

Sebenarnya sewa kereta boleh dapat rendah dari harga tu (rm300 untuk 4 hari) sebab lepas sembang dengan orang Sabah, diorang cakap boleh dapat dalam rm75/hari. Tapi sebab booking last minute itu saja lah harga paling murah yang boleh dapat.

Seafood? Seafood kat sana harga lebih kurang macam dekat Langkawi saja. Tapi still dalam harga yang murah la. Tapi seafood sana lagi sedap dari Langkawi

5

Sebab utama nak pergi Sabah sebab nak view hunting saja kot. Jadi tak adalah food hunting, takda sukan lasak(rafting etc) dan semua aktiviti yang kami lakukan hanya berkaitan bajet yang rendah atau yang tak perlukan duit.

Memandangkan masa yang agak singkat, banyak tempat yang kena cancel. Contoh, dalam plan nak pergi tip of borneo, tapi jarak KK – Kudat pun dah 3 jam lebih. Belum campur penat drive lagi. Nak teroka tasik dekat ranau pun tak sempat. Banyak jugaklah tempat yang cantik yang tak sempat tengok, so next time kena plan seminggu kalau nak discover separuh sabah saja!

Tempat tidur wajib kena try bila ke Kundasang ialah Hounun Ridge Farm. Walaupun jalan masuk dia agak gila, tapi view dia memang lawa gila and tempat tu tenang sangaatttttt. Rugi kalau tak stay situ. Awalnya plan nak camping dekat situ tapi cuaca petang tu hujan lebat dan angin kabus kuat sangat, jadi kami ambil keputusan tidur dalam bilik je malam tu. Harga bilik dengan camping pun lebih kurang. boleh lawat FB Hounun Ridge Farm kalau nak tahu pasal harga. jarak Hounun Ridge Farmstay dari Pekan Kundasang dalam 40 minit.

Tempat wajib ke kundasang nak acah2 macam kat New Zealand mestilah di Desa Dairy Farm. Make sure kalau nak pemandangan yang cantik, nampak Gunung Kinabalu clear & tak berkabus, pergi sebelum pukul 10 am dankenalah berani meredah kawasan kalau nak ambil gambar lawa. Haha!

Lepas balik dari Desa Dairy Farm, boleh singgah ke Crystal Hill. Kena berani redah semak, sebab situ korang boleh nampak view Pekan Kundasang yang sangat cantik. Nak ke Crystal Hill, dekat roundabout Pekan Kundasang ada signboard ke Crystal Hill. so make sure mata kena tajam nak cari signboard tu.

Jangan main-main. Punyalah teliti Cik Sarah kita ni, siap sediakan jadual lagi untuk anda semua merancang perjalanan dan masa ketika berada di Sabah nanti.

2

1st day :

11.30 am : Tiba di KKIA
12.15 pm : Ambil kereta sewa
1.30 pm : Makan di Kota Kinabalu
2.00 pm : Bertolak ke Kundasang
4.00 pm : Tiba di Kundasang. Terus ke Kinabalu Park
5.00 pm : Bertolak ke Hounun Ridge Farmstay. Berehat

2nd day:

7.30 am : Bergambar di sekitar Hounun Ridge Farmstay
8.30 am : Bertolak ke Desa Cattle Dairy Farm
9.00 am : Tiba di Desa Cattle Dairy Farm.
10.45 am : Bertolak ke Crystal Hill
11.10 am : Bergambar di Crystal Hill
11.45 am : Bertolak ke Poring Hot Spring, Ranau
12.30 pm : Tiba di Poring Hot Spring, Ranau
3.30 pm : Bertolak ke Kota Kinabalu
5.50 pm : Tiba di Kota Kinabalu. Check in di Promenade Service Apartment
7.30 pm : Makan seafood di Anjung Senja. Gerai no 17

6

3rd day

8.30 am : Bertolak ke Jesselton Point
9.20 am : Selesai urusan membeli tiket di Kaunter 10
9.40 am : Bertolak ke Sapi Island. Aktiviti : hiking, mandi laut
1.00 pm : Bertolak ke Mamutik Island
3.00 pm : Bertolak pulang ke Jesselton Point
3.30 pm : Check in di 7 Hung Hung Inn
5.30 pm : Bertolak ke Tanjung Aru, menikmati keindahan sunset di situ
7.00 pm : Makan malam dimsum di Fook Yuen
8.30 pm : Bersiar-siar di Pasar Filipina

4th day

10.00 am : Sarapan di Sri Latha Curry House
11.30 am : Hantar keretaa sewa di airport
12.30 pm : Bertolak pulang ke KLIA2

Accommodation:

Hounon Ridge Farmstay 013-8506463
Promenade Service Apartment +6088 260 003 / 260 888
7 Hung Hung Inn +60 88-312 626

Car Rental

0146795065
0167665905
0128438048
0138900244

Semoga itinerari yang disediakan ini membantu anda untuk mengembara ke permata Borneo! Sabah, negeri di bawah bayu yang kami rindu.

Download itinerari lengkap perjalanan ini: Itinerari 4 Hari 3 Malam Ke Sabah Dengan Bajet RM345, Siapa Kata Mustahil?

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

2 Comments

Leave a Reply

2 Pings & Trackbacks

  1. Pingback:

  2. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Untuk Melancong di Dalam Negara

Anda Cuma Perlukan RM310.80 Untuk Menikmati Indahnya Pulau Boracay. Ini Itinerari & 15 Tips ke Sana.