in ,

Itinerari 6 Hari 5 Malam ke Pulau-Pulau di Semporna. Kos: RM870!

Okay tak tipu, saya memang tengah excited.

mabul-1445218_1920

Kalau di Sabah, memang banyak lokasi yang sesuai untuk pencinta-pencinta alam. Sebut apa sahaja jenis mukabumi yang anda inginkan, daripada setinggi-tinggi Gunung Kinabalu sehinggalah ke sedalam-dalam lautan biru, semuanya ada di Sabah.

Sebelum ini, tim The Ruka pernah menerbitkan artikel berbentuk itinerari ke Sabah. Boleh baca disini:

1. Itinerari 4 Hari 3 Malam Ke Sabah Dengan Bajet RM345, Siapa Kata Mustahil?

2. Itinerari Lengkap ke Sabah Selama Empat Hari

Tetapi kedua-dua artikel ini lebih berfokus kepada Kota Kinabalu dan Kundasang. Belum pernah lagi kami terbitkan itinerari ke Semporna ni. Sebab tu hari ni terlebih eksaited bila jumpa artikel dan itinerari yang ditulis dan dirangka oleh Tuan Mohd Razali, dan telah dimuatnaik ke laman Facebook peribadinya.

Saya telah mendapatkan keizinan daripada beliau untuk menerbitkan semula artikel ini di laman The Ruka untuk berkongsi manfaat dengan anda semua. Haaa, jangan lupa kongsikan catatan ini di Facebook & Twitter dan tag rakan-rakan anda yang kaki travel tu!

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana rupa pulau-pulau sekitar Semporna dari atas, video dibawah ini akan menjawab persoalan kamu betapa cantiknya pulau-pulau di Sabah. Setiap tahun saya akan meluangkan masa beberapa hari ke pulau-pulau sekitar Sabah. Mabul, Kapalai, Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan, Timba-Timba, Maiga, Pom Pom, Mataking, Pandanan dan banyak lagi untuk dinamakan.

Islands in Semporna from Razali on Vimeo.

Memang benar apa yang kita dengar ada kalanya kepulauan Sulu & Sulawesi ini tidak selamat untuk pengunjung luar tapi saya sentiasa melihat pelancong luar & penyelam tinggal berbulan-bulan di pulau tanpa kerisauan. Penduduk tempatan tidak menghiraukan sangat tentang perkara ini kerana mereka tinggal dan bermasyarakat dengan rakyat Suluk semenjak dahulu lagi tanpa sebarang masalah. Tetapi ‘kabar angin’ orang luar & media yang membuatkan ianya nampak kurang selamat. Kami yang biasa ke Semporna tidak nampak apa-apa halangan buat pelancong untuk melawat.

Bulan April – Jun adalah masa yang terbaik untuk ke Sabah disebabkan oleh cuaca yang baik, air yang sangat tenang dan juga pesta Regatta Lepa-Lepa yang akan berlangsung pada setiap April. Bagi tahun ini 22-24 April adalah tarikh yang dipilih untuk pesta Lepa-Lepa. Sekarang bandar Semporna sangat bersih & selamat untuk dikunjungi.

Hari Pertama:

Tiba di Airport Tawau
Van ke Jeti Semporna
Boat ke Uncle Chang’s Sipadan Mabul Dive Lodge
Check in & Dinner

Hari Kedua:

Trip ke Pulau Bohey Dulang (sila bawa kasut yang sesuai untuk mendaki, kasut bertutup di hadapan) Snorkeling di Pulau Matabuan & Pulau Sibuan
Pulang ke Mabul.

butterflyfish-1430233_1920

Hari Ketiga:

Snorkeling Pulau Kapalai & Sekitar Mabul
Santai, pusing ke seluruhan pulau dan beramah mesra dengan lokal. Boleh juga ke SMART resort dan snorkeling di sekitar helipad.

Hari Ke Empat:

Snorkeling sekitar Mabul atau depan challet
Ambil boat untuk pulang ke Semporna
Bermalam di Mutiara Inn untuk 2 malam

Hari Ke Lima:

Trip ke Pulau Mataking, Pulau Pandanan & Pulau Pom Pom
Pulang ke Semporna
Makan malam di sekitar pekan Semporna. Ada banyak gerai lokal menjual makanan menarik.
Shopping buah tangan

Hari Ke Enam:

Pasar Pagi Semporna
Sarapan di kopitiam tertua di Semporna Cham Chuan Kee
Van pickup ke Airport

mabul-1445211_1280

Kos untuk 6 Hari 5 Malam:

Kos 4H3M di Uncle Chang’s Sipadan Mabul Dive Lodge
4 Pax RM600 (bilik Dorm)
3 Pax RM670 (Bilik AC)
Termasuk: Bilik, van airport, boat ke pulau, makan 3x sehari, snorkeling di Pulau Kapalai & Mabul, Trip ke Pulau Bohey Dulang, Matabuan & Sibuan (tolak RM140+/- sekiranya tak mahu ke pulau-pulau ini)
Contact: 0178351786 (Dzaquan)

Penginapan di Semporna 2 Malam: Mutiara Inn
Contact 089781610 / 0128611505
RM140 for triple room
RM70 for double room

Island Trip to Mataking, Pandanan & Pom Pom (Ada banyak lagi pulau lain yang boleh di teroka)
RM100-160 / pax bergantung jumlah yang menyertai.
Contact: 0148826170 Haziq Saharuddin

Makan: Beli sendiri ketam, lobster, sotong di pasar, boleh minta restoran atau kesekitar pekan untuk masak. Kos makan malam lebih kurang RM30/pax untuk semalam. Kalau nak cuba makanan lokal lebih jimat.

Jumlah kos lebih kurang RM870 untuk 6 hari 5 malam tidak termasuk tiket kapal terbang.

Ingin dapatkan lebih info mengenai tempat-tempat menarik untuk dilawati? Jom like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Anda Kini Boleh Memperbaharui Passport Secara Online Bermula Esok

Itinerari Lengkap 3 Hari 2 Malam ‘Overland Phuket – Hatyai’ dengan RM346!