in , , ,

Itinerari 9 Hari ke Annapurna Base Camp (Everest) Dengan RM1370. All-in!

Rasa nak beli tiket flight sekarang juga!

Annapurna Base Camp ini bukan sahaja ada dalam bucket list mereka-mereka yang minat mengembara dan mencabar diri sendiri. Mana lah tak jatuh hati, kalau dah pemandangan yang Tuhan hadiahkan itu, sangatlah cantik dan menawan. Rasa nak nangis tengok.

1

Itinerari ini telah dikongsikan oleh Tuan Syafiq Syahan di laman profil Facebook peribadinya. Saya telah meminta izin untuk menerbitkannya semula di laman The Ruka untuk bacaan dan manfaat kita semua.

Kali ini saya akan huraikan mengenai itinerary 9 hari 8 malam ke Annapurna Base Camp dengan bajet RM1500 (ALL-IN). Kos yang akan dihuraikan termasuk tiket return penerbangan dari KUL-KTM-KUL, visa, insurans perjalanan, permit mendaki, pengangkutan darat, makanan dan penginapan.

2

Untuk pengetahuan anda, ini adalah trip berdua. Jadi ada beberapa kos yang akan dibahagi dua orang seperti kos taxi dan penginapan. Selebihnya adalah kos individu. Mungkin pengangkutanan yang saya gunakan agak rare kerana saya tidak menggunakan tourist bus / penerbangan domestik dek kerana kekangan masa dan kos. Trip ini sesuai untuk anda yang suka mencuba sesuatu yang baru dan bukan jenis trip santai. Terutamanya perjalanan dari Kathmandu-Pokhara-Kathmandu. Nak tahu kenapa? Anda kena rasainya sendiri!

Hari Pertama (KL-Kathmandu-Pokhara):

3 hari pertama

Tiba di Kathmandu agak lewat pada pukul 3PM kerana flight delay. Oleh kerana visa telah dibuat di Kedutaan Nepal di KL, kami tak perlu beratur di lapangan terbang untuk mendapatkan visa-on-arrival. Terus ambil taxi menuju Nepal Tourism Board (NTB). Tibanya di NTB segera mengisi borang untuk mendapatkan permit ACAP & TIMS card. Proses mendapatkan permit mengambil masa 20 minit.

Setelah permit siap, terus kami berjalan kaki menuju Thamel Road untuk membeli/menyewa beberapa kelengkapan mendaki seperti sleeping bag, snow cap dan glove. Selesai urusan di Thamel Road, menunjukkan pukul 6PM, terus bergegas mengambil taxi ke New Bus Park.

Di New Bus Park, pergi ke kaunter tiket, katakan kepada penjual tiket hendak ke Pokhara. Bas bertolak jam 7PM dari New Bus Park Kathmandu ke Pokhara. Dijangka tiba di Pokhara pada pukul 6AM. Bermakna anda akan bermalam dalam bas. Perlu diingat, ini bukanlah tourist bus. Ini merupakan bas awam iaitu bas henti-henti yang mengangkut manusia dan juga barangan. Bas malam ini hanya ada satu sahaja waktu berangkatannya, iaitu pada pukul 7PM.

4 hari pertama

Pada yang nak merasai bagaimana rakyat mahren Nepal pulang ke kampung halaman, boleh cuba menaiki bas ini. Perlu diingatkan, ini bukanlah pengangkutan utama para pengembara di Nepal. Bahkan tidak digalakkan naik kerana bas bergerak pada waktu malam dan akan melalui lereng-lerang gunung yang curam dan bahaya.

Jika anda berhajat untuk naik bus yang lebih selesa, anda boleh menaiki bas pelancong pada keesokan paginya yang bertolak pada pukul 7AM, contohnya seperti Greenline Bus Nepal berharga $23 sehala termasuk makan tengahari. Bermakna anda perlu bermalam di Kathmandu sehingga esok hari. Bas pelancong hanya bertolak pada awal pagi. Jika anda lambat, boleh gunakan pengangkutan microbus.

Kos hari pertama:
Taxi dari Tribhuvan International Airport -NTB: Rs. 800/2 = Rs.400
Taxi dari Thamel Road – New Bus Park: Rs. 500/2 = Rs.250
Bas malam dari Kathmandu – Pokhara = Rs. 400
Lunch+Dinner: Rs.450
Jumlah ground kos hari pertama: Rs.1500

Hari ke-2 (Pokhara-Nayapul hiking ke Ghandruk):

6 hari kedua

Tiba di Pokhara pada jam 6AM, tunggu bas ke Nayapul tiba di perhentian bas. Jika anda terdengar konduktor bas menjerit “Baglung Beni! Baglung Beni!”, naik bas tersebut dan katakan pada pemandu bas untuk turunkan anda di Nayapul.

Perjalanan mengambil masa 2 jam. Setibanya di Nayapul, sarapan sebentar di gerai berhampiran dan mulakan langkah kaki menuju destinasi pertama, iaitu Ghandruk. Memulakan hiking pada jam 11AM dan tiba di Ghandruk pada jam 5PM.

5 hari kedua

Kos harian saya sepanjang trek adalah Rs.1,500/hari. Kos merangkumi makan 3X dan penginapan. Purata harga satu bilik dengan twin bed adalah Rs.300/malam.

Kos hari ke-2:
Bas dari Pokhara ke Nayapul: Rs.150
Breakfast:Rs.300
Lunch:Rs.400
Dinner: Rs.500
Penginapan di Ghandruk: Rs.300/2 = Rs: 150
Jumlah ground kos hari ke-2: Rs.1500

Hari ke-3 (Ghandruk-Chomrong-Lower Sinuwa)

8 hari ketiga

Memulakan pendakian seawal 7AM. Perjalanan dari Ghandruk menuju Lower Sinuwa mengambil masa selama 9 jam termasuk take five dan makan tengahari. Jika anda masih mempunyai masa, boleh lajak terus ke Upper Sinuwa dengan pemandangan menghadap snow capped mountains.

7 hari ketiga

Jumlah ground kos hari ke-3: Rs.1500 (Makan 3X dan penginapan)

Hari ke-4 (Lower Sinuwa – Upper Sinuwa – Bamboo – Dovan – Himalaya – Deurali)

11 hari keempat

Seeloknya mulakan hiking anda sebaik sahaja matahari mulai terbit. Kerana kita ada lebih banyak masa untuk berehat jika kepenatan. Hari ke-4 dari Lower Sinuwa anda akan melepasi beberapa pit stop iaitu Upper Sinuwa, Bamboo, Dovan, Himalaya dan juga Deurali sebagai pit stop terakhir. Pendakian yang sangat banyak diikuti dengan ribuan tangga yang akan anda daki sepanjang trek. Perjalanan mengambil masa kira-kira 9 jam.

10 hari keempat

Jumlah ground kos hari ke-4: Rs.1500 (Makan 3X dan penginapan)

Hari ke-5 (Deurali- Machapuchare Base Camp – Annapurna Base Camp)

12 hari kelima

Perjalanan hiking hari ini agak pendek iaitu cuma 4 jam dari Deurali menuju ABC. Ambillah masa anda menikmati pemandangan sekitar banjaran Himalaya yang amat menakjubkan. Usah terburu-buru untuk tiba ke ABC. Jika anda mengalami sebarang simptom AMS, berehat sejenak dan minum air secukupnya atau langsung turun ke kawasan yang lebih rendah perlahan-lahan kerana khuatir AMS yang anda alami memudaratkan anda.

13 hari kelima

Jumlah ground kos hari ke-5: Rs.1500 (Makan 3X dan penginapan)

Hari ke-6 (ABC – MBC – Deurali – Himalaya – Dovan – Bamboo – Upper Sinuwa – Lower Sinuwa)

14 hari kelima

Perjalanan kali ini lebih banyak menurun. Tetapi itu tidak bermakna laluannya mudah. Jika anda sempat sampai ke Lower Sinuwa lebih awal, anda boleh lajakkan perjalanan anda terus ke Chomrong kerana jarak dari Lower Sinuwa ke Chomrong hanya 2 jam perjalanan dan laluannya mudah.

15 hari kelima

Jumlah ground kos hari ke-6: Rs.1500 (Makan 3X dan penginapan)

Hari ke-7 (Lower Sinuwa – Chomrong – Jinhu – New Bridge – Kyumi – Sewee – Nayapul – Pokhara)

17 hari ketujuh

Memulakan perjalanan kami tepat jam dari Lower Sinuwa. Dimulakan dengan menuruni lereng-lereng bukit dan akan mula mendaki semua sebaik anda melintasi suspension bridge yang menghubungkan Lower Sinuwa dan Chomrong. Perjalanan turun naik menuju Jinhu.

Jika anda ingin menikmati kolam air panas, boleh bermalam di Jinhu. Kami berdua tidak berminat untuk berendam, maka teruskan perjalanan melalui New Bridge, Kyumi hingga ke Sewee.

Sampai di Sewee, anda ada 2 pilihan. Iaitu teruskan berjalan kaki hingga ke Nayapul, ataupun naik kenderaan yang sedia menunggu para hikers di Sewee menuju destinasi seterusnya. Jika anda bernasib baik, terdapat bas yang akan terus menghantar anda ke Pokhara hanya Rs.400.

Kerana bas tiada ketika itu, kami menaiki taxi dari Sewee menuju Nayapul, tempat permulaan hiking kami untuk mengambil barangan yang kami simpan. Taxi berharga Rs.4000 sehala. Perjalanan dari Sewee ke Nayapul mengambil masa 40 minit.

Dari Nayapul, tunggu sehingga public bus tiba. Naik public bus, menuju Pokhara. Perjalanan mengambil masa 2 jam.
Tiba di Pokhara, jalan kaki ke Lakeside, dan bermalam di sana. Kami pilih Hotel Grand Holiday, Pokhara. Harganya Rs.2730 per malam.

Kos hari ke-7:
Breakfast:Rs.300
Lunch:Rs.400
Dinner: Rs.500
Taxi dari Sewee ke Nayapul: Rs.4000/2 = Rs.2000
Bas dari Nayapul ke Pokhara: Rs.150
Hotel Grand Holiday, Pokhara: Rs.2730/2 = Rs: 1365
Jumlah ground kos hari ke-7: Rs.4715

Hari ke-8 (Pokhara – Kathmandu)

16 hari kelima

Hari untuk pulang ke Kathmandu! Kali ini mencuba pengangkutan lain iaitu microbus atau lebih dikenali sebagai van. Dari Lakeside, Pokhara berjalan kaki sehingga Srijana Chowk (kaunter tiket microbus). Perjalanan agak jauh, boleh naik taxi jika mahu.

Microbus dari Pokhara ke Kathmandu berangkat setiap 1 jam. Terdapat beberapa operator yang menyediakan perkhidmatan microbus. Perjalanan dari Pokhara ke Kathmandu mengambil masa 6-7 jam.Tiket berharga Rs.500 seorang. Untuk simpanan bagasi, dikira lain harga. Satu bagasi Rs.150. Tepat jam 4PM microbus berangkat dan tiba di Kathmandu pada jam 11PM. Naik taxi menuju Thamel Road.

Check-in Andes House. Recommended! 3 minit berjalan kaki ke restoran halal.

Kos hari ke-8:
Breakfast:Termasuk dalam penginapan
Lunch:Rs.500
Dinner: 300
Microbus dari Pokhara ke Kathmandu: Rs.500 + Rs.150 (luggage)
Taxi ke Thamel Road: Rs.700/2 = Rs.350
Andes House, Thamel: Rs.1850/2 = Rs.925
Jumlah ground kos hari ke-8: Rs.2825

Hari ke-9 (Kathmandu – Kuala Lumpur)

last

Hari terakhir di Nepal. Sarapan telah disediakan oleh Andes House. Sempat bersiar-siar di Thamel Street, membeli ole-ole dan makan tengahari buat kali terakhir di Kathmandu.

Jam 1.30PM, check-out hotel dan berangkat ke Thribuvan Internationl Airport menaiki taxi. Pesawat AirAsia berlepas jam 3PM dan tiba di KLIA2 pada jam 10.15PM.

Kos hari ke-9:
Breakfast:Termasuk dalam penginapan
Lunch:Rs.500
Taxi ke Airport: Rs.600/2 = Rs.300
Jumlah ground kos hari ke-9: Rs.800

Jumlah keseluruhan ground cost: Rs.17,240 (RM650+-) untuk 9 hari

LAIN-LAIN KOS

Tiket AirAsia KL-Kathmandu-KL = RM540 (Harga promo. Beli pada promo bulan Mac, berlepas pada akhir Disember)
Visa Nepal = RM95 (buat di Nepal Embassy, Wisma Paradise, KL)
Insurans Perjalanan (9 hari): RM85 (AIG Travel Guard – Standard)

Jumlah keseluruhan termasuk tiket penerbangan dan visa & insurans: RM 650 (Ground cost) + RM 540 (Tiket pesawat) + RM 95 (Visa) + RM85 (Insurans) = RM 1370 (all-in)

Nota Tambahan:

1) Sediakan RM200-300 sebagai wang kecemasan dan rental deposit untuk sleeping bag (jika mahu menyewa sleeping bag di Thamel Road / Pokhara)

2) Terdapat banyak jalur pendakian menuju Annapurna Base Camp. Nayapul antara point permulaan yang paling popular dan mudah diekses dengan pengangkutan awam.

3) Adalah digalakkan memperuntukkan satu hari tambahan dalam itinerary anda sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku sepanjang trek.

4) Jika anda berhasrat memasukkan Poon Hill dalam itinerary, anda memerlukan sekurang-kurangnya 11 hari untuk melengkapkan trip anda. Itinerary Annapurna Base Camp via Poon Hill adalah seperti berikut:

Annapurna Base Camp via Poon Hill

Day 1: KL-Kathmandu-Pokhara
Day 2 (hiking day): Pokhara – Nayapul – Birethanti – Thikedhunga – Ulleri
Day 3 (hiking day): Ulleri – Ghorepani
Day 4 (hiking day): Ghorepani – Poon Hill – Tadapani
Day 5 (hiking day): Tadapani – Chomrong – Lower Sinuwa
Day 6 (hiking day): Lower Sinuwa – Upper Sinuwa – Bamboo – Dovan – Himalaya – Deurali
Day 7 (hiking day): Deurali – MBC – ABC
Day 8 (hiking day): ABC – MBC – Deurali – Himalaya – Dovan – Bamboo – Lower Sinuwa
Day 9 (hiking day): Lower Sinuwa-Chomrong-Jinhu–New Bridge–Kyumi–Sewee-Pokhara
Day 10: Pokhara – Kathmandu
Day 11: Kathmandu – Kuala Lumpur

Semoga artikel ini bermanfaat untuk merangka perjalanan anda menuju Annapurna Base Camp, Nepal. Selamat mengembara!

P/s Jika anda ada cerita atau itinerari travel yang ingin dikongsikan bersama kami, boleh hantarkan artikel tersebut ke email zulfadhli.theruka@gmail.com

Baca juga : Itinerari 14 Hari ke Paris-Brussels-Amsterdam-London-Köln-Berlin. Awesome!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

MAS Umum Promosi Tambang Murah Untuk 2 Hari Bermula Sekarang!

Itinerari 11 hari 10 malam ke Korea Selatan dengan bajet RM2459. Memang best!