in

Itinerari Awesome Jakarta-Bandung-Jogja-Surabaya Selama 14 Hari

Cuma orang awesome yang baca itinerari ini.

1

Seperti yang kita tahu, Indonesia terdiri daripada ribuan pulau yang membentuk sebuah negara. Awesome kan? Selalu bila sebut pulau ni, kita cuma bayangkan beberapa pulau yang terkenal sebagai destinasi percutian, tapi pulau itu tidaklah sehingga membentuk sebauh negara, malah membentuk sebuah negeri pun jarang sekali.

Okay, tahu tak negara Indonesia ni terdiri daripada berapa banyak gugusan pulau? Tak tahu? Cian.

Indonesia terdiri daripada 17504 gugusan pulau. Ya betul. Lebih daripada tujuh belas ribu tau! Dan 5 pulau terbesar dan mempunyai jumlah penduduk paling ramai adalah kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Irian Jaya. Fiuh.

Jadi dimana kah letaknya Jakarta, Bandung, Jogja (Yogyakarta) dan Surabaya? Keempat-empat negeri ini terletak di kepulauan jawa. Maka disebabkan itu, pengembaraan tiga anak muda ini kita kelaskan sebagai trans-java. Merentas kepulauan jawa.

Fiuh.

Penat betul bercerita.

Beberapa bulan lalu, Sdr Izzat Anuar bersama dua lagi rakannya telah melakukan trip Trans-Java yang meliputi keempat-empat negeri yang kita bincangkan tadi. Pengembaraan mereka mengambil masa 14 hari merentasi hampir 1000KM perjalanan darat. Awesome kan?

Sebab itu lah saya ‘paksa’ dia untuk kongsikan itinerarinya disini. Jadi ramai orang yang boleh dapat manfaat. Kan?

Ok dah, sekarang giliran Sdr Izzat pula.

Sebelum tu, layan dulu video ini…

Keliling Pulau Jawa dari barat ke timur.

Saya akan kongsikan serba sedikit tentang kembara kami selama 2 minggu baru-baru ini. Kami takdelah expert sangat pasal travelling ni(budak-budak hingusan laa katakan) tapi mungkin dengan maklumat yang saya kongsikan ni dapat boleh jadi guide korang kalau nak conquer Pulau Jawa..

Kami memang dah ready semuanya (itinerary, estimated budget, expectations) sebulan sebelum kembara kami. Semangat kan? HAHA.

Tiket dah “terbeli” bulan 12 haritu. Tak sengaja pun beli. HAHAHAHA. Turun di Jakarta, pulang dari Surabaya. RM140 only.

7

Kami travel dalam kumpulan yang kecil seramai 3 orang (Roommates rumah sewa).

Itinerari kami sepanjang Kembara kami :

Day 1 :

– Arrive in Jakarta.
– Check in penginapan
– Taman Mini Indonesia Indah
– Masjid Istiqlal
– Monumen Nasional(MoNas)

Day 2 :

– Kota Lama Jakarta
– Pasar Taman Puring(Pasar Kasut)

Day 3 :

– Bas dari Jakarta ke Bandung
– Check in guesthouse
– Rumah Mode Outlet
– Stesen Keretapi Bandung(beli tiket train ke Jogjakarta)
– Cihampelas Walk

3

Day 4 :

– Ke Ciwidey(35km dari Bandung)
– Situ Patengan
– Ladang Teh
– Kawah Putih

4

Day 5 :

– Ke Lembang(15km dari Bandung)
– Farmhouse
– Tahu Tauhid
– De’ Ranch
– Floating Market

Day 6 :

– Alun-alun Bandung
– Masjid Agung Bandung
– Pasar Baru
– Jalan Dago(factory outlets)

6

Day 7 :

– Train dari Bandung ke Jogjakarta
– 8 jam atas train menikmati pemandangan Pulau Jawa
– Check in hostel
– Malioboro Street
– Alun-alun Kidul

Day 8 :

– Sunrise at Punthuk Setumbu
– Candi Borobudur
– Candi Prambanan
– Goa Pindul(Cave Tubing)

8

Day 9 :

– Kalibiru National Park
– Pantai Goa Cemara
– Pantai Parangtritis
– Sandboarding at Parangtritis

Day 10 :

– Taman Sari Water Castle
– Kraton
– Malioboro Street
– Night train dari Jogjakarta ke Surabaya

Day 11 :

– Arrive in Surabaya
– Ke Probolinggo
– Water Rafting at Songa River
– Check in hotel at Bromo

6

Day 12 :

– Sunrise at Mount Penanjakan(Stunning!)
– Mount Bromo
– Ke Bondowoso
– Pantai Pasir Putih
– Check in hotel at Bondowoso

9

Day 13 :

– Kawah Ijen(Blue Fire + Sunrise)
– Ke Surabaya
– Check in hotel

Day 14 :

– Packing
– Dah malas nak jalan-jalan. HAHAHA
– Ke airport
– Pulang ke Malaysia!

11

Basic Itinerari dah saya kongsikan. Sekarang, Bajet pulak ye kawan-kawan.

Semasa kami di sana, rate rupiah berbanding RM ialah (1,000,000 rupiah = RM305-RM310)

Hotel/Hostel/Guesthouse semua book guna Booking.com. Kami backpacking, so kami cari yang murah-murah, luar sikit dari city centre.

Jawa Timur pula, kami research before travel. Memang disarankan untuk ambil guide sebab nak sampai ke destinasi di Jawa Timur ni sangatlah payah (jalan sangat kecil) dan jauh-jauh semuanya. Kami ambil tour untuk 3 hari 2 malam dari Surabaya. So, Jawa Timur memakan kos separuh daripada total budget kami. Walaupun mahal sikit, tapi sumpah berbaloi. Best sangattt!

5

Bajet:

Jakarta (2 hari 2 malam) :

Hari pertama memang noob sikit. Baca dekat internet, harga teksi takdelah mahal sangat. Tapi sebaliknya. So, hari pertama agak lari bajet sebab ternaik beberapa teksi.

Hari kedua dah ambil pengajaran. So dah research betul-betul. Kami naik public transport. Murah pun murah.

Accommodation : rp200,000/pax (= RM60/pax)
Transport : rp230,000/pax (=RM70/pax)
Makan/Minum/Snacks : rp100,000/pax (= RM30/pax)
Tiket : rp20,000/pax (=RM6/pax)
Bas (Jakarta ke Bandung) : rp75,000/pax (=RM25/pax)

Total : Rp625,000/pax (=RM190/pax)

13413752_1225651914141852_6921422961256397467_n

Bandung (4 hari 4 malam) :

Accommodation : rp240,000/pax (=RM77/pax)
Transport: rp290,000/pax (=RM94/pax)
Makan/Minum/Snacks : rp130,000/pax (=RM42/pax)
Tiket : rp80,000/pax (=RM26/pax)
Train(Bandung ke Jogjakarta) : rp365,000/pax (=RM118/pax)

Total : Rp1,105,000/pax (=RM355/pax)

Jogjakarta(4 hari 3 malam) :

Accomodation : rp150,000/pax (=RM48/pax)
Transport : rp120,000/pax (=RM38/pax)
Car + Driver (2 hari) : rp390,000/pax (=RM125/pax)
Makan/Minum/Snacks : rp170,000/pax (=RM55/pax)
Tiket : rp440,000/pax (=RM142/pax)
Train(Jogjakarta ke Surabaya) : rp175,000/pax (=RM57/pax)

Total : Rp1,445,000/pax (=RM465/pax)

10

 

Jawa Timur (4 hari 3 malam) :

Pakej Jawa Timur(all-in) : rp3,300,000/pax (=RM1070/pax)
Accomodation (Surabaya 1 night) : rp100,000/pax (=RM30/pax)
Transport : rp35,000/pax (=RM11/pax)

Total : Rp3,343,500/pax (=RM1111/pax)

Total cost : Rp 625,000/pax (=RM190/pax) + Rp 1,105,000/pax (=RM355/pax) + Rp 1,445,000/pax (=RM465/pax) + Rp 3,343,500/pax (=RM1111/pax)

= Rp 6,518,500/pax (=RM2120/pax)

All-in + Flight Ticket = RM2260/pax (14 hari)

Selamat Berjalan-jalan guyssss!

Kalau nak cari Sdr Izzat di media sosial, boleh cari ni:

FACEBOOK : Izzat Anuar
INSTAGRAM : izzat_anuar
Twitter : Ixxat_Anuar

 

2 Comments

Leave a Reply
  1. jap, bro

    RM 305-310 tu bersamaan dgn 100,000 rp atau satu juta rp. sebab waktu saya pergi indonesia dulu2, Rm 300++ equal tu 1 juta rp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari Ringkas 4 Hari 3 Malam ke Yogyakarta Dengan Bajet RM371

Itinerari Lengkap 3 Hari 2 Malam ke Koh Lipe – Hat Yai dengan Bajet Serendah RM403