in

Anda Cuma Perlukan RM310.80 Untuk Menikmati Indahnya Pulau Boracay. Ini Itinerari & 15 Tips ke Sana.

Exclude tiket flight sebab beli waktu promosi XD

1

Ramai yang bercita-cita ke Pulau Boracay. Tahu kenapa?

Tak tahu? Cian. Tak mengapa, biar saya bagitahu. Lepas tu, anda bagitahu kawan-kawan anda. Lepas tu, kawan-kawan anda bagitahu kawan-kawan mereka. Lepas tu, kawan-kawan-kawan-kawan bagitahu kawan-kawan-kawan-kawan-kawan-kawan. K, berhenti!

Boracay adalah salah sebuah daripada ratusan pulau yang wujud di Filipina. Pulau ini terletak sejauh kira-kira 315 KM dari Manila. Pada tahun 1990, Boracay telah dipilih sebagai salah satu pantai terbaik di dunia oleh BMW Tropical Beach Handbook. Pulau ini juga dipilih oleh TV Quick sebagai pantai tropis terbaik di dunia pada tahun 1996.

Haa, bukan calang-calang tau. Pulau Boracay ni telah mendapat pengiktirafan antarabangsa sebelum wujudnya Facebook lagi. Haha!

Disebabkan itu, harga yang perlu dibayar untuk menikmati keindahan pulau itu mestilah mahal kan? Pftt, siapa kata?

Cik Annira telah membuktikan sebaliknya. Cik Annira bersama beberapa orang rakannya telah mengembara ke salah satu pulau terbaik dunia dengan cuma berbekalkan RM310.80. Tak percaya? Pftt, baca itinerari yang telah dirangkanya ini. Memang terbaik.

2

Hari Pertama:

Bertolak dari KUL jam 10.35AM dan tiba di Kalibo jam 2.35PM.

Perbelanjaan pengangkutan dari Kalibo ke Boracay:

– Van ( Airport-Jetty Caticlan) 100p
– Boat ( Jetty-Pulau Boracay) 25p
– Tricycle ( Jetty Boracay-Hostel) 125p/4orang 31.25p seorang
– Environmental Fee 75p
– Terminal Fee 100p

Berjalan sekitar Pantai,D’mall dan D’talipapa.

-Tricycle ( D’talipapa-hostel) sebab dah tak larat nak jalan kaki balik. 100p/4orang 25p seorang

Hari Kedua:

Island Hoping (5-6jam):
Crystal Cove
Snorkeling
Crocodile Island
Puka Beach
Magic Cliff
Free and easy (berendam)

– Sewa private boat 1800p/4= 450p seorang
Entrance fee Crystal Cove 200p
– Helmet Diving 600p (tak buat)
Sunset viewing

3

Hari Ketiga:

Mount Luho
Sunset Sailing
Seafood Hunting
Berenang di pantai

– Tricycle dari hostel ke Mount Luho 300p/4 = 75p ( return)
Entrance Fee Mount Luho 120p
– Sunset Sailing 200p
Seafood hunting ( udang harimau mentah 1Kg 400p/4 = 100p seorang. Balik masak sendiri.
– Eggs and oil 80p/4 = 20p seorang

Hari Keempat:

Check out hostel jam 9am
Bergambar tepi pantai sekejap
Flight balik dari Kalibo jam 3.05PM dan selamat tiba di Malaysia jam 6.25PM

– Tricycle ( hostel-jetty) 125p/4 =31.50p
– Boat ( Pulau Boracay-Caticlan Jetty) 25p
– Terminal Fee 100p
– Van ( Jetty-Airport) 130p
– Airport tax 700p

4

Lain-lain expenses:

Ticket AA promo KUL-KALIBO RM150 return
Hostel RM270/4orang RM67.50 (4H3M)
Souvenier Boracay Plate 150p
Fridge Magnet 40pesoX2 80p

Total tix dan hostel = RM217.50
Total perbelanjaan di Boracay = 2,737.25 peso ( lebih kurang RM 233.83)

Total (exclude tiket) : RM310.80

Grand Total (+-RM450-500)

5

Review dan tips:

1- Sebutan boracay ialah ‘borakhai’ bukan borakei hehehe. Tiada perbezaan waktu diantara Boracay dan Malaysia cumanya Boracay jam 5.30pm macam tu dah mula gelap dan jam 6AM dah cerah secerah-cerahnya.

2- Perlu diingatkan ini adalah trip yang sangat last minit dan tiket yang aku dapat pun aku book dua minggu sebelum hari kejadian. Jadi ini adalah trip yang sangat bajet untuk orang yang tak berapa nak mampu macam aku. Heheh. Ada beberapa aktiviti yang tak dapat dibuat disebabkan masa limited jadi itu juga salah satu kenapa perbelanjaan aku di Boracay agak rendah. Semakin banyak aktiviti yang korang nak buat, semakin bertambah perbelanjaan korang. Geddit?

3- Pergi Boracay at least 4 hari 3 malam sebab dua hari je dah diperuntukkan untuk perjalanan pergi dan balik dari Kalibo Airport ke Boracay. Perjalanan dari Malaysia ke Kalibo lebih kurang 4 jam manakala perjalanan dari airport ke jetty lebih kurang 2 jam setengah. Dan dari jetty perlu naik boat untuk ke Pulau Boracay lebih kurang 20 minit macam tu.

6

4- Kos van dari Kalibo ke Jetty lebih kurang 250p seorang untuk pakej van dan juga tiket boat. Tapi kami dapat harga 100p seorang untuk van dan tiket boat ke Pulau Boracay kami beli sendiri dengan harga 25p je. So situ dah jimat hampir 125p ok. Jadi rajin2 mulut menawar. Tak perlu book awal sebab kalau korang keluar je aiport, memang melambak dah ada van tunggu dan korang tinggal pilih je yang mana satu idaman kalbu.

Make sure allocate siap-siap duit untuk fees lain seperti:

– Enviromental fee: 75peso ( bayar sekali sahaja masa nak naik boat ke Pulau Boracay)
– Terminal fee: 100peso ( ini kena bayar waktu pergi ke Pulau Boracay dan juga masa nak keluar dari Pulau Boracay. Bayar di Jetty Caticlan masa datang dan bayar di Jetty Boracay masa nak balik. Jadi allocate 200peso untuk terminal fee)
– Airport tax: 700peso ( Bayar masa nak balik dekat airport)

5- Pulau Boracay terbahagi kepada tiga Station iaitu Station 1,2 dan 3. Kalau nak honeymoon atau nak privacy boleh pilih station 1 sebab situ majoriti hotel mahal belaka dan dekat dengan pantai. Kalau nak enjoy nightlife (fire show, etc) boleh stay station 2 dan kedai-kedai majoriti terletak di station dua. Dari station 2 ke station 1 perlu jalan lebih kurang 20 minit kalau jalan melenggang kangkung dan bak itik pulang petang. Kalau korang jenis suka pergi mana-mana dengan hanya berjalan kaki, boleh stay station 3 and majoriti hostel situ agak murah. Cuma jauh sikit nak berjalan ke pantai.

6- Hostel kami dapat dekat area Station 1 dimana kitorang rasa itu rezeki lah sebab hanya RM270 untuk 3 malam memandangkan Station 1 majoriti hotel yang untuk high class punya sebab lokasi sangat strategik dan dekat dengan pantai. Setelah dibahagi 4 orang, seorang hanya perlu membayar lebih kurang RM67 untuk 3 malam. Berbaloi! TETAPI kalau korang jenis yang nak kena tidur hotel berpenghawa dingin dan dengan tilam yang sangat empuk, hostel ini adalah sangat tak sesuai dengan kalian. Kecuali korang jenis tak kisah kalau dapat hostel apa2 asalkan boleh dibuat tidur. Ok?

Lima minit sahaja berjalan kaki dan hanya perlu cross jalan je untuk ke pantai .

Nama Hostel: Dormitals. Ph Boracay, Balabag Malay, Aklan, Boracay.

7

7- Makanan kami bawa sendiri dari Malaysia sebab harga makanan di Boracay boleh tahan mahal juga. Melainkan korang memang jenis food hunting punya orang yang tak kisah nak spend duit untuk makanan.

Boleh bawak beras, paste kering, rice cooker elektrik and dapur elektrik yang untuk travel. Semua barang lepas untuk hand carry.

Kalau teringin seafood, boleh pergi beli dekat pasar dalam D’talipapa dan pilih sahaja seafood yang korang nak. Kalau malas nak masak sendiri, ada servis restoran tolong masakkan. Beli dan suruh restoran masakkan (bayar).

Kami dapat tawar beli udang harimau sekilo 400p bahagi 4 orang, sorang bayar 100p je. Berbaloi-baloi dan masak sendiri heheh.

8- Konsep pengangkutan Boracay adalah lagi ramai geng korang lagi jimat kos korang sebab kos pengangkutan boleh dibahagi dengan seberapa ramai orang dalam group korang.

9- Setiap tricycle dia cas 100-150p untuk sekali jalan. Dalam boleh sumbat hingga 4 orang. Jadi kalau sebiji tricycle korang naik 4 orang, so bahagi je 100p dengan 4 ok? Tapi ada je aku tengok dia sumbat sampai 5-6 orang, tapi memandangkan badan kitorang semua agak2 gebu, so 4 should be ok. Itu pun aku dah rasa macam dah nak semput tricycle tu bawak kitorg kahkahkah.

10- Untuk Island Hoping, majoriti harga yang ditawarkan adalah 800p untuk 6 jam beserta makan ( tapi korang boleh makan buah, seafood and minum air je sebab kebanyakan makanan tak halal) dan entrance fee untuk Crystal Cove untuk seorang, tapi kalau korang memang pakar dan handal bab tawar menawar boleh dapat serendah 600p. Kalau korang datang dalam group yang ramai, aku cadangkan korang request private boat yang kosnya hanyalah 2000-2500p tanpa makan ( bawa makanan sendiri) dan entrance fee untuk sebuah boat dan korang bahagi lah berapa ramai geng korang tu.

8

11- Sila pergi ke Puka Beach. Sumpah cantikkkk sangat. Pasir halus, pemandangan memang tak tergambar dengan kata-kata. Tapi berat sikit lah mata aku memandang orang-orang yang mandi dekat sana sebab pakaiannya memang sopan belaka. Haha! Kalau korang sewa private boat untuk Island Hoping boleh request terus ke Puka Beach.

12- Untuk pergi ke Mount Luho, boleh sewa tricycle sekitar 150p untuk satu tricycle dan entrance fee adalah 120p seorang. Wajib pergi, sebab kalau dah sampai Boracay tapi tak ke Mount Luho umpama makan KFC tapi tak makan ayam goreng dia. Tak lengkap beb. Kemain dia punya simili!

13- Antara aktiviti yang korang boleh buat sepanjang di Boracay adalah:

– Crystal Cove (200p kalau amik pakej Island Hoping dia dah include sekali melainkan korang ambil private boat kena bayar sendiri). Sila masuk dalam rugi kalau tak masuk sebab cantik sangat!

– Sunset Sailing (200-250p). Kalau nak tengok sunset aku cadangkan naik sekitar jam 6:00PM ke atas baru boleh tengok jelas sunset tu. Masa kami naik haritu sedikit kecewa sebab naik jam 5:30pm tapi matahari masih tak turun-turun.

– Helmet Diving (500-700p). Kalau korang jenis yang biasa dive aku tak cadangkan buat benda nie sebab dia lebih kurang macam fish feeding je. Aku tak buat sebab baru lepas buat snorkeling so macam tak berbaloi. Kalau korang nak try, dipersilakan.

– Magic Cliff Jumping (150p). Kalau nak rasa terjun dari cliff dipersilakan. Aku tak buat sebab gayat tinggi kahkah.

– Zipline (600-700p) dan tricycle untuk ke point zipline (120-150p). Lebih kurang macam flying fox and korang boleh buat posisi terbang macam superman atau duduk. Aku tak naik sebab dikhuatiri pengsan dan tak sedarkan diri semasa terbang ultraman di tengah jalan. Like I told you before, Mak gayat tinggi,nak. Haha! Lepas tu pemandangan macam tak berapa cantik sebab laluan dia merentas hutan pokok2 so nampak pokok2 je. Lainlah kalau dia rentas antara pulau ke pulau so laluan dia di tengah laut mungkin lebih cantik. Pendapat aku jela untuk sedapkan hati. Mungkin mereka yang minat dan buat aktiviti ni rasa seronok. Terpulang pada diri ok?

Ok macam-macam lah aktiviti yang korang boleh buat dan yang penting, kepakaran menawar harga sangatlah diperlukan untuk setiap aktiviti. Heh!

14- Untuk cenderahati pula, dicadangkan beli di D’talipapa lebih murah dari D’mall. Lokasi tempat ni dekat Station 2 dan 3 and agak jauh sikitlah dari Station 1. Kalau tak larat boleh je naik tricycle, tapi memandangkan aku nak exercise so jalan kaki sahaja lah. Ceh!

Para penjual semua baik-baik dan korang boleh tawar-menawar. Kalau tak jadi beli pun takpe, diorang tak marah. Aku tengok orang-orang Boracay ni baik-baik semuanya. Yang tak boleh blah, tiap kali nampak orang Malaysia lagi-lagi perempuan pakai tudung mesti dia jerit dari jauh ‘sama-sama’. Hahahaha! Aku pun tak faham motif perkataan ‘sama-sama’ tu. Ada yang tu bagi salam siap belakang ada takbir ‘Allahuakbar’ siap. Sumpah lawak orang-orang sana.

15- Boracay terkenal dengan fruitshake dia. Yang paling famous kedai Jonah’s Fruitshake. Memang sedap gila tapi mahal sikit lah. Ada je kedai lain jual fruitshake boleh la kalau korg nak try. Yang penting kena cuba! Wajib tau sebab sebab hampir setiap hari aku balun sebotol dua.

Memang serius terbaik dan lengkap itinerari dan tips yang diberikan ini. Tinggal untuk anda manfaatkannya sahaja! Apa lagi tunggu? Carilah tiket sekarang!

Download itinerari dan 15 tips ini disini: Itinerari & 15 Tips ke Pulau Boracay.

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari 4 Hari 3 Malam Ke Sabah Dengan Bajet RM345, Siapa Kata Mustahil?

Pemuda Ini Diberi Peluang Merakam Perjalanan Keretapi Yang Sedang Bergerak. Awesome!