in , , ,

Itinerari dan Tips Lengkap ke Bandung, syurga kain Nusantara. Sambil bercuti, sambil membeli-belah!

Semoga kaki-kaki shopping dapat menahan nafsu bila datang ke bandung. haha!

bandung-001

Bandung adalah syurga kaki shopping. Sebut tempat shopping kain murah, mesti orang akan cakap bandung, indonesia. Walaupun ada tempat lain di nusantara ini yang mungkin lebih banyak pilihan kain atau lebih murah harganya, Bandung tetap menjadi leader untuk tempat pelancong yang nak shopping pelbagai jenis kain.

Bandung juga terkenal dengan tempat-tempat yang indah dan unik seperti kawah putih. Cuma di bandung lebih terkenal dengan pusat membeli belah walaupun di sana ada pelbagai pulau dan tempat tarikan pelancong. Antara tempat shopping yang paling top adalah “paris van java”.

Ramai yang merancang nak ke bandung untuk shopping tapi tak tahu berapa jumlah wang nak kena ada, di mana tempat power untuk shopping, tempat best untuk makan. Kan?

Haa, ini kami bawakan itinerari dan cerita lengkap ke bandung yg kami dapatkan dari Cik Nuradilla baharudin. Banyak yang dia kongsi ni. Memang boleh pergi terus lepas baca ni. hehe

Jom baca! *Kalau nak download itinerari ni boleh baca sampai habis. Ada link download di bahagian bawah.*

blogger-image--36034710

Hari pertama

-Flight ke Bandung jam 6.40 pagi tapi jam 5.00 pagi kami dah tercegat di KLIA2. KLIA2 tu besar jadi kami putuskan pukul 6 tu dah kena gerak masuk sebab perjalanan nak ke gate tu jauh.

Flight makan masa 2 jam perjalanan. Kami sampai di Husein Sastranegara International Airport Bandung around 9.30 pagi waktu Indonesia.

Selepas touch down, memang diwajibkanlah untuk isi borang arrival dan declaration. Sila bawa pen yer.

Keluar je dari airport melilau cari supir. Nak call pun tak boleh sebab tak buat roaming and simcard sana pun beli lagi. Then one of our member offer his phone dan call Ayung. Ayung kata kawan dia yang akan pick up kitorang. Settle mention tempat tunggu semua supir sampai.

Simcard

Aku ambil kad Simpati dengan harga selepas ditawar IDR60,000. Aku still rasa mahal sebab time aku buat research dulu ada yang dapat lagi murah. Kebetulan bulan depan nak pergi Bali pula jadi aku boleh guna lagi simkad tu. Jimat jugalah.

Pasar Baru

Plan asal untuk ke Lembang first day kene tukar sebab flight delay. Aku Tanya pendapat supir, Yudha and dia suggest bawa kitorang pergi Pasar Baru terus. Tepuk dahi aku mengenangkan bakal habis duit hari pertama sampai. Haish.

Well, bila sampai Pasar Baru masing masing blur sebab dalam otak dah set yang shopping bukan hari pertama. Tapi, once dah sampai kedai dia bawa ambek kau, rambang mata. Dekat sana, ada sorang lagi tukang bawa pusing pasar nama Boyan. Memang mak aku ada pesan kain lace, alang alang dah sampai apa lagi borong la kan. Lama juga la kitorang berkampung dekat kedai tu. Yelah, habis semua kain lace aku minta dia keluarkan dan padankan dengan pelbagai warna.

At last aku ambil Prada Lace warna grey 12 meter. Sesi tawar manawar aku serahkan dekat Kamarul since dia ada potensi yang tinggi bab-bab menawar ni. Dapat harga terbaik, bayar and bergerak ke next kedai.

Si Atie nak cari songket dan  kain pasang, so Boy nie bawa kami pergi satu kedai ni owner dia macam muka si Jep Sepahtu. Haha. Dekat sini juga Kamarul, Subra borong kain pelikat and batik. Atie pula borong kain sulam. Settle dekat situ gerak pergi Lantai bawah cari baju tshirt murah murah untuk dibawa balik Malaysia. Pasar Baru done!

blogger-image--1375693252 blogger-image--1728535493

Lunch – Ayam Penyet

Tengok jam dah pukul 2 lebih dan perut dah berbunyi tambah pula hujan, lapar la. Supir kitorang Yudha bawa kitorang makan dekat Ayam Penyet. Mak aih, sambal dia pedas gila. Rasa nak menangis je makan.

Check-In

After makan kitorang cakap dekat supir nak gerak pergi Guesthouse terus sebab risau nanti dia let go bilik kitorang kalau kitorang tak muncul. Sampai guesthouse hujan lebat. Settle check in, minta supir tunggu sampai pukul 6 petang. Dapatlah rehat sekejap dekat bilik. Malamnya macam tak tahu nak pergi mana so Kamarul decide pergi Paris Van Java (PVJ) untuk dinner.

Rumah Mode

Sebelum pergi ke PVJ, si Yudha bawa kitorang memborong dekat Rumah Mode dulu. Masa banyak dia kata.

Di Rumah Mode.
Di Rumah Mode.

Dinner – Richeese Factory

Kitorang dinner dekat Richeese Factory PVJ. Habis makan, masa ada banyak lagi memusinglah kitorang dalam PVJ tu. Masuk Carefour beli jajan nak makan kot lapar tengah malam.

Dalam pukul 10 malam kitorang gerak balik Guesthouse. Selesailah hari pertama kitorang di Bandung.

Perbelanjaan Hari Pertama :

Simcard Simpati  =  IDR 60,000 /  RM19

Kain Lace 12m  =  IDR 2,100,000 /  RM664

Lunch Ayam Penyet  =  IDR 25,000 /  RM8

Dinner Richeese  =  IDR 30,000 /  RM10

Belanja Carefour  =  IDR 19,000 /  RM6

Total = IDR 2,234,000 /  RM706

Hari Kedua

Disebabkan dekat sana pukul 5 lebih pun dah nak cerah so memang senang nak bangun lah. Pukul 7pagi tu dah mencanak matahari naik.. So harini akan pergi ke Kawah Putih.

Janji dengan Yudha pukul 8.15 pagi tapi biasalah bila travel dengan tiga jejaka. Kalau tak lambat tu tak sah. Silap juga kejut diorang lambat. Tunggu selesai breakfast semua sekitar jam 9 pagi baru gerak ke Kawah Putih. Sekerat jalan teringat tertinggal mask dekat guesthouse. Sia-sia bawa mask dari Malaysia sikit punya banyak sekali tertinggal*pffttt*.

Kawah Putih

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan macam nak naik Cameron guna laluan Tapah. Entrance masuk semua nanti aku letak hujung entri okay. Sampai sana ada orang jual mask tapi aku tak bagi diorang beli. Aku suruh tahan jelah bau sulphur tu. Turun je ke kawasan Kawah tu tak kuat mana pun baunya. Asap je lebih baunya tiada sangat pun. Boleh je melepak lama dekat sana. Kitorang stay sana sampailah pukul 1 petang. Selesai bergambar, turun bawah dan Yudha belanja kitorang minum Jus Strawberry. Sedap!

blogger-image--768559645

Lunch – Saung Andir

Turun tu supir singgah Restoran Saung Andir untuk lunch. Disini sikit salah faham terjadi. Yelah, first time datang Bandung dan tak tahu sistem diorang makan macam mana. Sikit punya syok order, sekali datang makanan ambik kau, banyak gila. Jenuh nak habiskan. So, ini adalah pengajaran buat kami. Makanan dia masih lagi boleh diterima tekak kami semua. Oh menu kitorang haritu untuk lunch adalah Ayam Brengsek*pedas*, Ayam Masak Mentega*macam ayam madu*, Tauhu Goreng, Telur Dadar dan Air Suam*jaga kesihatan ;p*. Semua sudah kenyang bolehlah bergerak pulang ke Bandar.

Rumah Kain

Inilah paling heaven. Pilih kain macam tiada hari esok. Punya banyak kain pasang yang murah murah. Rasa macam nak borong semua sekali. Asalnya terlupa ada masukkan dalam itinerary tapi bila Yudha park kereta dekat kawasan rumah aku dah pelik. Then baru dia cakap sinilah tempat jual kain yang boleh dapat RM35/sepasang. Aku apa lagi turun dan pilihlah. Dapatlah rembat 5 pasang. Pastu menangis tengok duit makin sikit.

Cibaduyut

Sampai sini pun dah nak dekat maghrib. Yelah, 2 jam pula kan perjalanan balik. Dekat sini aku tak beli apa-apa cuma Atie adalah beli Jacket dua helai. Then bergerak pergi deret-deret kedai dekat luar tu and Subra rembat Beg Silang untuk koleksi dia. Tak teringat nak ambil gambar time ni sebab busy menawar. Lagipun time nak cepat sebab nak ke Toko 3 seba kedai tu tutup kul 8 malam.

Toko3

Sampai sini dah pukul 7 lebih. Tujuan datang sini nak cari tshirt superhero. Tapi terborong tshirt lain sekali. Sempat juga aku grab 3 helai baju superhero dekat anak buah aku kat rumah tu. Malas nak tengok diorang bergaduh aku belikan je semua sama pattern, sama warna. Selesai. Lama sangat shopping dekat sini sampai orang tutup kedai la. Kahkah.

Dinner – The Stone Café

Dinner pula kitorang decide nak pergi ke The Stone Café. Restoran tu memang ada dalam list itinerary aku, so kitorang bincang dengan Yudha and dia kata okay proceed. Café nie dekat atas bukit sikit. Sejuk woi. Sampai sana Yudha suruh sebut nama meja dan waiter tu terus bawa kitorang ke meja tu. Duduk bersila okay. Lunch tadi pun makan bersila juga. Cuma kali ni siap bantal dia bagi. Memang sandar baik punya la. Duduk dekat dengan tingkap pula. Awesome gila view. Dahla ada live band.

Dekat sini jumpa satu family ni dari Malaysia juga. Diorang pun datang semalam tapi petang. Diorang cerita lama gila diorang kene tunggu sebelum dapat touch down since semalam hujan lebat sangat so kapal tak boleh nak landing. Diorang kata kalau lambat sikit alamatnya diorang kene pergi mendarat dekat Jakarta. Fuh, mujurlah kitorang flight pagi takde masalah cuma delay sejam je itupun sebab cuaca juga. Dahlah yang follow ni ada dua orang yang baru first time naik flight. Gerun hoi.

Sini aku share makanan dengan Atie je. Aku adalah snap gambar menu tapi banyak sangat. Aku letak mana yang penting sajalah okay. After makan, duduk lepak sekejap bagi perut rileks. Dalam pukul 10 lebih camtu baru gerak. Sebelum tu minta waiter tu tolong ambilkan gambar kitorang berlima 😀

Perbelanjaan Hari Kedua :

Kawah Putih  =  IDR 80,000 /  RM25

Lunch Saung Andir  =  IDR 60,000 /  RM19

Rumah Kain  =  IDR 610,000 /  RM193

Toko 3  =  IDR 495,930 /  RM157

Dinner The Stone Cafe  =  IDR 60,000 /  RM19

Total = IDR 1,305,930 /  RM413

Hari ketiga

Let’s continue our journey di hari ketiga. Oh harini semua awal tapi Yudha pula lambat. Pergi isi minyak rasanya sebab semalam sebelum balik guesthouse pergi semua stesen minyak, minyak premium habis. So maybe dia pergi isi minyak dulu sebelum ambil kitorang.

Lagipun ni last day kitorang dengan Yudha since esoknya dia ada guest dari Singapore seramai 15 orang untuk diguide. Hari ni kita akan pergi ke Lembang okay. Untuk pengetahuan semua, kitorang skip Tangkuban Perahu sebab ramai komen harga dia dah mencanak naik sekarang dan macam tak berbaloi. Lagipun semalam dah pergi Kawah Putih so tak perlu repeat tempat yang lebih kurang sama.

Sari Ater Hotspring

Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam termasuk jalan jem. Biasalah Bandung terkenal dengan macetnya. Belum pergi Jakarta lagi.

Sampai hotspring ada guide tolong bawakkan kitorang ke kawasan untuk mandi. Actually dekat sini ada open space and private space. Private space ni korang kena tambah lagi duit sebanyak IDR45K. kitorang malas nak membazir so just lepak dekat open space je. Lagipun aku memang taknak berendam pun. Just nak celup celup kaki je. Hiks.

blogger-image--1605394752

Si jejaka jejaka ni je yang pulun berendam. Siap berurut lagi. Dekat sini suhu air dia mak aih tak tahulah berapa. Panas sungguh. Nama pun dari sumber semulajadi kan. Air dia ada bau sikit sebab bau dari belerang. Air dia lagi panas dari aku pergi Hotspring Tambun haritu. Angkat angkat kaki merah menyala kaki aku -.-“.

Dari satu kawasan ke satu kawasan kitorang menjelajah. Lama juga duduk dekat dalam ni. Sampai dah rasa bosan sangat, pergi changing room, mandi salin baju bagai kemudian keluar. Perut pun dah menyanyi lagu dangdut.

Floating Market

Kitorang memang buang tebiat, tengah hari terik pergi ke Floating Market.

Sampai sana memang panas sangat sangat. Kebetulan sunnies aku patah time dekat Kawah Putih haritu. Spoil betul nak kena tahan mata dari matahari. Jalan pusing dekat situ sambil stop bergambar.

Dekat Floating Market ni banyak tempat cantik untuk bergambar. So kalau nak datang sila pastikan battery camera or handphone discharge penuh okay. Jangan lupa powerbank sekali. Penat pusing pusing kitorang lepak makan.

Tukar dulu token since sini urusan jual beli menggunakan token. Niat nak makan pisang cheese tapi orang tu tak buka so beli fries je sebab nak habiskan token 10K yang ada tu. Then, Dinesh beli sate kelinci (arnab). Boleh tahan sedap juga*padahal aku rasa macam sate biasa je*. Tak makan banyak pun sebab nak lunch dekat Kampung Daun nanti. Kena simpan perut la. On the way nak balik tu, pergi tukar tiket tu ke secawan air.

blogger-image-1657548089

 Lunch – Kampung Daun

Tempat dia serius cantik. Masuk tu kena buat reservation dulu. Kitorang dapat meja S12 dekat dengan air terjun. Sampai dekat pondok tu, maigod ada bantal siap booster weyh. Kebetulan pondok kitorang sebelah dengan pondok pelayan so tak perlu nak ketuk ketuk nak panggil diorang. Jerit je dah dengar.

Settle order, Atie and Kamarul pergi solat and lagi dua orang jejaka tu ambil kesempatan untuk tidur. Tempat masyuk, sejuk, nyaman camtu memang sedap ah tidur. Nyamuk banyak pun buat tak peduli je.

Kitorang order Ayam Penyet, Ayam Bakar Kicap dan Ayam Panggang Madu. Makanan sedap. Service pula so so la. Maybe sebab jauh kot. Tapi paling tak best aku minta gelas sampai habis makanan tak sampai sampai gelasnya. Tu sebab service so so je.

Factory Outlet

Asalnya after Kampung Daun tu nak pergi Dusun Bambu, tapi Yudha inform dah tutup. Maybe dah lewat sangat. Lama juga kitorang dekat Kampung Daun tu. So semua decide pergi Factory Outlet je.  Yudha park depan FO The Passion, dari situ kitorang jalan kaki ke The Heritage, Cascade, The Stamp. Tak beli pun just jalan jalan cuci mata je. Dah habis pusing, gerak pergi Cihampelas Walk untuk dinner.

Dinner – Pizza Hut Ci Walk

Buntu nak makan mana sebab masing masing tak tahu nak makan apa. Last last masuk Pizza Hut. Kebetulan memang dah plan nak belanja Yudha sekali sebab harini last day dia dengan kitorang. Pizza Hut sini lain dari Malaysia. Terlalu banyak set sampai pening nak pilih. Aku biarkan je diorang decide menu aku malas nak masuk campur. Sampai makanan nanti aku makan je. Dinner malam tu ditaja sepenuhnya oleh Kamarul :D.

Perbelanjaan Hari Ketiga :

Sari Ater Hotspring  =  IDR 36,000 /  RM11

Floating Market  =  IDR 30,000 /  RM10

Tukar Token  =  IDR 30,000 /  RM10

Lunch Kampung Daun  =  IDR 61,000 /  RM19

Dinner Pizza Hut  =  IDR 300,000 /  RM94

Total =  IDR 457,000  /  RM144

Hari keempat

Pagi ni memang sengaja minta supir datang lambat sikit. Oh harini supir lain, Ayung. So masa yang ada tu diisikan dengan berendam dekat swimming pool.

Plannya nak terjun semua sekali tapi yang terjunnya dua orang je, aku dengan Atie yang lagi 3 jejaka tu still seronok berselimut atas katil. Janji tinggal janji betul diorang ni. Berendam tak lama pun, dalam pukul 8 lebih tu dah naik bersihkan diri sebab nak breakfast.

Polo Ralph Lauren

Plan asalnya nak ke Pasar Baru balik sebab aku nak beli kain untuk buat kemeja. Tapi on the way tu Kamarul minta singgah Butik Polo Ralph Lauren sebab dia nak beli baju. Adalah dalam setengah jam juga duduk dalam tu. Mujurlah ada hasil. Settle membayar, terus gerak ke Pasar Baru.

Pasar Baru

Datang sini sekejap je sebab memang dah ada tujuan kan. So terus kata dekat Boy nak pergi Kedai Cosmo. Situ aku dengan Atie je yang shopping. Lagi 3 jejaka tu tolong pilih je. Dari Kedai Cosmo tu pergi ke Lantai Bawah sebab nak cari sourvenier untuk budak-budak dekat office. Settle beli sourvenier terus gerak untuk lunch.

Lunch – Ayam Goreng Suharti

Lunch kali ni kita penuhi permintaan Kamarul nak makan dekat Ayam Goreng Suharti. Dia nak makan ayam yang dihidang sekali dengan kepala tu tapi bila sua kepala tu dekat dia, geli pula. Tak faham aku -.-“. Sini makan dapat air free. Mula tu dapat air tea jasmine tapi ramai yang tak minum tea tu so minta tukar ke air suam.

 Trans Studio Mall

Sebenarnya dah tak tahu nak pergi mana untuk habiskan masa sehari ni. Trans Studio ni pun tak termasuk pun dalam itinerary kitorang. Tapi sebab dah bosan sangat redah jelah pergi sana. Pusing la mall tu sampai bosan. Tak main pun sebab ingat nak masuk tu mahal sekali bila tanya rupanya takdelah mahal sangat pun, 129K / RM40 sahaja. Then lepak dekat The Cofee Bean buang masa. Nampak tak betapa takda aktivitinya kitorang harini. Cukup masa panggil supir ajak pergi Kartika Sari. Time to shopping again!!

blogger-image-1413874457

Kartika Sari

Inilah dunia segala jenis brownies kesukaan ramai. Rasa macam nak borong semua. Kahkah. Aku beli untuk aku dan family. Atie beli untuk dia serta pesanan pesanan officemate. Punya banyak sampai packing dalam kotaklah cerita dia. Oh kalau beli barang 250K dan keatas je baru boleh pack kotak. Below than that sila bawa sendiri eh.

Factory Outlet

Again. First pergi ke Polo Ralph Lauren again. Tapi cawangan lain la. Besar sikit yang dekat sini. Seperti biasa memborong lagilah si Kamarul tu. Then supir park kereta dekat FO The Glow, kitorang jalan kaki je ke FO Jetset, FO Blossom sebab Dinesh nak cari barang dia. Dia je yang membeli kitorang teman je since hujung hujung nie duit dah makin mengering. Kihkih. Mujurlah jumpa apa yang dicari kalau tak nanti kena repeat pergi Bandung lagi la gamaknya.

Pisang Salai Cheese

Favourite ni. Sekali lagi follow permintaan Kamarul nak pergi beli dekat yang ada jual fresh Pisang Salai Cheese. Tapi time kitorang sampai tu dia tak masak benda tu dia masak benda lain. So tak dapat merasalah yang panas panas.

Aku angkut 4 bungkus terus sebab tahu ni favourite family aku. Balik haritu pun tak sampai sehari dah habis half paket tu -.-“ . Sepeket tu 500gm.

Dinner – Wendy’s

Malam tu ke Ci-Walk lagi cari makan. Fast food je. Wendy’s. Muka masing-masing dah penat. Even tak buat apa apa pun penat. Haha. Time ni mood nak bergambar ke apa ke semua dah takde. Nampak katil je kat guesthouse tu.

Malam tu balik awal sikit sebab nak kena packing barang. Flight esoknya pagi. Dalam pukul 530 pagi dah kena gerak dari guesthouse. So, semua barang kena settle pack malam tu juga.

Perbelanjaan Hari Keempat :

Pasar Baru  =  IDR 500,000 /  RM158

Lunch Ayam Goreng Suharti  =  IDR 47,000 /  RM15

The Coffe Bean  =  IDR 55,000 /  RM17

Pisang Salai Cheese  =  IDR 100,000 /  RM32

Dinner Wendy’s  =  IDR 65,000 /  RM20

Total = IDR 767,000 /  RM242

Tempat shopping menarik di Bandung:-
-Kilang Kain Sulam
-Cibaduyut
-Rumah Mode
-Cihampelas Walk
-Fashion World

Tempat Makan menarik di Bandung :-

  • Dusun Bambu
  • Lawang Wangi Café & Artspace
  • Warung Daweung (Bukit Moko)
  • Cafe D’Pakar
  • The Stone Cafe
  • Sapu Lidi Sawah
  • Hummingbird Hearbeat
  • Cups (Coffee & Kitchen)
  • Giggle Box
  • Sukha Delights
  • Captain’s Seafood
  • Karnivor Restaurant
  • Mangkok Manis
  • Braga Punya Cerita
  • Nasi Padang Paris Jaya
  • Paskal Food Market
  • Ayam Semar Pendawa
  • Kampung Daun

Directory Pasar Baru
UG – Kain Batik, Pelikat, Telekung
LG – Kain Batik, Pelikat, Telekung
L1 & L2 – Telekung, Kain Ela, Blouse
L3 – Blouse, Kain Ela, Pakaian Kanak2 , Mainan, Tempahan Baju
L4 – Blouse, Kain Ela, Baju Kanak2
L5 – Handbag
L6 – Foodcourt, Handbag
L7 – Surau

Tempat menarik untuk dilawati :-

  •         Kawah Putih
  •          Ladang Strawberry
  •          Tebing Keraton, Taman Hutan Raya
  •         Ladang The
  •         Sari Ater Hotspring
  •          De’ Ranch
  •         Floating Market
  •         Grafika Cikole Lembang
  •          Trans Studio
  •           Dusun Bambu Family Leisure Park

Kos penginapan/supir/flight

Triple C Guesthouse   –    RM283/pax *include extra charge

Flight                          –    RM204/pax

Supir                           –    IDR 1,100,000 /  RM347(RM69.4 seorang)

Total = RM 556.40

Total Perbelanjaan sepanjang berada di Bandung : RM706 + RM413 + RM144 + RM242 + RM556.40 = RM 2061.40

Kos total trip ini agak mahal sebab banyak kos keluar pada shopping, tempat penginapan yang selesa dan makanan. Kalau korang nak jimat, boleh cut cost bahagian shopping, makanan dan tempat penginapan. Jadi, aku harap entri aku ni dapatlah bagi sedikit info untuk yang nak ke Bandung nanti.

Korang suka shopping? Jom share dan tag artikel ini ke shopping buddies anda untuk sama-sama merancang trip ke bandung. Ingat bandung, ingat shopping. hahaha!

Nak download itinerary ringkas ke bandung? Click di sini Bandung Itinerary by nuradilla baharudin

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

3 Comments

Leave a Reply
  1. assalamualaikum
    saya mintak pinjam itinerary bandung ye.
    terima kasih banyak-banyak
    semoga Allah memberikan kemudahan kepada anda dalam setiap urusan…aamiinn

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jangan Tertipu Dengan Agensi Pelancongan. #5 Tips Membuat Pilihan yang Betul

Jangan Lakukan 6 Perkara ini Ketika Melancong