in

ITINERARI KE KOREA 6 HARI 5 MALAM DENGAN RM 1500 ALL-IN!

Air Asia X tengah promo tu. Pi book sekarang!

Sejak beberapa tahun lepas, Korea Selatan telah menerima kunjungan luar biasa dari masyarakat antarabangsa . Apa yang membuatkan negara ini begitu popular? Sudah tentu kerana kecantikan, keunikan dan kemakmuran negara empat musim itu.

Antara daya tarikan yang paling popular disini ialah Pulau Nami yang terletak di daerah Chuncheon, Gangwondo juga sering disebut Naminara Republic. Masih ingat lagi drama Winter Sonata? Nah, disinilah drama popular itu telah dijalankan. Reka bentuk landskapnya yang indah dan dikelilingi pokok-pokok Ginkgo yang lebat dan menjulang tinggi mewujudkan lagi suasana romantis.

Malah Korea Selatan turut mempromosi negara mereka dengan rancangan-rancangan televisyen yang sentiasa memenuhi citarasa masyarakat abad ini secara tidak langsung telah membawa seluruh dunia meminati hampir setiap inchi negara mereka. Bermula dengan hiburan, makanan, pakaian bah kan gaya hidup mereka semua membuatkan kita rasa seperti berangan-angan untuk ke sana.

Seperti pengembara kita kali ini Cik Fatin Yahya bersama sahabatnya tidak hanya menjadikan ia satu angan-angan tetapi merealisasikan impiannya untuk ke Korea Selatan bagi menyaksikan sendiri keindahan negara itu. Mereka berdua telah merancang perjalanan ke sana sendiri tanpa menggunakan khidmat ejen mahupun tour guide. Ada rasa was-was? Rasa takut? Takpa, tenang pengembara tenang.

Ayuh kita hadam sama-sama itinerary, bajet dan tips yang di kongsi oleh Cik Fatin Yahya sebagai rujukan untuk anda menawan Pulau Nami kelak.

Oh lupa, Cik Fatin bukan sahaja menawan Pulau Nami tapi juga menawan Bandaraya Seoul dan hampir saja menawan hati pelakon utama drama Descendent of The Sun. Hebat betul Cik Fatin ni. Hihi

IMG_4082
Ke Korea Ke Kita!

BAJET

Flight return-RM526
Baggage 20kg return-RM178
Flight meals return-RM30
Guesthouse(dorm room)-24000 wonx5nights =120000won(got 10% disc so only pay 108000won).
Pocket wifi-RM154/2=RM77
Reload T-money=26000won

Total +-: RM1500.

Total Kos tak termasuk duit shoping dan lain-lain.

DAY 1
– Naik flight pkul 8.00am dan sampai incheon airport lebih kurang pukul 3.30 pm. Selesai semua imigresen and kastam,kami ambil Aiport Railroad (All Stop Train) untuk ke guesthouse. Disini kami tidak menggunakan T-money lagi jadi kena bayar dalam 4350 won.
– Kami menginap di Boa Travel House, terletak di kawasan Hongdae (Hongik University). Untuk muslim tak payah risau sebab mereka memang muslim friendly. Mereka dah separate cooking utensils untuk muslim dan di sana pun ada sediakan bilik solat.
– Sampai je guesthouse kami mengambil keputusan untuk berehat dan sebelah malam baru berjalan-jalan di kawasan Hongdae.

– Untuk makan malam kami memilih kebab (5000won) dengan banana milk(1300won).

DAY 2

BUKCHON VILLAGE

IMG_4081

Hari kedua, kami mulakan trip ke Bukchon Hanok Village. Dari Bukchon Village kami berjalan kaki ke Gyeongbokgung Palace. Untuk masuk istana ni ada bayran masuk sebanyak 3000won. Istana ni memang besar, lenguhlah jugak nak menapak. Hahaha

– Kemudian kami menuju ke Gwanghwamun Square. Disini lah terletaknya King Sejong dan General Yi Soon Shin statute.

– Dari Gwanghwamun kami ke Cheyeonggyechon Stream. Waktu kami ditiba disana ada sambutan Seoul Friendship Fair dimana haritu ada booth jualan makanan dr seluruh negara. Jadi apa lagi kami terus ke Malaysian booth(mestilakan) nak cari makanan tengah hari kami. Kami beli nasi lemak yang berharga 5000won.

– Lepas siap makan kami berjalan menyusuri stream tu. Ikutkan nak jalan je sampai Dongdaemun tapi disebabkan keletihan kami menukar perancangan menaiki subway ke sana. Nak mencari subway waktu ni ya ampun dah celah mane kami masuk pun tak tahu, so tanya la salesgirl kat depan duk promote barang2 tu hah mana subway terdekat.
– Bila dah sampai subway tu hah kami pergi ke DDP. Di DDP ni Cuma bertujuan untuk mengambi gambar sahaja. So dah puas ayuhlah pulang ke guesthouse.

– Malam tu kami masak makan malam di guesthouse sahaja sebab badan letih banyak sangat berjalan.

 

Day 3

NAMI ISLAND – NAMSAN TOWER

IMG_4085

– Untuk ke Nami Island kami menaiki subway dengan masa perjalan agak lama lebih kurang 2 jam. Terdapat juga pilihan untuk menaiki subway ITX untuk mereka yang mengejar masa.

– Sampai di Gapyeong Station kami ambil tour bus di sana dan kami hanya menggunakan voucher dari KTO so free je naik if not cost around 5000won.
– Entrance fees for Nami around 8000 won. Dekat Nami kami jalan- jalan terlebih dahulu. Selepas puas berjalan baru kami sewa basikal dengan bayaran 5000 won untuk 1 jam. Makan tengah hari di Nami Island 10000 won untuk octopus/squid bibimbap.
– Dari Nami kami ke Namsan Tower. Konon nak hunting sunset tapi tak kesampaian sebab cuaca mendung.

IMG_4084
Love Locks, yang terletak di Namsan Tower.

– Untuk ke namsan tower kami naik cable car bayaran 8500won (return).

– Lepas tu kami ke Myeondeong untuk dinner di Yoogane. Otw ke Myeondeong kami terserempak dengan 2 Singaporean. Jadi mereka yang lead the way sebab mereka tahu Yoogane dimana jadi tak la kami tercari-cari. Kami makan seafood fried rice dan kos 5500won seorang.

Day 4

-Hari keempat bermula dengan cuaca yang sedikit mengecewakan. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kami keluar. Jadi pagi tu pegi Ehwa Woman University(EHWA).
-Dari EHWA kami pergi ke Namdaemun utk beli souvenir. Dah beli semua kami ke Itaewon untuk lunch. Kami lunch di Muree Restaurant and My Lucng cost around 10000won.
-Dari itaewon kami decide balik guesthouse sebab kasut and baju dah habis lencun.
-Petang sikit kami keluar semula untuk ke KBS Building, Yeouido Park and Hangag river. Pergi KBS sebab nk jumpa captain Yoo Si Jin. Hehe
-Dari Hangang kami ke Myeondeong untuk shopping barang kosmetik sikit and makan street food.

Day 5

INSADONG – GWANJANG

– Pagi tu kami ke Insadong untuk cari souvenir lagi and jalan-jalan di kawasan tu.
– Dari Insadong kami pergi Gwanjang market untuk borong kain. Siapa peminat korean cotton or silk boleh datang kt tempat ni, memang rambang mata. Untuk cotton 4meter cost around 10000 won. Untuk silk tak tahu berapa kosnya and for sure will be expensive.
-Then petang tu kami lepak cafe dan malam tu kami duduk rehat di guesthouse je sambil kemas barang semua.

Day 6

SEOUL – KUALA LUMPUR

IMG_4083
Terima kasih Korea. Jumpa lagi!

– Hari terakhir di Seoul. Flight kami jam 9.30 am. Jadi pukul 5.00 am kami dah check out sebab naik train ke airport.

P/s: Haa tunggu apa lagi? Pergi book tiket cepat. Dengar cerita negara Korea sangat sesuai dilawati waktu Autumn Season tau. Macam sekarang ni. Selamat terbang ke bumi Winter Sonata pengembara 🙂

Written by Ismi Salbiah

semester 1 ijazah penulis jalanan

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Promosi Free Seats Air Asia Datang Lagi! Set Reminder Supaya Tak Terlupa.

Itinerari 3 Gadis ke Jogjakarta Selama 6 Hari 5 Malam dengan Bajet RM618 sahaja!