in

Itinerari Ke Maldives untuk 5 Hari 4 Malam Dengan Kos RM1930. All-In!

Sesuai untuk yang pernah impikan bulan madu yang indah di kepulauan Hindi.

2

Assalamualaikum diucapkan buat semua pembaca tegar The Ruka,

Saat pernikahan selalunya tidak akan pernah terlepas dengan tradisi bulan madu. Tentunya semua antara kita selalu mengimpikan sebuah percutian bulan madu yang indah selepas berpenat lelah menguruskan majilis perkahwinan. Namun sudah menjadi taboo orang Melayu, wang akan lebih banyak dihabiskan untuk majlis resepsi dan menjadikan bajet untuk bulan madu berkurang atau mungkin tiada langsung.

Jadi pada hari ini saya akan kongsikan semula itinerari bajet Maldives untuk 5 hari 4 malam yang dirangka oleh pengembara tegar kita, Puan Azlin Farida. Yang paling cunnya, kos yang diperlukan cuma RM1,950 seorang! Wow. Dan yang menambahkan indahnya lagi itinerary ini, semua kos sudah termasuk termasuk flight pergi balik, transport, makan, penginapan, segala aktiviti dan souvenir sepanjang 5 hari di sana. Tentunya berbaloi-baloi bukan?

Haaa, kalau belum follow Puan Azlin, bolehlah follow sekarang. Dan jangan lupa like page yang diasaskan olehnya: Travelholic Buddies. Dah alang-alang tu, like-lah page The Ruka sekali. Haha!

Mari kita mulakan dengan mukadimah tentang negara Pulau Maldives. 

Maldives, nama rasminya Republik Maldives, adalah sebuah negara pulau mengandungi gugusan kepulauan terumbu karang yang terletak di Lautan Hindi, di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat dayaSri Lanka. Terdapat 26 terumbu diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi sebanyak 1,192 kepulauan kecil. Namun begitu, hanya kira-kira 200 pulau sahaja yang didiami oleh manusia. Nama negara ini berasal daripada perkataan ” Kepulauan Bergunung-ganang” (malai di dalam bahasa Tamil, bermaksud “gunung” dan teevu di dalam bahasa Tamil bermaksud “pulau”) ia juga mungkin bermaksud “seribu pulau”.

Beberapa sarjana percaya bahawa nama “Maldives” diambil daripada perkataan Sanskrit maladvipa, bermaksud “susunan pulau-pulau”, atau daripada “mahila dvipa”, bermaksud “pulau wanita”. Ada juga yang mempercayai nama tersebut bermaksud “istana” (daripada perkataan Mahal di dalam bahasa Arab) berikutan pengenalan Islam pada 1153, pulau ini kemudiannya menjadi sebahagian daripada Portugis (1558), Belanda (1654) dan hak milik penjajah British (1887). Pada tahun 1965, Maldives mengisytiharkan kemerdekaannya daripada Britain, dan pada 1968, sistem Kesultanan telah digantikan dengan sebuahRepublik. Walaubagaimanapun, sepanjang 38 tahun, Maldives hanya pernah mempunyai 2 presiden meskipun sekatan-sekatan politik telah dilonggarkan baru-baru ini.

Sumber info : Wikipedia

Saya kongsikan Maldives DIY trip 5h4m 2/2/16-6/2/16. Pergi berdua sahaja dengan husband for anniversary. Ada banyak option sesuai ikut bajet anda. Kalau bajet paling minima rasanya tak sampai 1k boleh buat utk 5h4m for gound sahaja. Bajet sis RM1930 seorang termasuk flight pergi balik, transport, makan, penginapan, segala aktiviti dan souvenir. Kami sempat visit 4 island iaitu Hulhumale, Male, Maafushi dan Adaaran.

1

Day 1

  • KL-Male return flight AirAsia rm370/pax at 6.55pm.
  • ERL putrajaya to klia2 rm8.50/pax
  • Bus airport ke Hulhumale 20rufiyaa/pax.
  • Hotel TLM Retreat Hulhumale 40usd/night
  • Rufiyaa tak dijual di Malaysia, so boleh tukar di airport. Rate sekarang 1usd=15rufiyaa. Simpan resit, kalau ada baki boleh tukar sebelum balik. Atau tak perlu tukar, buat souvenir je.

6

Day 2

  • Hulhumale ferry to Male 5.50 rufiyaa/pax
  • Male to Villingili ferry terminal by taxi 35 rufiyaa.
  • Lunch at male 93rufiyaa 2pax
  • Speedboat Male to Maafushi island 20usd/pax
  • Narnia Maldives 200usd/3 nights with breakfast and tax
  • Bikini beach
  • Candle light dinner buffet at Kaani Beach villa 12usd/pax
    – Ada option naik local boat/slow boat ke Maafushi 3usd je only at 3pm, kadang ada at 10am. So ikut bajet korang.
    – Ada few candle light dinner buffet kt Maafushi. Just tengok menu and pilih.

5

Day 3

  • Snorkeling package with Shadow Palm 40usd/pax. Recommended sebab dorang pegi 5 stops compare to others. Turtle reef (kami jumpa 3 ekor), Dolphin cruising and snorkel (beratus dolphins), Sting ray reef (jumpa 2 ekor), picnic lunch included dekat sandbank beach, continue snorkel kat Biyadhoo reef. 8am to 3pm include pictures and video FOC.

4

Day 4

  • Private island resort excursion amik package dengan iCOM Tours, 100usd/pax. Optional untuk yang ada duit lebih, teringin nak visit private island resort tapi tak mampu nak tidur sana macam sis. Haha. Kami pilih Adaaran Prestige Vadoo resort sebab dia cantik, ada dua jenis water villa, termasuk lunch buffet style, free wifi sepanjang hari, unlimited drinks and alcohol for non muslim. Petang ada shark and tuna feeding. Free akses untuk guna swimming pool, jalan-jalan water villa etc. Package ni include speedboat transfer from Maafushi to resort from 8am – 7pm. Ada private resort lain juga yang lebih murah. Ikut bajet anda.
  • Kalau takde bajet boleh buat aktiviti lain di Maafushi, ada macam watersports range harga 15-150usd. Or lepak beach je.
  • Dinner kami dibelanja oleh Narnia. Makan chicken curry and telur dadar with rice. Baik sungguh diorang.

3

Day 5

  • Speedboat maafushi to airport 20usd/pax
  • Luggage storage 5usd/bag
  • Bus to hulhumale 20rufiyaa/pax
  • Lunch green curry fish dan ayam masak merah, nasi dan side menu 85 rufiya/2pax
  • Souvenir hunting, FM range price 1-5usd.
  • Lepak Hulhumale beach makan ice cream,minum kelapa 7usd/2pax
  • Tapau dinner,kuih maldivian food lagi 12rufiya
  • Bus to airport 20rufiya/pax
  • Flying back to KL at 8.55pm
  • ERL putrajaya rm8.50/pax and car parking fees rm32/5days
  • local boat dari Maafushi ke Male beroperasi satu kali sehari at 7.30am. Perjalanan 1 am 30mins to 2jam. Bayaran 3 usd je. So ikut bajet anda. Kami pilih speedboat sebab masa yang limit dan nak check out lambat. Lagipun flight Airasia balik KL at 8.55pm sahaja.

Rate kami secara purata
1 Usd=rm4.20
1 rufiyaa=rm0.30

Tips dan Cadangan

  • Hanya tiket flight dan hotel booked dari Malaysia, iti nak buat apa ke mana semua beli and booked bila sampai sana.
  • Maldivian foods sedap gila okay! Nyesal bawak Brahim berat2 bag.
  • GST and service tax sangat tinggi di Maldives. Hotel akan kenakan tax sahaja total 22%. Harga saya letak di atas dah termasuk tax.
  • Sekarang peak season di Maldives, so harga agak tinggi. Tapi weather sangat cantik untuk hasil gambar yang cantik.
  • Snokerling di Maldives tak sama macam di Lombok, Phuket, Oslob dan negara asia lain yang saya pernah pergi. Open air kan, angin dan laut gelora dia lain macam. Bersedia untuk muntah.
  • Mereka sangat berahsia tentang wifi password, part ni kadang tu stress jugak. Hehe. Memang free wifi, tapi nak dapatkan password tu diorang tak tulis, tapi akan minta hp kita untuk taipkan. Ada tempat yang 1 gadget 1 password berlainan.

Lepas ni boleh la akak-akak dan abang-abang bawa pasangan masing-masing untuk bulan madu romantis di Maldives tanpa perlu susah hati dengan kos yang mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari ke Jepun Selama 5 Hari 4 Malam Dengan Bajet RM809.30

Hanya di Johor : Taman Karavan Pertama di Malaysia