in , ,

Itinerari ke Perth dengan bajet RM 2000 selama 6 hari 5 malam dan 10 tips penting untuk anda tahu

Ehem. Termasuk tiket flight tau !

14222101_10210411052212085_5419716386602790853_n

Kali ini saya akan berkongsi itinerari ke Perth yang ditulis oleh Puan Asnyra Roslan, seorang suri rumah sepenuh masa. Artikel ini akan dikongsikan bersama tips travel ke Perth beserta itinerarinya sekali.

Sebenarnya, tak perlu berhabis banyak pun untuk travel. Kunci utamanya, kita perlu rajin kan diri untuk membaca dan mengambil tahu sebanyak mana maklumat penting atau pun tidak tentang tempat yang kita nak pergi. Paling penting, mestilah membuat persediaan yang rapi dari segi bajet, contohnya, barulah boleh dapat murah. Yang penting, kualiti percutian pasti terjamin. Katanya lagi, membuat persediaan yang rapi itu tersangatlah bagus, berbanding tiada persediaan yang cukup. Kerana, di saat-saat akhir selalunya kos akan jadi lebih tinggi dan pastinya banyak benda menarik yang kita akan terlepas. Rugi !

Pecutian Puan Asnyra ke Perth tidaklah berseorangan, tetapi seramai empat orang dewasa dan seorang baby. Awww comelnya si baby pun travel. Mungkin artikel kali ini sesuai bagi mereka yang merancang untuk bercuti bersama keluarga. Hiks. Menurutnya, kos semasa di Perth kebanyakkannya hanya untuk empat orang dewasa sahaja kerana, hampir semua benda untuk baby adalah percuma !

14231947_10210411053372114_7964078046902585683_o

Tanpa buang banyak masa, berikut merupakan kos yang digunakan oleh Puan Asnyra untuk percutian ke Perth selama 6 hari 5 malam ;

1. Tiket Penerbangan : RM580/ orang ( dibeli semasa promo dan dua bulan sebelum pergi. )

2. Luggage : RM160 ( 20kg untuk pergi & balik )
* per/ orang : RM40

3. Visa : RM20/orang – Wiya Travel (info@wiyatravel.com)

4. Apartment Airbnb 5minutes to Kings Park ( 6hari 5malam untuk 4 orang )
– 1 malam : RM390
– 5 malam : RM2050 ( termasuk RM100 service fee )
– untuk seorang : RM513 ( 6 hari 5 malam )

5. Sewa Kereta ( Aries ) ( Kereta sewa paling murah di  Perth. Kalau nak tahu, ia milik orang Malaysia )

– RM780 (Harga termasuk baby seat RM90, wajib ambil ya kalau tak kena saman 550aud)
– untuk seorang : RM195

6. Minyak kereta sepanjang 6 hari 5 malam

– 72aud (RM216). Ni termasuk pergi tempat jauh (Pinnacles & Lancelin)
– seorang : RM54

7. Parking kereta ( Kebanyyakkan tempat percuma kecuali di  Perth city & Fremantle kena bayar. Tak mahal pun.

–  RM 30 untuk seminggu

–  Seorang : RM 8  Budget lah dlm RM30 seminggu. Dalam RM8 per person.

8. Simkad Optus

– 2aud. Utk 5 hari 10aud je. Internet 500mb/day. Cukup utk guna waze.

9. Attractions yang perlu bayar 
– Caversham : 27aud
– Araluen : 15aud
– Naik train @Araluen : 5aud
– Sandboard Rental : 10aud (sewa 1 board je dan kongsi sebab sorang naik 5kali je maximum pastu dah penat)
– The Pinnacles : 12aud per car

Jumlah Attraction untuk seorang : RM207

10. Tempat makan yang best & wajib pergi di Perth :
Chicken Charcoal express dianella. Lamb ribs. Memang terbaikkkk !
Corica Pastry. Apple strudel sedap! Cream puff dia pun best!
Danish patisserie ( masa kami pergi tutup sebab bukal smpai jam 2pm je).
Kailis Fish & Chips. Ni tempat wajib pergi kalau datang Fremantle.
Coffee milk jenama Dare. Memang sedap. Asyik beli je.
Chicken gozleme

* Jumlah bajet makan-makan tanpa berjimat secara kasar : RM400 (termasuk groceries untuk masak sendiri)

* untuk seorang : RM100

 

Jadi, Jumlah kos yang diperlukan hanya sekitar RM 1900 sahaja. Hiks. Bawah RM 2000 untuk setiap orang. Hikss

*Termasuk 50aud kami kena saman sebab tak bayar tempat letak kereta. Kami ingtkan satu tempat tu percuma sebab tak jumpa mesin bayar. Jadi, tips untuk semua yg nak bawa kereta, anda perlu pastikan tempat letak kereta tu percuma atau berbayar. Kalau nasib tak baik, memang kena samanlah jawabnya !

Peringatan : Semua bajet ni untuk empat orang. Kalau pergi berlima (penuh 1 kereta) lagi jimat sebab semua bahagi 5. Kalau pergi berdua lain budget nya ya! Hehe.

Baiklah, Kos selama 6 hari 5 malam pun sudah lengkap. Sekarang, mari kita lihat itinerari yang dikongsikan oleh Puan Asnyra di Perth dan tempat-tempat menarik yang mereka lawati. Pasti menyeronokkan !

14249827_10210411056252186_2868716896733443004_o

ITINERARI RINGKAS ke PERTH. ( 6 HARI 5 MALAM ) ;

HARI 1 :

  • Sampai di lapangan terbang pada waktu petang, ( terus beli beli simkad optus )
  • Ambil kereta sewa
  • Check in apartment
  • Malam selepas solat, pergi beli barangan keperluan dapur.
  • Singgah Esplanade, Elizabeth Quay & Bell Tower

HARI 2 :

  • Margaret Choc Factory
  • Vineyard ( terletak di sebelah choc factory)
  • Cheese factory ( kami tak masuk. Hanya berhenti untuk bergambar kenangan sebab laluan ke cheese factory ini sangatlah cantik. )
  • Caversham Wildlife Park
  • Megabes factory Malaga ( ni tempat beli cenderahati paling murah di Perth. Orang malaysia punya. Ada beberapa kedai cenderahati Megabes di Perth.
  • Tempat solat : Masjid Mirrabooka. Hanya 10 minit dari Megabes factory
  •  Woolworth (beli barangan keperluan dapur)

HARI 3

  • Araluen Botanic Garden : Hanya 1 jam dari Perth
  • Masjid Perth
  • Corica Pastry : wajib rasa Apple Strudel. Sedap dan sengat terkenal dengan kelazatannya. 22aud untuk satu set.
  • Hay street

HARI 4

  • Charcoal Chicken express Dianella ( Sedap dan paling penting, murah ! )
  • Blue boat house
  • Uni Western Australia
  • Rainbow sea container, fremantle
  • Bathers Bay
  • Kailis Fish Market
  • Fremantle Esplanade Park
  • Coles (supermarket best & murah)

HARI 5

  • The Pinnacles
  • Hangover bay : berhampiran Pinnacles
  • Lancelin Sand Dunes
  • Lancelin Beach : kami solat di park bersebelahan dengan Lancelin Beach. Toilet dia lengkap ada air and siap ada shower lg.
  • BigW (supermarket jual corelle murah. Dekat supermarket lain ada jual jugak tapi BigW lagi banyak pilihan)

HARI 6

  • Check out hotel
  • Kings Park
  • Pulangkan kereta sewa di lapangan terbang
  • balik Malaysia

14212777_10210411052492092_3225398008571358364_n

*TIPS TAMBAHAN BERCUTI BERSAMA BABY*

1. Bawa mainan semasa di dalam flight. Contohnya, As bawa busy board baby. Memang best busy board ni ! Phew!
2. Jaga mood and makan baby
3. Bawa ubat-ubat baby yang diperlukan jika ada kecemasan
4. As guna baby carrier boba air sebab senang nk lipat. Tambahan, jika nak bawa stroller, bawa yang ringan atau anda juga boleh sewa stroller & baby carrier sahaja di sana.

14203240_10210411063412365_42839420869954280_n
Busy baby on board

 

One Comment

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Catatan Ringkas Cambodia-Thailand Overland Project

Anak muda ini mengembara ke Jepun selama 8 hari dengan bajet RM1795. Ini baru travel!