in

Itinerari Lengkap 3 Hari 2 Malam ke Koh Lipe – Hat Yai dengan Bajet Serendah RM403

Rancang perjalanan sebaiknya

12494694_1056759187680047_8470911977002239785_n

Sejak dulu lagi Thailand menjadi tempat tumpuan para pelancong dan pengembara seluruh dunia kerana keindahan pulau mereka yang memukau mata yang memandang. Punca pendapatan utama thailand juga datang dari sektor perlancongan. Itu membuktikan bahawa memang banyak tempat di thailand yang menarik sehingga mereka boleh menjadikan sektor perlancongan sebagai salah satu sumber kewangan utama negara mereka.

Terdapat banyak pulau-pulau yang menarik di Thailand yang menjadi tumpuan pelancong. Antara pulau yang menjadi kegemaran pelancong seluruh dunia adalah “Koh lipe”. Koh lipe adalah pulau yang berbentuk L yang terletak di selatan thailand dan berhampiran dengan sempadan Malaysia.

Ada 3 pantai utama yang ada di Koh Lipe. Sunset Beach (barat), Sunrise Beach (timur), dan Pattaya Beach (selatan) . Koh Lipe dan sekitarnya terkenal dengan aktiviti snorkelling dan scuba diving kerana coral reefs mereka berada dekat dengan pantai-pantai utama.

Okaylah cukup borak pasal fakta Koh Lipe. Korang bukan layan sangat fakta ni kan. Tau dah. hahaha

Kita terus pergi ke itinerary yang dikongsikan cik Sarah affandi tentang pengembaraan ke Koh Lipe – Hat Yai dengan bajet serendah RM403 seorang. Pastikan baca sampai habis, kerana di penghujungnya nanti ada link untuk download itinerary bagi memudahkan korang yang nak jadikan rujukan atau catatan. Aku memang suka memudahkan tugas orang. hahaha jom layannnn

first time travel dengan orang yang tak kenal, nasib boleh get along and masuk kepala. hehe
first time travel dengan orang yang tak kenal, nasib boleh get along and masuk kepala. hehe

Wang Kelian -> Koh Lipe -> Hat Yai -> Padang Besar

Trip kali ini kami plan last minute. Actually kalau ikut plan asal, nak pergi Hat Yai saja. Tapi tetiba muncul pula idea nak ke Koh Lipe sebab situ saja pulau yang boleh accept Border Pass.

So berbekalkan bajet yang sangat ciput (RM 450),  akhirnya berjaya juga kami sampai ke Koh Lipe dan pulang dengan selamat walaupun banyak dugaan yang datang. Jom layan dulu bajet kitorang.

Budget Guidelines Per Person

3D2N

Taxi Wang Kelian -> Pak Bara : 450 baht (RM 52.25)

Happy Tourist SIM Card :  74.75 baht (RM 8.65)

Speedboat Pak Bara <–> Koh Lipe (return) : 1000 baht (RM 116.28)

Fee Entrance Pak Bara : 20 baht (RM 2.32)

Fee Entrance National Park + Longtail : 250 baht (RM 29.03)

Resort / Hotel (Koh Lipe & Hatyai) 3D2N : 538.75 baht  (RM 62.65)

Island Hoping 5 islands (inc snorkeling gear, food, fruit & mineral water) : 500 baht (RM 58.14)

Mini Van Pak Bara -> Hatyai : 200 baht (RM 23.22)

Makan & Minum (Pak Bara, Koh Lipe & Hatyai) : 257 baht (RM 30)

Tuk Tuk : 60 baht (RM 6.98)

Train Hatyai -> Arau : RM13

Total : 3350 baht (RM 390) + train = RM 403

duduk Koh Lipe makan banana pancake ni saja. Harga dalam 60 baht.
duduk Koh Lipe makan banana pancake ni saja. Harga dalam 60 baht.

Tips tentang Koh Lipe & Hat Yai

  1. Waktu di Thailand awal satu jam di Malaysia. Jadi, jangan keliru dengan jadual train atau boat di sana. Currency Malaysia sekarang agak rendah, jadi memang terasa makanan di Thailand agak mahal sekarang. Saya tukar RM 400 = 3360 baht.
  1. Sebenarnya banyak cara nak ke Koh Lipe. Kalau naik train dari Padang Besar ke Hatyai, then naik minibus/minivan ke Pak Bara, mungkin lagi murah tapi ambil masa yang lama dan takut tak sempat kejar last boat ke Koh Lipe.Kalau naik teksi dari Wang Kelian ke Pak Bara, cuma ambil masa 45 minit sahaja. Tapi bagi kami, harga teksi yang kami naik agak mahal dan lagi jimat kalau drive sendiri ke Pak Bara. Cara yang paling cepat nak sampai ke Koh Lipe, naik speedboat dari Langkawi terus ke Koh Lipe tapi harga tiket agak mahal.
  2. Koh Lipe adalah salah satu pulau yang termahal di Thailand. Jadi kalau backpackers bajet ciput macam kami ni pergi, memang tak merasa la nak makan sedap sedap kat pulau tu.So, bagi yang bajet ciput bolehlah bawa biskut, meggi, air mineral, milo 3in1 siap siap dari Malaysia. Bayangkan hot water dkt 7e di sana pun dah 40 baht.
  3. Koh Lipe juga dikenali sebagai ‘dog island’ sebab anjing memang bersepah tak kisah la di pantai, restoran, tepi kedai memang mana mana tempat ada anjing.Pengalaman kena kejar anjing memang tak boleh lupa haha. Lagi scary malam tu kami tak boleh tidur sebab dengar anjing menyalak non stop. Hrmm jadi yang takut dengan anjing fikir banyak kali sebelum datang sini.
  4. Snorkeling di Koh Lipe memang best sangat sebab coral di situ memang cantik gilaaaa. Air pun jernih sangat. Package snorkeling dalam area 550-650 baht tapi kami dapat package murah dengan agency ni, iaitu 500 baht per person.Not really recommended sebab terpaksa tunggu 2 jam baru boat sampai so banyak buang masa kat situ.
  5. Kalau nak tukar duit dengan rate yang tinggi, boleh tukar dengan money changer di Hatyai, kedai bertentangan dengan Grand Plaza Hotel. Rm100 = 845 baht
  6. Floating Market Hat Yai cuma buka hari Sabtu & Ahad sahaja (3 pm – 9 pm). Jadi plan nak food hunting dekat Hat Yai tak berjaya sebab train pukul 4 pm maka tak sempat lah ke Floating Market. Tempat best nak makan di Hat Yai boleh cari area Lee Garden Plaza, Gimyong Market atau Hatyai Plaza tapi susah sikit nak jumpa makanan halal.
kami bermalam di Green View Resort. Harga satu malam 1300 baht (peak season) atau 700 baht (low season).
kami bermalam di Green View Resort. Harga satu malam 1300 baht (peak season) atau 700 baht (low season).

chalet buluh, dalam tu ada 1 double bed dan 1 single be w private bathroom. recommended sebab betul2 depan Pattaya Beach dan dekat dengan walking street

Accomodation

Green View Beach Resort 1300 baht/night +66 84 521 7969

Hatyai Palace Hotel 855 baht/night +66 74 357 576

Taxi

+60145166384 (Azmi)

Snorkeling Package

La-Ngu Marine Tour 084-4152085

12803110_1056759427680023_5185328986669746851_n

Itinerary

Jam Ikut Waktu Thailand (Awal Satu Jam dari Waktu Malaysia)

1st Day

10.45 am : Tiba di Wang Kelian. Ambil teksi uber ke Pak Bara

12.30 pm : Tiba di Pak Bara. Beli tiket speedboat & book pakej snorkeling dengan La-Ngu Marine Tour (500 baht) tapi not recommended sangat. Details tengok dekat gambar.

12.45 pm : Makan dekat area Pak Bara. Halal food.

1.45 pm : Bertolak ke Koh Lipe

3.30 pm : Sampai platform koh lipe. prepare national park fee entrance 200 baht seorang.

3.45 pm : Naik long tail boat & dia akan turunkan kita kat tepi pantai. prepare 50 baht seorang.

4.00 pm : Check in Green View Resot, Pattaya Beach.

6.15 pm : Keluar tengok sunset. Jalan jalan di walking street. lepak dan tidur

walking street - lorong kedai yang sangat panjang penuh dengan kedai makan, souvenir, pub, massage, tattoo dan hotel
walking street – lorong kedai yang sangat panjang penuh dengan kedai makan, souvenir, pub, massage, tattoo dan hotel

 

2nd day

8.30 am : Check out Green View Resort.

10.50 am : Snorkeling 5 islands. backpack semua letak dalam long tail.

3.15 pm : Sampai platform Koh Lipe. Settle mandi bersihkan badan.

4.00 pm : Bertolak ke Pak Bara

5.30 pm : Tiba di Pak Bara. Kejar last transport (mini van) ke Hatyai

5.50 pm : Bertolak ke Hat Yai dari Pak Bara.

7.50 pm : Mini Van drop betul betul depan hotel. Check In Hatyai Palace Hotel.

1014061_1056759574346675_1913758837447332450_n

3rd day

10.15 am : Check out Hatyai Palace Hotel.

11.00 am : Tukar duit depan Grand Plaza Hotel. Recommended.

11.30 am : Brunch di Salma Halal Restaurant.

12.15 pm : Food Hunting di Gimyong Market

2.00 pm : Food Hunting di Plaza Hatyai.

4.00 pm : Train bertolak dari Hat Yai ke Padang Besar

5.00 pm (6.00 pm) : Tiba di Padang Besar

Lengkap dah itinerary yang cik Sarah Affandi beri. Tinggal nak pergi dengan member-member je ni. hehe Okaylah semoga korang dapat manfaat dari itinerari yang dikongsikan. Selamat mengembara!

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari Awesome Jakarta-Bandung-Jogja-Surabaya Selama 14 Hari

Cara Mudah Packing Barang Jika Ingin Melancong