in

Itinerari Lengkap 3 Hari 2 Malam ‘Overland Phuket – Hatyai’ dengan RM346!

Terlepas promosi flight tiket? Rileks, laluan darat kan ada. Pedehal

Kenapa nak susahkan diri sementara kita boleh naik flight? Sebab pengalaman yang kau dapat naik flight dengan naik bas darat tak sama dengan naik flight. Naik flight boleh menggapai awan biru tapi kalau naik bas? Kenalah cuba dulu baru tahu. Hehehe

Saya yakin mesti ramai yang tak biasa dengan perkataan overland. Sebab apa? Sebab tak ramai nak buat kerja gila ni. Hanya mereka yang betul-betul gila dengan dunia pengembaraan dan suka kan cabaran je akan ambil risiko. Malah dengan kerja gila ni juga kita boleh minumumkan banyak perbelanjaan. So pilihan di tangan anda.

Oh kejap! Overland bukan naik bas je tau tapi overland ni lalu laluan darat. So nak naik van boleh, motor boleh, kereta boleh nak jalankan kaki pun boleh. Hehehe

Tanpa membuang masa ayuh kita singkap itinerary yang di kongsikan oleh Cik Nurul Syafeeza Nasir dan rakannya Cik Farah Izati Hanani ke Phuket, Thailand.

Trip Bajet Phuket-Hatyai 3H2M

IMG_3974

Trip kali ni aku decide untuk pergi dengan bas, lalu jalan darat. Ya dengan bas dan cuma kami berdua je. Acah traveler sangat!

Kenapa Phuket? Sebab kecantikan pulaunya yang terletak di Laut Andaman menggambarkan masyarakatnya. Mestilah pulaunya cantik macam orangnya kan? Phuket juga merupakan pulau terbesar di Thailand dan sekaligus menjadikan Phuket wilayah terkaya di Thailand.

Dan kenapa pula Hatyai? Kerana Hatyai sangat popular dengan kepelbagaian makanannya yang luar biasa sedap dan budaya masyarakat yang unik. Jangan lepaskan peluang ke Floating Market yang sangat menarik untuk di kunjungi. Psstt jangan risau makanan di sana majority di masak oleh muslim jadi anda boleh makan sampai lebam. Hahahaa

Route:

Hatyai –> Phuket –> Hatyai

Bajet (Per Person):

Minivan (Hatyai –>Phuket) = 1100 baht (return)

Hotel (2 Malam) = 600 baht

Island Hoping = 1000 baht

Bas (Patong–>Phuket Town) = 60 baht

Tuk tuk (Stsn bas ke Minivan) = 30 baht

Tuk tuk (Lee Garden Plaza –> Floating Market) =200 baht (return)

TOTAL = RM346 (EXCLUDE TIKET PERGI BALIK KL-HATYAI DAN MAKAN)

*Tiket bas Rm60 utk KL-Hatyai dan RM51 Hatyai-KL. Tiket balik KL nak murah beli di Stn Bas Hatyai

 

DAY 1

Bas KL –Hatyai. Bergerak malam sampai sana pagi.

Terus ambil minivan dari Hatyai ke Phuket. Perjalanan makan masa 6 jam untuk ke Phuket. So gunakan masa sebaiknya untuk menikmati keindahan Thailand.

Sampai je kami terus check in Hotel Sanyo Resident. Hotel ni kami dapat private room sgt besar utk 2 org. Lengkap siap ada freezer . Best! Untuk hotel tak booking pun takpa. Disarankan korang walk in sebab lagi murah dan banyak pilihan.

IMG_3978

Hotel Sanyo Resident

Malam kami ke jalan-jalan kat Bnagla Road je. Ambil angin Thailand sikit nak rasa sama tak macam angin Malaysia. Bangla Road ni siang nampak sopan malam haa hahaha tahu-tahu la. Tapi don’t worry all safe. Polis 24/7 ada sedia untuk melindungi pelancong.

 

Day 2

Hari kedua ni full day dari 7 pagi ke 5 petang kami Island hoping ke Phi Phi Island naik cruise 1000 baht.Pakej ni dah termasuk makan so makan dah jimat untuk hari ke dua. Seperti yang kita ketahui  Phi Phi Island memang cantik dengan airnya yang sangat membiru. Cantik sangat Ya Allah tak tahu nak cakap macam mana. Kena pergi tengok sendiri. Hehehe

IMG_3979

Nampak tak gaya-gaya pelancong tu? Naik cruise kau tak nak kalah. Hahaha

Lepastu malam kami jalan-jalan ke Patong Beach. Patong Beach ni dekat sangat dengan hotel kami menginap. So tak perlukan kos perjalanan ke sana. Di Patong Beach juga ada banyak permainan air macam parasailing etc. Harga semestinya berpatutan.

IMG_3980

Berangan tepi pantai Patong!

Day 3

Okay hari terakhir awal pagi kami dah bertolak untuk cover Hatyai pula.

Ambil bas ke Phuket Town untuk naik minivan ke Hatyai. Bas cuma 60 baht je. Sampai je Hatyai kami terus ke Floating Market. Untuk ke Floating Market cuma kos 200 baht (return).

Disebabkan memang misi kami ke Hatyai untuk makan sahaja jadi kami stay situ sampai petang. Makanan kat sana memang sedap dan menarik. Betul la orang kata Hatyai ni syurga makanan. Sampai tak larat makan kami dibuatnya. Oh ya, untuk makluman floating market ni buka pada hujung minggu je. So kena pastikan anda datang pada waktunya.

Kami bertolak pulang ke KL jam 7 malam. Maka dengan itu tamatlah percutian kami berdua. Haa satu lagi nak promote bas-bas ke Hatyai ni siap ada wifi so memang tak bosan la.

Untuk Thailand, terima kasih banyak. Negara anda memang cantik dan rakyat anda sangat baik.

IMG_3976

Barisan peniaga-peniaga floating market yang kebanyakannya muslim.

IMG_3866

Roti Canai Pisang. Must try!

Written by Ismi Salbiah

semester 1 ijazah penulis jalanan

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Itinerari 6 Hari 5 Malam ke Pulau-Pulau di Semporna. Kos: RM870!

Promosi Free Seats Air Asia Datang Lagi! Set Reminder Supaya Tak Terlupa.