in ,

Itinerari Lengkap 6 Hari 5 Malam ke Jakarta – Pangandaran – Bandung

Pangandaran tu dimana? Heh!

Kota Jakarta
Kota Jakarta

Jakarta dan Bandung merupakan antara destinasi kegemaran rakyat Malaysia. Tahu kenapa? Pertama sebab tiket penerbangan untuk kedua-dua tempat ini sangatlah berpatutan, mana tidaknya, pada waktu promosi tiket ke Jakarta dan Bandung tidak sampai RM100 pun, return!

Selain itu, sebagai negara yang mempunyai jumlah penganut agama islam yang paling ramai, jadi sangatlah mudah untuk mencari makanan yang diyakini halal. Bandung juga terkenal sebagai salah satu negeri yang sangat digemari oleh kaum hawa, seperti Ho Chi Minh. Ehem, faham-faham sajalah kenapa.

Dan antara faktor yang paling mempengaruhi rakyat Malaysia untuk ke sana adalah kerana harganya yang murah dannnnn keindahan alam semulajadinya!

Saya berkongsi semula catatan Tuan Muhammad Afham tentang itinerari ringkasnya ke Jakarta dan Bandung. Baca sampai habis, kerana di penghujungnya nanti ada link untuk anda lihat dan baca cerita serta gambar-gambar superb yang dirakam ketika dalam perjalanan menaiki keretapi dari Bandung ke Jakarta. Fiuh! Serius, meremang bulu roma. Bukan semua orang beruntung dapat ambil gambar seperti itu.

Bagi kami itinerari sekarang!

Okay, okay. Rilek. Tak bagi peluang saya nak berucap langsung. Haih. Okay, go!

Monas kebanggaan rakyat Indonesia
Monas kebanggaan rakyat Indonesia

JAKARTA

Setibanya di Jakarta mungkin akan ada sedikit kesukaran kalau kita tak buat ‘research’ terperinci. Selalu nya bila ke luar negara saya akan terus ke kaunter informasi untuk mendapatkan peta. Kemudian nya disini tiada sim khas untuk pelancong, kita perlu membeli sim tempatan mereka untuk mendapatkan internet. Saya guna sim XL di beli di 7E Stesen Gambir.

Selalu nya bila tiba di Jakarta ada dua tempat utama yang biasa pelancong pergi iatu, Bogor atau Gambir. Kerana kekangan masa kali ini saya memilih untuk terus ke Gambir. Gambir ini bandar utama bagi Jakarta. Boleh terus keluar Airport dan menanti Bas DAMRI berwarna biru. Disitu anda perlu terlebih dahulu membeli tiket di kaunter.

Setibanya di Stesen Gambir, anda boleh terus berjalan ke Monas (Lihat Gambar). Monas merupakan antara mercu tanda bagi Jakarta. Dari puncak Monas kita boleh melihat sekitar Kota Raya Jakarta. Untuk ke Monas, kita hanya perlu berjalan kaki sekitar 20minit untuk ke pintu pagar utama. Disitu terdapat juga ‘Food Court’ atau diberi nama ‘Lenggang Kasih’ yang merupakan tempat makan pertama saya setiba nya di Jakarta.

Sepanjang perjalanan ke Monas, anda mungkin dapat melihat Rusa didalam pagar nya.

Perjalanan sedikit terbatas kerana Hujan agak lebat pada tengah hari nya. Selepas beberapa jam terkandas disitu saya meneruskan lagi perjalanan ke Masjid Istiqlal yang merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara.

Berhadapan dengan Masjid ini, anda juga boleh terus melawat ke Gereja Cathedral antar bangunan tertua dibina pada 1901. Kedua dua bangunan ini mempunyai seni binaan yang cukup cantik.

Kos di Jakarta:

+ Bas Damri RP40,000
+ Tiket masuk Monas RP27,500
Kesimpulan Jakarta, seakan akan Kuala Lumpur.

KOTA TUA & MANGGA DUA

Disebelah petang saya terus ke Kota Tua. Pengalaman baru saya untuk kali ini dimana saya menggunakan khidmat Courchsurfing yang mana host saya menetap di sana.

Dari Gambir, saya menggunakan khidmat “Busway” yang mana servis nya hampir sama seperti LRT, perlu ada kad topup untuk akses setiap hentian.

Dari Gambir untuk ke Kota Tua, kita perlu menukar stesen di Harmoni.

Pada waktu malam saya dibawa ke Taman Fatahillah, yang mana merupakan dataran lapang menjadi tempat tumpuan penduduk tempatan beriadah. Disini saya dipesan oleh orang tempatan untuk tidak singgah di Cafe Batavia, katanya disitu TOURIST TRAP.

Keesokan hari nya saya terus ke Mangga dua, perjalan menggunakan kaki mengambil masa kira kira 20-30 minit perjalanan.

Mangga 2 ini adalah tempat membeli belah tumpuan pelancong. Daerah ini hanya dipenuhi pasaraya di kiri dan kanan.

Petang nya saya menuju kembali ke Airport untuk berkumpul bersama Team ‪#‎ProjekHijo‬ untuk ke Pangandaran.

Kos di Kota dan Mangga Dua:

hanya tiket bas RP5,000 + RP5,000

pangandaran2

PANGANDARAN

Ramai yang tak pernah dengar Pangandaran kan?

Jadi kami terbitkan satu artikel berasingan yang telah ditulis oleh Tuan Afham juga mengenai Pangandaran. Boleh baca disini: Jatuh Cinta Dengan Pangandaran. Kejap, Pangandanran Itu Dimana?

Pasar terapung
Pasar terapung

BANDUNG KOTA CINTA

Orang kata kalau datang ke Bandung, cuaca nya seakan Cameron Highland. Dingin dingin begitu.

Hari pertama tiba di Bandung saya terus ke Stesen Kereta Api untuk membeli tiket kereta api ke Jakarta (Gambir), Selepas mendapatkan tiket, saya terus ke Pasar Baru jarak perjalanan kaki adalah 20mini, untuk menempah baju. Kata orang, pergi pagi pagi dapat murah. Saya dapat kain + jahit dengan RP900,000 atau RM286.00, kemudian makan di Restoren Amperal, restoren ini dicadangkan oleh pemandu Taxi BlueBird, berhadapan Stesen Kereta Api menikmati ayam bakar dan sambal nya. Disini saya menginap di Hotel Patradissa. Saya kira hotel yang berbaloi untuk diduki sangat berbaloi dengan harga nya.

Tengah hari nya kebetulan ingin mencari mesin ATM Maybank, kemudian melalui Masjid Agung Bandung, disini merupakan antara tempat tumpuan pelancong, disamping banyak persembahan jalanan dan bangunan bangunan cantik disepanjang jalan.

Kemudian mendapatkan UBER untuk ke Trans Studio. Menjadi kebiasaan saya berjalan, tempat tempat yang bayaran nya agak tinggi cukup sekadar ambil gambar.

Disebelah malam nya, hanya berehat di hotel.

Hari Kedua, saya ke Tangkuban Perahu. Antara tempat yang harus dilawati bagi saya.

Tangkuban perahu
Tangkuban perahu

MARI SAYA KONGSI CARA JIMAT KE TANGKUBAN PERAHU 😎

Dari Stesen kereta api, saya naik “Angkutan” ke Lembang. Perjalanan indah dari Stesen ke Lembang mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Pastikan angkutan tersebut ditulis “Stasion- Lembang” berwarna cokelat. Sesampai di Lembang, tukar angkutan berwarna kuning ke “Lembah Cikole”. Selalu nya pemandu akan bertanya jika ingin terus dihantar ke puncak dan ditunggu. Kali ini saya bersetuju kerana dibawah tadi dia ajar saya satu tips.

“Kalau ditanya bilang aja dari Jakarta.”

Dipintu masuk, saya hanya senyum dan menghulur kan wang nya. Tiket masuk ke Tangkuban Perahu bagi penduduk tempatan adalah RP20,000 manakala pelancung RP200,000. Nilai sahaja berapa penjimatan nya.

Gunakan kelebihan wajah persis Ariel Peterpan atau Acha Saptriasa anda.

Untuk turun kekawah aktif anda diwajibkan menggunakan “pemandu arah” nilai nya RP300,000 kalau ramai boleh tong tong. Memandangkan saya seorang cukup saja gambar sepanjang perjalanan diatas.

Dari Tangkuban boleh terus ke Floating Market, kerana ianya dah berada di laluan turun dan boleh guna angkutan yang sama. Di sini apa yang menarik hanyalah penjualan makanan dari atas bot disamping permandangan yang cantik. Untuk ke sini anda perlu memberitahu pemandu, memandangkan papan tanda nya tidak berapa jelas.

Keluar dari Floating Market sekali lagi ambil saja Angkutan ke Stasion, nanti anda akan melalui Farm House boleh berhenti dan singgah disitu kerana tempat yang bakal anda lawati semua nya berada di haluan balik. Farm House ni korang singgah la, memang lawa. Selepas ke Farm House anda boleh ke Jalan Dago, disitu letak nya banyak “Factory Outlet”. Macam mana nak kenal? Dikiri dan kanan ada banyak kartun atau patung besar contoh Batman, Spiderman dan sebagai nya.

Untuk berhenti ditempat tempat ini, anda hanya perlu cakap ” Kiri pak” untuk berhenti. Jangan tidur, nanti terlepas pula, kesemua tempat ini akan berada disebelah kiri anda disepanjang jalan.

Disebelah malam saya hanya berada di hotel, menanti ketibaan Jaket tempahan.

Kesokan hari nya adalah perjalanan yang paling dinanti. Kereta api ke Jakarta.

Pasar terapung
Pasar terapung

Kos di Bandung:

+ Kereta api ke Jakarta RP90,000
+ Angkutan dari Stesen kerta api ke Lembang RP10,000
+ Angkutan Dari Lembang – Puncak Tangkuban – Floating Market RP100,000 kalau korang dengan group boleh tong tong
+ Angkutan Floating – Farm House RP5,000/head
+ Farm House – Jalan Dago, Factory Outlet RP10,000/head
+ Jalan Dago – Stesen RP5,000/head
+ Hotel Patradissa RP200,000 untuk 2 malam.
+ Farm House tiket RP20,000

Ingat jumlah ni, jangan tanya. Kalau tanya jadi mahal!

TIPS TAMBAHAN DI JAKARTA DAN BANDUNG

+ RM1 kita bersamaan RP3000 ±
+ Sekali makan RP30,000 untuk nasi ayam penyet, Bakso dalam RP20-25,000
+ Mineral water beli sahaja di 7E atau Kmart RP5000
+ Cuba sehabis baik supaya tak nampak seperti pelancong.
+ Pastikan korang naik kereta api, memang cantik.
+ Mungkin korang boleh buat trip begini

KL – Jakarta – Bandung- KL
atau
KL – Jogja – Bandung – KL
atau
KL – Jogja – Pangandaran – Bandung- Jakarta – KL

Macam titanic pulak abang kita ni.
Macam titanic pulak abang kita ni.

Install apps ini untuk memudahkan pergerakan anda jika tak mahu berjalan.
-GoJek
-Grab
-Uber
+ Kalau naik Taxi Bluebird, tengok juga meter. Ada masa kita bayar murah dari meter, ada masa bayar lebih dari meter.
+ Kalau anda pejalan kaki seperti saya, pastikan Google Maps anda berfungsi.
+ Disana takda travel sim, korang kena beli sim tempatan dan register. Untuk sim anggaran harga dari RP60k-100k bergantung kepada plan dan telco.

Fiuh, puas bercerita mengenai itinerari dan perjalanan ke tempat-tempat ini. Pasti sekarang anda sudah mula merancang bilakah waktu yang sesuai untuk melakukan pengembaraan serupa, kan?

Tapi sebelum tu, marilah kita layan dulu beberapa keping gambar yang telah dirakam oleh Tuan Afham ketika dalam perjalanan dari Bandung ke Jakarta menggunakan keretapi. Serius, bukan senang tau nak dapat pengalaman seperti itu. Baca: Pemuda Ini Diberi Peluang Merakam Perjalanan Keretapi Yang Sedang Bergerak. Awesome!

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jatuh Cinta Dengan Pangandaran. Err, Pangandaran Itu Dimana?

11 Tips Keselamatan Untuk Traveller. #1 Ramai Orang Menyesal Sebab Ambil Mudah