, , , ,

Itinerari Lengkap Backpacking ke Vietnam Selama 4 Hari 3 Malam dengan kos RM570 “All in”

Include flight ticket

Nama saya Muhammad Darwish Bin Zulkifli.

Saya ingin berkongsi itinerari semasa saya backpacking ke vietnam hujung tahun 2016.

Sepanjang travel di vietnam, kos yang telah dikeluarkan lebih kurang RM570. Kos ini termasuk flight ticket, duit makan dan tempat tinggal.

Saya berharap agar pengalaman saya yang tak seberapa ini dapat memberi manfaat kepada orang di luar sana agar mereka juga turut berminat untuk travel ke vietnam. Semoga bermanfaat.

Itinerari Lengkap Backpacking ke Vietnam 

22/11/2016 – 25/11/2016 (4 hari 3 malam)

22 November

-8.15 pm flight KLIA2 to Ho Chi Minh

-8.55 pm tiba di Tan Son Nhat International Airport, kemudian kami cari sim kad (mobi)

-9.30 pm naik bas no.152 untuk ke hostel

-10.15 pm sampai di hostel (Phan Anh Bacpacker Hostel), check-in hostel then letak semua barang-barang.

Phan Anh Bacpacker hostel ini terletak di kawasan street 1

-11.00 pm pergi Ben thanh market, War remnants museum, Central post office,Notre dome cathedral dan Ho Chi Minh City hall

Ada tempat yang kena bayar ada tempat yang percuma. Kami pergi semua tempat ni dengan hanya berjalan kaki sahaja daripada hostel sebab semua tempat-tempat ini jarak di antaranya tidaklah begitu jauh.

Kemudian kami solat jama’ di satu-satunya masjid dalam bandar ho chi minh.

-7.30 pm makan malam di (Nguyen An Ninh Street) ataupun lebih dikenali dengan nama Malaysian Street. Siapa yang pergi sini wajib cuba kopi vietnam yg berharga RM3. Rasa dia memang sedap dan berbeza daripada kopi Malaysia dan paling penting adalah kopi ini halal.

Kemudian kami jalan-jalan sambil melihat barang-barang yang dijual di Night Market. Antara barang-barang yg dijual di night market ialah seperti beg hiking, beg bagasi, kasut running, baju dan lain-lain. Harga barang di sini jauh lebih murah berbanding dengan harga barang di dalam Ben thanh market.

Night Market ni lokasi dia di luar Ben tanh market.

Price: (SEORANG)

Tiket flight pergi balik (Airasia)-RM295

bas awam dr airport ke hostel-5000 VD

hostel-540 000 VD

war remnants museum-15000 VD

makanan & mnuman:RM20

23 November

-9.00 am kami naik bas  (no.13) untuk pergi ke Chu Chi Tunnel. Kami menaiki bas di stesen bas yang berdekatan dengan hostel kami. Kami tidak ambil pakej untuk pergi ke Chu Chi Tunnel.

Bas yang kami naik ini akan berhenti di satu lagi stesen dan kami perlu menukar dan menaiki bas yang lain pula yang bernombor (70/79) untuk sampai ke Chu Chi Tunnel.Total perjalanan lebih kurang 2 jam.

-11.00 am kami tiba di Chu Chi Tunnel

Chu Chi Tunnel ni merupakan terowong bawah tanah yang di bina oleh tentera vietnam semasa mereka berperang dengan Amerika.

Terowong bawah tanah ini ada tiga tingkat. Dalam terowong ini ada bilik, ruang tamu, hospital, tempat simpan senjata dan lain-lain.

-5.00 pm pulang ke hostel dengan menaiki bas.

-8.30 pm kami tiba di stesen yang kami mula-mula naiki bas.

Kami tiba lewat kerana kami tersilap ambil bas,dan mujur ada seorang pelajar sekolah yang baik hati tolong kami pulang ke hostel.

-9.00 pm kami pergi ke Hard Rock Cafe untuk beli souvenir yang dikirim untuk di bawa pulang ke Malaysia.

Price:(SEORANG)

Chu Chi Tunnel – RM45

5 buah bas – 23000 VD

makanan dan minuman-RM10

24 November

-8.00 am Hari ketiga kami pergi ke Mekong River. Tempat ini kalau nak pergi kena guna travel agensi dan tidak boleh pergi sendiri disebabkan kawasan ini terletak di bahagian pedalaman. Jadi malam sebelum kami pergi ke Mekong River, kami ada berborak dengan seorang pekerja kedai makan 1 Malaysia dan dia bagi tahu kami yang dia juga ada buat pakej untuk ke Mekong River. Kami bercadang untuk ambil pakej yang abang tu tawarkan kerana harga ditawarkan agak murah.

-10.30 am Perjalanan mengambil masa dlm (2 jam 30 min tambah tolak).

Pakej sg Mekong ini termasuk dengan makan tengah hari, naik kereta kuda, makan buah-buahan sambil tengok persembahan penduduk vietnam main alat muzik tradisional, pergi ke kilang gula-gula kelapa dan akhir sekali pergi ke “bee farm“.

Kita akan disajikan dengan buah-buahan secara percuma sambil melihat penduduk Vietnam menyanyi sambil bermain alatan tradisional mereka

Di kilang gula-gula kelapa pula,kita akan melihat bagaimana kelapa itu diproses untuk dijadikan gula-gula kelapa.

Dekat “bee farm” pula,kita boleh minum teh madu asli secara percuma dan di situ juga ada jual produk-produk hasil daripada madu lebah asli.

-4.00 pm kami pulang semula ke hostel.

Price:(SEORANG)

pakej Mekong River :RM50

makanan dan minuman – RM10

25 November

-9.00 am disebabkan flight kami pada waktu malam, kami menghabiskan masa dengan pergi bersiar-siar dan lepak di Malaysian street

Kami plan untuk ambil flight malam supaya kami bedua tidak terlalu terkejar-kejar dan terlepas flight

-4.00 pm pulang semula ke hostel untuk pack semua barang-barang dan check-out hostel.

-8.15 pm boarding flight HCM-MAS

-11.15 pm tiba di Malaysia

Price:(SEORANG)

bas ke airport-5000VD

makanan & minuman-RM20

Info tambahan:

-kami hanya menggunakan pengangkutan awam (bas) untuk pergi ke tempat-tempat yang jauh dan selebihnya kami hanya berjalan kaki.

-breakfast percuma disediakan di hostel yang kami tiggal

-kami gunakan Bismillah tour travel untuk pergi ke sg mekong

-Bajet untuk makanan dan minuman hanyalah secara kasar sahaja

-tukaran semasa adalah RM 1= 5062 vietnam dong

-Anggaran Total untuk 4 hari 3 malam sepanjang kami berada di Vietnam adalah

RM570

*Untuk pertanyaan berkaitan itinerari ini boleh berhubung terus dengan pemiliknya, tuan Muhammad darwish

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

One Comment

Leave a Reply
  1. Satu-satunya masjid dlm bandaraya hcmc? Setahu saya ada banyak masjid di sekitar hcmc.
    Nak ke Mekong juga boleh melalui travel ejen sekitar Pham Ngu Lao. Hanya 140k vnd @ rm28.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Bagaimana Jepun Menjadi Antara Negara Yang Paling Selamat Di Dunia?

2 Destinasi Baru Airasia Yang Akan Buat Anda Terliur