in , ,

Itinerari Manila-Boracay-Palawan dengan kos RM850/pax. Berbaloi-baloi!

Termasuk tambang kapal terbang, penginapan, pengangkutan, souvinier dan makan.

Image by http://www.huffingtonpost.com/
Image by http://www.huffingtonpost.com/

Pernah tak anda semua terfikir nak bercuti ke-3 buah kawasan dalam masa 8 hari dan yang paling penting sekali dengan kos cuma RM850 sahaja? Kuss semangat. Pada mulanya saya sendiri bagai tak percaya dengan itinerari yang telah dikongsi oleh AdiGen Mahmud. Tapi setelah saya sendiri kaji satu per satu semua kos, ya! Ia memang munasabah dan masuk akal. Harap semua bertenang dan cuba kita lihat perincian satu per satu kos RM850.

Kos

  • Tambang kapal terbang (Free seat) – RM184/pax
    • KUL-MANILA-KUL – RM80
    • MANILA-BORACAY-MANILA -RM50
    • MANILA-PALAWAN-MANILA – RM50
  • Perbelanjaan Hotel : RM267/pax
    • Hotel Malate Pensionate Manila – RM 82.54
    • Hotel Beach Anne Boracay – RM156.76
    • Hotel Salem Backpackers,Manila – RM 106.71
    • Hotel Airportside Inn Palawan – RM188.34
    • TOTAL : RM 534.35 (dikongsi 2 orang)
  • Lain-lain perbelanjaan : RM400/pax
    • Makan, pengangkutan, souviners, dll

Jadi suka cita saya nak maklumkan bahawa wang sebenarnya bukanlah halangan bagi anda yang gemarkan mengembara. Tapi kebijaksanaan anda dalam mengatur perjalanan anda sebenarnya adalah lebih utama. Dengan lafaz Bismillah, ayuh kita mulakan pengembaraan Encik Adi dan rakannya yang dimulai daripada Kuala Lumpur – Manila – Boracay – Manila – Pahlawan dan kemudiannya kembali semula ke tanah air Kuala Lumpur.

Itinerari

Hari 1

13939581_10154366141554266_6122081038952081388_n

  • Penerbangan daripada KL ke Manila jam 8.30 pagi. Sampai di Manila pukul 1.00 petang dan pengambil masa lebih kurang 3 jam++ .
  • Sampai di Manila, terus dapatkan bas shuttle airport untukke bandar (Stesen LRT3 untuk ke hotel).
  • Sebelum itu, singgah di kaunter GlobeMobile untuk membeli Topup Mobile Internet. Saya membeli tambah nilai sebanyak 300p(RM25) untuk seminggu Internet tanpa had tetapi tanpa panggilan.
  • Sampai sahaja di hotel kami terus check in dan berehat. Memandangkan seharian hujan, angin tak berapa baik di Manila maka kami terpaksa stay di hotel sahaja. Ingatkan baru nak ke Rizal Park, Manila Baywalk yang terletak tak jauh dari Hotel ini tetapi terpaksa dibatalkan.
  • Pada sebelah malam, lebih kurang jam 8 malam, kami mengambil UBER ke SM Mall of Asia, dengan tambang pergi dan balik dalam RM 16. Mall tersebut terletak lebih kurang 7 km dari Hotel. (Tips : Penggunaan UBER amat digalakkan dan selamat di Bandar Manila ini berbanding Teksi, Jeepney dan Bas yang berkemungkinan wujudnya SCAM ATAU
    PENIPUAN).
  • Jam 10 pulang ke Hotel.

Hari 2

  • Jam 6.30 pagi kami check-out dari Hotel dan terus ke Airport. Sekali lagi kami menggunakan khidmat UBER dengan harga RM 7.
  • Sampai di Terminal Domestik 4 NAIA jam 7.00 pagi terletak cuma 5-6 km dari Hotel tempat kami menginap.
  • Jam 9.50 pagi kami berlepas ke Kalibo (Boracay) dan penerbangan mengambil masa dalam 1 jam.
  • Tiba di Kalibo Airport lebih kurang jam 10.30 pago. Di luar airport ada disediakan perkhidmatan Van terus ke Caticlan Jetty untuk ke Boracay menggunakan Bot. Harga yang ditawarkan adalah antara RM17-RM19 (150-200p).
  • Ada juga yang offer sekali dengan tambang bot RM21(250p). Walaubagaimanapun, sebagai langkah berjaga-jaga kami amik harga van sahaja iaitu dalam 200p (RM17). Perjalanan ambil masa dalam 1jam setengah ke 2 jam. (ikut keadaan)
  • Setelah sampai di Jeti Caticlan, kamiterus ke kaunter mendapatkan bot untuk ke Pulau Boracay.
    1) Harga tiket Bot – 25p (RM2.15)
    2) Terminal Fee – 100p(RM8.60)
    3. Enviromental Fee -75p(RM6.40) (Caj sekali shj)
  • Sampai sahaja di Pulau Boracay, kami kena berjalan lebih kurang dalam 200 meter dari kaunter tiket bagi mendapatkan Triycle untuk ke Hotel yang terletak di Station 2. Harga Tricycle ini tertakluk kepada konsep sharing dan juga chartered. Kalau sharing tu kira murah la sikit. Jadi sharelah kita untuk ke Station 2 dgn harga 31p (RM2.6). Perjalanan mengambil masa dalam 10-15 minit dari Jety utk ke Station 2. Sampai di Station 2 kami pon berjalan menuju ke Hotel Beach Anne yang terletak di tengah kawasan Pantai White Beach dan juga DMall yang mana kawasan ini menjadi tumpuan ramai dan juga tersangat lah meriah pada waktu malamnya.
  • Setelah checkin hotel pada jam 2 petang, kami pon berehatlah dulu kerana terlalu letih dek menempuh perjalanan sebelum itu.
  • Jam 5 ptg kami keluar ke Pantai White Beach yg letaknya dalam 300 meter sahaja. Kawasan ini ala-ala Batu Feringgi. Banyak jualan barangan souvinier, cafe dan juga pub.Terdapat panorama pantai yang indah di sini. Air lautnya yang cantik, dan boleh juga untuk mandi manda. Setelah sejam lebih berjalan-jalan disekitar pantai, kami pun pulang ke hotel pada jam 6.30 petang memandangkan hari sudah semakin gelap.
  • Jam 9 malam kami pula keluar untuk menikmati suasana malam di sekitar Pantai White Beach. Malam disini dihiasi dgn pelbagai aktiviti santai, jualan, pelbagai pakej tour, aktiviti hiburan, pertunjukan tarian api dan sebagainya. Untuk info, sememangnya di Boracay ini sukar ditemui kedai makanan HALAL. Yang ada hanyalah makanan laut sahaja. Jadi kami cuma makan makanan yang dibawa dari Malaysia seperti mee segera dan Nestum serta Roti.
  • Setelah sejam lebih berjalan-jalan di sekitarnya kami pun pulang ke hotel lebih kurang jam 11.30 malam.

Hari 3

14040141_10154366143794266_2325925599359923112_n

  • Jam 10 pagi kami menaiki Tricycle untuk ke Puka Beach dgn tambang 80p (RM7)seorang. Perjalanan mengambil masa 20 minit, kira agak jauh sikit la. Sampai di sana kami dapati air laut dan pantainya sangatlah cantik. Pasirnya yang putih daripada White Beach. Memandangkan waktu pun masih pagi, orang tak ramai membuatkan suasananya lebih tenang. Jadi di situ kami pun mandi dan juga bersantai menikmati keindahan serta kebiruan air lautnya. Setelah 2 jam di situ kami pun pulang ke hotel dan berehat.
  • Pada sebelah petang, jam 4 kami sekali lagi ke WhiteBeach dan mandi manda di situ. Untuk info kami tidak mengambil apa-apa tour pakej memandangkan keadaan laut bergelora dgn angin dan hujan yg boleh dikatakan sepanjang hari. Kami putuskan utk melakukan aktiviti tersebut di Palawan sahaja. Harga Tour pakej di sini ada yang mahal dan ada juga yang murah dgn harga serendah 800p (RM70) utk satu jenis aktiviti sahaja.
  • Malam terakhir di situ diakhiri dengan berjalan-jalan, mengambil angin dan menikmati hiburan dan persembahan tarian api sambil mencari cenderahati yang murah-murah. Kalau pandai tawar-menawar dapatlah murah. Setelah membeli belah, kami pulang ke hotel pada jam 12 malam.

Hari 4

m2

  • Jam 10 malam setelah checkout dri Hotel, kami naik Tricycle untuk ke Jeti. Sesampai di Jeti beli tiket bot dan bayar untuk terminal fee. Kemudian terus menaiki bot yang sudah sedia menunggu tanpa perlu menunggu lama.
  • Sesampai di Jeti Caticlan, kami terus mencari Van untuk ke Kalibo Airport. Harga yang saya dapat adalah 150 p (RM12) hasil tawar menawar dan juga ikut kepada kepadatan muatan Van. Kalau kurang penumpang, maka mahal lah dia caj. Kemudian kami teruskan perjalan ke Kalibo Airport.
  • Sampai di Kalibo Airport dalam sejam setengah terus ke kaunter checkin Air Asia utk mngambil Boarding pass. Kemudian kami perlu membayar Terminal Fees berharga 200p (RM17). Terminal fee ini sememangnya tidak akan dicaj di dalam harga tiket flight semasa di booking dulu untuk domestik(kecuali di Airport Manila NAIA). Mahu tak mahu memang perlu dibayar berasingan. Dan setelah selesai menaiki penerbangan kami pulang ke Manila pada jam 4.30 petang.
  • Pada jam 7.30 petang kami mendarat di Terminal 4 Manila Airport yang sepatutnya pada jam 5.30 petang. Tetapi penerbangan mengalami kelewatan di udara kerana cuaca buruk dengan angin kuat yang menghalang pesawat dari mendarat. Tetapi Alhamdulillah. Setelah berlegar-legar di ruang udara hampir dua jam akhirnya selamat mendarat juga.
  • Dari terminal 4 tadi kami hanya berjalan kaki untuk menuju ke Hotel Salem Backackers yang terletak kira kira 300 meter sahaja. Kami memilih hotel ini kerana memudahkan pergerakan untuk ke Terminal 4 ini semula untuk penerbangan ke Palawan pada keesokan paginya. Sampai sahaja di Hotel kami terus check in, makan malam dan berehat.

Hari 5

m3

  • Jam 8 pagi dengan hujan renyai-renyai setelah checkout dari Hotel terus ke Terminal 4 utk penerbangan ke Palawan (Puerto Prinseca) pada jam 9.45 pagi.
  • Lebih kurang jam 11 pagi kami tiba di Puerto Princesa Airport. Keadaan di sini amat berbeza sekali berbanding Manila dan juga Boracay kerana cuacanya panas dan baik-baik saja. Untuk info bulan Jun dan Julai adalah waktu terbaik untuk datang ke Palawan ini. Di airport, ketibaan kami dijemput oleh Van Hotel yang membawa kami ke Hotel Airport Side Inn yang cuma terletak hanya 400 meter sahaja dari Airport.
  • Sampai di Hotel kami diberi layanan yang baik dengan keramahan staf-staf hotel di sini. Sambil-sambil itu kami bertanyakan tour pakej yang ditawarkan oleh pihak hotel selaku ejen. Semangnya mereka menawarkan diskaun 100-200 p lebih murah dari pakej-pakej yang ditawarkan di kawasan airport tadi.Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan seperti City Tour Honda Bay Tour, Under Ground River Tour, Dolphin Watching dan sebagainya lagi.
  • Pada sebelah petang setelah kami berehat, kami ke Baywalk(tanjung/seaport) yang terletak di bandar untuk bersiar-siar. Kawasan ini menjadi tempat santai dan beriadah untuk penduduk di sekitar bandar ini. Setelah sejam lebih kami jalan-jalan di situ, kami pun pulang ke hotel.

Hari 6

14079660_10154366143684266_3868719401789734036_n

  • Hari ini kami akan melakukan aktiviti Island hopping dan snokerling di Honda Bay yang meliputi 3 buah pulau iaitu Starfish Island, LuLi Island dan juga Cowrie Island. Tour ini berharga 1200p (RM 103) dan tidak termasuk sewa peralatan snorkling. Setelah sarapan, lebih kurang jam 7.15 pagi kami bertolak ke Honday Bay dan perjalanan mangambil masa lebih kurang 20 minit utk sampai ke Jeti.
  • Setelah sampai kami pun mengambil Bot untuk ke Pulau yang pertama iaitu Starfish Island. Ia mengambil masa kira-kira 30 minit dgn bot kami. Kami memulakan aktiviti snorkling selama 1 jam. Di sini terdapat banyak Starfish(Tapak Sulaiman).
  • Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Luli Island yg jaraknya kira-kira 15 minit dari StarFish Island. Panas semakin lama semakin membahang walhal baru jam 10 pagi. Jadi persiapkanlah diri dengan Sun Blok Losyen. Di pulau ini saya sekali lagi melakukan aktiviti snorkling dan swimming.
  • Selama sejam di sini, seterusnya kami bergerak ke pulau yang terakhir iaitu Cowrie Island dan perjalanan ambil masa dlm 20 minit. Di sini kami dihidangkan dengan makanan tengahhari. Saya dan kawan cuma memakan ikan, nasi, coleslow dan juga pisang yang sudah sajikan. Selesai makan, kami mandi manda dan diberi masa dalam dua jam lagi. Di pulau ini pelbagai aktiviti disediakan seperti banana boat, Jetski dan sebagainya. Apa yang saya nak rumuskan di sini, ketiga-tiga pulau ini mempunyai keindahan lautnya yang cantik sekali. Angin pon tak kuat dan tidak crowded macam pulau Boracay. Dan kebanyakan yang datang adalah dari kalangan oarang tempatan dan penduduk negara ini.
  • Jam 2.30 petang saya dan rakan-rakan yang mengikuti tour ini berangkat pulang ke hotel masing-masing.

Hari 7

m1

  • Hari ini tidak ada apa-apa lagi aktiviti untuk dibuat cuma santai dan relaks. Kami bercadang nak pergi mencari souvenier dan cenderahati di Palawan ini untuk dibawa pulang ke Malaysia
  • Terdapat dua lokasi untuk membeli souvenier yang murah seperti “Pasalubong Center” dan satu lagi “Pinoy Souvenier Centre” yang berada di dalam Pasaraya Robinson. Kedua-dua tempat ini terletak tidak jauh dari pusat bandar. Ternyata harga Tshirt dan barang-barang cenderahati di sini murah sekali. Contohnya Tshirt dijual dengan harga RM 7-10 sehelai manakala keychain atau fridge magnet dengan harga dlm 10-50 p (80sen)satu.
  • Hari-hari terkhir kami di Palawan dihabiskan di sini. Kami pulang ke hotel dan berehat.

Hari 8

  • Tiba masa untuk kami bergerak pulang ke Malaysia hari ini. Setelah checkout dari Hotel, kami dihantar oleh Van Hotel ke Airport. Setelah mendapatkan Boarding pass dari AirAsia, seperti biasa kami dikehendaki utk membayar Terminal Fee (Domestik) – 200p.
  • Penerbangan ke Manila pada jam 12 tghari.
  • Kami selamat tiba di Terminal 4 NAIA walaupun mengalami kelewatan selama 1 jam. Setibanya di terminal 4, kami terus mendapatkn free shuttle antara terminal dan Terminal kami untuk ke Kuala Lumpur adalah di Terminal 3. Setelah comfirmation, kami menunggu bas tersebut dengan kekerapan 30 minit.
  • Tiba di Terminal 3, kami ke kaunter AirAsia dan mengambil boarding pass..dan menunggu penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 5 petang.
  • Alhamdulillah selamat tiba di Kuala Lumpur pada jam 9.15 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hanya di Johor : Taman Karavan Pertama di Malaysia

Gadis Genit Ini Tawan 4 Negeri (Perak, Penang, Kedah, Perlis) Dengan RM311.10