in , , ,

Itinerary dan Tips Lengkap 4 Hari 3 Malam ke Pulau Weh, Bandar Acheh dengan kos RM340

Kecantikan pulau di Acheh setanding dengan pulau di Maldives

13686751_10207311704325962_416773892657144033_n

Bila aku cakap pasal Maldives, mesti ramai yang terbayang pasir putih yg halus, air laut yang jernih, alunan ombak pantai yang menenangkan, keindahan dasar lautan dan kecantikan pulau yang memukau mata. Kan?

Ramai yang nak ke Maldives tapi ditangguh hasratnya sebab kos yang tinggi. Yelah, Maldives jauh dari Malaysia jadi kos yang diperlukan agak tinggi. Tapi jangan kecewa sebab di Asia tenggara ni ada banyak pulau cantik yang setanding dengan Maldives malah lebih dari itu.

Antaranya Pulau Weh yang terletak di Acheh, Indonesia. Ya, kecantikan Pulau Weh di Acheh setanding dengan Pulau Maldives. Kejernihan air lautnya, kehalusan pasir pantainya, kecantikan pulaunya memang setanding dengan Pulau di Maldives. Kalau tak percaya, pergi rasai sendiri!

Eh, kejap.

Sebelum nak rasai sendiri Pulau Weh tu, kena baca dulu itinerari dan tips lengkap ke Pulau Weh yang ditulis Cik Nabilah Izzati ni. Yelah, sebelum kita pergi travel kita kena kaji sebaik mungkin tempat yang dituju supaya dapat jimat kos dan merasai keseronokan sepenuhnya. Kannn?

Okay kita teruskan dengan itinerari ke Pulau Weh, Acheh yang ditulis Cik nabilah Izzati.

13886469_10207311739006829_180603134143232024_n

TRIP BAJET ACHEH 4hari 3malam dengan kos Rm340 exclude flight(Harga tiket berubah setiap masa. Masa ni kami dapat tiket flight return RM151 seorang)

Why acheh? Sebab ramai tak tau ada pulau lawa acah2 maldives dekat sini, nama dia Pulau Weh. Berbekalkan bajet tak sampai RM500 pun korang dh bole pergi overseas. Kau rhase?

Okay ini itinerary kami.

Day 1
Flight kl- banda acheh.
Ambil teksi ke jetty, – 140,000 Rp/ satu kereta sehala
Naik ferry cepat ke sabang – 80,000/ seorang
Sampai sana, sewa kereta sekali dgn supir (driver) – 550,000 Rp /satu kereta/ sehari
Beli simcard simpati – 4GB 65,000
Gua Sarang – 5,000 Rp seorang
Kilometre 0 – free
Pantai Anoi Hitam – Free
Pantai Sumur Tiga – Free
Tugu Sabang – Free
Bermalam di Jelita Bungalow – 450,000 rupiah /satu malam

Gua sarang. Nak masuk ni 5,000 Rp sorang. Lebih kurang RM1.50 je. Boleh main buaian laju2 kot2 ada anak raja nak masuk meminang haha
Gua sarang. Nak masuk ni 5,000 Rp sorang. Lebih kurang RM1.50 je. Boleh main buaian laju2 kot2 ada anak raja nak masuk meminang haha

 

Jelita bungalow ni berdepan dgn laut. Bukak pintu je nampak view ni. Lawa kan?
Jelita bungalow ni berdepan dgn laut. Bukak pintu je nampak view ni. Lawa kan?
View depan chalet (Jelita bungalow) . Kau nak terjun terus pun takpe. Tapi kami tak buat la sbb banyak ketam kecik2 kang ade kena sepit hahaha
View depan chalet (Jelita bungalow) . Kau nak terjun terus pun takpe. Tapi kami tak buat la sbb banyak ketam kecik2 kang ade kena sepit hahaha

Day 2-
Snorkeling di Pulau Rubiah- 110,000 rupiah / seorang dgn equipment
Supir – 550,000 rupiah satu kereta/ sehari
Air terjun Sabang – Free
Bermalam di Losmen Riski (berdepan dgn jetty) – 250,000 rupiah satu malam

Sabang waterfall. Nak mai sini kena hiking dlm 700m.
Sabang waterfall. Nak mai sini kena hiking dlm 700m.

 

Ni tempat kami bermalam hari kedua. Bilik kecik sikit, tandas kat luar. Tapi murah harga dlm RM77 je. Senang sbb lokasi dia depan jetty je. So awAl pagi lepas check out terus naik ferry ke banda acheh. Jimat duit transport ke jetty
Ni tempat kami bermalam hari kedua. Bilik kecik sikit, tandas kat luar. Tapi murah harga dlm RM77 je. Senang sbb lokasi dia depan jetty je. So awAl pagi lepas check out terus naik ferry ke banda acheh. Jimat duit transport ke jetty

Day 3 (ke Banda Aceh)
Feri ke Banda Aceh – 80,000 seorang
Supir – 550,000 rupiah satu kereta/ sehari
Muzium Tsunami – Free
Pasar Aceh – utk shopping
Wisata Tsunami Boat – Free
Masjid Raya Baiturrahman – Free
Bermalam di Hotel Hip Hop – 530,000 rupiah satu bilik

Rumah atas kapal yg terdampar bukti dahsyatnya kejadian tsunami december 2014 .
Rumah atas kapal yg terdampar bukti dahsyatnya kejadian tsunami december 2014 .
Hip hop hotel, banda acheh. Hotel ni selesa sgt utk kami 5 org ni. Harga pun lebih kurang RM110 je.
Hip hop hotel, banda acheh. Hotel ni selesa sgt utk kami 5 org ni. Harga pun lebih kurang RM110 je.
Jadual ferry. Ferry cepat - satu jam perjalanan Ferry lambat - dua jam perjalanan
Jadual ferry.
Ferry cepat – satu jam perjalanan
Ferry lambat – dua jam perjalanan
Jetty ke Pulau Weh tu nama dia ulee lheu. Based on gamba ni harga dia 140,000Rp sehala utk satu kereta. Kalau yg pergi travel sorang tu boleh naik motor sewa (sekali supir) namanya ojek . Tapi harga tak sure. Sampai sana boleh tanye kat diorang 😊
Jetty ke Pulau Weh tu nama dia ulee lheu. Based on gambar ni harga dia 140,000Rp sehala utk satu kereta. Kalau yg pergi travel sorang tu boleh naik motor sewa (sekali supir) namanya ojek . Tapi harga tak sure. Sampai sana boleh tanye kat diorang 😊

Day 4
Supir – 450,000 rupiah satu kereta sehari with airport transfer
Suhom waterfalls – free
Flight balik ke KL

Sauho waterfall. Yang ni tak payah hiking pun. Dari tempat parking kereta dh boleh nampak. Tapi perjalanan masa drive ke sini dlm 1 jam from banda acheh.
Sauho waterfall. Yang ni tak payah hiking pun. Dari tempat parking kereta dh boleh nampak. Tapi perjalanan masa drive ke sini dlm 1 jam from banda acheh.

💸 Cost
P/s : trip kami ada 5 org, so kos transport dan hotel dibahagi lima

Hotel + transport + simcard = 901,500 Rp
Makan + air = 50,000 Rp per day x 4 days = 200,000 Rp
TOTAL = 1,101,500 Rp = RM340/seorang exclude flight ticket

TIPS :
Penginapan kena book ke sebelum dtg?
💡Nope. Kami redah je. Hotel kat sana banyak dan murah. Cuma diorang tak iklan kat agoda. Kena contact hotel terus kalau nk book. Range harga from RM30-RM 150. Boleh walk in je.

Transport cane beb, supir semua tu?
💡Harga teksi airport transfer diorang dh standardized. Cuma yg sewa supir sehari itu boleh la tawar sikit2, kena pandai2 la hidup nak jimat haha. Kat sana semua pakai MPV cth : innova, avanza yg 7-8 sitter. Supir kat sana bersepah once korang dh sampai airport/jetty. Diorang ramai2 dh tunggu depan balai ketibaan tu. Haa korang tinggal pilih mana paling ganteng nak dijadikan supir huhuhu. So tak perlu risau. Tapi since ada yg nk mintak no supir jgk kat aku, kat gambar bwh ni aku ada letak.

13921211_10207311706846025_3231001975861323111_n

Makanan senang tak kat sana?
💡Hampir semua makanan kat Acheh halal, cuma kita tinggal nak nilai tahap kebersihan dia. Aku recommend korang try makanan yg masak terus lepas order, bukan makanan berlauk yg sudah berhidang (masakan padang) atas faktor kesegaran dan kos.

Duit cane, serabut la tgk duit rupiah beribu2 ?
💡Nak senang, setiap 1,000Rp kau kali ngan 0.30 . Cth : 20,000 x0.3 = RM6 . Eh kalau rasa payah sgt install je apps currency converter tu senang cerita. And utk duit cash rasanya tukar RM 500 dah cukup. Cuma kalau rasa diri tu nk shopping bawak la duit lebih. Bajet yg kat atas ni utk 5 org travel, so in case korang travel 2-3 org tu maka bertambahlah fulus yg anda kena keluarkan.

Kalau nak tgk video ‪#‎gegadistakeacheh‬ boleh tgk kat instagram @nblhizzti (kat fb upload error pulak dh)

Sekian. Selamat bercuti gaiss.
Dapat sesuatu? Silakan share and tag travel buddies anda !

Jika anda ada kisah-kisah menarik mengenai itinerari/travel/backpackers/tips travel yang ingin dikongsikan bersama kami, anda boleh emailkan perkara tersebut ke zulfadhli.theruka@gmail.com.

Jangan lupa like page The Ruka di Facebook dan follow kami di twitter The Ruka!

One Comment

Leave a Reply

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tips Pengembaraan : Perbandingan Kos Penginapan di Negara Asia Tenggara

Sukar Dapatkan Makanan Halal? #5 Tips Untuk Mencari Makanan Halal di Luar Negara