in

Jahit “Poket Rahsia” pada seluar anda. #Tips Keselamatan Paling Awesome untuk Traveller

Bukan poket doraemon lah.

Berapa ramai orang yang gelak bila baca tajuk post kali ini? hmmm sampai hati. Jangan lah gelak. Nampak je kelakar, cuba anda baca sampai habis ; confirm lah lepas ni, anda buka tutorial di youtube cara menjahit poket seluar. ( Eh ada ke? )

Sebenarnya cara ini boleh digunakan sebagai salah satu langkah keselamatan juga. Anda mesti tahu mengenai “pickpocket” atau penyeluk saku kan?  Mereka ni hebat, harta dalam saku pun sempat dicurinya. Cuba bayangkan kalau dalam poket seluar anda ada dompet dan dicuri oleh mereka? Habislah semua duit, kad bank dan identiti kad anda ! Mulalah gelabah nak menangis masa tu. Jadi, anda perlu fikir cara lain untuk menipu mereka pula. Dengan adanya poket rahsia ini, pastinya nanti mereka bakal menyeluk angin sahaja!

Jangan buang masa. Mari baca sampai habis.

Bagaimana caranya nak buat “poket rahsia” ni?

i-tppqx6W-900x900

Poket rahsia ni dijahit pada bahagian dalam seluar anda iaitu di bahagian atas atau di bahagian pinggang anda.  

Barang yang diperlukan ;

Jarum, benang & perca kain ( size poket mengikut kehendak anda )

Kalau nak poket tu cantik dan kemas, anda upahlah tukang jahit untuk menjahitnya. Kalau dah tahu diri tu pegang jarum pun tak pernah, tak payah lah nak menjahit. Nanti rosak pula seluar mahal anda tu. Tapi, kalau anda tahu menjahit, buat lah sendiri. Lagipun mudah je. Semudah anda booking tiket flight. Sekejap je dah siap. Jahit cantik-cantik pun orang tak nampak. Yang penting jahitan tersebut tahan lasak dan tak mudah koyak.

Lagi bagus kalau size poket ni sebesar size passport. Jadi anda boleh letak passport dan sedikit duit tambahan di dalam poket tersebut. Boleh gunakan beg plastik berzip kalis air supaya tak rosak atau terkoyak. Nampak tak betapa pentingnya poket rahsia ini? Yelah, di tempat orang kita tak tahu apa musibah yang akan menimpa kita. Jadi, sediakan poket rahsia sebelum poket sebenar diseluk orang. 

i-H2qBMhK-900x900

Jadi bagaimana? Dah baca sampai habis ni, yang gelak tadi mesti menyesal sebab gelak sakan kan? Sudah-sudahlah tu gelak. Baik anda semua cari benang dan jarum, jahit poket rahsia ni pada seluar anda. Nak minta saya jahitkan pun boleh. Hiks. Jadi, selain daripada tips keselamatan yang pernah dikongsi sebelum ini, tambahan tips baru ini mungkin boleh membantu anda. Sekurang-kurangnya, kita sudah beringat sebelum kena.

 

Akhir kata, selamat mencuba ! Jahit-jahit juga, jangan sampai jari terluka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Tips untuk Muslimah Mengembara Secara Solo di Negara Minoriti Muslim

Itinerari 12 Hari ke London-Iceland-Amsterdam Dengan Kos RM2385. Berbaloi-baloi!